Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Thursday, November 30, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Jabatan Alam Sekitar?

Ahaks..Satu kejutan besar pada aku.. Selama 3 tahun tak pernah2 JAS datang inspection kat kilang aku, tup tup tup hari ni dia orang datang... Ahahaha setahu aku Kalau JAS ni kan tak ada orang yg mengadu tak kan datang dah ke tempat kilang kecik mcm tempat aku. Sedangkan kilang ayam kat sebelah yg buang darah ayam bersepah2 tak pernah nya dipantau ini kan kilang aku yg tak ada guna apa apa bahan yg melibatkan persekitaran.

Terkejut juga lah aku. Tapi bila boss aku cakap, kilang KDP, JEMA dan YEMA yg beroperasi hampir 10 tahun tak pernah JAS datang tengok, napa lah kilang aku yg kecik mcm ni dia orang datang tengok.. Bangang.. Dan sah lah mamat bahar tu pi buat laporan kat JAS..

Sampai tahap itu kejahatan Bahar yg aku nampak. Selama ini mata aku ni buta rupanya.. Dan hari ini, minah yg dok ngaku ngandungkan anak laki aku masih lagi call minta no phone My Hubby, giler kah pah minah tu, My hubby selama 3 tahun tak pernah tukar no hp, dia yg dah pernah serahkan body dia pada my hubby boleh tak ada ni Hp my Hubby... Sesuatu yg menghairankan..

How ever hari ini aku nak pi buat laporan polis .. Aku dah tak larat dengan tindak tanduk si Bahar ni.. Tension tahap cipan..

p/s: My Hubby cakap.. "betul ker ayg ni ada baby, baru seminggu baby kita hidup dia dah tertekan.. Jangan lah tension sangat, Senyum selalu key"... Aku?..Blurrr...
Wednesday, November 29, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Buah Limau Aboung...

Malam tadi masa tidur dalam kul 2 pagi, Hubby aku ngigau..
"Kasi Limau Aboung Satu".. Huk pulak dah..
Aku tanya "Abg nak makan limau Aboung ker"...
"Eh tak lah..Abg mimpi, Ada banyak sangat buah, dah tu abg minta limau Aboung sebiji"..
Pulak dah... Kemudian kita orang pun sambung tidur....

p/s: Mimpi buah lagi... Adakah itu petandanya.. Alhamdulilah jika ianya benar.... Syukur Alhamdulilah..
Tuesday, November 28, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Bermula Episod Kisah Cerita..

Boleh ker kasi tajuk macam tu.. Entah aku pun tak tahu nak kasi tajuk apa.. Tapi cerita hidup aku ni semakin menarik. Dan aku tahu dugaan seperti ini pasti akan terjadinya dalam perjalanan hidup aku. Aku yakin.. Dan aku serahkan segala-galanya pada Yang Maha Esa.

Hari ahad tempoh hari aku sendiri baca sms Bahar kat Hp mak aku tentang kegilaan dia tak dapat terima hakikat yang aku ni sudah jadi milik orang lain. So aku diamkan ajer lah. Dan terjadi lak kisah menarik.

Semalam Petang aku akui yang Bahar ada message aku kat YM dan aku balas. Just nak minta bantuan dia jangan ganggu mak aku lagi. Tapi lain jadinya. Dia tanya aku rindukan dia ke tidak. Aku jawab yang ada dalam hati aku sekarang hanya suami aku. Dan aku akui yang aku terlepas cakap..Yang Suami aku lebih segala2nya dari lelaki lain kat dunia ini termasuk dia. Dan aku rasa mungkin Bahar Tercabar dengan kenyataan aku.

Dan bermula kisah menarik dalam hubungan aku dgn suami aku.

Petang sebelum balik dapat satu panggilan untuk H. Aku hairan siapa dia. Minah tu jawab yg dia tu adalah mak we H. So aku tanya siapa nama ayah H.. Sebab kat kilang ni ramai nama H. Dia letak phone. Sebelum tutup opis aku divert Phone office ke HP aku. Sampai kat bawah dapat lagi call dari minah yg sama. Nak cakap dgn H katanya. So aku terus pass HP aku pada H. Lama juga H jawab, aku mula berubah muka. Terasa ada yg tak kena. So aku buat lah kerja aku, tutup kilang kunci pagar kilang. Bila H serahkan HP pada aku, dia tanya aku. Siapa minah tu. Lah pulak dah. Dia pulak tanya aku.

Faizah cakap ini mesti kerja Bahar. Dan H pun cakap dgn aku ada kemungkinan juga yg Bahar buat ni semua. So dalam kereta Minah tu call lagi. Dia nak cakap dgn H lagi. Lalu dengan lemah lembut aku jawab,

"Jika awak ni mak we dia, call lah Hp dia sendiri, tak kan mak we tak ada no hp pak we dia sendiri."

Minah tu jawab "Susah payah aku nak cari no dia ni, dapat no opis dia aku nak kan no HP dia, tolong kasi lah"

Aku jawab lagi "Maaf ni hal peribadi, saya tak leh masuk campur, apa apa hal kamu cari sendiri, ini kilang hal2 kerja ajer yg saya boleh bantu" terus aku letak. My Hubby dah bengang. Siapa minah tu pun dia tak pasti..

So aku dgn my hubby shopping barang dapur kejap. Minah tu dah tak kacau lagi. So sampai kat simpang rumah tu, my hubby nampak member2 dia tengah lepak2. Dia minta kebenaran nak join sama, so aku kasi lah. Sampai rumah aku dok2 dgn mak aku. Dapat lagi call dari minah tu. Katanya nak sampai kan pesan..

"Cakap dgn H, siapa nak tanggung anak yang aku kandung sekarang ni"

Aku panas, aku menengking minah tu..

"Aku peduli apa kau ngandung ker kau apa ker itu urusan kau dgn dia, bukan urusan kerja paham"

Minah tu jawab "Yang kau ni marah2 kenapa?..Siapa kau ni?"

"Aku ni manager dia. So aku tak suka hal peribadi kau tu bawa ke kilang aku, paham, kau settlelah sendiri dgn si H tu." Terus aku letak phone. Aku dok kat luar kejap. Aku tension. Emosi aku terganggu. Aku call faizah. Faizah cool down kan aku. Lega sikit. Tapi sedikit sebanyak terdetik juga jantung aku.

Aku masuk rumah, mak aku tanya aku gado ker dgn H.. Aku jawab tak lah. So aku masuk bilik air dan mandi.. Panjang aku berpikir masa aku mandi. Dan yg pastinya aku cool sikit.

H balik, kami masuk bilik. Seperti biasa kami akan berdakapan seketika. Aku citer dengan H pasal minah tu call lagi dan sampaikan pesanan minah tu. H dah duga. So H nasihatkan aku suruh jangan cepat melenting. Ni semua helah si Bahar nak rosakkan rumahtangga kita orang. Dan yang penting pesan dia, Aku kena percaya dgn dia, dan dia percaya dengan aku. Dan dia tersenyum bila tengok aku dah mandi awal2. Aku jawab "tengah panas, bila mandi cool sikit" Senyum ajer dia, dia kucup dahi aku. Lega hati aku dibuatnya.

Malam tu makan sama sama dgn mak. Selesai makan kita orang dok borak2 kat bilik. Dan malam aku tak dapat tidur. H pun sama. Pikir masing2 bercelaru. Tak tahu kenapa. Yang penting kita orang kena sabar dan sama sama berbincang hal2 seperti ini. Tak leh buat keputusan sendiri.

Dan itu kisah semalam... Pagi ni pulak.. Ada pulak kisah tak best. Segala-galanya melibatkan Bahar.. Hanya Allah dapat memberi petunjuk pada dia. Semoga dia sempat bartaubat atas apa yg dia lakukan. Amin....

p/s : Sayang Abang...muuaaahhhssss...
Monday, November 27, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Seronotnya...

Akhirnya...Aku dapat orang yg boleh tolong potongkan kuku aku...
Seronok sangat2 bila My Hubby tolong potongkan kuku aku malam tadi... hehehe tak dapat nak bayangkan betapa seronok sangat2... Sayang Abang.... Muaahhssss....

Hari Minggu...

Hari sabtu habis kerja aku bawa Hubby aku ke Klinik. Buat pembedahan sikit kat belakang telinga dia. Entah terasa macam tanggungjawab aku lak untuk menjaga kesihatan dia, walaupun aku kadang terpikir yang aku ni terlalu manjakan dia. Entah mungkin aku terlalu sayangkan dia sehingga aku sanggup melakukan apa sahaja untuk dia.
Selesai di klinik kita orang balik dan bersiap2 untuk balik ke Johor. Mak dah masak so kita orang makan2 dulu. Dalam kul 3 kita orang bertolak ke Kluang dulu. Singgah rumah kak Nor, Wah meriah sungguh kat rumah kak nor dgn anak yg kecil2 seramai 5 orang. Mak lah yg banyak borak2 dgn kak nor dgn abg nizam. My Hubby cakap, Abg nizam tu nampak sangat kebaikkan dia, tenang ajer tengok muka abg nizam. Ahak..Dia tak tahu, yang orang lain pun tengok muka dia setenang Abg nizam, senyum ajer... TEringat ayat aku malam tadi.. "Abg ni tak letih ker senyum ajer..Masa marah senyum, masa letih senyum, masa suka senyum.." eh melancong lak citer aku ni...
So lepas sejam lepak rumah kak nor, kita orang bertolak ke rumah pak tam pulak. Banyak juga yang pak tam nasihatkan aku.. Dan kata2 yg betul betul memberikan aku pukulan yang hebat... "sebagai anak dan isteri, berat tanggungjawab kamu, menjaga hati ibu, menjaga hati suami dan satu masa nanti menjaga hati anak2 pulak.. Pandai2lah menguruskannya.. Dan untuk menjaga hati ibu kamu yg sensitif itu kamu harus berhati2.. Sentiasa lah tersenyum dgn nya.. walaupun dia suka mebebel yg bukan2..Dia umpama anak2 kecil yg sedang meningkat umurnya".. pulak dah... My Hubby senyum ajer pandang aku sambil berbisik... "lain kali pujuk mak dgn baik2 bukan dgn meninggikan suara"... Terkena aku saat itu.. Berdosanya aku... Terlalu banyak dosa aku dgn mak aku...
Lepas makan2 kita orang bertolak ke rumah wanie pulak.. Lepak kejap2 dan kita orang pun bertolak balik ke rumah di kampung. Sampai ajer rumah aku keluar semula ambil kakak aku kat rumah ipar dia. So malam tu sebab kan keletihan aku terus tidur dalam bilik dgn my Hubby.. Ingat lagi kata2 aku padanya..
"Rasa Happy sangat malam ni.. Pertama kali kita tidur sama kat rumah ayang ni, sebab sebelum ni ayang selalu cemburukan sukor dgn wanie yg selalu tidur dgn pasangan dia orang kat bilik ni, dan hari ni ayang lak rasa mcm mana perasaan tu." Dan kami pun tidur dengan nyenyaknya..
Pagi bangun awal, banyak aktiviti yang dilakukan. Tengahari bila siap2 kita orang duk ramai2 sambil berbual2 tentang perancangan masjli perkahwinan aku bulan dec ni nanti.. Wanie dok dengan husband dia, dan aku lak dok kat pintu dgn hubby aku sambil berpegangan tangan. Rasa happy sangat saat itu. Dan teringat kata2 aku pada My Hubby malam tadi.. "Ayg happy sangat, selama ini ayang just lihat aje kemesraan wanie dgn husband dia depan kita orang, dan hari ini ayg sendiri dapat tunjukkan kemesraan kita pada dia orang, cuma ayg masih cemburu dgn wanie, cemburu dgn perut dia.." Dan my Hubby jawab.."Insyallah, kalau rezeki nanti ayg pun ada merasai apa yg wanie rasa" sambil dia kucup dahi aku.. Em melencong lagi citer ni...
So petang tu kita orang keluar ramai2 dan pi makan tengahari kat Papan Timur. Puas makan masa tu, aku lak tamak makan nasi ayam dgn mee rojak.. Dan yg puas bila dengar my hubby said "sedap lah makan kat sini".. Rasa puas sangat2 bila aku dapat memuaskan hati my hubby.
Selesai makan kita orang bertolak ke rumah kakak aku lak kat ulu pengeli. Berbual2 kejap dengan Husband kakak aku dan kita orang pun bertolak balik ke Seremban. dan setiba di rumah terjadi kisah yang tak menarik..
Masa sampai rumah, Mak aku masuk dulu.. Tengok2 pintu tak berkunci dan Siti ada kat ruang tamu bermain sorang2.. Mak aku membebel. Panggil jijah tak keluar dari bilik. Terus2 an mak aku membebel dan mula menangis. Abg aku keluar, tanya kenapa.. Tapi mak aku terus menangis.. Dan Abg aku masuk bilik dihalaunya Jijah keluar dari bilik, dan jijah melawan, terjadi sesuatu diluar dugaan, abg aku tendang Jijah keluar dari bilik. Aku lak cepat2 bawa mak aku dalam bilik air, aku bukakan baju dia dan mandikan mak aku. Aku pujuk mak aku. Selesai mandikan mak aku, baru dia reda sikit. Aku keluar dari bilik air aku nampak jijah terduduk kat pintu bilik dia sambil meraung. Mak aku terus aku hantar masuk bilik suruh pakai baju. Aku masuk bilik aku jumpa my hubby. So aku cerita lah apa yg terjadi..
Masalahnya satu ajer salah paham.. Dan sesungguhnya Jijah kena banyak belajar..Adat dan budi bahasa dgn juga tatasusila.. Sepatutnya bila mak aku masuk dia keluar dan sambut mak aku balik, bukannya dia terus masuk bilik dan tinggalkan anak dia sorang2 kat ruang tamu... Dan dia patut ada rasa hormat dgn mak aku.. sebagai mak mertua dia.. tapi yg aku nampak dia anggap mak aku ni macam maid dia ajer.. sabarkan ajer..
So lepas kecoh2 tu abg aku bawa anak dia keluar. Jijah masuk dok kat tepi pintu bilik dia. Dan mak aku yg dah reda pi pujuk dia. Macam2 nasihat yg dikeluarkan. Aku lak siapkan makan malam my hubby, lama sikit my hubby lak keluar dok depan mak aku. Dia pujuk mak aku suruh bersabar, yg hairannya tengok mak aku dok nasihatkan jijah dia boleh bangun dan terus keluar dari rumah. Nampak sangat ketidak sopanan seorang anak. Entah lah...
Lepas selesai agenda tak menarik tu, aku dgn my hubby makan malam, dan masuk bilik. Dalam bilik kita orang dok borak2 ajer.. macam2 yg kita orang borakkan. Ayat yang aku tanya pada dia "Abg rasakan, ayang sayang abg ni main2 ker betul2" Dia senyum.. "Mana ada orang sayang main2" Dia kiss pipi aku. Aku bahagia sangat2.
Dan sebelum tidur aku kiss pipi dia lak sambil ucapkan "Sayang abg" dan seperti biasa dia akan balas "Sayang ayang juga"... Dan aku pun tidur dengan nyenyaknya....
p/s : Si DIA masih lagi ganggu mak aku, ayat sms yg aku ingat "Idin akan pastikan tika jadi milik Idin, dan sebelum Idin nikah dgn Tika, Idin akan pastikan rumah mak kat kampung diubahsuai dulu, Idin percaya antara Idin dgn tika ada jodohnya"... Bangang ker apa ayat mamat ini....Giler talak agaknya...
Saturday, November 25, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Buah cempedak?

malam tadi... aku dapat mimpi, mak aku belikan aku buah cempedak banyak sangat2.. berbakul-bakul..dah tu mak suruh aku makan...

Apa lah maknanya ek..mak kata kalau mimpi buah ada kemungkinan akan sangkut.. ya ker?.. kalau betul alhamdulilah... Syukur aku pada Allah... Tapi itu hanya mimpi..
Thursday, November 23, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Masih Tak percaya

Sebenarnya aku masih lagi tak percaya yang aku kini sudah menjadi isteri orang. Dan orang itu adalah H...
Aku bahagia..sangat2 bahagia.. Syukur Alhamdulilah... Segalanya kuasa Allah..
Semalam aku ada taip kisah si DIA yg masih lagi ganggu keluarga aku, dan si DIA yang masih lagi tak dapat terima hakikat yg aku sudah menjadi isteri orang.. tapi yg aku taip semuanya hilang.. Biarlah..
Dan kesimpulan yg aku dapat dari apa yg DIA buat..DIA nak pastikan aku dgn H bercerai... dan dia nak pastikan tak ada siapa pun yg boleh memiliki aku... Dan segala kisah dia yg mengatakan nak bercerai dgn isteri dia hanyalah rekaan semata2 untuk menagih simpati dari aku...
Dan H masih pegang teguh dengan janjinya pada Allah Ta'alah..
"Pada saat saya mengakad nikah, saya dah berjanji yg saya akan terima Sue seadanya, kebaikkan, keburukkan, kelemahan, kelebihan or apa sahaja yg ada pada diri dia. Dan dia isteri saya, saya akan pertahankan dia walaupun apa saja orang katakan tentang dia."
Terasa nak mengalir air mata aku bila dengar dia ucapkan ayat itu... Malah faizah tambah... "saya terima Sue bukan kerana semalam dia, biar apa pun dia buat sebelum kami akad nikah, itu adalah sue sebelum ini, dan selepas nikah saya kenal siapa itu Sue"
Itu lah sebenarnya kasih sayang.... dan itulah tanggungjawab terhadap orang yg kita sayang... Dan aku rasa bertuah sangat2 kerana H menjadi milik aku..
Dan DIA.... Biarlah Allah yg menentukan segalanya.. Aku tak berhak untuk menghukum orang.. H nak jumpa DIa tapi aku tak benarkan sebab aku tahu DIA pasti akan cari H untuk memuaskan hati nya bila orang lain semua dah tak indahkan segala kata-katanya yg untuk menjatuhkan aku...
p/s : Aku sayang, Aku rindu.. Hanya H dihatiku...
Friday, November 17, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Sasul Ker Sasau?

Kenapa ek lepas aku kawin ni, penggunaan bahasa aku hancuss...

ada budak cuti sehari pasal atuk sedara dia meninggal...

"Atuk yg meninggal tu Atuk sedara ker atuk Betul?"

'Atuk sedara'

"bukan apa kalau atuk betul, you dapat cuti 2 tahun untuk cuti simpati."

Budak tu tenung aku. Aku hairan. Salah ker aku cakap. Faizah menyampuk..

"Dua hari lah bukan dua tahun"

Pulak dah, setahu aku, aku sebut dua hari..tapi mulut sebut dua tahun.. buang tebiat aku ni..

Pagi tadi Lak masa sarapan, Amir makan roti canai dua keping.. aku tanya..

"Kau makan roti dua ketul tu boleh habis ker?"

my hubby lak betulkan..Dua keping bukan dua ketul...Gelak lagi aku dibuatnya...

dan tengahari lak masa berborak dgn faizah sebut pasal pati air buah. tempoh hari aku beli 3 botol pati air dan satu yg belum buka mak aku kasi pada akak aku... dan aku lak ckp ..

"mak saya, pi kasi satu buah air yg belum dibuka pada akak saya" tegelak budak2 yg mendengar,

"bukan buah lah su, tapi botol lah"

Memang sah..aku rasa ada satu wayar saraf aku yg terputus membuatkan aku jadi tak betul..
ahahahahahha...

Masih Jauh....

Aku tahu, masih terlalu awal untuk aku menilai sebuah kebahagian dalam berumahtangga, namun aku sudah merasai pra perkahwinan ini... Memang bahagia dan seronok..tapi ianya baru permulaan..masih jauh..dan masih banyak dugaan akan menanti.. Dan aku rela.. Aku berharap aku dapat menghadapinya dengan tabah, pengalaman lalu pasti akan aku jadikan pengajaran dalam aku menempuhi kehidupan akan datang.. Insyallah..
Kisah Hubby aku?..
Alhamdulilah.. Aku bersyukur sangat2.. memang masih awal untuk aku mengenali dirinya.. Namun permulaan yang ditunjukkan cukup membuatkan aku rasa sangat2 bertuah kerana diterima menjadi isterinya.. Pada aku dia cukup perfect untuk menjadi suamiku... Dan memang bertuah aku mendapatnya... Tak dapat aku luahkan...Syukur..Alhamdulilah Allah menyatukan aku dengan nya...
Empat hari kami sudah bersama... Setiap pagi sebelum pergi kerja aku akan siapkan sarapan pagi untuk aku, mak dgn my hubby untuk minum bersama. Dan sebelum bertolak aku pasti aku masuk bilik bersamanya untuk melakukan satu syarat yg aku tetapkan. Perjanjiannya setiap kali hendak ke tempat kerja dan juga balik dari kerja kami akan berdakapan selama 7 saat. Walaupun seketika ianya cukup memberikan kepuasan pada diri aku. Kenapa?..aku pun tak tahu.. Dah tu macam biasa, aku akan salam dan cium mak aku, dan My hubby pun melakukan yg sama. Aku terharu setiap kali tengok my Hubby salam dan cium pipi kiri dan kanan mak aku. Dan rutin bila balik kerja pun my Hubby akan duduk tepi mak sambil letakkan tangannya di bahu mak aku....
Siapa tak beruntung... My Hubby memenuhi segala citarasa yang aku inginkan.. Sanggup terima dan menyayangi Mak aku, sanggup menerima segala kelemahan dan kekurang diri aku, dan yang best sekali dia tak ada misai..tinggi..dan ahhh..tak dapat aku nak luahkan lagi... yang pasti nya aku dapat rasakan yg dia cukup perfect untuk aku yg serba hina ini...
Kasih dan sayang yang semakin menebal dalam diri aku terhadapnya membuatkan aku percaya, berkahwin tanpa cinta tak semestinya tidak bahagia.. Aku bahagia.. dan cinta itu hadir dengan sendirinya... Dan aku tahu..masih jauh perjalanan hidup aku.... Namun aku bahagia...
p/s : Biar semalam terus berlalu..dan aku telah temui kebahagian yang aku cari selama ini... terima kasih sayang kerana sanggup menerima diri ini.. tak kan ku sia-siakan pengorbanan yang telah kau lakukan untuk diri ini...Sayang abang...
Thursday, November 16, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Masih Tergamam....

Masih lagi tergamam dengan apa yg berlaku pada aku... Hidup sebagai suami isteri, cukup membuatkan aku rasa kebahagiaan yg tak pernah aku rasai selama ini.. Ini hikmahnya bila menjadi suami isteri...

banyak yg aku nak kongsikan bersama, tapi tak terluah lah... tak dapat nak tuturkan dengan kata2.. kenapa ek?..

Adakah aku ini aku yg lama? Yang terdahulu?... mcm tak percaya... Namun ini lah keadaannya yang aku sedang alami..

p/s : Perubahan yang harus aku lalui membuatkan aku rasa lebih bertanggungjawab... Aku sayang Dia, aku cinta dia.. Dia lah suamiku..
Tuesday, November 14, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Lega Rasanya...


Alhamdulilah...sekali lagi..dan berkali kali ucapan ini akan aku ucapkan..

segala perancangan aku berjalan dgn lancar. Alhamdulilah. Sesungguhnya Allah memberikan kemudahan untuk aku melaksankan segala perancangan aku.

Perasaan aku?..Terlalu bahagia... Tak terkata dan tergambar....

Nak taip tapi blurrr....

p/s : Terima kasih, akhirnya kebahagian milikku juga...

Skit aje gambarnya...tapi bahagia...



Monday, November 13, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Alhamdulilah...

Hanya kalimah itu yg mampu aku ucapkan,.....
Friday, November 10, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Menanti Hari...

Berdebar-debar juga jantung aku...Emm..
Alhamdulilah, segala urusan dengan pejabat agama telah selesai. Segala document telah di serahkan kepada Pak Imam yg akan nikah kan kita orang.
Persiapan untuk bilik dan hantaran dah ok, tinggal beberapa dulang ajer nak siapkan. Side lelaki katanya akak dia dah siapkan. Huuu... berdebar betul aku dibuatnya...
Hari ini jumaat aku masih kerja, esok sabtu Mr Yu benarkan kita orang tak yah masuk kerja. Banyak kerja juga nak kena buat. Hehe..tak apa lah.. sekali seumur hidup.
Semalam pi shopping kat giant, mak dgn H ada sekali. Sebenarnya sebelum ambil H aku ada tanya mak aku "Agak2 si H tu terima aku kerana dia sukakan aku atau kerana terpaksa ek" Mak aku cakap tak mungkin lelaki terima perempuan tu kerana terpaksa.
Habis berbelanja aku pi tempat cuci keta, jemput member kat situ datang ke rumah, sementara mak dgn H berbual. Aku citer yg member kat tempat cuci keta tegur aku, lain kali kalau hantar cuci keta, jangan letak duit banyak sangat dalam keta, tempoh hari ada dekat rm300.00 cash dalam keta, dia risau budak2 dia akan ambil duit tu. H hanya senyum, mak aku lagi lah bebel pasal kecuaian aku.
Sampai umah kemas2 mana yg patut dan siap sedia nak tidur. Aku sms H, tanya dia mak ada tanya apa apa ker dgn dia...
dia jawab
"Mak tanya betul ker abg suka kat ayg atau pun abg terpaksa terima ayg, tu yg mak tanya"
dah tu aku tanya apa H jawab
"Abg kata memang lah abg suka kat ayg dari dulu lagi, tapi abg tak berani nak terus terang, ya lah siapa abg ni, lagi pun dulu ayg dgn orang lain, abg pun dgn orang lain, kalau tak, takkan sampai nak kawin dah"
Aku just cakap takut dia menyesal bila nikah dgn aku..
"Kenapa pulak abg nak menyesal, kalau abg tak suka dari dulu lagi abg tak nak keluar dgn ayg, sebenarnya dari dulu lagi abg suka dgn ayang, Insyallah abg tak akan sia-sia kan ayg"
Dan aku tersenyum sorang. Moga2an ianya menjadi kenyataan yg nyata..bukan hanya kata-kata.. Insyallah..
Jemput lah semua datang ker rumah ya hari ahad ni...
Thursday, November 02, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Mak Aku kecik hati

Semalam terjadi satu tragidis...
Balik kerja aku terus balik rumah. Masuk rumah mak aku tarik muka masam dgn aku. So masa dia tengah minum aku pi jumpa dia, aku tanya kenapa mak buat macam tu? Mak marahkan pasal pagi tadi ker? Kes aku kasi duit kat wak sulong?. Mak aku ckp tak ada apa apa..
Aku sebagai anak yg betul betul rapat dgn dia, aku tahu gerak geri dia kalau dia tak puas hati, dengan raut wajah tak puas hati, dgn nada suara, dgn bahasa kau dan aku so aku tahu dia marah aku. Aku menangis. Aku meraung. Mak aku tinggalkan aku sorang sorang. Itu bukan mak aku. Aku tahu. Setahu aku kalau aku menangis mak aku akan pujuk aku. Tapi hari ini?..
Aku keluar dari rumah. Dengan keadaan mata masih lagi berair. Tak dapat tahan dengan keadaan itu. Walaupun orang lain anggap itu perkara remeh tapi pada aku, aku tak sanggup bila mak aku paling muka dgn aku. Aku tak sanggup. Aku ke rumah leen. Aku luahkan perasaan pada dia. Nasib baik ada kawan mcm leen. Kalau tak aku tak tahu mcm mana aku nak buat.
Magrib leen ajak masuk rumah dia, aku ckp tak peh lah aku nak balik. Aku just set dalam mind aku, aku anak, aku kena mengalah dgn mak aku. Aku akan balik dan salam dan cium pipi dia.
Sampai rumah aku masuk bilik, lorry katil dah sampai kat luar. Kat bilik mak aku tengah baring, Mak aku tanya aku kemana? rupa rupanya dia risaukan aku. Bersalahnya aku. Aku cakap katil dah sampai. Mak aku dah ok. Dia dah reda. Katil dah siap pasang. Duit dah bayar. Dan Aku ajak mak aku tengok wayang BILUT. Dan kemelut antara aku dgn mak dah selesai.
Pagi tadi pi kerja salam tangan dan cium pipi nya. BErsalahnya aku.
p/s: Patut ker aku kasi bapak aku duit tempoh hari?...serba salah...
Wednesday, November 01, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Keluar Mulut Buaya Masuk Mulut Harimau...

Boleh ker aku dikategorikan sebagai pepatah ini?..
entah lah tapi itu yg aku rasakan...
Macam ni kisahnya..
Aku berusaha nak lari dari DIA dengan cara aku berkahwin. So far bakal suami aku cukup baik dan aku rasa bertuah sangat dapat dia, tapi masalahnya bila nak kahwin aku kena cari BAPAK aku untuk mewalikan akad nikah. So aku just ambil surat wakalah untuk upacara akad nikah, tak nak menyusahkan dia.
So bila selesai semua masalah wali, aku ingatkan dah reda, sebab aku ada hulurkan BAPAK aku duit tempoh hari.
Dan pagi ni Kul 4 pagi aku dapat call, yg bapak aku datang dari terengganu dan tengah tunggu aku kat bus station seremban. KErja giler. Tak confirm awal awal terus muncul. AKu tanya dia apa masalah dia, jawapan dia...Mari jumpa bapak dulu, baru bapak cerita.
Aku serba salah, nak pi ker tak nak. Aku kejut abg aku, minta teman, tapi dia tak mahu, DIa buat bodoh aje. Aku risau, kalau aku pi sorang2 apa apa hal macam mana. Aku call H. Tak sangka dia sanggup temankan aku. So kita orang pun pergi lah jumpa bapak aku kejap.
Bila jumpa, cerita punya cerita, akhir keputusan adalah dia MINTA DUIT dari aku. Sudah... memang pasti apa yg aku pikirkan. Kat rumah mak dah mengamuk suruh hantar dia balik kota tinggi. Kat sini bapak aku buat mcm ni. Serba salah aku dibuatnya...
Bincang punya bincang aku kasi lah bapak aku apa yg ada. Actually duit tu aku kena bayar katil untuk petang. Tapi tak leh buat apa.. Aku kasi dia, aku cakap dgn dia tolong jangan buat macam ni lagi. Yg aku terkejutnya dia boleh salam dan cium tangan aku. Apa punya orang dah.. Sebijik macam DIA bila merayu dgn aku. bak kata mak aku "kalau kaki perempuan itu lah cara dia nak merayu".. ahh.... mcm mana lah nasib aku ni...
p/s : 28 thn tak pernah nak hulur duit kat aku..tup tup datang minta duit dgn aku.. aku bukan nak duit dari dia,...aku cuma nak kasih sayang ajer dr seorang yg bernama AYAH.. tapi ini lah nasib aku... Aku nak tukar no HP...




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.