Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Friday, December 01, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Kisah Polis Pulak....

Aku dah tak tahan, dan hubby aku pun cadangkan pi ajer balai polis. So habis kerja aku dgn my hubby pun pi balai polis. Sampai kat balai aku keluarkan laporan tahun lepas, dan buat aduan.
Pegawai yang bertugas cakap yg laporan tak leh dibuat, sebab katanya selagi mamat tu tak cederakan kita orang, so tak guna buat laporan. So Pegawai tu telephone Bahar suruh datang sama.
So masa Bahar sampai " Dah puas hati kau" sambil tunjuk telunjuk dia kat muka aku.
So masa perbincangan aku just cakap "Saya nak minta bantuan Encik supaya En Bahar jangan datang rumah saya dan menganggu Mak saya lagi"
Bahar menyampuk "Apa hak kau untuk halang aku jumpa mak kau, Mak kau anggap aku ni anak dia sendiri tau"
"Maaf Encik, Cuba Encik bayangkan, Umur En Bahar ni dah cecah empat puluhan, dan mak saya baru lima puluhan, mereka tak ada apa apa hubungan atau ikatan, so macam mana dia boleh anggap mak saya sebagai mak dia, haram hubungan dia orang, malah dia orang boleh bernikah"
Bahar menyampuk lagi..."Oi yang kau jalin hubungan dgn aku selama 4 tahun tak haram"
"Encik saya tak minta lebih, yg lepas, lepas lah..Ini suami saya, dia dah cakap apa dia nak, suami saya dah dengar, satu sahaja minta saya, jangan ganggu ibu saya"
Bahar menyampuk lagi "Aku akan pastikan yang kau tak kan bahagia, kau dah hancurkan rumah tangga aku kau nak lepas tangan ker? Perempuan tak sedar diri"
Pegawai tu diam ajer, tak membantu langsung..
"Encik, saya datang hanya nak minta bantuan, susah ker.. saya tak kisah lah apa dia nak kata, kami baru kawin 3 minggu tapi kalau dia kacau kami macam ni, macam mana?"
Pegawai polis tu bersuara "Mcm ni lah Puan, Puan balik, jika dia datang rumah puan just telephone polis gerakan, dia orang akan bantu, Dan en bahar jumpa mak puan ni sekejap dan lepas tu jangan ganggu lagi"
Itu sahaja penutup dari polis tu?..hampeh giler perasaan aku. Sebelum aku keluar bahar tarik tangan hubby aku..Aku tahu pasti kata kata fitnah akan dilemparkan pada my hubby. Keluar dari balai aku menangis tak henti2. My hubby pujuk aku. Dia lapkan air mata aku, dia cium tangan aku. "Jangan nangis kita hadapi bersama."
Sampai rumah aku terus masuk bilik. Menangis dan terus menangis.
Magrib Bahar sampai. Berkumpul, sukor, My hubby, mak aku dgn Bahar.
Berlakulah perbincangan yang lari dari topic. Sepatutnya selesaikan masalah hal mak aku, tapi si bahar still lagi ugut aku, katanya nak bawa aku ke makhamah kerana merosakkan rumah tanggan dia. Dan mulut dia tak puas puas sebut yang aku ni dah umpama isteri dia. Ya Allah kenapa sampai tahap itu dia hina aku.
Lama juga perbincangan berlaku. Akhir sekali aku menutup perbualan dia,
"Jangan ganggu mak saya lagi, dan sila keluar dari rumah ni."
Si bahar takut agaknya kena belasah terus terusan cakap "kau orang jangan sentuh badan aku, jika tidak aku akan buat laporan polis"
Aku gelak, aku jawab.. "Awak datang rumah kami, awak nak kata kami serang awak, Keluar lah dari rumah ni"
My hubby bangun dan follow belakang dia dan tutup pintu. Setabah itu my hubby hadapi situasi itu. Dan aku?...
Aku masuk bilik dan menangis. Menangis dan menangis. Lama juga mak aku berbual dgn my hubby dan akhirnya my hubby masuk bilik dan memujuk aku..sambil memeluk aku dari belakang dia
"Ayg jangan risau, abg tetap sayang ayang walauapa pun yg bahar cakap, malah apa yg dia buat membuatkan abg makin sayang dengan ayang, Perkara yg lalu biar berlalu, yg penting ayang dah jadi isteri abg, dan abg akan jaga ayang sebaik mungkin" sambil cium kepala aku.
"Apa bahar fitnah ayg?"
"Macam mana yg dia katakan pada sanny dan faizah, mcm tu juga dia cakap pada abg. Abg cakap abg terima ayg seadanya, tak kira apa ayang pernah buat sebelum ni, dia cakap abg dayus"
Air mata aku mengalir.
"Ayg setiap manusia ada melakukan kesilapan, yg penting ayg dah sedar dan tak ulangi lagi kesilapan yg sama"
"Terima kasih abg.." Air mata aku mengalir lagi..Sayu dan sedih sangat2..
Malam terus berlalu.....
p/s : Itu kah Orang lelaki yang pernah cakap "Sayang dan cinta pada aku"?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.