Menanti Hari...
Berdebar-debar juga jantung aku...Emm..
Alhamdulilah, segala urusan dengan pejabat agama telah selesai. Segala document telah di serahkan kepada Pak Imam yg akan nikah kan kita orang.
Persiapan untuk bilik dan hantaran dah ok, tinggal beberapa dulang ajer nak siapkan. Side lelaki katanya akak dia dah siapkan. Huuu... berdebar betul aku dibuatnya...
Hari ini jumaat aku masih kerja, esok sabtu Mr Yu benarkan kita orang tak yah masuk kerja. Banyak kerja juga nak kena buat. Hehe..tak apa lah.. sekali seumur hidup.
Semalam pi shopping kat giant, mak dgn H ada sekali. Sebenarnya sebelum ambil H aku ada tanya mak aku "Agak2 si H tu terima aku kerana dia sukakan aku atau kerana terpaksa ek" Mak aku cakap tak mungkin lelaki terima perempuan tu kerana terpaksa.
Habis berbelanja aku pi tempat cuci keta, jemput member kat situ datang ke rumah, sementara mak dgn H berbual. Aku citer yg member kat tempat cuci keta tegur aku, lain kali kalau hantar cuci keta, jangan letak duit banyak sangat dalam keta, tempoh hari ada dekat rm300.00 cash dalam keta, dia risau budak2 dia akan ambil duit tu. H hanya senyum, mak aku lagi lah bebel pasal kecuaian aku.
Sampai umah kemas2 mana yg patut dan siap sedia nak tidur. Aku sms H, tanya dia mak ada tanya apa apa ker dgn dia...
dia jawab
"Mak tanya betul ker abg suka kat ayg atau pun abg terpaksa terima ayg, tu yg mak tanya"
dah tu aku tanya apa H jawab
"Abg kata memang lah abg suka kat ayg dari dulu lagi, tapi abg tak berani nak terus terang, ya lah siapa abg ni, lagi pun dulu ayg dgn orang lain, abg pun dgn orang lain, kalau tak, takkan sampai nak kawin dah"
Aku just cakap takut dia menyesal bila nikah dgn aku..
"Kenapa pulak abg nak menyesal, kalau abg tak suka dari dulu lagi abg tak nak keluar dgn ayg, sebenarnya dari dulu lagi abg suka dgn ayang, Insyallah abg tak akan sia-sia kan ayg"
Dan aku tersenyum sorang. Moga2an ianya menjadi kenyataan yg nyata..bukan hanya kata-kata.. Insyallah..
Jemput lah semua datang ker rumah ya hari ahad ni...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home