Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Saturday, April 30, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Project Atika's Sdn. Bhd (status)

Status project aku sampai hari ni, macam ok ajer. Berjalan terus.

Semalam aku dah taip perjanjian sewa tanah. em aku tak jumpa pun tuan tanah tu. Semuanya pakai orang tengah.

Em pagi ni dapat balik surat perjanjian tu. Banyak salah ejaan dan juga banyak yang tak disetujui oleh tuan tanah. So kena edit balik. Ya lah setengah jam kena taip 6 muka surat perjanjian. Hehehe...

Dah edit petang ni kasi Faizah semula untuk dia orang sign.

Tadi dah telefon cina yang nak tolak pokok tu. Em dia tengah buat kerja. hehe.. bagus betul. Tadi pun dia call katanya dia dah tertolak pagar orang. Ahaks.. no problem kita orang dah cakap dgn tuan punya tanah hal itu. DIa orang pun tak kisah kalau tolak lebih sikit.

Tak sabar nak tunggu kul 1.. nak pi tengok cina tu buat kerja dan nak bersihkan sikit sikit. Abg aku dah beli cangkul dgn parang semalam dekat RM300.00 juga digunakan. Ada kat bonet keta aku. Aku risau ajer takut polis tahan kereta aku nanti dia tangkap aku pasal memilik senjata tajam. Mati aku.

Mengulit Kenangan (Korea) Part 5

24/4/2005

Petang dalam kul 1 kami bertolak dari Itewon ke Jung Ang Univ. AKu sebenarnya tak tahu pun U tu kat mana. Tak pernah pergi langsung. Ada tanya ONI sikit sikit jalan ke sana. Dengan selamba akhirnya sampai juga aku kat U tu.

Tunggu punya tunggu tak sampai sampai juga ONI. Macam2 cara aku bayangkan ONI datang tapi semuanya hampeh. Nak cal tapi public phone tak ada. Geram sangat2. Ya lah kita nak serahkan barang pada dia tapi dia lah banyak sogehnya.

Dekat 30 minit baru lah ONI sampai dengan family dia. Anak dia dua orang. Em cute juga. Tengok ONI dah banyak berubah juga. Makin cantik dari sebelum ni. Dia kenalkan suami dia pada kita orang. kesian aku tengok suami dia. Kaki dia sakit kot. Sebab dia pakai tongkat. Em.. terus hilang rasa marah aku tadi. Bergambar kejap.

Dah tu kita orang pun bertolak ke tempat seterusnya..

Bersambung..

Image hosted by Photobucket.com
Friday, April 29, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Waa Bz Nya Aku

Waa kesiannya aku. Bz sungguh. Dari balik dari korea sampai ke hari ni tak siap2 kerja aku. La ni aku baru siapkan agremeent tanah untuk project aku. Hehehe salah ker aku guna pc office buat projek lain ahaks. mampus kalau boss aku tahu. Tapi tak apa dia tak tahu bahasa melayu. haha Pekerja yg tak boleh dicontohi aku ni. Ahaks.

Dah siap taip tinggal tuan tanah ajer sign. Em tak sabar dah. Esok dah tumbangkan pokok hutan. Ahaks.

Nak citer sikit. Tadi aku ada call member blog. hehe cutenya suara dia. Macam menarik ajer. Em wait wait..jangan terlalu cepat melayan perasaan bahaya. Belajar dari pengalaman. Em X aku pun sebelum ni lebih dari lembut dan manja suara dia, tapi em penipu besar. Penipu yang berselindung disebalik kebaikan dan kelembutan.... Aaaaaahhhhhhh aku rasa sakit hati....

Ah lupakan hal itu. Yang pastinya aku tak sabar tunggu esok.. Semoga Tuhan Lindungi aku dan juga memberi rezeki di atas usaha aku dan kawan2 aku ini. Ahaks..
Thursday, April 28, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Mengulit Kenangan (Korea) Part 4

24/4/2005

Hari Ahad pagi bangun awal. Mak dah siapkan maggie dgn nestum.. hehe aku bangun mandi dan makan. Ahaks. Bestnya jadi anak mak.

Dah siap semua kita orang pun bertolak. Tempat pertama yang aku bawa mak aku pi Yoeido. Em..tak leh pi jauh jauh sebab tengahari ada janji dgn ONI untuk serahkan barang dia.

So kat Yoeido aku ambil gambar mak aku dengan bunga2 ajer lah. Ahaks.. itu pun bunga tak banyak sangat yang dah berkembang. Em.. kesian mak aku.

Untuk lepaskan gian, aku dok makan ODENG sebatang. Peh..

Image hosted by Photobucket.com

Gambar ikan kat tepi bangunan sebelah Subway Station Yoeido

Image hosted by Photobucket.com

Pintu masuk Taman Yoeido

Image hosted by Photobucket.com

Mak aku suka betul dengan bunga2 kat atas ni, warna dia macam2 warna ada.. dah tu bunganya macam baldu gitu.

Image hosted by Photobucket.com

Kesian bunga2 tu tak kembang lagi..kalau kembang mesti cantik giler..

Image hosted by Photobucket.com

Gambar tu menunjukkan Laluan Subway bawah sungai Hang iaitu Laluan ke MAPO STATION

Project Atika's Sdn. Bhd part 4

26/4/2005

Malam ada perbincangan dekat rumah aku. Ahaks mak aku join sama. Dia jadi sponser. So tak ya lah aku susah2 nak pi pinjam duit kat bank.

So kita orang bincang bila nak mula, budject, tugas dan tanggungjawab semua.

27/4/2005

Aku bawa mak, sanny, faizah dgn shila pi rembau. Dok bincang pasal geran tanah dan juga kerja2 yang kita orang akan buat hari sabtu ni.

Nak sewa "SAWA" entah cina tu sebut macam tu satu hari Rm500.00. Peh mahal giler.. tapi apa leh buat kena juga nak bersihkan tanah tu.

Hari ini rancang nak bawa cina tu pi tengok tanah.

tak sabar nak tunggu hari sabtu untuk tumbangkan pokok hutang tu..ahaks..
Wednesday, April 27, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Mengulit Kenangan (Korea) Part 3

23/4/2005

Bangun awal pagi. Ya lah janji dgn faiz pagi untuk ke Seoul Land. Tapi terasa hampehh sangat dekat kul 12 baru. Aku dah rasa malas sangat nak keluar tapi pikirkan mak aku jadi keluar juga lah.

Kita orang pi Seoul Land tempat mainan. So sampai sana terasa teringat kembali saat2 aku bercinta dgn akmal. Tapi itu hanya kenangan. So sepanjang hari kat situ ajer lah.

malam balik itewon dan makan makanan paksitan. Dan balik bilik.. Ahaks.. Kesian mak aku kepenatan.

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Mengulit Kenangan (Korea) Part 2

22/4/2005

Pagi kul 6 kita orang dah bangun. Kat korea waktu ni dah cerah giler. Macam dah kul 9 pagi. Dah tu aku tidur balik. Mak aku dok siapkan sarapan. Aku bangun siap siap dan makan. Sepanjang dalam bilik dok ngadap Tv ajer. Tengok macam2 drama korea, Rindu kat drama korea lah.

So pagi tak ada rancangan nak ke mana. Aku bawa mak aku ke Nam Dae Mon. Heheh kalau sebut Nam Dae Mon mesti semua tahu. Tempat shopping lah mana lagi. ahaks.

Aku just belikan keronsang dan keychain ajer untuk budak2 ni. Mak aku pun sama. Untuk akak dan anak sedara aku belikan gelang tangan ajer.

Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com



So habis shopping aku bawa mak aku balik biik, simpang barang2. Sampai bilik aku mandi dan bersiap. bawa mak aku pi masjid Seoul. Kita orang sembahyang Jumaat. Tak sempat nak ambil gambar kat masjid sini. Kesian mak aku. ya lah dah tak sempat. Jumpa juga budak2 junior kat sini. Hehehe.. masih kena rupanya dia orang dengan aku.

Dari Itewon tu aku bawa mak aku terus ke Suwon. Lama giler perjalanan. ya ah. bertukar2 subway untuk ke sana. Perjalanan ambil masa dekat 3 jam juga kot.

Image hosted by Photobucket.com

Sampai sana Boss Aku, Me Kim dah sampai. Heheh..Dia bawa kita orang ke Kilang kat sana. AKu tengok prosess kejap dah tu terus masuk office. Kat office aku setupkan SKYPE untuk telephone net. Ya lah lagi mudah dan selesa daripada Yahoo Massange. Dah siap semua kita orang pi Rumah Mr Kim kejap. peh rumah dia penuh dengan barang antik.

dah tu kita orang dinner dengan semua staff. Ahaks makan ikan mentah dan juga asam pedas. Peh kenyang giler. Boleh lah tahan sedap nya. Tapi makan malu2 gitu jadi tak kenyang sangat.

Lepas makan sesi bergambar. Gambarnya tak leh nak paste kat sini pasal semuanya ada gambar aku ahaks.

Dah tu aku bawa mak aku balik. Sampai bilik buka tv layan drama dan tidur..

Mengulit Kenangan (Korea) Part 1

Ahaks boleh kasi tajuk cam ni? Boleh ajer kan? So aku nak citer sikit detik2 kenangan aku pi korea dengan mak aku. Enjoy it!!

20/4/2005

Balik kerja aku hantar shila macam biasa, lepas tu terus balik rumah mandi2 dan bersiap. Abg angkat aku dah sampai untuk hantar aku dgn mak pi KLIA. Dalam kereta asyik punya pasal sampai tak sedar yg abg angkat aku terlajak dari simpang KLIA, dah tu kita orang u turn kat Putrajaya toll. Hampehnya orang.

Sampai kat KLIA terus pi Check In. Tak ada masalah. Pi Beli Mc Donal kejap. Lepas tu terus masuk pintu berlepas. Tunggu dalam 30 minit baru kita orang dibenarkan masuk ke perut kapal terbang.

Seperti yg dirancangkan tepat kul 9.15mlm kapal terbang MH064 pun bertolak ke Kota Kinabalu. Em kami kena transit kat sana sejam. Hampeh lagi. Kat sana sempat lah ambil gambar sikit. Ahaks.

Image hosted by Photobucket.com

Jam 12 malam kami bertolak ke Korea pula. Makan malam dan tidur. Ahaks. Aku ni gayat sikit naik Kapal terbang, Mabuk lagi tu. Ahaks.

Image hosted by Photobucket.com
gambar matahari pagi dari kapal terbang.

Sampai di korea pukul 7 pagi. Kemasukkan ke Korea tak ada masalah. Passport clear, beg pun clear. Keluar2 dari pintu ketibaan aku rasa lega sesangat pasal dapat lagi menghirup udara korea yang sejuk itu. Aku terus cari kedai jual card phone dan call Faiz.

Image hosted by Photobucket.com

Janji dgn Faiz kul 9.39pg kat Itewon. Kat dalam bas aku tertidur lagi Ahaks. Mak aku aje yg dok tengok kiri kanan jalan. Sejam lama giler naik bas tu. Harga mahal lak tu. Sampai kat Itewon Faiz dah sampai. Dia tunjukkan bilik dan ambil barang2 yg dia pesan. Lepas tu aku dgn mak aku pun tidur lagi. Ahaks.

Dalam kul 1tgh aku dah rasa boring. Suruh mak aku bersiap. Kita orang pun bertolak ke Hanyang University. Jumpa Ramy. Ahaks. Tak berubah juga budak ni. Sama macam dulu juga. Gi hanyang University ni pun pasal nak tolong senior aku dok ambil dia nya Sijil. Tapi hampeh tak dapat ambil pun. Susahkan orang ajer.

Image hosted by Photobucket.com



Dah tu aku singgah rumah junior aku. Si Nasran lah. Montel. Gambar dia dgn member dia ada tapi disebabkan ada gambar aku tak dapat lah aku nak paste kat sini ahaks.

Makan kat rumah dia orang. Rindu juga dengan masakan kat korea. Masakan pelajar2 korea. Yang wajibnya Ojingo (sotong) sambal. Ahaks. Lepas tu pi rumah Ramy pula. Borak kejap. Dah tu kita orang pun bertolak ke Embessy, rumah En Din. Seronok juga jumpa dia orang. Lama giler tak jumpa dekat 3 tahun lah juga.

Terserempak juga dengan Bakti, Arman dgn Yusry tak silap aku. Bual kejap ajer. Dah tu En Din hantarkan sampai ke Bilik.. Dan malam tu aku tidur lagi...
Tuesday, April 26, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Banyak Nya Kerja

Waaa setelah penat lelah aku bercuti kat korea masuk kerja hari ni, kerja berlambak tunggu aku.. waaa.. letihnya.. la ni baru boleh bernafas sikit setelah buat kerja. Itu pun masih lagi ada yg menunggu kat atas meja aku ni..

Tak sabar nak cerita tentang perjalanan aku ke korea... ahaks...
Wednesday, April 20, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Penantian itu Berakhir juga

akhirnya..tiba juga...dan malam ni aku terbang ke korea. Rindunya kat korea.. Rindu nya dengan suasana korea.. Rindunya dgn udara kat korea...

kalau sampai pun mungkin dah masuk musim bunga..
Nak ambil gambar banyak2..nanti aku paste kat sini key..

miss u blog....
Tuesday, April 19, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Mood Aku

Sekian lama aku tak menjamu selera kat Royal Adphli Hotel, semalam aku menjejakkan kaki agi ker Hotel tu. Ahaks. Makan puas puas gitu. Lepaskan tension. Tapi yg tak selesanya, Customer aku, Samsung buat dinner kat situ. Terserempak dengan Mr Kim Sae Ha, tegur lah dia kejap. Enjoy your food.. hehe baiknya dia..

Lepas makan tu, Akunya senior "Zamri Abas" dok join meja aku sambil borak2. Dok citer pasal project Agiko yg akan dilaksanakan awal tahun 2007. Katanya junior kita orang yg kat korea akan gred thn 2007 dan mungkin akan ditempat kat kat Institut yg dia orang usahakan. la ni pun tengah tunggu keputusan dari kerajaan malaysia sahaja, kerajaan korea semua dah settle.. Lama juga dok berbual.

Aku balik rumah. Entah kenapa tak tiba tiba jiwa aku jadi tak tentu arah. Kepala aku mula meragam. Nasib baik ubat penenang yg lepas ada baki dia. So aku makan ubat tu terus tidur.

Pagi ni lak modd aku tak baik sangat. Ditambah dengan Mood Mr jang tak baik. Waa bertambah tension aku dibuatnya.

So tadi pi bank. Mr Jang drive kereta aku. Aku rasa kecut perut. DIa bawa keta giler2. Tension aku rasakan. Lepas balik dari bank pi lak TTJ Resort. Dok ambil kad membershif Mr Jang. Dah tu pi rumah Mr Jang pulak. Dok settlekan Astro dia yg tak leh nak berpungsi.

Balik aku drive kereta. Aku tak sanggup naik kereta aku yg dipandu oleh Mr Jang. Kecut perut...
Monday, April 18, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Pelarian Kasih Episod 4

Penerbangan memakan masa hampir 5 jam dan kapal terbang yang kami naiki mendarat di Pusan, Aku ingatkan dah sampai tapi Transit di situ selama sejam. Aku yang pertama kali menaiki kapal terbang terus mencari tandas dan memuntahkan segala isi perut yang ada. Mabuk..Jakun katakan.

Selama sejam tu juga digunakan untuk jalan2 kat Pusan AirPort. Cuacanya ada sedikit sejuk, tapi tak terasa kerana kita orang dok dalam bangunan yang dilengkapkan dengan Heater.

Sampai di Kimpo AirPort, Seoul kita orang diarahkan mengunakan baju tebal yg dibawa. Aku yang seakan jakun mengunakan baju bulu kambing. Ahaks nampak gemuk sangat2 dengan baju yg kembung tu.

Di Airport kita orang di sambut oleh senior. Dan yang betul betul menyedihkan, di hadapan orang ramai di Airport tu kita orang ditengking oleh seorang senior bernama "Syaril".. Aku masih ingat lagi rupa dia macam mana.

"apa kau orang ingat ni nak makan angin ker? kita orang tunggu dah berjam kat sini, kau orang lambat sampai dah tu kutip beg dok terheggeh2, ingat kita orang ni apa tunggul ker?"

ingat lagi kata2 Si syaril pada kita orang yg masih mentah di bumi korea. Kami diarahkan berbaris. Dan dibahagi2 kan untuk menaiki Bas menuju ke Motel yg disewa khas untuk minggu orentasi.

Bermula lah minggu orentasi...

SuAmi OrAnG PaRt 3

Nama : Ahamd Idris
Umur : 50thn
panggilan : En Mat

Raden kehairanan, dari mana En Mat mendapat no HPnya. Setiap hari mendapat call dari En Mat, dipujuk rayu menemani berjalan2 ke Cameron Highland. Setelah berpikir yang Raden tak pernah ke sana, dituruti kehendak En Mat menemaninya.

Pertama kali keluar dengan En Mat terasa perbezaannya, Seolah2 seorang anak dengan berjalan dgn ayahnya. Namun Raden tak pernah merasai berjalan di sisi Ayahnya sendiri. Jadi mungkin itu perasaannya bila berjalan dengan lelaki yg berumur.

Pertemuan pertama diikuti dengan pertemuan kedua dan ketika. Raden merasakan tidak selesa dengan keadaan itu. Puas diluahkan rasa tidak selesanya pada En mat tapi En Mat buat tak endah.

Dan satu hari, En Mat meluahkan niatnya untuk memperisterikan Raden.

"aku nak jadikan kau isteri aku"
'bukankah En Mat dah ada isteri?'

"Isteri aku benarkan aku kawin lain"
'tak mahu lah saya'

"aku sayang kat kau, kita nikah nak"
'tak mahu lah, saya tak nak jadi pemusnah rumahtangga orang'

"kau tak sayang aku ker?"
'apa ni, saya keluar dgn En Mat pun atas permintaan En Mat, tapi kalau sampai tahap tu saya tak mahu lah'

Sejak itu perhubungan Raden dengan En Mat semakin renggang. Dan satu hari En Mat meminta Raden menunggunya di Restoran yg biasa jumpa... Lama tunggu tapi tak muncul, tiba tiba datang seolah lelaki yg segak bergaya..

"saya kawan En Mat, dia minta saya datang untuk jumpa Awak."
'dianya mana?'
"kejap lagi dia sampai lah, mari kita makan dulu"

Raden gelisah, Mamat yg datang tu seolah ada niat tak baik dengan nya. Raden call En Mat, seperti jawapan Mamat tadi juga, kejap lagi sampai...

Raden tak puas hati..dia bangun dan terus meninggalkan mamat yg sedang kebingungan itu..
Dan raden terus menukar No HP dan tiada lagi gangguan dari mereka...

Masih menjadi tandatanya...Apa tujuan mereka buat begitu?...

Mr Jang's Garden

Ahaks..boleh macam tu..

Kat kilang aku ni, Mr jang ada buat taman. Kat taman tu ada lah pokok renek, pokok bunga, dan yg menarik ada pokok pisang dgn mangga.

Dua tiga hari ni Mr jang suka betul. Setelah lama menanti akhirnya pokok pisang dia dah keluar jantung. Ahaks. Sampai diambilnya gambar jantung pisangnya.

Pokok pelam dia pun dah berbunga. Hehe.. dekat setahun juga lah ambil masa nak berbunga..

So ini lah gambar yg diambilnya pagi tadi..

Image hosted by Photobucket.com

Jantung Pisang

Image hosted by Photobucket.com

pokok pisangnya

Image hosted by Photobucket.com

Pokok mangga

Project Atika's Sdn. Bhd part 3

Hari Ahad, aku, jijah, Sukor dan En Sidek (Dari Jabatan Pertanian Rembau) pi tengok tanah kat Kg Lada, Chengkau.

"waa tanahnya elok, areanya pun bagus, tapi u kena keluar modal lah untuk pembersihan, ataupun u sewa tanah yg saya cadangkan, tanahnya dah siap bersih tinggal tanam ajer"

'yang tu i kena tanya budak2 i lah, dia orang yg nak uruskan tanah ni'

"besar juga modal kalau nak bersihkan ni, paling tak 5 atau 6 ratus ni"
'member saya kata dia boleh uruskan, lebih kurang 3 ratus ajer'

"tak dapat dah ni 3 ratus, paling tak pun 5 ratus"
'tak apa lah saya bincnag dgn budak2 saya nanti'

"mcm ni sesuai tanam serai wangi dgn pokok pisang ni"
'em tanam serai lah, rasanya serai wangi 3 bulan dah boleh dapat hasilnya'

"tak dapat dah 3 bulan paling tak pun 8 bulan"
'tak mungkin lah, saya check kat JPNS nya web, katanya serai wangi hanya 3 bulan ajer'

"mungkin juga sebab serai wangi kita kutip daun dia bukan batang dia"
'oh ya ker, patut lah saya baca situ hasilnya kena ambi daun dia bukan batang'

"kalau serai wangi lah memang dia ambil daun ajer, 3 bulan memang dah boleh ambil hasilnya"
'ok lah tu, lagi pun serai wangi tak leh makan kan'

"aha"
'elok lah tak risau untuk orang curi'

"ok macam ni, u uruskan pembersihan, nanti saya carikan benih dari MARDI, kalau jadi maknanya ni adaah project pertama kat rembau yang tanam serai wangi"
'wah cantik lah tu'

SO orang JPNS dah tengok. Tinggal uruskan pembersihan tempat ajer.

En sidek ada tanya pasal tuan punya tanah, lebih baik buat agreement katanya..em tak bincang agi dgn sanny dgn faizah. Tengok lah hari ni mungkin nak bincang hal ni...

Tak sabar rasanya..
Saturday, April 16, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Biar kan Aku sendiri

Siapa Tak inginkan
Diri dikasihi
Diri disayangi
Diri dibelai
Diri dimanjai

Aku juga manusia
Aku juga inginkannya
Tapi aku tak mampu
tak mampu menerimanya
kerana aku tahu
aku tak layak untuk
menerimanya

Selalu aku mengharapkan
selalu aku dambarkan
tapi itu hanya angan2
dikala aku kesepian
melayan segala perasan
memenuhi segala impian
walaupun hanya
khayalan seketika...

Suami OraNg Part 2 (sambungan)

Hari minggu Kakak angkat Raden datang ke rumahnya dgn anak2. Suami nya akan datang kemudian.

Sedang duduk berbual, entah dengan lurus bendulnya Raden menceritakan semua hal suami kakak angkatnya pada kakak angkatnya. Kakak angkatnya tidak mempercaya cerita Raden. Malah dituduhnya Raden mengada2kan cerita. Bayangkan Raden yang hanya berumur 16 tahun dikatakan mengada2kan cerita yang tak pernah dipikirkan.

ketika Mak Raden pulang dari kerja, kakak angkat Raden terus menceritakan hal itu pada mak Raden, apa lagi mengamuk lah mak raden ketika itu. Diambilnya penyapu lidi lalu dibelasahnya Raden hingga hampir pengsan.

Dan ketika itu Dol sampai dan memujuk Mak raden supaya lepaskan Raden. Raden pengsan ketika itu. mereka meninggalkan Raden di bilik itu keseorangan.

Raden benar2 tak mengerti. Kenapa dia yang harus dipersalahkan. Kenapa dia dituduh mengada2 kan cerita.

Keesokan hari seperti biasa Raden ke sekolah, dan seperti biasa Dol menanti Raden di pintu sekolah. Raden melarikan diri. Tapi apa yg dia mampu buat. Dia hanya mampu menangis.

"Esok abg akan ke mahkamah, abg akan bercerai dengan kakak angkat kau."
'saya tak masuk campur, dan saya tak nak ambil tahu'

Dol masih lagi merayu kepada Raden untuk menerima dirinya. Tapi raden terus meninggalkan diri Dol keseorangan.

Dua hari berlalu, dan Dol datang lagi menemui Raden. Pada mula raden buat tak tahu tapi Dol terus menarik tangan Raden dan mula berbicara.

"abg dah ceraikan kakak kau"
'apa? giler ker?'
"abg nak kau bertanggungjawab. Kita mesti kahwin"
'anak2?'
"kakak kau ambil"
'giler, aku tak suruh pun kau orang bercerai, apa ni?'

Raden terus lari meninggakan Dol. Raden rasa bersalah. Tak disangkanya ini semua terjadi.

Menjelang malam raden menjerit2 seperti dirasuk sesuatu. Seminggu dua minggu berlalu, hampir tiap malam Raden disampuk. Dihantar ke hospital tapi doktor tak tahu sakit apa. Tiga bulan berlalu, Raden masih lagi sakit, puas dicubanya berubat tapi tak juga reda.

Tanpa putus asa, Raden berusaha berjumpa ustaz. Dan sakit raden reda.. Kisah Dol pun berlalu begitu sahaja. Kakak Angkat Raden pun telah bersuami lain selepas lepas Edah 3 bulan. Raden masih kehairanan. Bagai mana begitu cepat Kakak Raden bersuami baru sedangkan mereka menyalahkan Raden peceraian mereka berdua.

The Pacifier

Image hosted by Photobucket.com

Semalam tengok wayang citer ni dengan shila. Biasa lah aku belanja dia lah apa lagi. Untung orang kawan dgn aku, dapat makan fee tengok wayang free..hari hari tu..ahahaha.. ok sinposis citer ni..

Citer ini mengesahkan tentang seorang ketua askar yang garang dan penuh berdisplin diberi tugas untuk menjaga kanak2 yg kehilangan ayah tersayang, dan dalam masa yg sama diberi tugas untuk menyiasat tentang program "GHOST" yg diprogram oleh ayah kanak2 yg telah mati tu.

Kelakar juga bila seorang askar yg berdisplin terpaksa melayan kerenah remaja yg baru meningkat umurnya, kanak-kanak yang selalu dibuli oleh kawan2 lelaki, dan bayi yang masih tak tahu apa apa lagi. Banyak yang diperlajari tentang kehidupan budak2 tu.

yang paling best sekali masa Vin Diesel masuk lubang tahi kerana alarm budak2 tu kat dalam lubang tahi tu.. errrkkksssss....kalau orang yg cepat putus asa mesti dah tak nak jaga budak2 tu lagi..

Tapi disebabkan Vin Diesel seorang pegawai yang bertanggungjawab dia dapat menguruskan budak2 tu. Sempoi tul, akhirnya Vin Diesel mula sayang kat budak2 tu. Saat perpisahan tu betul2 menyentuh hati budak2 tu..

Memang best lah comedy ni, kau orang pi lah tengok..
Friday, April 15, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Tension Lagi

Hari ini aku ketensionan.. waaa...geram sangat2 rasanya..

Mula Mr Jang buat hal. Tengahari lah dia suruh aku tanya soalan bodoh kat bank. Aku dah cakap, tak boleh tak boleh lah. Dia tak puas hati nak juga suruh aku comfirmkan. Aku cakap lah law mana ada buat macam tu. Dalam hati aku cakap "bodoh betul orang korea ni" tapi nak tak nak aku call lah juga bank.

"Hello Maybank"
'ya saya, boleh saya bantu'

"saya nak buat pertanyaan sikit, boleh tak Cheque issue atas nama A dan kita masukkan dalam account si B"
'Mana boleh dik macam tu, kalau Cheque atas nama A, si A kena ada account dia sendiri'

"ok terima kasih ya"

Kan aku cakap, buat malu aku ajer berurusan dgn bank kalau hal macam tu pun tak tahu. Aku cakap dgn mr jang.

"whey chey mal an teroyo?"
"ah no araso hey"
"achim do eyagi hessoyo, L501 munjey issoyo, chey mal an midoyo, mr osman ogo eyagi hago jikem midossoyo" aku geleng pala. Member senyum ajer.

Aku rasa macam tension giler giler..

La ni pulak adik aku cal aku, dok marah2 aku pasal kakak aku dok masuk campur hal dia. Aku apa lagi marah adik aku

"aku tak masuk campur hal kau orang key, kau nak kawan siapa ker, nak kawin dgn sapa ker aku tak ambil peduli, yg kak yah pun dok macam tu aku peduli apa bukan aku yg ganggu kau. Nanti lah kak yah call aku cakap dgn dia. Aku malas ah nak pikir benda2 remeh temeh macam ni"

adik aku bengang terus letak phone. Boring ah.. bab dia orang nak kawin ker apa ker tu pun nak ngadu kat aku. Adik beradik pun nak bergaduh. tak paham aku..


Hanya Mimpi

Dalam keramaian itu, aku bersama seorang jejaka yang cukup sempurna, kulitnya cerah, tinggi, rupanya cukup kacak dan benar2 memukau mata aku bila memandang. Aku disisinya. Aku rasakan yang aku telah kenalinya cukup rapat. Namun aku masih tertanya2 siapakah dia. Kenapa dia menemani aku dalam majlis tu?. Aku tak paham.

Tamat majlis tu, kami berpisah. Dia hilang. Aku mencari. Tak kutemui. Aku hairan. Tiba tiba terdengar suara menjerit, "lari, selamatkan diri..Lari"

Aku hairan, aku bingung. Apa masalahnya.

Dari jauh aku nampak air ombak menujuk ke arahku. Aku masih lagi mencari pemuda yang bersama aku tadi. Tak ku temui. Ombak semakin hampir kepadaku. Aku terlihat seorang bayi menangis. Tiada siapa yang membantu bayi itu. Aku mendukung bayi itu dan bawa lari dari air ombak yg semakin mengelamkan aku dgn bayi itu.

Entah macam mana aku ternampak satu tangga untuk naik ke tanah tinggi. Kelihatan ramai orang yg cuba menghulurkan tangan pada aku. Perkara pertama yg aku buat adalah menyerahkan bayi yg aku dukung. Kemudian aku cuba menyelamatkan diri aku.

Aku mengucap dan bersyukur kerana selamat dari ombak itu. Tapi aku masih lagi meneruskan pencarian Pemuda itu.

Aku tersedar dari tidur.

Siapa pemuda itu..benar2 membuatkan aku tertanya.. seolah aku kenal pemuda itu. Tapi rupanya tak pernah aku lihat.. siapakah dia?

Project Atika's Sdn. Bhd part 2

Semalam aku dah cakap dgn semua member's atika untuk tengok tapak sekali lagi. Masa habis kerja tu semua dah berkumpul depan kilang, tup tup aku nampak si Sukor dah jalan dulu. So aku ingat dia tunggu kat tapak tu lah.

Hampeh dalam perjalanan Sukor call aku dia tanya napa tak ambil dia kat rumah, huk tanpa kata apa2 kat kita orang dia tunggu kita orang kat rumah lak. orang macam tu pun ada. Heheh apa2 pun itu lah abg aku yg susah benor nak bercakap dgn aku.

So kita orang berempat ajer yg pergi. First tempat kita orang terus pi tapak tanah tu. Hampeh lagi sanny dgn faizah dok bertekak pasal area mana. Aku dgn shila hanya senyum ajer lah.

Last2 kata putus diambil, kita orang pi umah mak teh sanny untuk kepastian.

Lucky mak cik sanny ada. So dok borak sikit pasal project yg kita orang nak jalankan. ok lah mak teh sanny, beri supporting lagi.

dalam kul 6 baru pak teh sanny balik dan kita orang bertolak semula ke tanah tu. Maklumat yg tepat dan memuaskan. Peh besar giler kawasannya. Memang puas hati ah kalau betul tanah itu yg kita orang akan usahakan.

Ni yg tak sabar nak bawa Orang JPNS tengok tanah, dan kita orang mulakan operasi.

Rasa tak sabar sangat2. Macam macam rancangan yg dia orang berikan. Aku hanya satu ajer
"jangan hangat2 tahi ayam.."

dia orang marah aku lak, jangan cakap macam tu.

"saya tak nak hangat2 tahi ayam key, ni pesan saya"

Actually itu adalah kata semangat untuk aku sebenarnya, sebab aku tak nak buat project ni hangat2 tahi ayam...

aja aja fighting...

~Mr Jang~

"han tal namaso" sambil menurunkan tandatangan dia kat report
"il juil namasoyo" aku jawab tanpa melihat muka dia.. terus mengadap pc

"hahahahaha, alamak" mr Jang menjawab.
aku senyum..

"il nyon namaso, camelsu opso" Mr Jang bersuara lagi..
aku blur sikit, apa yg tinggal setahun lak ni..

"huk, 4 nyon animika?" aku tengok muka Mr jang dengan confuse.
"2 nyon man, Pongsa air so kay yak so nen 2 nyon man " sambil gelak2 mr jang jawab

AKu terus buat muka hampeh..ya lah boring betul kalau asyik tukar2 MD ni..

Last last yg kekal kat kilang ni aku sorang ajer lah..ker aku pun nak ikut jejak arwah2 yg dah tinggal kat kilang ni?..ahahahaha...tak mungkin..

Analisis Tika's Blog

Image hosted by Photobucket.com


Jika di lihat pada pai graf, dari beberapa negara ada juga yang mengunjungi my blog. Em happy rasanya bila ada yang berminat untuk membaca blog tika. Thanks pada mereka yang sudi singgah.

Dan pada graf yang bawah pula ada peningkat juga untuk first time visitor or unique visitor. Hehe..thanks pada mereka yg sudi mengunjung.

Have a nice day ya...

Gunung berapi siri 2

14 April 2005
Utusan Malaysia

11 gunung berapi diramal meletup
Daripada Zulkefli Hamzah

JAKARTA 14 April - Sebanyak sebelas gunung berapi di negara ini yang diletakkan dalam status berjaga-jaga berikutan aktivitinya semakin aktif dan diramal menimbulkan letupan yang besar dan dahsyat.

Kesemuanya ialah Gunung Talang, Padang; Gunung Marapi, Bukit Tinggi; Anak Gunung Krakatau, Banten; Tangkuban Perahu, Bandung; Semeru, Jawa Timur; Egon, Flores; Lukon, Dukono, Kiebesi, Soputan dan Ibu di Sulawesi Utara.

Hanya Gunung Talang diletakkan dalam status paling berbahaya dengan seramai lebih 28,000 penduduk telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Solok, kota terdekat gunung itu juga dilaporkan telah diselaputi dengan debu dan jarak penglihatan hanya kira-kira 100 meter.

Gunung Tangkuban Perahu juga dilaporkan terus mengeluarkan letupan-letupan gas kecil dan masih ditutup untuk pelancong. Para peniaga di sekitar gunung ini juga telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Anak Gunung Krakatau pula diletakkan dalam status waspada berikutan semburan asap hitam semakin aktif diramal tidak meletup sehingga ke tahap seperti pada tahun 1883 yang mengorbankan lebih 26,000 orang.

Jurucakap Jabatan Tenaga dan Sumber Daya Mineral, Wimpy S. Tjejep berkata, Anak Gunung Krakatau berada dalam fasa pembentukan dan jika meletup, ia cenderung tidak akan terlalu besar.

``Kalaupun berlaku gempa akibat letupan, penduduk Jakarta tidak akan dapat merasakannya kerana gempanya selalu kurang dari 2 skala Richter, `' katanya di sini hari ini.
Gunung Tangkuban Perahu, kira-kira 30 kilometer dari Bandung pula kata Wimpy, diramal tidak akan menimbulkan bencana yang besar kerana umur gunung itu sudah tua dan mempunyai banyak kawah.

``Tangkuban Perahu sudah tiga generasi sebab itu kita lihat kawahnya banyak, namun masih aktif. Kalau meletup tidak akan ada lontaran batu yang begitu kuat,'' jelasnya.
Sementara itu di Sumatera Barat, kota Padang hari ini terus digoncang dengan gempa bumi berukuran di bawah 6 skala Ritcher menyebabkan para penduduk takut untuk tinggal di dalam rumah.

Gempa bumi berukuran kecil ini diramal akan terus berlaku dalam beberapa hari ini. - Utusan

Gunung Berapi Siri 1

13 April 2005
Utusan Malaysia

5 gunung berapi kian aktif , Lebih 25,000 penduduk Indonesia lari menyelamatkan diri

Daripada: ZULKEFLI HAMZAH
JAKARTA 13 April - Rangkaian gunung berapi di Indonesia mulai menunjukkan tanda-tanda awal akan meletup setelah Gunung Talang, Padang, Sumatera Barat memuntahkan debu dan asap hitam semalam yang mengakibatkan lebih 25,000 orang lari menyelamatkan diri.
Hari ini pula, ahli-ahli sains mengisytiharkan `keadaan berjaga-jaga' selepas gunung berapi, Anak Krakatau dan Tangkuban Perahu menunjukkan tanda-tanda semakin aktif untuk meletup.

Ekoran itu, dua gunung popular sebagai destinasi pelancongan itu terpaksa ditutup petang ini.
Langkah berjaga-jaga itu diambil kerana pihak berkuasa bimbang akan wujudnya gas beracun seperti karbon monoksida, belerang dan sulfur yang membahayakan kesihatan.
Stesen televisyen SCTV pula menyebut, Gunung Bromo, di Jawa Timur yang meletup tahun lalu dan mengorbankan tiga pelancong turut dilaporkan mulai mengeluarkan asap hitam - tanda-tanda awal gunung tersebut semakin aktif.

Bagaimanapun sehingga petang ini, belum ada kenyataan rasmi dari Badan Meteorologi dan Geofisik Indonesia mengenai ancaman puluhan gunung berapi lainnya yang masih aktif di negara ini.

Gunung Krakatau telah meletup pada tahun 1883.
Akibatnya wujud dua anak gunung iaitu Rakata Besar dan Anak Krakatau pada tahun 1930.

Selain Gunung Talang, Gunung Merapi di Sumatera Barat juga dilaporkan semakin aktif sejak gempa bumi di Selat Mentawai, minggu lalu. Ini menyebabkan Gunung Tangkuban Perahu di Bandung, Jawa Barat dan anak Gunung Krakatau di Selat Sunda juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Sementara itu, Gunung Talang yang terletak kira-kira 50 kilometer dari kota Padang terus memuntahkan debu dan percikan api setinggi 200 meter disertai gempa bumi kecil.
Penduduk di sekitar Gunung Talang telah berpindah dari kawasan itu dan kini tinggal di khemah-khemah dan juga di bangunan-bangunan awam.

Gunung itu juga diletakkan dalam keadaan `berjaga-jaga' semalam.

Pakar vulkanologi kerajaan, Syamsul Rizal berkata, peningkatan dalam aktiviti gunung berapi itu besar kemungkinan ada kaitan dengan beberapa kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan Pulau Sumatera baru-baru ini.

``Ia mungkin satu bentuk kesan domino,'' katanya.

Syamsul berkata, alat sensor yang dipasang di lereng gunung berapi Anak Krakatau dan Tangkuban Perahu dikesan menunjukkan peningkatan dalam aktiviti gunung berapi dan pengumpulan gas beracun.

Pakar geologi kanan Indonesia, Mas Ace Purbawinata pula berkata, gunung berapi Tangkuban Perahu yang setinggi 2,076 meter mula menunjukkan tanda-tanda semakin aktif malam tadi.
Ini mendorong ahli-ahli sains menaikkan status gunung berapi itu ke tahap ``berjaga-jaga.''
Anak Krakatau dan Tangkuban Perahu, yang sering mengeluarkan gas dan debu, telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan kepada para pendaki gunung.

Bagaimanapun pihak berkuasa tidak pula memindahkan penduduk-penduduk kampung yang tinggal di lereng-lereng kedua-dua gunung tersebut.

Beliau berkata, beberapa letupan kecil berlaku selepas letusan pertama, tetapi tiada tanda-tanda letupan besar dikesan.

Gunung itu mengalami sekurang-kurangnya empat letupan besar pada masa lalu, tetapi kesemuanya berlaku pada abad ke-19. Tiga letupan kecil juga berlaku pada 1981, 2001 dan 2003.

Kesemua gunung berapi itu adalah di antara sekurang-kurangnya 129 gunung berapi yang aktif di Indonesia.

Sementara itu, para peniaga di Gunung Tangkuban Perahu yang kali terakhir meletup pada tahun 1910 dan terletak kira-kira 30 kilometer utara Bandung juga telah dipindahkan ke kawasan selamat.

``Anak Gunung Krakatau di Selat Sunda semakin aktif sejak dua hari ini. Semalam sekurang-kurangnya berlaku 32 kali gempa di kawah gunung ini. Kita telah mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat laporan berkala kepada daerah terdekat, Serang dan Banten.

```Pada masa ini kawah anak Gunung Krakatau mengeluarkan asap kehitaman tapi kejadian ini jangan dikaitkan dengan gempa bumi gunung berapi di bahagian barat Pulau Sumatera,'' kata jurucakap Direktorat Vulkanologi dan Bencana Geologi, Surono di Bandung.

Indonesia merupakan sebahagian daripada ``Rangkaian Api'' Pasifik, iaitu garisan gelinciran bumi dan gunung berapi yang terletak dari Hemisfera Barat melalui Jepun dan Asia Tenggara.
Sementara itu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang melawat para penduduk di sekitar Gunung Talang yang berlindung di tempat-tempat perlindungan menyatakan rasa syukur kerana bencana alam itu tidak mengorbankan jiwa.

Susilo yang baru-baru ini menerima pesanan singkat (SMS) supaya menyembelih 1,000 ekor kambing bagi mengelak bencana alam terus berlaku di Indonesia turut menyatakan akan menemui para Gabenor untuk menjelaskan kejadian gempa bumi merupakan fenomena alam.
Thursday, April 14, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Menyelami Perasaan~

Aku tak paham atau aku yang sukar untuk memahami, apa yang aku alami. Aku cuba selami perasaan aku sendiri. Adakah ini yang aku inginkan atau ini hanya sekadar melangkah memenui kehendak diri.

Inikah jalan terbaik untuk diri aku. Melawan segala rasa dan perasaan. Mematikan nikmat hidup seketika di dunia ini, atau membuang segala rasa keindahan yang aku alami. Terlalu sukar untuk diperkatakan oleh lidah atau pikiran. Ianya hanya budi bicara jiwa yang tiada kata2 biasa mewakili agar aku bisa mengerti.

Ianya datang dan pergi.. dan datang lagi.. seolah aku ini hanya satu tempat singahan dan tumpangan dikala kekosongan. Lalu diisi dengan segala keindahan, kenikmatan sehingga aku lupa diri seketika hilang dialam nyata..tapi bila aku bangkit aku hilang arah. Ianya hilang lagi. Meninggalkan saat yang tak dapat aku gambarkan. Apa kah ini semua. adakah satu sandiwara ilusi atau hanya bayangan mimpi.

Ternoda jiwa ini, dengan perilaku kata kata, tergoris perasaan dan meninggalkan badan yang terkapai2 tiada maya...Mata hanya mampu berkelip..tiada lagi kata yang mampu diluahkan..

Gelodak perasaan memaksa diri. Mencampakan jauh dari sudut hati...namun akal mula berbicara..biarkan ianya seketika.. dan pasti ianya akan hilang sekelip mata jika pikiranku dikelabukan dengan adat sebagai seorang manusia.

Paham ker bahasa jiwa?..aku pun tak paham sangat..ahaks...

Project Atika's Sdn. Bhd.

Project pertama dalam hidup aku yang hendak aku usahakan. Ini pun setelah aku tanya beberapa pendapat. Member yang nak join ada 5 orang gitu.

1) Sanny (tuan punya tanah)
2) Faizah
3) Shila (pembantu peribadi aku)
4) Sukor
5) Yazid
6) Azizah


Dan aku adalah ketuanya.. biasalah, dah tentu akunya cadangan. Segala kertas kerja dan apa2 urusan dgn govement adalah kerja aku.

So hari ahad tempoh hari dah tengok tanah, tapi hampeh si Sanny tak ingat kawasan mana, so cadangnya petang ni nak pi sekali lagi.

Tadi dah telefon orang JPNS. Dia pun tinggal kat area umah aku, so senang lah kami nak berurusan. Aku cakap kat dia yang kami ni buat part time ajer. Dia paham, cuma pesannya jangan hangat2 tahi ayam udah lah. Hehe tengok lah siapa yang nak buat. ahaks.

So lepas perbincangan tu kata sepakat dah buat. Hari Sabtu ni En Sidek dari JPNS rembau akan ikut tengok tanah. Dia tanya aku nak tanam apa? aku cakap nak tanam cili, tapi dia tak galakkan. So keputusan kita orang akan tanam serai wangi.

How ever tengok dulu apa kata En Sidek hari sabtu ni...tak sabar rasanya nak mulakan...good luck untuk ATIKA'S SDN. BHD.

Suami OraNg Part 2

sambungan dari part 1.

Nama : Abdul Rashid.
Nama gelaran : Dol
Umur : 34
Anak : 2 orang

Raden sakit hati. Kata2 dari keluarganya benar2 membuatkan dirinya benar2 tercabar. Namun dia cuba juga untuk menerima segala nasihat itu.

Sejak hal itu En Amat tidak pernah datang ke rumah nya lagi. Mungkin Bapa tirinya telah memutuskan hubungan mereka berdua.

Satu hari Raden mendapat panggil telefon dari kakak angkatnya yang berada di bandar.

"anak aku yg besar masuk hospital, so yg kecik tak ada orang nak jaga. Aku nak minta kau tolong jagakan, Lagi pun kau tak sekolahkan hari sabtu ahad?"
'saya boleh bantu, tapi kena tanya mak saya dulu'

"tak apa nanti aku cakapkan dengan mak kau"
'ok, nak saya ke rumah akak terus ker?'

"ah ambil anak aku yg kecik kat rumah jiran aku, laki aku balik kerja dalam kul 8 malam"
'ok, saya ke sana sekarang'

Raden telah mengenali Kakak angkatnya cukup lama, sejak dia berumur 10 tahun. Hubungan mereka pun cukup rapat. Selepas kakaknya berkahwin pun hubungan mereka tetap rapat.

Setibanya Raden di rumah kakak angkatnya, kelihatan baju bertaburan di ampaian, dipungutnya lalu dilipatnya. Rumah itu terlalu daif pada penglihatannya. Namun apa lah yang dia mampu membantu.

Setelah siap berkemas, memasak apa yang ada dia ke rumah jirannya dan mengambil Rabiah. Anak perempuan kakak angkatnya. Dimandikan, diberi makan dan ditidurkan.

Jam 8.30 malam terdengar suara memberi salam, pasti suami kakak angkatnya sudah pulang.

"en engkau Raden, apa kau buat di sini? mana kakak kau?"
'macam ni abg dol, Sabri masuk hospital besar, jadi akak minta saya tolong jagakan Rabiah hari ni'

"em..napa dia tak bagi tahu aku"
'saya tak tahu'

"kau nak ikut pergi hospital? aku nak tengok dia orang?"
'boleh juga'

"Rabiah tu biar adik aku jaga"

Nasib baik Dol balik bersama adiknya yang kerja setempat dengan nya.

Raden pun mengikut Dol ke Hospital besar. Mereka sampai di hospital hampir pukul 10 malam. Setelah melihat keadaan Sabri dan kakak Angkatnya mereka pun bertolak balik ke rumah.

Dalam bas perjalanan balik ke rumah, seperti tidak diduga Dol telah meluahkan perasaannya pada Raden. Raden benar2 terkejut. Tak disangkanya Dol ada menyimpan perasaan terhadap diri nya sejak dia dikenakan oleh kakak angkatnya. Tapi Raden tahu itu hanya lah kata2 manis seorang lelaki.

Malam Raden tidur bersama rabiah dan Dol tidur bersama adiknya di ruang tamu. Namun kerana takut Raden tidak dapat melalapkan mata.

Keesokkan harinya Kakak angkatnya pulang bersama Sabri, Raden minta diri untuk balik ke kampung. Dol ingin menemaninya tapi ditentang oleh Raden. Kakak angkat Raden memujuknya, "biarlah abg kau hantar, takut apa2 terjadi pada kau nanti" Raden hanya mendiamkan diri. Dia tak berkuasa untuk berkata apa apa.

Dalam bas tanpa putus asa Dol memujuk Raden untuk bernikah.

"giler kah abg ni, tak nak saya"
'abg janji abg akan bahagiakan raden, abg akan tanggung Raden sekolah'

"tak payah lah abg, raden pun masih sekolah mana boleh pikir ni semua"
'Raden tak yah sekolah, ikut abg ajer'

"tak nak lah, abg dengan akak pun tak tertanggung ada hati nak tanggung Raden"
'abg mampu raden, cuma abg tak nak tunjukkan pada kakak kau'

"saya tak mahu"


Seminggu berlalu hal itu, ketika pulang dari sekolah Raden terkejut kerana Dol menunggunya di pintu pagar sekolah. Giler lelaki itu. Dirayunya, dipujuknya...Kerana kasihan dia mengikuti Dol untuk makan tengahari.

Ketika makan Dol masih lagi merayu untuk bernikah dengan nya..
"abg sayangkan Raden, abg tak sanggup kehilangan Raden"
'habis tu abg nak buat apa dengan akak angkat saya tu?'

"kalau raden nak, Abg boleh ceraikan dia"
'kerja giler ker ah abg ni?'

"abg cakap betul, abg nak kan Raden"
' kalau abg ceraikan akak, raden tak nak tengok muka abg lagi, selama-lamanya'
"tapi Raden kita macam mana"

'kita tak ada apa apakan, saya pun tak ada perasaan dengan abg pun'

Raden meninggalkan Dol bergitu sahaja.. Dia pening...Bingung...
Bersambung...

The Ring 2 "Samara"



Image hosted by Photobucket.com

Semalam tengok wayang citer The Ring 2 "episod Samara".

Nak citer sikit pasal citer ni.

The Ring 2 ni sambungan dari The Ring 1. Aidan dan Rachel pindah rumah ke kawasan baru untuk mula kan hidup baru.

Tapi tanpa diketahuhi oleh Rachel ada remaja lelaki telah menonton video hantu yang pernah dimusnahkan dalam The Ring 1. Kawan perempuan remaja lelaki tu mainkan video itu tapi tak menonton membuatkan lelaki itu dibunuh oleh Samara. Bila Rachel tahu dia terus mencari video itu dan membakarnya.

Tanpa disedari Aidan telah bermimpi menonton video hantu itu dan Aidan telah disampuk oleh Samara. Kisah kali ini tentang Samara yang menyayangi ibunya.

Slot yang membuatkan tika menjerit bila Rachel buka plastik mayat remaja lelaki yg mati tu..

"i catch you"

terkejut lah juga. Dan slot yg lain rasanya biasa ajer. Tak ada yang menakutkan sangat. Cuma yang last ajer bila Samara kejar Rachel dalam perigi, nampak macam seram sikit.

Akhirnya Racheal dapat mengurung Samara dalam video itu. Ahaks. Kalau diberi bintang tika kasi 3 bintang ajer.. Tak seram sangat. Sebab kita dah tahu macam mana rupa hantunya, seramnya macam mana.
Wednesday, April 13, 2005 Image hosted by Photobucket.com

SuAmI OrAnG Part 1

Kisah Ini sekadar untuk bacaan sahaja.

Suami orang Part 1

Nama : En Rahmat
Panggilan : En Mat
Umur : 38 Thn


Ketika meningkat remaja, Raden merupakan gadis pendiam. Seperti remaja yang lain Raden juga dihantar ke sekolah. Hari-hari Raden hanya di rumah dan di sekolah. Kesempitan hidup, keluarga yang berpecah tak pernah membuatkan Raden putus asa untuk hidup.

Bapa Tiri Raden selalu membawa pulang kawan2 nya ke rumah. Kadang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam jiwa remajanya namun siapa lah dia untuk bersuara.

Suatu pagi dalam perjalanan ke sekolah jam 6.oo pagi, Raden merasakan ada sesorang mengikuti pergerakkannya. Raden cuba memujuk dirinya untuk tidak merasa takut, dipercepatkan pergerakkan kakinya. Bayangan itu semakin hampir dengan dirinya.

"Eh En Amat apa buat kat sini pagi2 ni" Raden terkejut.
'Saya tunggu awak di sini'

"Kenapa lak, buat apa tunggu saya"
'Ada hal saya nak cakap dengan awak'

"Apa hal ni, kenapa menakutkan saya macam ni?"
'Maaf, kalau siang hari saya tak dapat nak cakap dengan awak'

"apa hal nya?"
'Boleh kita berkawan?'

"apa maksud En Amat?"
'saya sukakan awak, saya nak kenali awak lebih rapat boleh?'

"eh apa ni, En Amat kan dah ada isteri, saya ni umpama anak pada En Amat tau"
'saya tak kisah, saya suka awak'

"macam ni lah, balik ah rumah En Amat, saya nak ke sekolah"
'Petang nanti saya ambil awak balik dari sekolah ya'
"tak nak lah"

Raden bingung, lelaki yang sebaya dengan ayahnya meluahkan perasaan terhadapnya. Sedangkan anak lelaki tu sebaya dengan nya, kawan sekolah dengan nya.

En Amat semakin mengila, setiap hari ditunggunya Raden di tempat menunggu bas, puas Raden memarahinya, menghalangnya namun sikap lelaki tak mahu mengalah selagi tak dapat.

Satu hari Raden dipanggil oleh ibu dan bapa Tiri nya. Sesi perbincangan dimulakan oleh bapa tirinya.

"betul kau suka dgn si Amat tu?"
'tak lah, dia yg kacau saya'

"kau tak malu ker kacau laki orang? satu kampung semua heboh pasal kau orang tahu tak?"
raden hanya mendiamkan diri. Dia tidak berani bersuara, hanya air mata mengalir. Ingin dia menjerit mengatakan dia tidak melayan orang itu, tapi dia tidak mampu. Memang sikapnya yang tak suka bersuara itu memaksa dirinya berdiam.

Hampir 2 jam sesi bebalan dan marah2 berlansung. Air mata Raden pun sudah kering. Namun dalam hatinya cukup sakit. Orang lelaki yang dah berkahwin tu tergila2 kan dirinya tapi dirinya yang menjadi mangsa. Namun siapa kah yang sudi mendengar keluahah hatinya?

~Teh Tarik~

Semalam balik kerja kita orang pi cari kedai nak makan Nasi Beryani Gam. Aku tak pernah dengar lak nama Nasi Beryani Gam. So habis kerja terus pi Kedai kat Tasik Jaya, semalam dia orang dah servay katanya kat situ buka, tapi hampeh. Aku sampai kat sana, dua kancil dah menunggu. Ambil keputusan pi pulak Taman Seri Mawar. Konvoi 3 kereta.

Sampai kat kedai situ lak, lauk ayam masak merah dah habis, tinggal korma ajer, tanya dia orang masing2 tak tahu nak jawap apa, hampeh aku juga yang kena buat keputusan. Malas nak pikir aku cakap makan ajer lah apa yg ada.

So pekena juga lah nasi beryani gam. Tak sedap pun. Em tapi lapar punya pasal belasah ajer. Habis makan, shila bayar. Huk pertama kali aku rasa shila belanja makan ramai2. Ahaks. Selamat duit aku kali ini. Ahaks.

Habis makan terus balik rumah. Kat umah layan tv ajer. Tidur awal kul 10 mlm.

Pagi ambil shila macam biasa, singgah kedai untuk sarapan. Rasanya dah lama tak sarapan pagi kat situ. Makan roti canai banjir dan minum teh tarik. Em rasanya dah lama tak minum air panas. Pagi ni aku lak belanja shila makan. Hehe selalunya pun memang aku yang belanja. Ahaks.

La ni tengahari aku tak leh makan nasi pulak dah. tadi aku muntah2. Ni mesti pasal minum teh tarik tu ah. Menyesal aku minum teh panas tu. Waa sakit perut.. sakit tekak.. semua rasa tak selesa...

Pelarian Kasih Episod 3

Keberangkatan aku ke Korea dihantar oleh Mak, abg, adik dan anak saudara. Pada mulanya dia orang tak dapat hantar, kerana tak ada kenderaan. Tapi sehari sebelum berangkat mereka tiba di Wisma Belia dengan kereta merah. Sewa katanya.
So hari first dapat duit biasiswa untuk barang2 persediaan sebelum bertolak, aku gunakan untuk bawa family aku jalan2 di Kuala Lumpur. Itu lah kali pertama kami menjejakkan kaki ke KL. Sungguh terharu sangat saat itu.

Malam last aku tidur dengan mak aku. Kami berpisah di Subang Airport. Masing2 mengalirkan air mata. Aku apa lagi mencurah2 air mata. Lambaian terakhir untuk mak dan adik beradik aku. Ramai keluarga2 yang hadir saat itu.

Melangkah menuju ke pintu Kapal Terbang kami berbaris. Semuanya ada 32 dua orang. 15 orang mengikuti kursus JVTC dan selebihnya matrix. JVTC adalah program lepasan vokay dan teknik. Di korea akan mengambil bahasa korea selama setahun, disambung dengan diploma 2 tahun dan degree 2 tahun manakala matrix pelajarnya sudah mempelajari bahasa korea di UTM dan menyambung Degree di Korea selama 2 tahun. Dan aku adalah program JVTC.

Saat itu aku memakai baju kot biru gelap labuh yang diberi pinjam oleh Along. Sorang2 nya member perempuan dalam 15 pelajar batch aku. Aku yang tak disediakan baju kot terpaksa meminjamnya dari Along.

Saat2 akhir melangkah, seorang Pegawai JPA mengiringi kami. "wa ni mesti tak sabar nak main salji kan, dah pakai baju kot labuh lagi" aku senyum...kami terus melangkah...

Bersambung..
Tuesday, April 12, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Merajuk Lagi~

Hari ni aku merajuk dengan diri aku sendiri. Aku tak tahu kenapa. Puas aku bertanya dalam diri sendiri tapi aku tak jumpa jawapannya.

Perlukah aku mengambil keputusan ini. Perlukah aku menyeksa diri aku sendiri. Entah lah. Rasa macam dah tak mampu untuk berpikir. Aku perlukan sesorang untuk aku luahkan perasaan tapi dengan siapa. Siapa yang sudi berkongsi cerita dengan aku. Ah malah mereka aku tertawakan aku.

Hari ni dua pekerja aku berhenti. Em senang sikit kerja aku, cari orang baru, ajar orang baru lebih baik dari aku jaga budak yang jenis tak nak kerja, kaki ponteng, pekerja yang tak nak dengar kata. Em.. tadi dah interview seorang. Aku kasi peluang faizah dgn nurul interview tapi hampeh. Aku juga yang boleh interview orang tu.

Terpikir juga aku, tak semua orang boleh jadi serius mcm aku, tak semua orang boleh jadi macam aku, walaupun di beri peluang. Em.. tu lah kita ni kadang boleh cakap ajer, tapi bila dah diberi peluang, hampehh... macam tin kosong. Em.. tak bererti langsung..

Esok budak tu masuk kerja. Kadang aku gelihati bila teringat balik aku interview orang. Cara aku bercakap, intonasi, riak muka..memang macam serius gitu. Bila aku tanya dia orang.. memang kak su garang.. ahaks.. garang kah aku?..bukan garang tapi kena lah buat cara supaya orang respect kat aku. Kalau kat luar kilang aku lah paling sporting.. cuma dia orang selalu sangat beza2 kan aku dengan dia orang. Kalau jumpa orang lain mesti dia orang kenal kan aku ni "manager" dia orang. Kalau anak2 dia orang buat nakal dengan aku sikit mesti dia orang cakap "habis lah ayah kau tak naik gaji nanti"..hairan aku. Padahal aku rasa aku tak pernah bawa masuk hal luar kerja ke pejabat. Emm..mungkin itu cara dia orang respect kat aku kot..

Tapi apa lah guna itu semua.. aku cuma nak kan kebahagiaan yang aku boleh kongsi kan dengan sesorang.. tak kira siang atau malam..bila2 masa asalkan sesorang itu sudi kongsi segalanya dengan aku...siapa lah yang sudi kan... :(
Monday, April 11, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Jantung Berlubang~

Tadi aku turun bilik QC, Faizah dgn Sunny still tak masuk lagi, waktu makan tadi dia orang keluar pi hospital bawa anak dia orang yg kecik untuk pemeriksaan.

Kul 4 baru dia orang masuk, Faizah mata dia merah baru lepas nangis. Aku tanya dia macam mana, dia menangis. Memang doktor sahkan anak dia hidap jantung berlubang. 17/5 ni kena pergi Institut Jantung Negara untuk pemeriksaan jantung.

Faizah cerita untuk pemeriksaan itu sahaja dia kena sediakan RM300.00. Huk mana dia orang nak cari duit macam tu banyak. Pada aku mungkin insyallah lah boleh cari tapi untuk dia orang macam mana. Kesiannya aku pada dia. Dah tu Faizah tanya doktor kalau pemedahan pulak berapa kena.. Doktor suruh sediakan Rm100,000.00 . Huk.. giler mana nak cari duit banyak tu.

Faizah nangis, katanya kalau kena keluar duit KWSP pun dia sanggup. Tapi aku rasa kalau campur kan duit sanny dgn faizah pun tak kan sampai kot.

Aku memujuk faizah, kerajaan kan ada Dana untuk perubatan penyakit seperti ini semua. Mesti boleh dapat bantuan pun. Dengan keadaan keluarga Faizah yang tak mampu, bayangkan gaji Faizah dengan sanny dicampurkan baru dapat rm1,600.00 nak tampung 5 orang anak, dengan sewa rumah, duit kereta, duit anak2 sekolah, duit makan. Ya allah dapat gaji hanya untuk expensess bulanan ajer. Mana dia orang nak cari duit buat biaya hospita pulak tu.

Hari ahad tempoh hari aku pi umah faizah, nak menangis aku tengok rumah dia orang. Macam mana anak2 dia nak membesar dengan keadaan rumah macam tu. Ya Allah bantu lah mereka.

Tengok lah kalau ada rezeki lebih sikit aku bantu lah dia. Kesian sangat kat keluarga dia..

~Hari Minggu~

BBQ

Hari sabtu kerja separuh hari. Pukul 11 lebih kerja aku semua dah selesai. Budak2 lain buat kerja masing2. Aku yang mengadap PC ni dah tak tahu nak buat apa. Jangan tak caya yang aku boleh tertidur depan PC. Dalam kul 12 tak silap aku Mr Jang kejut aku.
"Miss Su, Na Monjo Kanda"

Aku tersentap, huk..
"Neh..neh.." dengan muka bersalah.

"han si kekay stop sikiko chongsoh harago"
neh..aku jawap sambil mengangguk.

Nurul tegur aku, mata dengan dahi aku merah. Aku senyum aje. Hahaha....

Pukul satu macam diarahkan oleh Mr jang stop machine, dan cleaning. Aku dok arahkan budak2 lelaki dok susun raw material. Hari Selasa ni masuk raw material baru dari korea. Em tempat dah lah sempit. Tension aje aku dibuatnya.

Pukul 1.30 semua dah balik. Aku macam biasa hantar shila balik rumah dulu. Sampai rumah mak aku dah pakai cantik2. Peh siap bersolek tu. Aku pun dok nyakat dia..

"ni nak pi mana ni lawa lawa ni"
-kata nak pi giant.
"ya lah pi giant takkan pakai lawa2 macam ni" kata aku sambil duduk depan tv.
-tak kan nak tengok mak compang camping kot? mak aku malu2.
"hahahaha...tak jadi pi giant lah" aku masih terus menyakat mak aku.
-kan dah janji. muka mak aku dah berkerut.
"ok ok jom kita pi sekarang"

Sampai giant hantar kereta utk cuci. Rasanya dah dekat 2 bulan tak cuci, so aku suruh cuci luar, dalam dan enjin sekali. RM15.00. boleh lah.

Masuk giant shoping barang dapur, beli mangkuk dan senduk, menambahkan asset barang kat umah ahaks. Dah pilih barang semua beratur nak bayar.

"Kak su, tak pi terminal one ker? beli tiket mak?"
'laaa lupa lah mak, macam mana ni. Dah pukul berapa ni? rasanya dah tutup kaunter"
"buka lagi lah, sampai kul 6 kan kaunter buka"
'entah lah, rasa dah tak sempat. Em tak yah balik lah mak'
"mana boleh nak balik juga, kena kerja lah" mak aku dah tarik muka masam.
'alah tinggal ajer sini'
Mak aku dah diam, muka dia dah berubah wajah. Aku senyum ajer.
"jangan nangis lah, Dah beli dah, ni ah." sambil aku tunjukkan ticket yg aku dah beli tempoh hari.
"tahu lah tanggungjawab anak mak ni" Mak aku senyum ajer..

Settle semua balik rumah terus. Dalam kul 5 lebih budak2 kilang datang. Abg aku dah siap kan bara apa nak buat BBQ nya. Lepas magrib baru kita orang mulakan pembakaran. Em aku tukang rasa dan makan. Mula2 sekali makan Daging Lembu. Peh sedap. Lepas tu dia orang bakar udang pulak. Sedap. Lepas tu bakar Kepak ayam. Kurang sedap. Sebab aku memang tak minat ayam. Lepas tu bakar Ikan pulak. Perut dah kenyang tapi makan juga lah sekor. Lepas tu baru bakar ketam. Ahaks. Sekor ketam besar aku bedal sorang. Peh perut kenyang giler. Dah habis makan aku masuk dalam rumah. Dia orang still dok berborak kat luar. Tak silap pukul 10 lebih kot. Aku dok tepi mak, sambil suruh mak belai belakang aku. Hehe last last aku tertidur. Tak tahu dia orang balik pukul berapa.

Usha Tanah

Bangun pukul 5 pagi, Dok borak dengan mak kejap. Kul 7 keluar dan dok berkebun kejap. Pindahkan anak chili kat atas batas. em.. bersih kan kawasan rumah dengan mak. Bersihkan pokok pelam yang tengah berbunga. Puas hati tengok kebersihan rumah aku. Kalau mak tak ada pemalas aku ni. Ahaks.

Siap ajer masuk bersih kan badan sikit2. Lepas tu dok lepak tengok TV. Mak sambung dok picitkan jerawat aku. Ahaks. Dalam kul 11 baru kelang kabut dok mandi. Mak dok bebel. TU lah tengok tv ajer sampai tak siap. Mak awal2 lagi dah siap. Ahaks. Aku gelak ajer.

Keluar hantar mak ke Terminal One. Sampai2 aje tengok bas dah ada. Hantar mak sampai dalam bas. Hulurkan duit ringgit entah berapa ringgit pun aku tak pasti, duit RM10 tak ada. Sorry lah mak ek. Cium tangan dan pipi dia dah tu aku turun bas. Turun dari bas ada sorang pak cik tu tengok aku lain macam, aku dengan selamba terus pi kat pak cik tu. Dalam otak aku terus ingat..siapa ek. rasa macam kenal.. sapa nama dia ek..

"ini cikgu nordin kan?"
'ya saya, itu lah saya tengok muka kamu ingat tapi nama tak ingat'

ahaks nasib baik betul tekaan aku. ya lah bayangkan hampir 10 tahun tak berjumpa sekali jumpa antara ingat dan tak ajer. Berbual lah kejap. Ingat aku nak tolong hantarkan dia ke PD tapi katanya dia tengah tunggu kawan2 dia yang lain. So berborak dekat 20 minit lepas tu aku minta diri dulu. Janji dengan Faizah dan yg lain pukul 12 kat rumah dia orang.

Turun dari parking jalan sesak giler. Kereta tak leh nak bergerak langsung. Lama juga tunggu baru leh gerak sikit2. Tiba-tiba terdengar bunyi kena hentak. Waa kereta aku kena hentak dari belakang. Em pikir nak keluar ker tak..malas lah. tapi kat mulut tak habis habis dok maki mamat cina yang langgar aku dari belakang.

Sampai umah faizah terus ambil dia orang dan bergerak ke rembau. Usha tanah nak buat tanaman chili. Luas dia boleh tahan, area dia pun boleh tahan. Pi umah mak cik sanny ingatkan nak ambil geran tapi mak cik dia tak ada pulak. Dari rumah mak cik Sanny kita orang pi kolam air panas. Peh panas giler airnya. Tapi seronok bermain. Kat tepi kolam air panas tu lak ada pokok pelam yang sedang sarat berbuah. Peh apa lagi gotong royong dok mengutip pelam. Peh masam giler.

Balik singgah kedai beli makanan untuk dimakan. Lepak rumah Sanny kejap sambil makan2. Roti jalan, kuih keria, kuih kuaci, pelam cicah dengan kicap chili. Peh sedap giler.. Dah kul 5 mata aku dah kuyu. Minta diri nak balik. Hantar shila dan aku terus balik rumah.

Sampai rumah mandi2 dan layan tv. Malam kul 8.00 aku dah lelap.. sampai lah pagi ni.. peh lama giler aku tidur.....

Berusaha bukan serah takdir cari jodoh

SAYA sering mendengar bahawa ajal dan jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Jika sudah ditakdirkan, mengapakah nabi berpesan supaya umatnya mencari dan memilih jodoh?

Benarkah wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik kerana dalam keadaan sekarang saya lihat ramai wanita yang baik masih hidup bersendirian walaupun sudah mencecah 40 tahun?

JAWAPAN
Memang benar sebahagian hidup manusia adalah dalam ketentuan Tuhan, yang mana manusia tidak diberi hak membuat pilihan atau dinamakan takdir.Manusia tidak boleh memilih siapa ayah ibunya, bila dia mahu dilahirkan, bila dia mahu mati, mahu menjadi lelaki atau wanita misalnya dan termasuk jodoh dan ajal.Semua ini dalam ilmu Allah saja dan bukan dalam pengetahuan manusia.

Oleh itu manusia mesti berusaha kerana dia tidak tahu. Allah sudah menentukan rezeki, tetapi manusia mesti berusaha mencarinya.Allah menentukan ajal, tetapi manusia mesti berusaha menjaga kesihatan dan nyawanya sebaik mungkin, begitu juga jodoh sudah ada dalam ilmu Tuhan, tetapi manusia mesti berusaha mendapatkannya dan bukan bersikap menunggu takdir itu terjadi.Takdir tidak boleh disalahfahamkan dengan usaha.

Takdir adalah hak Tuhan dan usaha adalah tanggungjawab manusia. Usah pertikai hak dan kerja Allah, sebaliknya berusahalah dengan bersungguh-sungguh.Memang benar wanita baik untuk lelaki baik kerana itu firman Allah dalam al-Quran.Bagaimanapun, ‘baik’ itu adalah pada ukuran Allah yang Maha Mengetahui, bukan pada ukuran manusia.Malah, sifat baik ini sangat subjektif dan berbeza-beza bagi setiap individu. Tidak semestinya bersendirian itu tidak baik kerana mungkin lebih baik hidup bersendirian daripada menderita dianiayai orang lain.
Saturday, April 09, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Hanya Perasaan

Aku tak mengerti, dan aku masih tak mengerti, apa yang aku hadapi. Terkadang ianya hanya sekadar perasaan, tapi ianya juga menguasai diri, mempengaruhi setiap tindak tanduk aku mengharungi hari hari yang berlalu, lalu meninggakan masa yang tak memberi apa pun erti dalam hidup ini.

Perlukah aku mencari pengertian ini, agar aku ketemui jalan penyudahan nya, atau aku harus meneruskan detik2 yang menghitamkan segala warna warni hidup ini.

Haruskah aku persalahkan dunia, manusia2 ataupun diri aku sendiri, di mana akan aku temui titipan bahagia yang pernah dijanjikan oleh diri sendiri. Kadang aku sendiri bermain dengan perasaan aku sendiri sehingga aku lalai dalam meneruskan perjuangan diri ini.
Image hosted by Photobucket.com
Friday, April 08, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Nasi~

Em diam tak diam dah dekat 3 hari aku tak makan nasi langsung. Last makan dengan Mr Kim dgn Mr Jang hari Isnin tempoh hari. Kenapa ek tak selera nak makan langsung.

Semalam balik kerja terus hantar Shila balik rumah. Em aku tak semangat nak ke mana mana. Pergi pasar malam kejap, beli ikan tongkol 2 ekor, sotong setengah kilo dan juga pucuk ubi. Hehehe kena prepared awal2 sebab mak nak datang kan. Nak suruh mak masak.. Ahaks.

Sampai rumah aku potong ikan, potong sotong dan sayur. Siap kan dulu. Dapat call dari Faisal. Em macam2 ah mamat ni.

"Awak kasi saya cakap 10 minit boleh tak?"
Nak cakap apa?

"boleh lah, 10 minit ajer"
ok,ok.

"saya sebenarnya rasa bersalah sangat dengan awak, diatas perbuatan saya selama saya kenal awak"
em ya lah tu

"awak, dengar lah dulu apa saya nak cakap, saya rasa tak tertanggung lagi, tak tahu nak luahkan pada siapa kekesalan saya ini. Saya teringat lagi apa yang saya buat kat awak, kata2 saya, betapa jahatnya saya, saya ingatkan setelah empat lima bulan ni kita tak jumpa saya boleh lupakan awak, tapi saya tak mampu, perasaan rindu tu sentiasa menganggu saya."
emmmm

"saya tak tahu nak buat macam mana lagi, nak lawan perasaan saya. Saya tahu kerana saya awak ada perasaan benci pada lelaki kan, saya minta maaf sangat"
dah lama saya maafkan awak.

"senang hati saya dengar awak cakap macam tu, tapi saya masih tak tenteram atas apa yang saya lakukan pada awak. Rasa bersalah sangat2"
Awak sudah lah, saya rasa dah lebih 10 minit ni, saya nak tengok tv ni, karton naruto ni

"awak kejap lah, kasi lah saya 5 minit lagi"
tak boleh lah, saya nak tengok karton ni

"3 minit aje boleh tak"
tak nak lah, kita cakap lain kali key

"awak..tolong lah"
bye...

aku terus letak phone. Em.. hampehnya mamat...

Dapat cal lagi..

"napa tak angkat phone?"
alah tadi ada orang call lah..

"siapa? dia nak apa?"
entah..kat mana ni?

"nak hantar mak ke rumah Linda kejap"
tolong leh, top up kan HP. Dah lama tak dapat nak sms dan call out ni.

"ok nanti abg top up kan key"
bye.

Em so tunggu sampai malam tak ditop up kan pun. Boring giler. Tension giler. Tup tup tup kul 10 dapat sms no pin untuk top up. Hehe..sayang rupanya mamat tu kat aku ek.. ahaks.

Malam kul 11 keluar ambil mak kat terminal One. Lepas tu bawa mak pi minum kejap. Lepas tu balik rumah, aku terus tidur.. Mengantuk...
Wednesday, April 06, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Borak Kosong~

Semalam balik kerja pukul 5.30petang. Em minggu ni langsung dah tak ada overtime. Aku seronok sebenarnya kalau tak OT ni tapi kesian kan budak2 lah, kalau tak ada ot maknanya gaji dia orang mesti sikit punya, tapi apa leh buat keputusan terletak kat tangan MR Jang. Aku ikut ajer.

Balik terus pi MC Donal dengan Shila, terpingin sangat nak makan doube Cheeseburger, peh selera sungguh masa makan. Em dok borak2 dengan shila, dok citer macam2, dari citer kawan2, pasal kerja, pasal study dan macam2 lah. Lama juga sampai kul 7 lebih kita orang lepak kat situ, Macam minum kat warung kopi ajer rasanya. Rasanya dah lama juga aku tak dok borak2 mcm tu kat luar. Em..tengah dok borak tu aku ternampak 3 orang mamat2 hesem. Rasanya sorang cina, melayu dan sing kot. Hesem lah juga pada pandangan mata aku. mula dia orang dok kat dalam, kita orang dok kat seat luar. Aku dok kata lah kat shila esem dia orang tu. Ahaks. Lama juga lah dok pandang2. Aku nampak dia orang bangun, mungkin nak blah dah kot, aku dgn shila buat2 tak tengok. Tup tup tup dia orang bertiga dok kat seat luar tepi meja aku. Pulak dah. Aku dah gelabah, terus tak jadi dok nak kata apa apa pasal dia orang. Ahaks. Lama juga dia orang lepak tepi kita orang. Masa aku bangun nak balik, dia orang pun bangun nak blah juga. Aku tak jadi bangun kasi dia orang blah dulu. Tanya shila dia orang naik keta apa, proton saga. hehehe.. aku gelak sorang2.

Aku hantar shila balik. Sampai rumah buat apa yang patut. Dah tu dok rehat kat bilik sambil layang novel "BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN" sementara menunggu pukul 9.00mlm. Tepat kul 9 mlm aku keluar bilik terus tukar channel 12 AXN, abg aku dgn jijah nampak macam tak puas hati, dia orang terus masuk bilik. Peduli apa aku nak tengok tv, citer CSI-NY. Boleh lah tahan citenya.

Habis citer CSI-NY aku masuk bilik semula, sambung balik novel yg aku baca tadi. Satu malam aku habis baca novel tu. Tebal muka surat adalah 1211 muka surat. Peh..tak percaya aku boleh habiskan novel tu sebelum puku 2 pagi.

Habis baca aku terus tidur. Bangun pagi badan aku sakit2, pala pulak pening2 gitu. Ni akibat paksa diri dok habiskan novel lah malam tadi. tidur pun pala stil teringat slot novel yg aku baca. Waa la ni kat tempat keja badan sakit2....kurang tidur kot...
Tuesday, April 05, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Pala Pinar2 gitu~

Em baru lega sikit untuk menaip diary aku ini. Mana tak dari pada hari sabtu sampai hari ni tak berpeluang langsung nak buka diary aku ni. Almaklum Pak Cik Botak Datang awal lak bulan ni.

So dari hari sabtu sampai ke hari ni bz giler2. Semalam petang keluar makan dengan Dua orang boss korea aku. Eheheh tiap-tiap bulan memang kena makan dengan dia orang. Dulu dia orang selalu ajak makan restoran korea, lama lama aku tak nak join. Akhirnya dia orang ikut aku makan kat restoran melayu. Hehehe.. cerewet tak aku dengan boss aku. Ahaks.

Dah tu hari ni tengahari aku tak makan tengahari langsung. Makan pagi pun tak sempat. Mana tak lepas balik dari bank terus buat kira2 duit yang aku keluarkan. Giler ko bawa cash money dekat RM50,000.00. Tu pun aku keluar dgn boss aku. Orang kat maybank tu siap call boss aku nak comfirmkan betul ker company nak keluar kan cash banyak tu. Apa lah dia orang, dah tentu boss aku ikut sama.

Kira2 tu ambil masa dekat sejam juga. Dok bagi2 kan cawangannya. Em semuanya dapat kat pak cik botak tu lah. Hampeh.. La ni pala aku masih pinar2 penangan duit RM50,000.00 tu...

Em kali ni pak cik botak datang bawa beg duit pulak. Kalau tak dok kasi keychain ajer. Hehehe.. ada beg duit baru aku. Selamat duit aku. Ahaks..

Em Tinggal satu hari pak cik botak ada sini. Tak sabar nak suruh dia balik cepat esok...

Ahaks... pala pinar2.. tolon...

Pelarian Kasih Episod 2

Kerja jadi Clerk ni ok juga, jadi orang kesayangan boss, ahaks. Ingat lagi satu hari tu aku kena marah dengan Peter Choo ( Supervisor aku lah). Hal tu bukan salah aku, aku merajuk, terus tak datang kerja. Balik kampung terus. Hehehe pagi dapat call kat rumah jiran aku (masa tu rumah aku tak ada telephone) dari Peter, suruh aku datang kerja semula. Dia minta maaf. Ahaks. Hehehe pergi lusa nya aku masuk kerja macam biasa. Lepas tu aku dah tak ada kena marah2.

Masa kerja kat sini ada sorang mamat ni minat kat aku. Em umur dia masa tu 30 tahun, dan aku baru 18 tahun. Kami kawan. Lama lama jadi serius. Mula niat aku berkawan dgn dia just nak mengajar dia, ya lah bayangkan umur 30 tahun tapi tak pandai membaca langsung, menulis, huruf pun tak kenal langsung. Em so aku couple lah dengan dia.

Hari-hari aku bergaduh dengan dia. Ya lah kalau dah tak tahu tu buat lah cara tak tahu, ni tak bak kata orang "BODOH SOMBONG"..Itu baru bab akedemik, belum bab agama. ALif Ba Ta langsung tak tahu. Aku ajar dia. Aku paksa dia belajar, Aku paksa dia menghafal Kalimah Syahada. Em itu lah lelaki. Ego..sangat Ego.. tak nak terima kelemahan diri sendiri. Em..lama juga aku berkawan dengan dia.. Aku tak pernah putus asa untuk mengajar dia. Ya lah kata cikgu aku "kita jangan lokek Ilmu" so itu lah niat aku untuk membimbing dia.

Satu pagi aku dapat call dari mak kat office. Mak suruh balik kampung, katanya dapat surat dari JPA. Tawaran sambung belajar ke KOREA. Masa tu macam aku tak percaya. Ya lah sapa yg leh percaya, aku yg bodoh ni dapat tawaran macam tu. Malam tu juga aku balik kampung, memang betul, Kena pi KL untuk temuduga. Ambil cuti dua hari pi temuduga. Antara 300 orang tu katanya hanya 15 orang yang akan dipilih untuk penghantaran ke KOREA. Keputusan kena tunggu selama sebulan.

Em tunggu punya tunggu dapat surat dari Sekolah Menengan Vokay yang aku belajar pulak. Katanya ada maljis penyerahan sijil kepada pelajar cemerlang SPMV. Huk nama aku ada dapat sijil Cemerlang untuk LUKISAN GEOMATERI terbaik antara semua pelajar SPMV. Hehehe macam tak percaya. So masa penerimaan sijil ni aku pi tanya guru besar aku, mcm mana JPA boleh pilih aku untuk sambung belajar, rupa2 SMV yang hantar nama aku pada JPA.

Sebulan kemudian, aku dapat jawapan yang aku dipilih untuk ke KOREA...Seronok sangat2. Pak we aku tu lak, janji nak tunggu aku sampai aku balik, walaupun 6 tahun lamanya...

Bersambung...
Saturday, April 02, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Adakah Ianya Satu Kebetulan?

Dah baca tajuk Pakar ramal letupan besar gunung berapi di Indonesia dan juga tajuk TAHUN 2005 YANG GEMPAR?.. adakah ianya satu kebetulan? atau pun kita kena percaya apa yang diceritakan?.. perlu kah kita buat persiapan yang dikatakan?.

Entah pada aku, macam ya macam tak. Tapi bila baca surat kabar hari ini, aku terus teringat pasal Tahun 2005 yang gempar. rasa takut tu pun ada juga. Rasa serba salah pun ada juga.

Macam mana dengan pendapat kau orang ek?...

TAHUN 2005 YANG GEMPAR

Petikan KITAB bertajuk " HURU HARA AKHIR ZAMAN - Penjelasan Terakhir untuk Umat Islam" karangan Amin Muhammad Jamaludin Universiti Al-Azhar Kairo.

BAB TANDA-TANDA DI BULAN RAMADHAN Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan.

Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat.

Adapun peristiwa tersebut ialah:
~Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.
~Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.
~Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya.
~Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia.
Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ). Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan.

Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari. Saya tidak tahu manakah di antara keduanya yang terjadi lebih dahulu.

( muka surat 119)
Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq : " Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w" (Ikmal Al-Din m.s 361)
Maka saya telah membuat rujukan pada laman web NASA akan jangkaan gerhana yang tersebut. Berikut adalah sebahagian dari maklumat yang diperolehi dari lama web tersebut.

Annular Solar Eclipse of 2005 October 03 Fred Espenak, NASA's GSFC On Monday, October 03, an annular1 eclipse of the Sun will be visible from within a narrow corridor which traverses the Iberian Peninsula and stretches across the African continent. A partial eclipse will be seen within the much broader path of the Moon's penumbral shadow, which includes Europe, western Asia, the Middle East, India and most of Africa.

Saya tukarkan tarikh 2005 Oktober 03 kepada kalendar Hijrah Gregorian-Hijri Dates Converter

You entered: 3 / 10 / 2005
The conversion result is: Monday 29 Sha`baan 1426 A.H.


* *There is a small probability of one day error. To learn more about the Hijri calender read the following introduction.

Begitu juga dengan kejadian gerhana bulan di Bulan Ramadhan 2005. Tercatit di laman web bahawa Gerhana bulan akan jatuh pada:

This is the 43rd eclipse of Saros series 134. The series began with the first of ten partial eclipses on 1248 Jun 22. The first eight central eclipses were total, which were then followed by sixteen hybrid events. The first purely annular eclipse occurred on 1861 Jul 08. After the last of thirty annular eclipses (on 2384 May 21), the series will produce seven more partial eclipses before ending on 2510 Aug 06. Complete details for Saros 134 may be found at Saros 134 2005 Oct 17: Partial Lunar Eclipse The last event of the year is a rather shallow partial eclipse of the Moon. The penumbral phase begins at 09:51 UT, but most observers will not be able to visually detect the shadow until about 10:30 UT A timetable for themajor phases of the eclipse is as follows:

Saya tukarkan tarikh 2005 Oct 17 kepada calendar Hijrah yang bersamaan dengan: Gregorian-Hijri Dates Converter

You entered: 17 / 10 / 2005
The conversion result is: Monday 13 RamaDHaan 1426 A.H.


* *There is a small probability of one day error.

Oleh yang demikian jelaslah hadis di atas akan terbukti kebenarannya pada bulan Ramadhan pada tahun 2005 ( tercatit pada calendar akan jatuh pada 5 hb Oktober 2005) Terdapat seperti perselisihan 1 atau 2 hari dari tarikh yang dijangka oleh NASA. Perselisihan ini diterima sebagai kebarangkalian. Yang pastinya disahkan oleh NASA bahawa kejadian gerhana yang bakal berlaku pada tahun 2005 ialah seperti berikut:

Tarikh Miladiah Tarikh Hijrah
Gerhana 3.10.2005 29 SHAABAN 1426/
Matahari 1 RAMADHAN 1426 17.10.2005, 13 RAMADHAN 1426/
Bulan 14 RAMADHAN 1426

Nu'aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin Murrah, ia berkata: Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu. Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi'dan: Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.

Saudara kaum muslimin, segala yang tertulis di atas hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui akan kejadiannya. Namun sewajarnyalah ianya menjadi skrip panduan peristiwa tahun 2005 yang patut diperhatikan dengan teliti. Jadi tidaklah kita hairan jika peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Kemudian jika iannya terjadi, dengan selesa kita boleh mempersiapkan mental dan material menghadapi situasi cemas tersebut.

Antara persediaan yang perlu kita buat ialah:

1. Menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat akhir surah Al_kahfi untuk menghindari diri dari fitnah Dajjal.
2. Membaca doa perlindungan fitnah Dajjal selepas tahyat akhir dalam sembahyang sebelum salam.
3. Menyiapkan bekalan makanan, bahan api, gas untuk setahun apabila ada terjadi sesuatu dipertengahan Ramadhan 2005.
4. Sampaikan peringatan ini kepada sahabat handai agar bersedia menghadapi situasi di atas.
5. Tambahkan taqwa dan amal menjelang saat yang rumit dan genting itu. Sekian. Wassalam.


KALENDAR 2005 TARIKH HARI PERISTIWA
10. 2.2005 = Awal Muharram Khamis
21. 4.2005 Khamis Maulud Nabi
5. 9. 2005 = 1 syaaban Isnin
5. 10. 2005 = 1 Ramadhan Rabu Puasa Ramadhan (kejadian gerhana Matahari)?
17.10.2005 = 12 Ramadhan Isnin (kejadian gerhana bulan)? (Bunyi suara yang amat kuat)?
3. 11.2005 = 1 syawal Khamis Hari Raya Puasa
3.12.2005 = 1 Zualkaedah Sabtu
2.1.2006 = 1 Zulhijjah 2006
11.1.2006 Hari Raya haji (Pertumpahan darah di Jamrah)?

PERISTIWA YANG PERLU KITA DIPERHATIKAN
Kematian Raja Fadh
Suara kuat dalam bulan Ramadhan
Gerhana matahari di bulan Ramadhan
Gerhana bulan di bulan Ramadhan Komet atau sebagainya ( letupan super volcano?)
yang membawa kebinasaan di USA Huru hara dalam bulan Syawal ( peperangan)
Peperangan dalam bulan Zulkaedah
Pada bulan Haji ada pertumpahan darah di Jamrah


PERSIAPAN MATERIAL
Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi'dan: Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.
Beras
Gula
Susu
Garam
Lada
Gandum
Bawang
Gas memasak
Minyak tanah
Minyak masak
Minyak petrol
benih-benih sayur
Baja
Mancis
Sabun basuh
sabun mandi
Basikal/Motor + sparepart
Ubat-ubatan
Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Wallahualam

Letupan Super Volcano

Pakar ramal letupan besar gunung berapi di Indonesia
Petikan : Utusan Malaysia [1 April 2005]

SYDNEY 1 April - Seorang pakar warga Australia hari ini memberi amaran Indonesia mungkin dilanda letupan gunung berapi yang amat kuat ketika negara itu berusaha untuk pulih daripada gempa bumi kuat kedua dalam tempoh tiga bulan.

Profesor dari Pusat Pengajian Geosains Universiti Monash, Ray Cas berkata, gunung berapi paling besar di dunia terdapat di Laut Toba, kawasan di mana berlakunya dua gempa bumi kuat tersebut.

Cas berkata kepada media Australia bahawa Laut Toba berada di garisan gelinciran Sumatera iaitu di mana ahli-ahli seismologi meramalkan gempa bumi ketiga mungkin berlaku.
Kedua-dua kejadian gempa bumi itu telah meningkatkan tekanan seismos yang mungkin mempercepatkan letupan gunung berapi berkenaan.

Cas berkata, kali terakhir letupan gunung berapi di Laut Toba berlaku pada 73,000 tahun lalu di mana kejadian itu telah mengubah cuaca dunia.

``Dalam kejadian itu, gunung berapi tersebut membebaskan 1,000 kubik kilometer abu dan debu ke udara yang menghalang radiasi daripada matahari dan menyebabkan suhu global menurun,'' katanya.

Saintis itu berkata, letupan gunung berapi yang amat kuat itu adalah satu potensi malapetaka paling buruk kepada bumi selain ancaman hentaman tahi bintang.

``Letupan gunung berapi itu pasti akan berlaku.
``Ia mungkin berlaku dalam beberapa tahun atau 50, 1000 tahun lagi tetapi ia pasti akan berlaku,'' katanya.

Selain gunung berapi jenis itu di Laut Toba, ia turut dikesan di Itali, Amerika Selatan, Amerika Syarikat dan New Zealand di mana Gunung Taupo juga mungkin akan meletup.

Cas menambah, angka kematian akibat letupan gunung berapi berkenaan mungkin mencecah beribu-ribu sehingga berjuta-juta orang dan ia akan memberi kesan serius kepada cuaca, suhu dan pengeluaran hasil makanan.
Friday, April 01, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Pelarian Kasih Episod 1

Mengingati kembali detika2 kehidupan aku masa lalu, membuatkan aku patah hati dan putus asa dalam meneruskan perjuangan hidup ini. Namun aku cuba juga untuk mengharunginya..

Seingat aku selepas tamat peperiksaan SPMV aku terus mencari kerja, entah kenapa minat aku kerja waktu malam. Kerja kilang sebagai Packer. Masuk pukul 12 malam habis puku 7 pagi. Gaji dapat lah dalam RM500.00 sebulan. So Bila dah tiga bulan berkerja, ada duit lebih sikit aku belajar komputer. Malam kerja, Dalam perjalanan balik aku singgah di bandar KT untuk belajar komputer, Masuk kelas pukul 8.30 pagi, habis pukul 1.00 petang. Sampai rumah pukul 2.30 petang. Sampai rumah rehat dan tidur kejap. pukul 5 dah kena bangun untuk kemas rumah, membasuh, masak dan buat apa yang patut. Magrib mak balik dari kerja, makan sama2. Kemudian aku sambung balik tidur. Em pukul 9.30 mak kejut, mandi2 dan pergi keja semula.

Hampir setahun aku kerja sebagai Packer, entah macam mana aku dapat penyakit..Buat orang, siapa lah tak puas hati sangat dengan aku..Mungkin silap aku juga, menolak orang yang nak kan aku, tapi pikirlah siapa yang nak kahwin dengan suami orang. Em Tiga bulan aku masuk hospital, perut aku kembung, setiap kali malam menjelma perut aku mula mengeras... bermacam-macam andaian doktor tentang penyakit aku. Bila dah lama sangat aku minta mak aku keluar kan aku dari hospital. Aku telah berhenti kerja, siapa yg larat untuk berkerja dalam keadaan sakit begitu. Akhirnya aku berubat kampung. Itu pun setelah lebih dari 10 orang bomoh yang aku jumpa.

Kadang gelihati juga bila sebut pasal bomoh2 yang aku jumpa, ada bomoh yang gunakan orang bunian, yang menurun gunakan nenek kebayan lah, yang memerlukan pengeras duit lah..macam2 lah. Lepas tu ada pulak katanya pasal tak bayar pengeras penyakit aku tak baik. Em entah lah ek. Tapi alhamdulilah, Tuhan Maha Kaya, Aku pun tak tahu macam mana aku boleh sembuh. Lepas sembuh tu aku terus minta kerja semula.

Aku jumpa supervisor tempat kerja lama aku, minta dia terima kau semula, kali ni dia ambil aku jadi Production Clerk. So aku kerja masuk pagi balik petang. Transport dari rumah tak ada, jadi aku duduk kat hostel.

Kerja semuanya ok, alhamdulilah dapat gaji lebih sikit dari sebelum ni. bantu mak pun tak banyak sangat. Masa aku dah kerja ni lah baru ada orang nak cuba2 baik dengan aku. Em aku tahu sangat hajatnya. Kerana duit kan. Em itu lah lelaki...

Bersambung..





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.