Kejam Nya Manusia Itu
Entah mana lah dia campak perasaan sayang nya dia pada aku?..
Selama ini bukan sayang yg ada pada perasaan dia tapi tamak.. Hari ini dia datang tempat kerja aku, pagi pagi lagi.
Mr Yu cerita semua cerita nista yg dilemparkan pada aku. Pagi tadi marah juga Mr Yu pada aku. Malah dia kasi kata dua pada aku. Sama ada aku berhenti sendiri atau aku diberhentikan. Aku diam.
Tengahari Mr Yu panggil aku, dan bercerita lagi hal Bahar. Bahar cakap yg aku makan duit company, aku pernah upah orang untuk belasah mr yu, malah bahar minta aku dipecat kerana aku telah menghancurkan rumah tangga dia. Kesian bini dia orang korea...
Aku hanya dengar... Tapi Mr yu dah cool down.. Dia kata dia suruh aku settlekan dengan cara baik, dan jangan layan lagi incoming call dari bahar.
Kenapa? Kenapa sampai tahap itu dia buat. Kenapa dia ganggu periuk nasi aku?.. Aku tak paham. Salah ker apa aku buat sekarang ni. Aku hanya nak menjauhkan diri dari dia, supaya dia boleh berbaik dgn isteri dia, tapi dia makin liar..
Aku rasa dia tercabar sangat sebab aku berkahwin dgn lelaki yg lebih rendah gajinya dari dia.. Manusi hipokrit dan ego dan bongkak. Aku hanya mampu doakan agar hati nya terbuka untuk terima segala ujian Allah pada dirinya..Amin..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home