Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Wednesday, December 20, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Jika Benar...

Aku hanya boleh cakap..Jika benar ini semua perbuatan dia.. Hanya Allah sahaja yang boleh membantu Dia untuk bertaubat dan kembali ke Jalan Yang Benar.
Manusia yang hatinya busuk dan penuh Hasad Dengki pasti akan dapat balasan Dari Allah satu masa nanti. Lebih2 lagi bila dia mula menyerutukan Allah dgn kuasa kuasa ilmu hitam.
Bertaubatlah Wahai Manusia... Dah lah perkara yg wajib kita selalu tinggalkan, jangan lah ditambah dengan kerja2 yang boleh membuatkan iman kita bergegar... Sesungguhnya mengamalkan Ilmu hitam itu adalah Syirik... Sedarlah..
p/s : Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dan Segalanya dengan Keizinan Allah terjadinya sesuatu perkara itu.
Friday, December 15, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Potong Kuku Lagi?

Semalam lepas selesai masak2, mandi2 dan makan2 kita orang akan lepak dalam bilik dan tengok berita.
Macam sebelum ni, My Hubby akan potongkan kuku aku. hehe seronok sangat ada orang tolong potong kuku aku, padahal aku tak pernah lagi potongkan kuku My Hubby.
"Panjangnya kuku ayg, berapa lama tak potong"
'Last tu abg potongkan bulan lepas lah'
Dengan sungguh2 My Hubby potongkan kuku aku, siap tolong asah lagi. Terasa sangat yg my Hubby sayangkan aku.
Selesai potong kuku, mcm biasa My Hubby ambil ubat sapu, dia akan sapu dan urutkan belakang badan aku. Dan yg penting kat pingang sebab pinggang aku dah mula terasa sakit. Em hari hari my Hubby akan urutkan pinggang aku.
"kalau dua tiga hari ni datang haid, ayg nak makan ubat lah abg.. Tak larat lah sakit pinggang berterusan mcm ni"
'jangan..jangan makan ubat dulu.'
"kenapa lak?"
'Kawan abg cakap, tak semestinya datang haid ayg tak mengandung. Takut ayg ngandung ajer. Tunggu dulu, kita test dulu air kencing, kalau confirm baru ayg leh makan ubat'
"huk pulak dah, mcm mak cakap juga kan, kalau tiga hari datang maknanya ngandung tapi kalau tujuh hari maknanya tak ada"
Huhuhuhu.. Tak sangka dalam diam My Hubby dah servay dulu bab bab macam ni...
p/s : Sayang My Hubby.. Muahhhhsss...
Wednesday, December 13, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Sayang My Hubby

Aku rancang nak ke terminal one balik kerja ni, so aku sms lah my hubby...dan terjadi perbualan yg tak disangka2kan..hehe...
*********************************
Balik mandi, Pi Terminal Leh?
Bleh, ayg ni mcm tau2 aje abg pikirkan ayg kan, bila abg pikirkan ayg, mesti ayg msg.
Apa yg abg pikir tang ayg?

mcm2, tapi abg bertuah sangat dapat ayg.

Tang mana abg kata bertuah, kan ayg banyak buat masalah.
mana ade, yg abg tahu ayg ni cantik, pandai masak, yg penting ayg ambil berat pasal Wan abg, tu yg abg suka.
Emm sebenarnya ayg yg bertuah dpt abg. Esem, baik, penyayang dan entah ek, yg pastinya bg sayang ayg.
Mestilah abg sayang kat ayg, makin lama abg rasa makin sayang kat ayg.
Em tak boring ker layan perangai ngada2 ayg? Selalu sakit2, asyik minta urut, marah2, merajuk2.
Baru lah best, kalau ok je boring plak, jiwang la plak abg ni kan, abg susah sngt nak luah kan perasaan abg ni kan.
Ahaks, bukan abg memang jiwang orangnya? Layan laguu jiwang..Hehe..Tak pe jiwang dgn ayg..Jgn dgn orang lain.
Dgn ayg lah jiwang dgn sape plak lagi.
Ayg takut sgt tak dpt buat abg bahagia, takut abg kecik hati dgn kata2 atau perbuatan ayg, Em dan terasa mcm ayg kongkong hidup abg.
tak de lah, ayg ok...Abg bahagia hidup dengan ayang.
Terima kasih, sayang abg sgt.
Sayang ayg jugak..
************************
p/s : Sayang nya aku kat my hubby..tak terkata..Hanya Allah yang Maha Tahu..

Mimpi?....

Sejak sejak ni aku asyik mimpi makanan yang banyak2 ajer..
rasanya minggu lepas aku mimpi satay banyak sangat2...
dan malam tadi aku mimpi mak aku buatkan pengat pisang banyak sangat2... tapi aku tak sempat makan tak silap aku..
Selalunya kalau mimpi makanan banyak2 ni maknanya ada rezeki. Emmm rezeki apa agaknya ek.. Sabar menanti..
p/s : My Hubby pening2 pala dan muntah2.. semalam lepas makan ubat terus tidur sampai ke pagi.. Kesian lah pulak kat dia.. Dan aku..masih lagi sakit pingang yg amat sangat.. Hairan.. bila malam ajer sakit pingang.. tapi siang ok ajer...
Tuesday, December 12, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Kita Orang Yg Bz Bz Dan Bz..

Semalam malam pi umah Kak Azizah (My Hubby Sister). Katanya ada meeting keluarga. Hehehe sejak jadi keluarga My Hubby ni seronok rasanya, mana tak.. My hubby adik beradik dia semua lelaki kecuali kakak dia. So semalam masa kita orang sampai dia orang tengah makan, kita orang pun tumpang sekali. Yang ada, Kak Azizah dgn Hubby dia, Abg Udin, Abg Zam yg pendiam, Cnot dan sepupu My hubby (Siti). Adik2 yg lain tak join sama.
So agenda yang kita orang bincangkan...
Jumaat ni (15/12/2006) .. Aku dgn my hubby balik Sri menanti untuk jemput Uwan ke senawang.
SAbtu (16/12/2006) .. Buat doa selamat dgn Tahlil untuk Arwah Mak My Hubby sempena 100 hari...
Ahad (17/12/2006).. Lepas zohor hantar rombongan untuk pertunangan Abg Udin.
Sabtu (23/12/2006).. Pagi kita orang akan bertolak ramai2 untuk ke kota tinggi. Aku dah ckp dgn wanie untuk tumpang kan rombongan N9 kat rumah kosong dia.
Ahad (24/12/2006) ... Hari persandingan aku kat kota tinggi.
Rabu (27/12/2006).. Balik seremban.. Ingatkan nak honeymoon kat PD lah dgn my hubby ( Tak masuk dalam agenda pun ahahahha)
Isnin (1/1/2007)..Buat Doa selamat ajer kat kampung my Hubby bagi pihak lelaki.
Huuu... akhirnya selesai perbincangan. Kul 11 kita orang balik. Dan sampai rumah dengan letihnya aku terus tidur.. Sebenarnya merajuk dgn my hubby.. tapi buat bodoh ajer.. My hubby perasan dan dia pun buat bodoh..
Tapi pagi ni.. dan ok dah...
p/s : Sayang abg...Sayang ayg juga...

Email Dari bahar?....

Aku sebenarnya confuse dengan si Bahar ni, Dia yang hina dan aibkan aku pada seluruh ahli keluarga aku, pada polis, pada pekerja2 aku dan pada suami aku, dan hari ni aku dapat email dari dia mengatakan aku lah yg menghina dia dan mengaibkan dia... baca lah email dia yg membuatkan aku rasa macam lawak giler giler di pagi hari...

1. Sepanjang kita menjadi kekasih puas abg di herdik dengan kata kata nista dari tika ..binatang , barua , jantan sial , babi , jantan penipu tapi tidak pernah sepatah perkataan yang sama abg lontarkan kepada Tika malahan masih merendahkan diri untuk tidak bertindak balas dengan kata kata nista yang sama.

2. Sepanjang menjadi kekasih tidak pernah abg berkongsi handphone tika kepada orang lain kerana abang tidak akan bertindak kejam sebegitu. Itu bekas kekasih tika.

3. Sepanjang menjadi kekasih tidak pernah abg mengadu masalah peribadi kepada pihak berkuasa Polis walaupun ianya boleh di selesai secara baik di luar. Sekeras keras hati abg tidak akan menjadikan kekasihnya sebagai mangsa walaupun boleh bertindak balas. Abg sudah berjumpa timbalan Ketua balai polis senawang yang merupakan kenalan abang sejak 2 tahun lepas dan tidak akan bertindak balas dengan apa yang tika lakukan ke atas abg.

4. Mengenai scrap metal abg dapat cerita dari pekerja tika sendiri dan jangan kata abg buat fitnah pula serta dari bekas pembeli scrap tika sendiri. Mereka ada jumpa abg dan bercerita segalanya akitiviti luaran serta kastam yang terlibat. Mr Yu sebenarnya sudah tahu lama cerita scrap ini sebenarnya dan dia ada beritahu abg sendiri. Abg pun dah contact kenalan rapat sangat kastam bahagian IT dan jenayah di purta jaya mengenai cara penjualan scrap. Walaupun tmpt abg ada jual RM 150,000 sebulan tapi nak ambil seringgit pun boleh kesan. Bekas kekasih tika ini bukan nak memburukkan tika atau fitnah tapi itulah cerita yang abg dapat. Mulut manusia memang tak boleh tutup terutama pembekal atau pembeli. Hati Hati dengan semua perkara sebegini. Sekejap saja kita boleh tahu.

5. Mengenai surat Polis 2005 yang tika lapurkan kepada pihak berkuasa yang tika kaitkan nama abg dan Nadiah ......abg akan dapatkan salinan tidak lama lagi. Jangan tanya macamana abg dapatkan salinan itu. Sebagai bekas kekasih tidak sepatutnya aibkan perkara begini dan timbulkan di balai polis senawang. Memang hak seseorang untuk berbuat demikian tapi abg bole pulangkan paku keras sekiranya mahu. Seperti abg katakan abg tidak akan aibkan kepada kekasih abg sendiri. Walaupun abg sendiri di aibkan. Kalau kita kata kita bijak ...ada org lain lagi bijak dari kita.

6. Curang dan tidak setia sering tika lemparkan kepada abg setiap kali kita bertengkar tapi siapa yang berlaku curang dan tidak setia sebenarnya. Bermain kayu tiga ketika semuanya sudah teratur. Bila di fikirkan semuanya menyakitkan hati. Semoga apa yang terjadi kepada abg suatu hari nanti tuhan saja yang dapat membalasnya.

Abg harap semoga kita tidak bertemu lagi walaupun hati ini sangat rindukan tika. Abg dengan anak anak ...semoga mereka berjaya dalam hidup. Kadang kadang terasa dunia ini kecil sehingga kita boleh bertemu di highway. Harap itu pertemuan kita yang terakhir. Biar kita simpan rindu dendam kita dalam hati masing masing. Abg masih memuji tika depan adik beradik walaupun sedar dengan apa yang dilakukan ke atas abgnya. Itu lah KEKASIH.
Suatu hari kita rindukan kenangan kita bila kita sendirian atau punyai masalah.KEKASIH tidak akan mengaibkan KEKASIHNYA sendiri.....abg yang tika hina dan benci.


p/s : Ya, Allah bukakan lah hatinya untuk menerima takdir Allah, dan berilah dia hidayah dimana silap dan tersalahnya langkah dia satu masa dulu.
Monday, December 11, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Dunia Ni Kecik

Memang sah lah penyataan ini.. Dunia ni kecik..
Hari sabtu masa balik Johor kat highway,
"Kenapa kita pi mana mana ada ajer mamat bahar tu ayang ek?" My hubby tanya aku bila dia ternampak kereta bahar motong kereta aku.
'Kan ayang cakap, sampai lubang cacing dia akan ikut kita' lalu aku motong balik keta dia.
Dan terjadi lah kes kejar mengejar... Last last aku bawa slow ajer, biar dia berlepas dulu. Sampai kat tol air hitam bahar bayar pakai cash.
Dan aku ckp dgn my hubby..
"em kerja gaji RM10K pun tak mampu nak pakai smart tag."
'Tak lama tu ayg, nanti dia beli lah tu'
"Tul juga, dia kan jenis yg tak leh dicabar sikit pun"
Gelak ajer aku dalam keta bila borakkan hal si bahar ni..
p/s : Bila aku mula sayang sesorang, aku akan sayang dia sepenuh jiwa ragaku. Dan aku kini sedang bercinta..bercinta sepenuh jiwa raga ku. Dan My Hubby is perfect person to me.
Saturday, December 09, 2006 Image hosted by Photobucket.com

"Sayang Katanya?"

Pagi ni aku check email.. Dapat email dari Bahar... Dan bunyinya seperti ini..
salam untuk kekasih (Nyanyian NADIA)
Lagu ini khas dari abg untuk ayang. Walau pun abg di hina sekali sehingga ayang buat lapuran ke balai polis....mmg tak sangka. Siapa lah abg lagi. Abg dengan anak anak abg. Ayang jaga diri baik baik walaupun amat rindu sekali pada kekasih abg,,,,hanya pendamkan dalam hati sampai abg menutup mata.Itu lah abg yang ayg tak dapat kenal lebih dalam lagi. Maafkan abg.....Yang di hina
Ahaks.. Aku confuse.. Masa dia marah aku bukan main lagi ayat dia.. Aku ni lah perempuan hina yang menghancurkan rumah tangga dia.. "Kerana Kau..Kau..Kau dan Kau rumahtangga aku hancur..." sambil tangan dia tunding pada muka aku, disaksikan oleh Mak aku, Hubby aku dan Abg aku. Dan hari ini.. DIa sendiri mengalah dengan perasaan dia dan menuduh aku lak yang hina dia. Hairan dengan manusia seperti ini.
Aku citer dgn hubby aku. Dia kata "jangan layan dah, orang mcm tu tak leh dipercayai langsung. Mulut dia manis giler, boleh berubah2 bila2 masa dia suka."
p/s : Betul juga kata hubby aku, masa dia marah aku kan main dia makin hamun aku, untuk hancurkan masa depan aku, tapi bila dia dah cool down, ayat2 jiwang dia mula lah datang ganggu jiwa aku. Ya, Allah kuatkan lah semangat aku.
Thursday, December 07, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Alhamdulilah...Rezeki Allah Yg Beri...

Tadi pagi, entah mimpi apa aku bangun pagi dan buat nasi goreng. Hu hu hu..pecah record aku memasak pagi buta..

Dan pagi makan dgn seleranya. Kat office entah kenapa perut tak sihat. So aku telah memuntahkan semua isi perut aku. Huk...mungkin aku makan buah kundang banyak sangat.

So tengahari balik rumah, aku minta mak aku pegang perut aku kejap. Huk.. aku terasa ada denyutan di pusat aku. Huk.. Tu dia... Mak aku dah cakap.. Ah nak sangat kan. Ambil lah..

Dan aku..senyum..senyum.. dan senyum...Alhamdulilah.. Saat yg aku nantikan.. walaupun baru 3 minggu namun aku dah rasa kehadirannya.. Dan my Hubby.. senyum..senyum dan senyum..

Tunggu 16/12 baru check...

p/s : Syukur Alhamdulilah..
Friday, December 01, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Kejam Nya Manusia Itu

Entah mana lah dia campak perasaan sayang nya dia pada aku?..
Selama ini bukan sayang yg ada pada perasaan dia tapi tamak.. Hari ini dia datang tempat kerja aku, pagi pagi lagi.
Mr Yu cerita semua cerita nista yg dilemparkan pada aku. Pagi tadi marah juga Mr Yu pada aku. Malah dia kasi kata dua pada aku. Sama ada aku berhenti sendiri atau aku diberhentikan. Aku diam.
Tengahari Mr Yu panggil aku, dan bercerita lagi hal Bahar. Bahar cakap yg aku makan duit company, aku pernah upah orang untuk belasah mr yu, malah bahar minta aku dipecat kerana aku telah menghancurkan rumah tangga dia. Kesian bini dia orang korea...
Aku hanya dengar... Tapi Mr yu dah cool down.. Dia kata dia suruh aku settlekan dengan cara baik, dan jangan layan lagi incoming call dari bahar.
Kenapa? Kenapa sampai tahap itu dia buat. Kenapa dia ganggu periuk nasi aku?.. Aku tak paham. Salah ker apa aku buat sekarang ni. Aku hanya nak menjauhkan diri dari dia, supaya dia boleh berbaik dgn isteri dia, tapi dia makin liar..
Aku rasa dia tercabar sangat sebab aku berkahwin dgn lelaki yg lebih rendah gajinya dari dia.. Manusi hipokrit dan ego dan bongkak. Aku hanya mampu doakan agar hati nya terbuka untuk terima segala ujian Allah pada dirinya..Amin..

Kisah Polis Pulak....

Aku dah tak tahan, dan hubby aku pun cadangkan pi ajer balai polis. So habis kerja aku dgn my hubby pun pi balai polis. Sampai kat balai aku keluarkan laporan tahun lepas, dan buat aduan.
Pegawai yang bertugas cakap yg laporan tak leh dibuat, sebab katanya selagi mamat tu tak cederakan kita orang, so tak guna buat laporan. So Pegawai tu telephone Bahar suruh datang sama.
So masa Bahar sampai " Dah puas hati kau" sambil tunjuk telunjuk dia kat muka aku.
So masa perbincangan aku just cakap "Saya nak minta bantuan Encik supaya En Bahar jangan datang rumah saya dan menganggu Mak saya lagi"
Bahar menyampuk "Apa hak kau untuk halang aku jumpa mak kau, Mak kau anggap aku ni anak dia sendiri tau"
"Maaf Encik, Cuba Encik bayangkan, Umur En Bahar ni dah cecah empat puluhan, dan mak saya baru lima puluhan, mereka tak ada apa apa hubungan atau ikatan, so macam mana dia boleh anggap mak saya sebagai mak dia, haram hubungan dia orang, malah dia orang boleh bernikah"
Bahar menyampuk lagi..."Oi yang kau jalin hubungan dgn aku selama 4 tahun tak haram"
"Encik saya tak minta lebih, yg lepas, lepas lah..Ini suami saya, dia dah cakap apa dia nak, suami saya dah dengar, satu sahaja minta saya, jangan ganggu ibu saya"
Bahar menyampuk lagi "Aku akan pastikan yang kau tak kan bahagia, kau dah hancurkan rumah tangga aku kau nak lepas tangan ker? Perempuan tak sedar diri"
Pegawai tu diam ajer, tak membantu langsung..
"Encik, saya datang hanya nak minta bantuan, susah ker.. saya tak kisah lah apa dia nak kata, kami baru kawin 3 minggu tapi kalau dia kacau kami macam ni, macam mana?"
Pegawai polis tu bersuara "Mcm ni lah Puan, Puan balik, jika dia datang rumah puan just telephone polis gerakan, dia orang akan bantu, Dan en bahar jumpa mak puan ni sekejap dan lepas tu jangan ganggu lagi"
Itu sahaja penutup dari polis tu?..hampeh giler perasaan aku. Sebelum aku keluar bahar tarik tangan hubby aku..Aku tahu pasti kata kata fitnah akan dilemparkan pada my hubby. Keluar dari balai aku menangis tak henti2. My hubby pujuk aku. Dia lapkan air mata aku, dia cium tangan aku. "Jangan nangis kita hadapi bersama."
Sampai rumah aku terus masuk bilik. Menangis dan terus menangis.
Magrib Bahar sampai. Berkumpul, sukor, My hubby, mak aku dgn Bahar.
Berlakulah perbincangan yang lari dari topic. Sepatutnya selesaikan masalah hal mak aku, tapi si bahar still lagi ugut aku, katanya nak bawa aku ke makhamah kerana merosakkan rumah tanggan dia. Dan mulut dia tak puas puas sebut yang aku ni dah umpama isteri dia. Ya Allah kenapa sampai tahap itu dia hina aku.
Lama juga perbincangan berlaku. Akhir sekali aku menutup perbualan dia,
"Jangan ganggu mak saya lagi, dan sila keluar dari rumah ni."
Si bahar takut agaknya kena belasah terus terusan cakap "kau orang jangan sentuh badan aku, jika tidak aku akan buat laporan polis"
Aku gelak, aku jawab.. "Awak datang rumah kami, awak nak kata kami serang awak, Keluar lah dari rumah ni"
My hubby bangun dan follow belakang dia dan tutup pintu. Setabah itu my hubby hadapi situasi itu. Dan aku?...
Aku masuk bilik dan menangis. Menangis dan menangis. Lama juga mak aku berbual dgn my hubby dan akhirnya my hubby masuk bilik dan memujuk aku..sambil memeluk aku dari belakang dia
"Ayg jangan risau, abg tetap sayang ayang walauapa pun yg bahar cakap, malah apa yg dia buat membuatkan abg makin sayang dengan ayang, Perkara yg lalu biar berlalu, yg penting ayang dah jadi isteri abg, dan abg akan jaga ayang sebaik mungkin" sambil cium kepala aku.
"Apa bahar fitnah ayg?"
"Macam mana yg dia katakan pada sanny dan faizah, mcm tu juga dia cakap pada abg. Abg cakap abg terima ayg seadanya, tak kira apa ayang pernah buat sebelum ni, dia cakap abg dayus"
Air mata aku mengalir.
"Ayg setiap manusia ada melakukan kesilapan, yg penting ayg dah sedar dan tak ulangi lagi kesilapan yg sama"
"Terima kasih abg.." Air mata aku mengalir lagi..Sayu dan sedih sangat2..
Malam terus berlalu.....
p/s : Itu kah Orang lelaki yang pernah cakap "Sayang dan cinta pada aku"?




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.