Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Tuesday, June 27, 2006 Image hosted by Photobucket.com

"Harimau?"

Sabtu 24/6/2006
Habis kerja aku terus ke Giant, Order Pizza, Beli gelang Emas hadiah mak aku dan beli kek hari jadi. So sampai rumah ramai yg dah sampai. So aku siap2kan apa yg patut dan kita orang pun celebrate lah harijadi mak aku sambil makan2. Terima kasih pada yang datang.
Malam leen datang tidur kat umah aku, dok layan AF4 lah apa lagi. Lepas tu Tengah malam Si boroi lak beranak, dapat enam ekor anak kucing. Bertambah anak kucing rumah aku. Yg sedia ada 8 ekor tambah 6 jadi 14 ekor semuanya. Hadiah untuk mak aku.. hehe kesian mak aku kena buang tahi kucing ajer lah kejanya.
Ahad 25/6/2006
Tengahari aku bawa mak aku dgn Mr Yu ke Ampang Point untuk berbelanja di Lotte mart (Koreanya supermaket). Habis dekat Rm1000.00 juga mamat korea ni berbelanja. Balik rumah terus makan Kimpap yg Mr Yu belanja.
Isnin 26/6/2006
Malam tidur awal. Pala sakit sangat2. Dan Subuh tadi aku dapat mimpi tak best.
Pada perasaan aku, aku ada dalam sebuah rumah yg diperbuat dari kaca. Aku tengok di sekeliling rumah tu penuh dengan harimau. Dan dekat pintu belakang rumah tu aku tengok ada seorang lelaki, cukup kacak sedang tidur. Aku jerit pada dia suruh dia larikan diri pasal ada harimau tapi dia tak bangun2. Tak lama kemudian, Aku nampak lelaki tu bangun dan berlawan dgn harimau yg ada. Dan dia dapat kalahnya harimau2 yg ada tetapi entah macam mana datang seekor harimau dari belakang terkam belakang dia. Aku menangis....
Tak lama lepas tu "PAK CIK ADAM" (Pak cik aku yg meninggal dua bulan lepas) datang naik motor dan bawa aku keluar dari tempat tu. Pak Cik Adam Diam ajer. Tak bersuara langsung, Dan dia turunkan aku kat simpang empat area rumah aku. Aku tunggu, tunggu dan tunggu tapi dia tak muncul semula... Terus aku tersedar dari mimpi...
Ah..napa ek? Tu hari mak aku mimpi pasal Harimau, la ni selang dua tiga hari aku lak mimpi harimau?..
p/s : Persoalan...tiada jawapan... Masih lagi menanti..
Saturday, June 24, 2006 Image hosted by Photobucket.com

My Mom Birthday

24/6/2006
3.00pagi
"Mak, kenapa ni mak?"
'Ya Allah, Astafirwahallazim, Subahanawallah'
"Mak, bangun mak, Kenapa ni?"
Diam...
"Mak, kenapa? Mak mimpi apa ni?"
'Em entah, Tuhan ajer tahu. Mak mimpi, Kucing beranakkan anak harimau, Dan tu Anak harimau tu gigit kau dgn abg kau, dah tu mak menangis, kenapa dia bunuh dua2 sekali gus anak mak, Dah tu mak menangis lah'
"Apa maksud mimpi harimau?"
'Kalau mimpi harimau maknanya nak sakit'
"Siapa yang akan sakit?"
'Orang yg mimpi nya lah'
"dah lah mak, itu mimpi ajer. Tidur lah balik"
~Senyap dan terus sepi~
7.00pagi..
'Kak su, buka pintu ni, mak nak ambil beg duit mak'
Aku buka pintu terus kasi duit RM50.00 pada mak aku.
'apa ni, mak tak nak lah, mak nak beg duit mak ajer'
"Mak nak beli lauk kan, ambil ajer duit ni beli apa yg mak nak"
Terus aku tutup pintu tak kasi mak aku masuk untuk ambil beg duit dia.
7.30Pagi
Seperti biasa aku akan salam, cium tangan dan kedua pipi mak aku. Dan selesai cium pipi sebelah kiri aku ucapkan
"Selamat hari jadi mak, dah tua mak ni ek"
'apa pulak ni? hari ni berapa hari bulan? belum lagi lah'
"Hari ni 24/6/2006, Hari jadi mak" Aku cium lagi pipi kiri dan kanan mak aku. Mak aku senyum.
"Mak masak mee banyak ker hari ni? nanti suruh budak2 datang makan sini boleh?"
'boleh ajer'
Sambil menghidupkan enjin keta aku cakap dgn mak
"Mak dah tua lah ek"
'Tua tua mak pun masih stady peh. Ada orang dah bongkok berjalan" sambil buat gaya bongkok.
"Wah kalau stady lagi nanti Den carikan teman untuk mak ek"
'merepek lah kau ni, dah pi kerja baik baik tu'
"ok tata..."
Terus pi kerja..
So hari ni rancang habis kerja nak pi cari hadiah untuk mak. Tak tahu nak beli apa. Yang pasti nya aku nak beli kek dan juga emas kot. Aku tak pernah belikan mak hadiah. Hehehe.. tak patut betul aku ni kan kan...
p/s: Semoga mak aku panjang umur.. Emmm...Sayang mak...
Friday, June 23, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Terkenang Seketika

Hari ni pi bank naik motor dgn Nurul. Along cuti. So masa atas motor aku teringat seketika alkisah yg mengelikan hati aku sendiri.
Masa tu seingat aku, aku darjah Lima. Umur 11 tahun. Dan aku ikut bapa tiri masa tu.
Malam aku, abg aku dan kawan2 yg lain ada kelas tambahan kat rumah Guru Besar. So rumah aku dgn rumah Guru Besar tu kalau jalan kaki lebih kurang 30 min. Biasanya aku dgn abg aku akan berjalan kaki balik ke rumah. So ada satu malam tu, sedang kita orang jalan beramai2, ada motor berhenti, dan dengan penuh yakin aku terus naik dan bercakap "Pak cik abg kat depan tu" sambil tangan menunding ke arah abg aku. Semua orang tengok aku. Dan aku terasa bangga lah yg bapa tiri aku sanggup ambil aku dgn abg aku pada malam tu. Tapi aku mula terasa kelainan bila ada sorang akak ku tegur aku. "Ni ayah akak lah" Huk.. aku gabrah.. Hanya Tuhan aje yg tahu perasaan malu aku pada saat itu...
Emmmm... ya lah masa kecik2 mengharap sangat agar bapa tiri aku tu menjadi seperti bapa aku sendiri, tapi hanya harapan. Seorang lelaki tak mungkin boleh terima anak orang lain sebagai anak mereka. Betul ker?..
Entah... Biarlah....
Thursday, June 15, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Apa yang Ku Cari?

Dingin air yg beku,
Tidak sedingin hatiku ini
Sepi malam diturut,
Tidak sesepi yang ku alami...

Dalamnya lautan biru,
Bukan sedalam cinta ku pada mu
Tingginya maha miru,
Bukan setinggi cita-cita ku
Ku pendam cintaku padamu,
Aku tertunduk Malu,
Apabila ku tatap wajahmu,
Kini semua telah hilang,
Melayang-melayang
Bagai burung dilepaskan terbang,
Melayang-melayang
Pada Siapa ku merindu
Tak tahu, tak tahu
Dengan siapa ku bercanda
Tak tahu, tak tahu,

Cari cari apa yang ku cari
Akhirnya
Mengenang Sedih...



p/s : Hati seakan berbunga tapi tak ku tahu apa punca nya...

Bersama Masa

Aku rasa sekarang ni aku sedang berlari bersama masa. Masa terus berlalu dan aku juga terus begini. Ahaks. Kadang aku senyum sorang2..Kadang aku nangis sorang2.. AKu tahu masih ada kawan2 yang sudi berkongsi dengan aku masalah aku. Tapi entah masih lagi aku rasa kekurangan untuk menyelesaikan masalah yang aku hadapi.

Kini kemelut berkerja semakin menguasai diri aku. Emosi aku semakin terganggu dengan kerjaya aku. Kadang aku gelak kadang aku menangis kadang aku marah kadang aku jadi bodoh. Kalau nak citer pun aku rasa macam malas sangat. Sebab itu lah dia Korea yg saban hari aku kena hadapi. Setiap kali tukar korea dan setiap kali tu aku hadapi masalah ini. Sampai tahap feed up. Tapi aku kena hadapi juga. Ah...

Kawan? Sekarang ni ramai juga kawan2 yg baru2 nak berjinak dgn aku. Baru2 ni member dari samsung, umur 32 tahun, bujang (katanya) orang johor, Em mcm ok ajer, tapi sampai sekarnag aku masih tak berani nak jumpa dia. Entah kenapa? Rasa hati memang nak kenal dgn dia, tapi bila bercakap dgn dia kat phone aku terasa segan dan malu nak berjumpa dgn dia. So far dia layan aku ok ajer. Harap2 lah ianya boleh pergi jauh. Yang penting nya kena jumpa dulu, semoga selamat lah hubungan aku dgn dia.

Kenapa ek? Aku bermasalah, tapi aku ketawa dan senyum malah meyanyi2.. adakah itu cara aku lepaskan geram aku pada KOREA depan aku ni?... waaa...betul betul menyusahkan aku...

p/s : Biarkan lah malam menemani aku, kerana aku merasai malam itu memahami segala kehendak hati ku...
Wednesday, June 14, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Bila Hati Berkata-Kata

Mengapa harus rindu,
pada sang dia yang aku tidak tahu ke mana?
mengapa harus dikenangkan,
pada si dia yang aku pernah cuba lupakan?
Mengapa harus menyintai
pada si dia yang aku tahu tidak akan hadir dalam hidup ini?

Carl Escandar,

Kau yang mulakan dan kau juga yang mengakhirkan semua ini,
namun aku masih lagi di sini menantikan keajaiban terjadi,
walaupun aku tahu itu hanya lah satu impian dan angan2,
yang pasti tidak akan terlaksana..

masih teringat lagi kata kata mu..

"bila umur i dah 35 tahun, i akan bersara dari kerja i dan kita akan kahwin, 5 tahun lagi sanggup ker u tunggu i?"

aku senyum dan tersenyum namun dalam hati aku berjanji aku akan menantikan diri mu..

Dan kini sudah 3 tahun masa berlalu..adakah kau masih lagi ingat dgn janjimu itu?
Dan bisa kah kau menunaikan janji2 mu itu?

Em berapa agaknya umur dia sekarang ek? masa aku umur 25 thn dia umur 27 thn. sekarang aku dah 27 tahun maknanya dia sekarang dah 29 tahun?..emm..

Masih ingat lagi kah dia pada diri aku. Pada aku segala cerita2nya masih kuat dalam ingatan aku..Dan seandainya dia masih lagi berkeja dalam bidang itu..berhati2 lah..dan aku sentiasa doakan agar dia selamat sentiasa....

p/s : bila rindu bertandang aku hanya mampu membayangkan...dan senyuman dia masih lagi aku terkenangan walaupun kami berjumpa hanya 30 minit selama perkenalan aku dgn nya..
Friday, June 09, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Aku Nak Berhenti

Aku rasa aku dah tak tahan sangat.
Aku nak berhenti kerja. Rasa macam dah tak guna sangat2
aku kerja kat sini...

Tension tahap cipannnn...
Wednesday, June 07, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Lawak Di suatu Hari

Em tak ingat aku ada citer ker tak yg aku dah tukar MD baru. Mr Yu namanya.

So tersebutlah kisah mr Kim cakap nak ajak aku dgn Mr Yu dinner sama semalam, dan aku lak cepat2 kasi alasan ada janji dgn mak. So mr Kim tak kisah lah. Lepas mr Kim balik mr Yu pujuk aku suruh makan sama dgn mr kim untuk elakkan mr kim minum arak banyak2. Mr yu tak suka minum katanya. Dengan penuh yakin aku jawab yg aku ada janji dgn mak aku.

Kul 5.30ptg. Semua dah siap nak balik. Aku pun dah kunci meja, dan sambil masukkan kunci dalam beg aku menyanyi.."Yeah yeah nak balik tengok drama" dengan senang hati.

"Mo?..Drama?"

Mr Yu terkejut. Ahahah kantoi aku. Mr Yu cakap aku tipu mr kim, aku tak ada janji tapi nak tengok drama. Ahaks..aku lak dgn gelak terus balik.. Member senyum ajer...

p/s : Tension giler dgn MD baru ni... Hampas kelapa..
Thursday, June 01, 2006 Image hosted by Photobucket.com

"Kisah Tah Apa Apa"

Tiga hari yang lepas ada lah sorang mamat ni nak berkenalan dgn aku by email, bila aku tanya mana dapat add email aku, katanya dapat melalui jurnal. Dan hari selasa aku dgn Leen tengok wayang citer "X-Men"..Leen cakap dgn aku ada orang nak berkenalan dgn dia melalui email, bila aku tanya, leen kata namanya sama macam budak yg email aku. Ahaks. Aku senyum ajer.
So masa tengah tengok wayang aku dapat sms... Huk no yg tak dikenali telah diterima. Katanya nama dia samsuri. Aku tunjukkan sms tu pada leen, leen senyum ajer. Dan seketika leen pun tunjukkan sms yg diterima juga. Ayat yg sama dari no yg sama telah diterima. Ahaks aku gelak. Lepas wayang Si Samsuri call aku. Huk. Aku cakap dgn dia, nak jumpa hari ahad, dia kata ok. So aku dgn Leen pun merancang, untuk kenakan dia.
Tup tup dia sms katanya nak jumpa hari rabu. Dan leen pun message aku katanya Samsuri nak jumpa dia hari rabu juga tapi dalam kul 5.30ptg. Aku gelak. Pandai mamat tu atur masa. JUmpa leen kul 5.30ptg dan jumpa aku kul 8.00mlm.
Dan tersebut lah kisah.....Hari rabu..Kul 4.. aku mesage dia tanya dia kata mana? katanya on the way, Kul 6 lebih leen message aku katanya dia dah jumpa budak samsuri tu, aku sms si samsuri, katanya masih lagi on the way.. aku gelak sorang2 kat office ni.
Kul 7 Leen call katanya dia dah hantar si samsuri tu kat masjid. Dan dalam masa yg sama aku dapat sms dari Samsuri katanya dia dah sampai kat masjid. So aku balas suruh tunggu kat Mc Donald. Habis kerja aku ke sana.
Jumpa Samsuri, aku nak belanja makan tapi katanya dah kenyang, Aku hairan, takkan jalan jauh jauh tapi dah kenyang. Member kata dah makan sebelum bertolak. Ah pandai betul menipu kan?..So aku belanja dia makan ayam goreng, Leen call aku. Cakap nak datang, Samsuri kata ok ok tak ada masalah. Lama lama pun tak apa. So aku ak tercakap dgn dia, yg kawan aku ni nak tanya pasal keta yg calar. Muka member terus berubah. Tolong cakap dgn kawan awak tak payah datang boleh?. Aku hairan? kenapa lak? dalam hati aku berkata 'ni mesti leen ada citer pada dia pasal keta dia yg calar' Muka member dah serba tak kena. Minum pun tak selesa. Akhirnya dia ngaku yg dia kenal kawan aku si leen. Pulak dah. Aku tunjukkan muka kekeliruan.
Leen sampai. Terjadi lah episod drama yg cukup membuatkan aku gelak dalam hati. Member serba tak kena. Nak citer pun dah tak guna. Yg pasti member rasa bersalah alasan nya Tak nak kecikkan hati kita orang. Boleh blah....
p/s : Nama pun lelaki... Lelaki lah juga.. Tak kira bujang ker laki orang.. Semuanya lelaki...
Pesanan untuk Nol : Segalanya bergantung pada diri sendiri. Orang lain tak boleh bantu. Hanya nasihat yg bisa diberikan.Maaf key hal semalam.




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.