Masih Tak percaya
Sebenarnya aku masih lagi tak percaya yang aku kini sudah menjadi isteri orang. Dan orang itu adalah H...
Aku bahagia..sangat2 bahagia.. Syukur Alhamdulilah... Segalanya kuasa Allah..
Semalam aku ada taip kisah si DIA yg masih lagi ganggu keluarga aku, dan si DIA yang masih lagi tak dapat terima hakikat yg aku sudah menjadi isteri orang.. tapi yg aku taip semuanya hilang.. Biarlah..
Dan kesimpulan yg aku dapat dari apa yg DIA buat..DIA nak pastikan aku dgn H bercerai... dan dia nak pastikan tak ada siapa pun yg boleh memiliki aku... Dan segala kisah dia yg mengatakan nak bercerai dgn isteri dia hanyalah rekaan semata2 untuk menagih simpati dari aku...
Dan H masih pegang teguh dengan janjinya pada Allah Ta'alah..
"Pada saat saya mengakad nikah, saya dah berjanji yg saya akan terima Sue seadanya, kebaikkan, keburukkan, kelemahan, kelebihan or apa sahaja yg ada pada diri dia. Dan dia isteri saya, saya akan pertahankan dia walaupun apa saja orang katakan tentang dia."
Terasa nak mengalir air mata aku bila dengar dia ucapkan ayat itu... Malah faizah tambah... "saya terima Sue bukan kerana semalam dia, biar apa pun dia buat sebelum kami akad nikah, itu adalah sue sebelum ini, dan selepas nikah saya kenal siapa itu Sue"
Itu lah sebenarnya kasih sayang.... dan itulah tanggungjawab terhadap orang yg kita sayang... Dan aku rasa bertuah sangat2 kerana H menjadi milik aku..
Dan DIA.... Biarlah Allah yg menentukan segalanya.. Aku tak berhak untuk menghukum orang.. H nak jumpa DIa tapi aku tak benarkan sebab aku tahu DIA pasti akan cari H untuk memuaskan hati nya bila orang lain semua dah tak indahkan segala kata-katanya yg untuk menjatuhkan aku...
p/s : Aku sayang, Aku rindu.. Hanya H dihatiku...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home