Keluar Mulut Buaya Masuk Mulut Harimau...
Boleh ker aku dikategorikan sebagai pepatah ini?..
entah lah tapi itu yg aku rasakan...
Macam ni kisahnya..
Aku berusaha nak lari dari DIA dengan cara aku berkahwin. So far bakal suami aku cukup baik dan aku rasa bertuah sangat dapat dia, tapi masalahnya bila nak kahwin aku kena cari BAPAK aku untuk mewalikan akad nikah. So aku just ambil surat wakalah untuk upacara akad nikah, tak nak menyusahkan dia.
So bila selesai semua masalah wali, aku ingatkan dah reda, sebab aku ada hulurkan BAPAK aku duit tempoh hari.
Dan pagi ni Kul 4 pagi aku dapat call, yg bapak aku datang dari terengganu dan tengah tunggu aku kat bus station seremban. KErja giler. Tak confirm awal awal terus muncul. AKu tanya dia apa masalah dia, jawapan dia...Mari jumpa bapak dulu, baru bapak cerita.
Aku serba salah, nak pi ker tak nak. Aku kejut abg aku, minta teman, tapi dia tak mahu, DIa buat bodoh aje. Aku risau, kalau aku pi sorang2 apa apa hal macam mana. Aku call H. Tak sangka dia sanggup temankan aku. So kita orang pun pergi lah jumpa bapak aku kejap.
Bila jumpa, cerita punya cerita, akhir keputusan adalah dia MINTA DUIT dari aku. Sudah... memang pasti apa yg aku pikirkan. Kat rumah mak dah mengamuk suruh hantar dia balik kota tinggi. Kat sini bapak aku buat mcm ni. Serba salah aku dibuatnya...
Bincang punya bincang aku kasi lah bapak aku apa yg ada. Actually duit tu aku kena bayar katil untuk petang. Tapi tak leh buat apa.. Aku kasi dia, aku cakap dgn dia tolong jangan buat macam ni lagi. Yg aku terkejutnya dia boleh salam dan cium tangan aku. Apa punya orang dah.. Sebijik macam DIA bila merayu dgn aku. bak kata mak aku "kalau kaki perempuan itu lah cara dia nak merayu".. ahh.... mcm mana lah nasib aku ni...
p/s : 28 thn tak pernah nak hulur duit kat aku..tup tup datang minta duit dgn aku.. aku bukan nak duit dari dia,...aku cuma nak kasih sayang ajer dr seorang yg bernama AYAH.. tapi ini lah nasib aku... Aku nak tukar no HP...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home