Masih Jauh....
Aku tahu, masih terlalu awal untuk aku menilai sebuah kebahagian dalam berumahtangga, namun aku sudah merasai pra perkahwinan ini... Memang bahagia dan seronok..tapi ianya baru permulaan..masih jauh..dan masih banyak dugaan akan menanti.. Dan aku rela.. Aku berharap aku dapat menghadapinya dengan tabah, pengalaman lalu pasti akan aku jadikan pengajaran dalam aku menempuhi kehidupan akan datang.. Insyallah..
Kisah Hubby aku?..
Alhamdulilah.. Aku bersyukur sangat2.. memang masih awal untuk aku mengenali dirinya.. Namun permulaan yang ditunjukkan cukup membuatkan aku rasa sangat2 bertuah kerana diterima menjadi isterinya.. Pada aku dia cukup perfect untuk menjadi suamiku... Dan memang bertuah aku mendapatnya... Tak dapat aku luahkan...Syukur..Alhamdulilah Allah menyatukan aku dengan nya...
Empat hari kami sudah bersama... Setiap pagi sebelum pergi kerja aku akan siapkan sarapan pagi untuk aku, mak dgn my hubby untuk minum bersama. Dan sebelum bertolak aku pasti aku masuk bilik bersamanya untuk melakukan satu syarat yg aku tetapkan. Perjanjiannya setiap kali hendak ke tempat kerja dan juga balik dari kerja kami akan berdakapan selama 7 saat. Walaupun seketika ianya cukup memberikan kepuasan pada diri aku. Kenapa?..aku pun tak tahu.. Dah tu macam biasa, aku akan salam dan cium mak aku, dan My hubby pun melakukan yg sama. Aku terharu setiap kali tengok my Hubby salam dan cium pipi kiri dan kanan mak aku. Dan rutin bila balik kerja pun my Hubby akan duduk tepi mak sambil letakkan tangannya di bahu mak aku....
Siapa tak beruntung... My Hubby memenuhi segala citarasa yang aku inginkan.. Sanggup terima dan menyayangi Mak aku, sanggup menerima segala kelemahan dan kekurang diri aku, dan yang best sekali dia tak ada misai..tinggi..dan ahhh..tak dapat aku nak luahkan lagi... yang pasti nya aku dapat rasakan yg dia cukup perfect untuk aku yg serba hina ini...
Kasih dan sayang yang semakin menebal dalam diri aku terhadapnya membuatkan aku percaya, berkahwin tanpa cinta tak semestinya tidak bahagia.. Aku bahagia.. dan cinta itu hadir dengan sendirinya... Dan aku tahu..masih jauh perjalanan hidup aku.... Namun aku bahagia...
p/s : Biar semalam terus berlalu..dan aku telah temui kebahagian yang aku cari selama ini... terima kasih sayang kerana sanggup menerima diri ini.. tak kan ku sia-siakan pengorbanan yang telah kau lakukan untuk diri ini...Sayang abang...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home