Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Thursday, March 31, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Carl Escandar Isaac Abdullah~

Tiba -tiba aku asyik teringatkan Carl ajer, tak tahu kenapa, Aku cuba call no phone dia tapi tak dapat, katanya no itu tidak dapat dihubungi. Em.. hairan sungguh..

Dan rindu ini terus membuatkan aku serba salah. Masih teringat lagi saat2 pertemuan aku dengan Carl....

19/11/2004 - Jumaat

Tak tahu kenapa hari ni aku terpingin pakai baju kebaya biru aku, memang lah hari jumaat selalu pakai baju kurung tapi bukan baju kebaya. So tengahari aku dapat sms dari carl. Member kata kesian kan aku. So dia nak arrangekan malam ni untuk jumpa dia. So aku apa lagi. Memang melonjak suka, tapi dalam masa yg sama aku buat back up plan lain. Sebab takut tiba tiba tak jadi jumpa dia seperti sebelum ni. Tapi cara dia memang macam akan jumpa ajer. So member kata sebelum bertolak call dia. Katanya line dia dan aku dan secure so anytime leh call dia.

So masa balik kul 5.30, aku call dia.
"macam mana, jadi tak?"
'ok turun lah'

Aku rasa terkejut lah juga. Betul ker mamat ni. So plan aku yg utama boleh carrier on. Aku pun bertolak lah sorang sorang ke KLCC. Jalan tak lah sesak sangat. So sebelum kul 7 aku dah sampai ke KLCC. Aku parking kat tempat biasa lah. RM4.00 parking. Lepas parking aku pi KLCC SURIA. aku pi cari BODY SHOP. Jumpa. So lepas tu aku pi toilet lak. 4 toilet aku cari semua tak leh masuk. 3 tengah renovate 1 penuh sesak dgn orang ramai. So aku tanam ajer niat aku ke toilet.

Aku berdiri betul betul kat depan BODY SHOP dan call Carl. Member kata
"u keluar dari situ, and naik teksi pergi ker Time Square"
apa?
"naik teksi dan pergi ke Time Square"
Ok OK

terus aku keluar dan naik teksi. Mula teksi tu tak nak pergi, katanya jalan sesak giler waktu itu. Aku paksa juga. Boleh lah tolong. So bertolak lah aku naik teksi tu. Tiba tiba telefon aku berbunyi, keluar no ni 012-......... Aku tak tahu no sapa ni.

"u di mana sekarang?"

saya baru keluar dari klcc, on the way
"OK u sampai ke Time Square, pergi terus ke lobby dan telefon i bila sampai"
ok ok

Aku rasa pernah lalu ajer kat bukit bintang tu tapi masih tak ingat jalan lah. Jalan sesak giler. Macam semut teksi tu berjalan. Aku sabarkan ajer. Buat buat penyabar. Dari jauh nampak bangunan tinggi "TIME SQUARE". dekat rupanya dgn klcc. So dia berhenti betul betul depan TIME SQUARE. Aku tak tahu tambang berapa. Macam orang bodoh aku tanya berapa ek? Dia kata RM10.00 sahaja. Dalam hati aku cakap murah rupanya. So aku tengok dompet. Semua duit beso beso. Aku kasi Rm50.00 dia pulangkan RM40.00. Turun ajer teksi aku pusing area tu kejap. Mana aku nak pi? Mana lobby dia ek? Aku call Carl

saya dah sampai
"ok, sekarnag i nak u pusing pusing kat situ sambil bercakap dgn i, bila ada orang tegur u dari tepi itu lah i."
tapi
"kenapa u tak leh cakap dgn i ker"
bukan apa prepaid i teinggal RM17.00 sahaja
"ok, u jalan jalan dulu"

member terus letak phone. Aku pun macam orang bodoh jalan jalan kat luar TIME SQUARE tu. Em tak ada apa apa pun. Dalam hati terpikir betul ker apa aku buat ni. So terasa boring kat luar aku jalan kat dalam pulak. Aku pusing pusing boring lak, member tak muncul lagi. So aku pi toilet dulu. Selesai toliet aku pusing pusing lagi. Penat aku duduk ajer kat kerusi yg ada kat situ. Duduk sambil tengok HP aku. Dalam hati aku terpikir, adakah hari ni juga aku akan ditipu lagi? Aku berserah pada Tuhan segalanya. Tup tup tup HP aku berbunyi -012-........
"siapa suruh u duduk, kan i suruh u jalan jalan."
i tak tahu nak jalan ke mana, tak ada arah
"jalan jalan sahaja, ok u naik tingkat atas, pusing pusing kat atas, tengok sebelah kiri u ada lift kan, ok naik lift tu"

tup dia letak phone. Aku pun jalan lah naik lift. Mata aku berkeliaran juga mencari mana satu lah mamat ni. Kalau dia tipu aku tak kan dia leh tahu aku tengah duduk kan. So aku teruskan juga. Sampai atas aku tak tahu nak buat apa. So aku pusing pusing area tu. Jalan jalan dan terus jalan. Habis pusing sebelah kanan aku pi arah kiri lak. Tengah jalan jalan ada orang sapa aku dari sebelah kanan aku

"penat berjalan?"
aku toleh ke arahnya
"pandang depan, jangan pandang i, buat macam biasa"

pulak dah..aku senyum.. aku rasa nak menangis ajer masa tu..Aku tak tahu apa perasaan aku masa tu.

"kita naik lift"

kita orang berhenti, ingatkan nak naik lift..

"kita jalan, lift lambat sangat"

aku still tunggu

"kita jalan jom, lambat sangat tu"
okey

Jalan lagi,
"Penat jalan?"
boleh tahan lagi
"saya suka jalan"
aku senyum


So kami berjalan keluar dari TIME SQUARE. Lintas jalan.

kenapa u tak pakai baju yg u cakapkan tadi?

"ada miss direction tadi, paham tak apa maksud miss direction?"
em..ok.

Jalan jalan dan jalan, aku pun tak tahu mana arah yg dia nak bawa.

"u jangan risau, i tak kan bawa lari u, walaupun i tak tahu jalan kat sini, tapi u akan selamat"
kalau u tak tahu jalan kat sini macam mana u boleh bawa i kat sini
"sebelum kita buat sesuatu kita kena kaji dulu key”
okey
"kenapa u makin kecik, masa kat gambar u berisi sikit"
Makan hati ulam jantung

Jalan jalan dan jalan, akhirnya naik kereta dia.
kata jalan kaki?
"jauh tu takkan i nak suruh u jalan kaki"

Dalam kereta
"sekarang kita dah selamat. Kita boleh bercakap apa sahaja"

Aku diam dan senyum.

"Boleh tahu apa perasaan u sekarang? setelah jumpa i?"
happy sangat. seronok sangat.
"jangan happy sangat."
kenapa tak leh
"u tak tanya ker ni kereta siapa?"
i tak nak tahu, yg i tahu i dah jumpa siapa u
"boleh u kasi alasan kenapa u happy sangat jumpa i, i tak nak jawapan yg u nak sangat jumpa i"
pulak dah. Dah tentu itu jawapannya
"i tak nak jawapan itu"
ya lah sebab apa lagi, 2 tahun 6 bulan i tunggu u, i sayang u, i merindui suara u, so mestilah I teringin sangat nak jumpa u, tengok macam mana rupa orang yg i sayang
"ok, u nak tahu kereta sapa yg i bawa, ni bukan kereta i, sebenarnya i tak dibenarkan membawa kereta, kalau i di tangkap memang susah, dan utk pengetahuan u partnert i sekarang tengah dengar perbualan kita, dan kereta ni dia yg uruskan untuk i, masa kita kat TIME SQUARE tadi pun dia ada sama."
pulak dah
"nama dia puteri, dia fasir berbahasa melayu, kami bercinta. Tapi u pahamkan maksud i bercinta, tapi sekadar partner kerja. Kami buat apa yg orang bercinta buat, tapi kami tak ada komitment"
aku diam
"kenapa tengok i macam tu?"
aku senyum. Tak ada apa sangat yg menarik kat raut wajahnya, entah aku tak tertarikh sangat dengan rupa bentuk wajah dan tubuh dia, tapi aku masih nak tenung dia. aku seakan tak percaya orang disebelah aku sekarang adalah carl eskandar yg penah mengusha aku.
boleh i tahu, kenapa u jumpa i malam ni? adakah kerana kesian sahaja?
"i pun manusia, i tak lah sekejam itu"
boleh tahu lagi, kenapa u mulakan menyayangi diri i?
"sebenarnya ada dua sebab, satu..sebenarnya nanti i akan ada satu project yg memerlukan bahasa korea, so i nak minta bantuan dari u, bukan niat i nak mempergunakan u key"
okey, so sebab kedua?
"memang i sayangkan u key, i akan sayang orang yg sayangkan i, lagi pun tak ramai orang yg i kena sayang"
aku senyum
"i susah nak senyum, lebih lebih lagi gelak"
tapi tadi u senyum dan gelakkan?
"so u tahu kan kerjaya i, i tak kisah kalau u nak sayang i, nak bercinta dgn i, tapi tak boleh ada komitment, lebih lebih lagi kahwin, kalau nak kahwin pun i kena buat satu project yg betul betul besar and i terus bersara. Itu lama lagi kot mungkin masa tu umur i 35 tahun, sanggup tunggu?"
aku diam.
"i nak tahu jawapan u, kalau jawapan u memuaskan hati ok i terima, dan kalau jawapan u ok juga mungkin lepas ni kita boleh berjumpa lagi"
i tak mengharap untuk berjumpa lagi dgn u, cukup lah sekali ini, sebab i tahu kerjaya u macam mana, tak mungkin kita boleh jumpa kot.
"boleh, itu bergantung pada jawapan u key"
aku diam.

Apa lagi yg diborakkan pun aku tak pasti. Sedar sedar dah sampai KLCC. member tak penat berceloteh pun. Aku ajer yg diam memanjang. Sampai depan KLCC member turunkan aku depan ISETAN. sebelum turun sempat dia tanya
"nak call i tak malam ni? kalau nak i secure kan line kita u call i"
ok mlm ni kul 12 i call u
"ok bawa kereta berhati hati"
Terima kasih banyak banyak, tq tq

lalu aku turun kereta, nak lihat dia terus meninggalkan aku. Cukup 30 minit pertemuan kami kali pertama. Aku terus naik kereta dan balik ke seremban. Kul 9.30 mlm sampai. Sampai senawang terus beli Prepaid RM50.00. Ya lah nak bergayut malam nanti.

Balik umah makan Rameon ajer. Lepas tu baring baring sementara kul 12 mlm. Sebelum kul 12, member sms. Layan sms.
dalam kul 11.49pm dia suruh call. Kami bergayut, banyak cerita yg diceritakan. Macam cerita dalam tv ajer. aku dengar sahaja.
1 Jam 22 minit lamanya aku bergayut. Ni lah pertama kali aku call org dah bergayut mcm ni lama,,,

Macam mana aku dah puas hati dengan pertemuan ini.. Di penghujung RIndu.. dan rindu itu telah berlalu bila ianya telah bertaut pada pertemuan ini..


Namun itu hanya kenangan, yang kadang2 mengusik hati dan perasaan aku juga, Sekarang aku betul2 rindu kan dia., Tak tahu kenapa perasaan itu ada. Kenapa ek? Masih mengharapkah aku terhadap dirinya?..

Aku yang keliru..
Wednesday, March 30, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~KEPERCAYAAN~

Tak pasti aku pernah citer ker tak pasal ini. Kepercayaan yang diberikan oleh orang perempuan tapi dikhianati oleh orang lelaki. Ini bukan pasal keluarga aku. Kalau pasal lelaki dalam keluarga aku tak payah ah diperkatakan, memang tak leh dipercayai langsung.

Ada satu keluarga tu, Suami dia bernama (Shah) bukan nama sebenar dan isteri dia bernama (Zue) bukan nama sebenar juga. Mereka ni berkahwin suka sama suka, walaupun keluarga perempuan ni tak suka sangat dengan Shah kerana Shah ini adalah suami orang. Tak pasti sama ada Shah dan ceraikan isteri pertama dan kedua dia. So Selepas 8 tahun berkahwin dapat lah 4 orang anak. Memang bahagia kalau dilihat oleh orang luar.

Shah ini katanya dia bisness Man, tapi tak nampak langsung apa yang dibisnesskan. Zue berkerja sebagai Manager di Kilang, gaji bulanan dapat lah dalam RM3000.00 sebulan, so segala perbelanjaan rumah, anak-anak, nafkah adalah duit gaji Zue, sampai kan kereta yang digunakan oleh Shah untuk urusan bisnes nya pun Zue yang belikan.

Begitu percaya Zue pada Shah, segala permintaan Shah ditunaikan, walaupun terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk memulakan perniagaan untuk Shah. Namun saban hari tak pernah berjaya perniagaannya.

Biasalah kalau parents berkerja rumah pasti ada orang gaji, orang gaji depa ni pun sentiasa bertukar. Satu hari ni Si Shah minta kebenaran Zue untuk ke Indonesia untuk mencari sendiri orang gaji mengantikan orang gaji yg dah balik. Zue dengan penuh kepercayaan support duit dan menghantar Shah sampai ke bas.

Dua hari baru si shah balik membawa Dewi dari Seberang. Em gaya Dewi ni boleh tahan juga. Namun Zue tak pernah rasa curiga.

Macam biasa bila dah ada orang gaji, Zue dan Shah akan aktif dengan kerja masing2. Pagi2 lagi mereka berdua dah keluar rumah. Malam baru balik. Namun perubahan si Shah ini membuatkan si Zue rasa lain macam.

Tiga bulan berlalu, Shah kena bawa Dewi keluar dari malaysia untuk aktifkan balik passport Dewi. Tiga hari mereka pergi, dan kemudian balik. Zue masih tak ada perasaan syak wasangka pada suami nya.

hari terus berlalu, entah kena satu hari Zue rasa tak sedap badan di pejabat, lalu balik awal ke rumah...
"abah, mama balik" jerit anak bujang mereka.
"kau jangan tipu Ijat" terdengar suara Shah dari bilik.

Zue terkejut mendengar suara Shah menengking anaknya dari dalam bilik. Di panggilnya Dewi tapi tak nampak, bila tanya pada anak2nya mereka berkata yang Dewi dan Shah ada dalam bilik Zue, Zue dengan rasa berdebar mengetuk pintu bilik tidurnya...

Hanya tuhan sahaja yang tahu apa ada dihatinya saat itu. Shah dengan selamba keluar dari bilik itu dengan tuala. Mana kala Dewi terus ke dapur.

Perjumpaan keluarga diadakan.
"Apa kamu berdua buat di dalam bilik tadi?" Zue bersuara.

"kita orang tak buat apa, budak ni pun tengah datang kotor" Shah bersuara.
"hey shah, Budak Dewi ni datang kotor pun awak boleh tahu?" Zue terkejut.

Dewi terus menangis. Dewi mengaku yang mereka memang dah terlanjur sejak di Indonesia lagi. Hanya Air mata yang mengalir. Keluarga Shah hanya berdiam, terserah pada Zue untuk membuat keputusan.
Mereka berdua di halau dari rumah.
Sebulan, dua bulan berlalu. Shah masih merayu untuk kembali semula, alasannya anak2. Zue yang baik hati terima Shah kembali. namun tak lama, hampir setahun Zue dapat tahu si Shah telah mengawini Dewi, Zue tak sanggup untuk ditipunya lagi. Lalu penceraian diminta.

Dan kini walaupun telah bercerai, Zue bahagia dengan anak2 nya namun masih hidup terseksa bila Shah selalu menganggu ketenangan keluarga Zue. Alasan yang digunakan anak2. Dan si dewi pula bila berjumpa anak2 Zue diasutnya supaya membenci Si Zue dan tinggal bersama Shah. Em....


Itu kah lelaki? Bayangkan Zue sanggup berkawhin dengan Shah walapun ditentang dengan keluarganya, sanggup memberi nafkah kepada shah, memberi kemewahan pada shah tapi itu kah balasanya kepada kebaikan seorang perempuan?...
Lelaki...lelaki...lelaki...

Aku Tension Giler

Pagi tadi mood aku ok lah juga, walaupun kes semalam tak selesai lagi. Buka pc, On YM tup tup dapat message bunyi dia macam ni

vitara_kuantan (오후 9:47:32): salamz
vitara_kuantan (오후 9:48:21): sori ganggu tika..tanya skrg dah kawin dah ke? dulu ckp bercinta dgn carl so mcm mane? agaknya dah happie dah kot..kalu jumpa kirim salam sama dia..dulu suka gak sakat2..skrg dah malas dah..
vitara_kuantan (오후 9:48:44): oh ya apa dah jadi pada kaynet?? whyda ckp dah terkubur..perghh sayang ler beb..!
vitara_kuantan (오후 9:48:46): gerak

lepas baca message ini ajer aku rasa macam tak kena ajer. Apa tujuan dia nak tanya aku macam ni? Apa hal dia nak cakap macam tu dengan aku pasal Carl. Bukan dia tahu ker yg Carl tu nak mainkan aku, dan bukan kah dia pun sama complot dgn dia orang nak main2 kan aku... Apa tah ni semua. Mood aku betul2 tak best jadinya.

Pagi pagi lagi abg aku dah kena tengking dengan aku pasal box kurang. Ya lah Mr Jang masuk2 office marah aku pasal box. Ah tension. Sorry lah bukan maksud aku nak marah2 dia. Dah kena time mood aku tak baik. Lepas tu Shila pulak kena marah, Check barang tak betul, lepas tu panggil faizah pulak meeting sampai kul 1 em... tak makan tengahari pun. Tension giler rasanya..

Kenapa lah ek...
Tuesday, March 29, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Mahalnya Mkn Tengahari

Hari ni makan tengahari kat luar, abg angkat aku call ajak makan sama. So aku keluar lah makan dengan dia. Em..macam biasa kalau keluar dengan dia macam macam yang dia cakap dan nasihatkan aku. Aku makan nasi putih, ikan tengiri masak lemak chili api, udang masak sambal petai, sayur pucuk ubi masak lemak dan telur dadar. Peh sedap giler aku makan. Abg angkat aku makan udang masak sambal petai dgn telur dadar ajer. Air biasa sirap. Semua sekali RM11.00. Peh mahalnya. Biasanya walaupun aku makan banyak macam mana pun tak de lah harga mahal macam tu. Em hairan2.

Aku tengok abg angkat aku tu lain macam ajer, muka dia macam berseri semacam, aku usik dia, hai jatuh cinta lagi ker? member senyum ajer. Lepas tu dia cakap kenapa aku ni suka merepek ajer. Ahaks.. Alah kalau betul pun ngaku ajer lah. hahahaha..seronok aku menyakat dia. Em ya lah rasanya dah lama aku tak menyakat orang. Ya lah sejak dua menjak ni aku tak ada jumpa orang luar pun, pi kerja balik kerja. kalau jalan pun sorang2 ajer. Bila jumpa abg angkat aku mula teringat kisah lama lama dengan dia masa kita orang rapat giler. Tapi itu dulu. Tak mungkin leh bertaut kembali. Ahaks.

Lepas makan masuk kerja macam biasa, Masih ada rasa marah dengan Mr Jang. Tapi buat bodoh ajer. Mr Jang ajak pi giant nak beli barang, aku buat bodoh macam tak dengar ajer. Check barang2 reject yg dihantar balik dari thailand. TEnsion giler aku rasakan. Kalau finish product kena return back. Geram sangat. Mr Jang pulak buat tak tahu ajer. Aku serahkan pada si Faizah dgn shila tapi dia orang tak leh buat. Last2 aku juga yg kena settekan, cari puncanya. Em..dah jumpa masalahnya, aku serahkan pada faizah untuk buat report. Em..entah lah...

La ni balik kul 5.30ptg..tak tahu nak buat apa. Rasaya macam nak makan nasi ayam kat kedai ayam emas ajer. Tadi lalu situ tengok orang makan macam sedap ajer..Ahaks..

Makan jangan tak makan...

Image hosted by Photobucket.com

~Salmon Steak~

Semalam satu hari dok bincang dgn budak2 ni pasa stock check. Still tak dapat jalan penyelesaiannya, Mr Jang dengan muka sial dia dok tanya aku, dah jumpa puncanya?..tak dapat tak apa leh sambung esok. Ahh tension nya aku rasakan. ya lah patutnya dia sama sama bantu ni tak serahkan bulat2 pada aku. Ingat apa....ah sakit hati bila aku pikir.

Minggu ni tak ada overtime, balik awal kul 5.30petang. Hehehe seronoknya rasa..Balik terus singgah kat Mama Grill Papa Chop, rasa dah lama giler tak makan steak, so apa lagi..Aku makan Salmon Steak dan shila Makan Fish Grilled. Hehe sedap giler. Harga semuanya Rm35.00..hehe makan jangan tak makan.

Balik rumah aku terus pindahkan pokok chila aku kat atas tanah. Buat satu satu dulu. Heheh tak larat nak buat semua, kira kira ada dekat 10 pokok chila aku dalam plastik. Tak tahu bila boleh pindahkan semua tu.

Malam lepak tengok STARWORLD ajer - mula cita King of the Queen, lepas tu EVERYBODY LOVE RAYMONDS, lepas tu citer THE UNDERGORUND LIFE tak silap aku lah..hehe semuanya memang citer lawak..Dalam kul 10 rasanya dah mengantuk giler..so aku pun tidur...

Ni aku kepilkan gambar pak we aku..heheh...sayang giler kat diaa....


Image hosted by Photobucket.com
Monday, March 28, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Bukit Tinggi~

Hari sabtu tak tahu nak buat apa, so aku pun buat lah kerja giler sorang2. Habis kerja terus drive Menuju ke arah Genting Highland, em ingatkan nak bawa diri sorang2 gi genting, tapi entah macam mana terlajak pulak. So jalan punya jalan ternampak signbord BUKIT TINGGI, so dengan beraninya aku pun teruslah naik ke bukit tinggi. Em macam menarik ajer, So cari lah tempat untuk tidur, pehhh mahal giler, satu bilik harga Rm290.00. Sampai pun dah ku 6 petang, so aku ambil ajer lah satu bilik. Em cantik juga biliknya, selesa lah juga, dan sesuai untuk keluarga.

Malam jalan2 lah kat area tu, memang cantik lah tempatnya, kalau pi dgn pak we memang romantik giler lah. Apa leh buat, nasib diri sendirian.
Kul 9 aku dah masuk bilik dan tidur. Nyenyak giler. So pagi keluar pi sarapan. Puas hari sarapan pagi ahad, nasi lemak lauk ayam masak merah, mee gorang, roti bakar, jus oren dan buah2 an. Bab makan jangan lah berkira kan kan..ahaks..

Lepas makan aku pusing2 lagi area tu ambil gambar, cantik giler permandangannya. Lepas tu aku naik lah kereta yg disediakan untuk ke Village Japan Tea. Macam tu agaknya bunya dia. So makan angin dalam hutan..Cantik sungguh permandangannya. Puas hati menikmati keindahan alam di bukit tinggi. Dalam kul 11 baru balik semula ke bilik. Siap siap dan balik rumah.

Seronok sangat.. So enjoy gambar2 kat bawah ni ek..
Image hosted by Photobucket.com


permandangan malam di Colmar Tropicale Bukit Tinggi


Image hosted by Photobucket.com


pagi hari di Colmar Tropicale Bukit Tinggi


Image hosted by Photobucket.com

Air Pancut Colmar Tropical Malam hari

Image hosted by Photobucket.com

Air Pancut Colmar Tropical Pagi Hari

Image hosted by Photobucket.com

>br>

Image hosted by Photobucket.com


gambar ikan di Village Japan Tea


Image hosted by Photobucket.com


Rumah Spa di Village Japan Tea

Image hosted by Photobucket.com


ni special sikit, gambar aku tengah posting hehehe...

Saturday, March 26, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~STOCK CHECK?~

Waa Pagi pagi aku dah kena marah dengan Mr Jang. Aku just citerkan masalah yang dihadapi, terus dia marah tanpa rasa simpati. Padahal aku dah beritahu dia sebelum dia jadi MD kat sini lagi apa masalah yg company ni hadapi. Dia salahkan aku pasal tak dapat nak settle. Em nak settle apa nya, aku minta pendapat dia nak wat macam mana dia tak nak bagi tahu... Bosan..

la ni aku dok marah si faizah dgn Shila pulak. Suruh dia orang buat double Stock check. Ah tension rasanya. Kalau kurang sikit tak apa ni sampai beratus ratus ribu apa aku nak jawab. Ni belum Mr Kim yg dok check. Mati aku.

Aku kasi dia orang masa sampai ku 12 untuk buat pengiraan tu, kul 1 nanti panggil budah production sekali meeting. Em..entah tak ada idea apa nak buat dengan dia orang ni.
Friday, March 25, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Meja Aku~

Ini lah meja aku kat office, serabut kan, macam aku juga yg sentiasa serabut, tapi meja boss aku lagi lah serabut, setiap kali aku tawarkan khidmat nak kemaskan, mesti dia tolak cepat2. Ahaks.

Image hosted by Photobucket.com
Nak citer sikit pasal kerja aku lah, Em macam biasa kalau kat kilang2 korea dia leh suka pekerja dia semua serba boleh.. Dan aku, masih banyak nak kena belajar. Yang pastinya Aku ditugas adalah :

~
untuk menjaga kebajikan pekerja semua2 temasuk kebajikan My Managing Director (dari hal2 rumah sampai kat office).

~Menguruskan Hal Jual beli dengan Pelanggan
(It's mean take care Sales this company)

~Menguruskan Hal - Hal kewangan
(It's mean Account, Salary, Audit Account, Perpared Cheque, Summery Cash and Bank record, Go Bank, Settle bill or anypayment)

~Menguruskan Perancangan Pengeluaran
(It's mean planning, schedule for produce part at Production)

~
Merancang dan Mengatur kerja2 yang akan dibuat oleh semua pekerja setiap hari.

~ Perancangan dan Persediaan untuk penghantaran barang

~
Menguruskan Jual Beli barang2 keperluan Syarikat (Purchasing - material or sub material)

~ Bertanggungjawab atas Kualiti barang yg dikeluarkan
(Manage Quality Control Dept)

~ tempat kena marah Managing Director.

~ Tempat Luahan Perasaan Para Pekerja...hehehe.. (Human Resorce)

~ All documentation in under my responsibility.

~ Menjawab panggilan Telefon.. macam operator lah pulak

~ Berurusan dengan kerajaan

~ Penterjemah bahasa.

Em itu aje yg sy ingat, lain lain tu tak ingat sangat.

~Digital Camera~

Ahaks...Akhirnya dapat juga aku pinjam Digi Camera Boss aku. Check punya Check ada lak gambar Mr Jang dgn Anak dia. So aku kepilkan ah kat sini untuk ko orang tengok.

Image hosted by Photobucket.com

La ni pulak entah mana Mr Jang ambil gambar permandangan ni, rasanya kat Port Dickson kot. Cantik juga permandangannya ek.

Image hosted by Photobucket.com


Ahaks ni pulak gambar pekerja aku, kerja dia sorting dan packing... hehehe...pekerja paling berumur kat kilang aku. Ko orang rasa berapa agaknya umur dia ek?

Image hosted by Photobucket.com


Yang ni pulak Shila, hehehe yg selalu aku dok tumpangkan keta aku, dan yg dok aku selalu bawa ke sana ke mari...Mata kuyu ajer, biasalah buat kerja yg memboringkan.. Tapi apa leh buat kena buat juga, sebab aku yang suruh..hehehe..

Image hosted by Photobucket.com

Dan ni gambar dia berdua.. Kira rapat juga lah dia orang dengan aku. Gambar aku? hehehe lain kali ek.

Image hosted by Photobucket.com

Menyamun, Merompak dan Membunuh

Ya Allah nak jadi apa lah negara malaysia sejak sejak ni, setiap hari pasti ada kes samun, kes rompak, kes bunuh...Samun pun menggunakan parang dan kapak. Kadang sampai membunuh mangsa yang di samunnya. Apa tujuan dia orang, nak cepat kaya ker? Atau terlalu susah hidup sampai menyamun orang lain untuk dapat duit dengan mudah. Tak kira umur, tak kira bangsa, tak kira daerah, tak kira tempat pasti ada sahaja kes samun ini. Terlalu Ngeri untuk diperkatakan. Di mana silapnya?

Manakala kes kematian pun setiap hari ada. Sama ada kes bunuh, kes kemalangan, kes kecuaian pasti ada setiap hari. Cuba lah baca surat kabar. Kes bunuh, kes kecurian, pasti ada hari. Membuatkan rasa takut untuk melangkah ke mana sahaja. Kadang dok dalam rumah pun rasa macam tak selesa.

Bila dipikirkan di mana agaknya silapnya terjadinya keberanian orang2 ni buat hal-hal macam ni? Salah kerajaan ker? Salah Individu itu sendiri ke? Salah media massa ker? Salah undang2 malaysia ini sendiri.

Ini pendapat aku sahaja lah, Memang lah kita tahu pihak polis berkerja kuat untuk selesaikan masalah2 ini semua, Tapi yg aku nampak bila mereka sudah selesaikan sesuatu kes itu, mereka tak maklumkan kepada umum.

Contoh lah untuk kes samun dan bunuh. Ok jika terjadi kes samun dan bunuh, media massa dengan pantas akan siarkan pada umum, jadi semua orang akan tahu. So dalam penyiasatan pun kita boleh tahu perkembangannya, sampai mahkamah pun kita tahu keputusannya. Tapi after that kita dah tak tahu apa yang terjadi pada si penjenayah, adakah betul dia terima balasan yang setimpal dengan buatannya. Yang kita tahu kes bunuh akan dibalas dengan bunuh. So salah ker kalau kerajaan benarkan sekali untuk kita lihat macam mana balasan or cara2 hukuman bunuh itu dilakukan untuk memberi pengajaran kepada orang2 lain agar tak ulangi perbuatan yang sama.

macam sebelum ni kes rogol..Dan kerajaan ada buat kempen cara2 sebat yg dialami oleh penjenayah yang melakukan rogol, so dari situ sedikit sebanyak memberi gambaran betapa teruknya balasan yang akan kita dapat dari perbuatan rogol itu.

Tapi harian, kenapa kempen itu mata di situ sahaja, dan ada pihak yang tak membenarkan kempen itu diteruskan, banyak alasan yang diberikan. Salah satunya takut orang lain truma. Entah lah, kenapa mesti macam ni.

Walau macam mana pun kerajaan kena berusaha untuk mengatasi masalah2 yang semakin mengular negara malaysia sekarang. Yang penting kesedaran mesti lah diberikan kepada setiap individu di malaysia ini. Bagaimana caranya?...Bincangkan lah di dewan rakyat...

~Kawan Lama~

On the way nak datang kerja Mr Jang call aku, tanya aku hari ni ada apa2 schedule tak, aku cakap tak ada, dengan suara manja dia cakap dgn aku, yg dia nak masuk lambat, aku on ajer lah.

Sampai office aku kumpulkan semua budak2 kat kilang ni. Aku marah dia orang. Ya lah semalam balik dia orang terlupa off switch Compressor. Marah sungguh aku pagi ni. Dia orang semua tunduk ajer. Muka bersalah ajer semua. Tak bersuara pun. Hehehe masa ni kadang2 aku tersenyum sendiri dalam hati, tapi walau macam mana pun memang tanggungjawab aku pun untuk mengingatkan kelalaian dia orang, ya lah nasib baik aku yg jumpa, kalau mr Jang yg tahu, tak ke mati aku yg kena bambu dek mr jang dulu.

Meeting pasal tu aje.. Lepas tu aku arahkan dia orang kemas store, susun barang2 yang di packing semalam. Clear semua baru mula buat kerja masing2. Hehehe...

Hari jumaat biasalah aku belanja kaum perempuan makan. Hari ini aku aje makan puas hati, nasi putih, ikan bawal sambal, telur masak kicap, tempe goreng, ayam kari, sayur petola dan bayam goreng. Hehehe bayangkan berapa banyak aku makan, sedap sungguh. Budak2 lain pun follow lah makan apa aje yg dia orang nak.

Selalu hari jumaat memang kedai tu aje yg aku bawa dia orang makan, dan hari ni lak aku terserempak dengan Lina. Em aku tengok dari belakang ajer mcm kenal, dekat sikit, dengan selamba aku tanya, macam kenal ajer. Terus aku blah dok kat meja aku. Ahaks. Member datang juga tempat aku, berbual lah sikit. Em. Aku bukan apa, saja ajer nak tengok dia tegur aku tak, ya lah orang sombong dengan aku, tempoh hari ajak datang open house ke rumah aku tak datang, rasa kecik atie dengan dia.. Tapi aku tegur juga lah..tak nak kata aku yg sombong.

La ni kat office. Mr Jang dah sampai, tapi hampehhh tidurr...
Thursday, March 24, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Hati Ku Tersentuh Lagi

Entah kenapa pagi ni aku rasa macam tersentuh ajer perasaan aku. patut pun dua tiga hari ni jantung aku berdebar, hati tak senang, semua tak kena, baru aku tahu kenapa, pagi ni aku dapat tahu tentang sham. Dan segala kenangan antara aku dan dia segar kembali. Puas aku cuba padam dan lupakan.

Rupa-rupanya memang benar lah dia tipu aku selama ini. Dia memang tak sayang aku, dia memang hendak mempermainkan aku, mempergunakan aku, Ya Allah tak sangka sangat2. Ya Allah kejamnya manusia itu. Dia cakap dengan aku lepas dia putus dgn meow dia tak ada serious dengan sesiapa, sebab tu aku terima dia, rupa2 nya dia adalah pak we kepada Nor AsYikiN zAKariA (ayeen)... kenapa lah aku tak tahu yg dia nak mempermainkan aku. Kenapa dia nak mempermainkan hati dan perasaan aku.

Menyesal aku tak dengar kata leen tempoh hari. Dulu aku ada gadoh dengan dia masa baru baru kawan pasal aku dengar citer yg sham ada mak we... tapi aku butakan mata hati aku, aku terima dia seadanya.. Dah padanya aku juga yang terima.. Ya Allah.. Sakitnya jiwa dan perasaan aku..

Geram punya pasal aku makan banyak2...tadi tengahari makan nasi lauk udang galah masak sambal dan sayur kobis goreng.. Jangan tak caya aku yang masak. Dan tu hari ni mood tak baik, kesian budak2 kena dera buat kerja teruk2.. ramai juga yg merunggut.. Peduli apa aku...

Take time paling tak esok baik lah pikiran aku ni..emmm...

KENANGAN DI SATU HARI PADA 12/1/2005

IANYA HANYA KENANGAN....DAN TINGGAL KENANGAN YANG TAK DAPAT AKU LUPAKAN....DAN TAK AKAN AKU ULANGI LAGI KENANGAN INI WALAUPUN AKU MENDAPAT PENGANTI DIA, KERANA DIA TELAH MENGAJAR AKU, YG LELAKI INI MEMANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI LANGSUNG.....

12/1/2005

Jam 3 pagi aku dapat call dari sham, dia ngadu yang dia sakit kepala dan badan panas. So aku suruh lah dia rehat dan makan ubat. Dia kata dia nak aku yg suapkan ubat tuk dia. Aku cakap lah aku jauh mana aku leh buat macam tu. Dah tu dia cakap dia nak tidur dulu, so aku pun sambung lah tidur.

Kul 5 pagi dapat call dari sham lagi. DIa kata dia ada kat depan rumah aku. Aku yg tengah mamai pun cakap lah jangan lah tipu, jangan buat lawak pagi pagi ni. Dengan serius dia kata dia kat depan rumah aku. Huk... aku masih tak percaya. Aku suruh dia hon kan kereta dia dulu baru aku bangun. Dia tak hon pun, katanya dia dah turun dari kereta. Aku bangun, tengok dari tingkap. Huk betul dia ada kat depan rumah aku. Kerja giler ni.

Aku jemput dia masuk. Aku rasa badan dia memang panas. SO dia masuk bilik aku dan terus tidur. AKu yang tergamam dok tepi dia dan tenung dia. Macam tak percaya. aku cuba juga yakinkan diri aku, betul ker mimpi ni. Aku cubit cubit badan aku. Betul rupanya...

Aku kasi dia tidur, aku bangun mandi dan siap kan sarapan. Aku pi kerja. tinggalkan dia sorang sorang kat rumah.

Tengahari aku balik umah, ambil sham bawa pi makan tengahari dan ke klinik. Adaker staff klinik tu cakap kami ni suami isteri, yg doc pulak ingat yg kami ni adik beradik.. Pulak dah.. doc kasi cuti sehari..

Dah settle aku hantar dia balik umah aku dan suruh rehat semula. Aku pun masuk lah kerja semula. Tapi hati tak tenteram risau kan sham kat umah. kesian dia.

Balik kerja kul 5.30ptg. macam biasa hantar shila dan terus balik umah. Tak sabar nak jumpa sham. Sampai umah tengok sham tengah tidur. Aku cuba kejut juga dia tak sedar. Lama juga baru lah dia sedar.

Kami berbual bual dan sakat menyakat. Rasa seronok sangat dok berdua. Emmm...rindunya saat itu.. tak tahu lah apa perasaan sham lak...yg aku tahu perasaan aku.. aku suka sesangat..DIa kata dia nak balik, ada kelas, dah tu ada perjumpaan mat mat motor... tapi dah tak sempat..dok dengan aku heheh..aku tahu dia pun berat nak pisah dengan aku... semalam dia menangis.. kenapa ek?...

Dah tu dalam kul 9 kami keluar pi cari makan..jalan jalan cari makan. aku terpingin nak makan sop ekor..dapat juga makan kat restoran kayu..

lepas makan pi layan wayang, tengok ada citer apa..tak sangka lak dapat tengok citer GANGSTER arahan BADE AZMI.. citer nya? ganas..tak sesuai ditonton oleh budak budak berumur 18 tahun kebawah...

lepas tengok wayang aku pun balik ke rumah..sham dok borak dgn abg aku kejap..aku tak tahu apa dia orang borakkan..aku masuk bilik aku dapat call dari B. DIa marah aku...kenapa aku keluar rumah tak cakap dengan dia.. dia tanya aku ke mana..aku buat apa..kenapa tak angkat phone...ahhh...aku bosannnn...aku tak mahu dia ganggu privacy aku..tapi dia still ganggu juga.. kenapa ekkk...

dah tu kami tidur...dalam kul 4 aku tersedar..aku dengar bunyi guruh yang kuat sangat dan berpanjangan...aku rasa macam hairan sangat dengan bunyi tu... dah tu aku kejut sham..cakap dia kena balik kl...walaupun aku keberatan nak lepaskan dia...

So berlalu lah 24 jam kami bersama...aku rindukan dia lah..cam mana ni ek...
Wednesday, March 23, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Makan Tengahari?

Poning pala aku, heheh mana tak, kata nak diet..tapi makan tak henti-henti.. Semalam balik kerja aku tak makan langsung, Minum air pun tak.

So pagi pun tak sarapan, tang kena tengahari keluar makan, habis melantak sungguh. Nasi putih, Ikan kembung bakar, Kerang rebus, ulam kacang botol dengan sambal tempoyak, kerabu taugeh, terung sambal hehehe dan juga ayam goreng. Em minum biasa sirap ais lah. Kira2 kena bayar RM15.00...peh mahal juga ek.. tapi yg pasti aku puas hati makan.. ahaks. Kenyang sekenyangnya.. dan sekarang perut penuh sangat, sampai tak larat nak berpikir dan buat kerja.. waaaa...

Ini nak diet...kena gelak ajer lah aku ni...hahahaaa...

Selembut Salju

Lembayung Sutera
Di ufuk mula bercahaya,
Hatiku pun ingin bertanya,
Bila engkau tiba
Jangan hanya berita
Datanglah dengan cinta...
Beribu kali bumi
Mengidari mentari,
Arah pun tiada berganti,
Betapa abadi
Bagai cintaku ini
Setia dalam cinta...
Engkau berjanji,
Kau berjanji sampai kini,
Aku menanti,
Ku menanti kau kembali,
Jangan Lagi
Kecewakan hati ini,
Biar Seribu tahun
Memutih rambutku,
Haiku tetap selembut salju...
Burung bangau terbang
Kekadang setahun sekali
Menemui cintanya lagi
Memang ku harapkan
Yang selalu ku impikan
Kau datang dengan CINTA...
Tuesday, March 22, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Berlari Bersama Masa

Tekadang sukar untuk
dimengertikan,
Mengapa mesti berlari,
Dari masa yang lalu,
memaksa diri agar menerima,
dan meninggalkan,
Walaupun tak rela,
Ianya pergi juga,
meninggalkan titik titik hitam,
yang tak mungkin akan
putih kembali.

Suratan atau kebetulan,
tidak memberi bayangan,
datang terus menerpa,
membuatkan kita terkapai kapai,
namun kita cuba juga,
untuk mencari distenasi,
agar kita sampai di sana,
yang kita sendiri tidak tahu,
ke mana arahnya...


Aku?
tak perlu dipersoalkan,
kerana aku sendiri yang berlari,
beiringan dengan masa,
meninggalkan semalam ku,
yang tak mungkin aku patah
kembali
untuk mengutip kenangan2,
yang hanya memberikan
keperitan dalam hidup ini.

Dan ketika waktu ini
aku sudah mengerti
apa yang aku inginkan,
dan apa yang ingin aku
lemparkan
jauh dan sejauhnya...
Monday, March 21, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Kesian kat adik aku

Semalam dapat call dari adik aku dia tanya..

"kau ada pak we tak?"
tak ada lagi lah

"kalau ada cepat lah kawin, aku dah tak larat hidup macam ni tau" - dia menangis

la apa kena mengena aku dengan kau, kalau kau nak kawin, kawin ajer lah..

"tadi keluarga kudit datang, mak kasi alasan nak kawin kan kau dulu,
baru aku boleh kawin"

bila pulak mak tukar alasan ni, sebelum ni mak tak cakap pun pasal aku,
mak just cakap pasal hutang kau tu ajer.

"aku dah tak tahu, mak nak macam tu"

habis tu aku nak buat macam mana, aku tak ada pak we, kalau dah ada aku suruh
ajer masuk minang, kawin cepat2..dah tak ada aku nak buat macam mana

"tolong lah aku, aku merayu ni"

ok lah macam ni, nanti aku slutok dgn mak, kalau mak guna alasan aku,
aku cakap lah aku tak kan kawin, dan kalau mak guna alasan pinjaman kau tu
nanti biar aku settlekan. Kau sabar dulu key..bila kau rancang nak langsungkan..

"rancang bulan 5, tapi paling lewat pun bulan7"

ok, sempat ker kau buat persiapan?

"dah ok dah semua"

tapi buat masa ni kau cuba lah ambil hati mak dulu..

tut tut tut dia terus letak phone.. pulak dah..

Aku serba salah dah sekarang.. Apa aku nak cakap dengan mak ni?..
kenapa lah mak aku jadi macam ni.. tak serik serik dok menyeksa anak2 dia...
aku tak pahammmmmmmmm.....

Bukan aku nak salahkan mak aku, aku putus dengan semua x bf aku pun
atas permintaan dia, semua pilihan aku dia tak berkenan, yg berkenan pun
family x bf aku lak tak suka.. so nak salahkan sapa laaa nii...

Borling?

Hari sabtu habis kerja terus rancang nak ke seremban parade. Cakap dgn budak2 ni yg aku tunggu kat food court kul 2, aku belanja dia orang makan. Em entah macam mana dalam perjalanan tu abg aku call, katanya kereta dia mati tak ada minyak kat tepi jalan, so aku pun beli lah minyak dalam tong dan hantarkan pada dia. Sampai kat seremban parade dah kul 2.15, tengok nurul dgn jali dah sampai. Em cancel makan terus main borling.

Em main dengan pernah semangat...walapun tak pandai main hehehe... Yang lain semua main 3 game, tapi aku ajer main 4 game.. emm lebih2 nampak ahaks..So game pertama aku score cuma 101 ajer, game ke dua cuma 123 ajer, game ketiga cuma 154 ajer dan game last aku dapat 177...heheh..ada perningkatan.. budak2 lain paling tinggi dapat 124 ajer..

heheh terasa juga macam terra ajer..ahaks..

So lepas makan aku belanja dia orang makan pulak.. 9 orang semuanya, cuma RM50.00 aje.. Borling belanja cuma Rm103 ajer..heheh melayang lah juga dekat rm200.00..tapi tak apa puas hati tengok dia orang suka... So lepas makan tu dok borak kat food court seremban parade tu sampai ke 6 petang..hehe tak sedar dah hampir malam..

Lepas tu pi farmasi kejap..beli ubat diet harga RM30.00...emm..malam faizah dengan sunny serta bala tentera dia datang rumah..si gaban dgn shila pun ikut sama.. dok borak2 sambil makan makanan ringan..heheh..sukanya tengok anak2 dia...cute semuanya..

Lepas dia orang baik aku masuk bilik, makan ubat diet tu..dan tidur... peh nyenyak giler..

Bangun pagi, perut meragam..lapar giler.. pi Ampangan dok cari nasi dagang..em tapau dua, satu lagi beli nasi kerabu untuk jijah..emm..lepas makan kemas rumah sidai baju, aku pun bertolak ke rumah leen..ambil dia bawa jalan ke melaka..banyak yg kami borakkan..

sampai melaka jumpa mak teh kejap..borak lama juga lah...hehehe lepas tu makan lagi.. lepas makan pi mahkota parade cari surau..emm dah settle pi lak main borling.. ahaks.. sabarkan ajer..score tak best pun kali ni..malu nak citer..ahaks..

Balik seremban terus singgah pasar malam, beli ketam dan juga ikan tongkol.. Balik rumah masak ketam goreng lada hitam, ikan tongkol goreng dan cencaluk..peh selera sungguh.. Lepas makan lepak tengok tv...mengantuk dan tidur...

Hairan aku makin aku makan ubat diet makin kuat aku nak makan...hairan2 sungguh...

Tengku Hanny Imran?...

Em Entah ek, kenapa ek, mamat ini muncul dalam mimpi aku malam tadi. Aku rasa dah dekat 6 bulan aku tak mimpi or ingatkan tentang mamat ni, tapi malam tadi?...Wife dia pun still ganggu lena aku, kenapa?..

Aku tak paham, puas aku cuba padam nama dia orang, rupa dia orang, tapi dia orang tetap hadir dalam mimpi aku...dan ianya betul betul membuatkan aku nya jiwa resah giler.. gelisah..dan bercelaru pikiran aku.. ahh terseksa aku rasakan.

Perkenalan aku dengan Hans ni mula mula dengan nick nama Sky_line_nismo.. lepas tu hubungan kami makin rapat. emm...entah macam mana dalam masa yang sama aku aku tahu sky ada minat kat Vit, tapi Vit tak layan. So Sky terima aku.. emm masa aku balik ke malaysia, aku tahu sky ada jalani pembedahan Barah otak, lepas tu hubungan kami terus putus..

Lama juga, akhirnya vit contact aku, mengatakan si hans still sayangkan aku... Lepas tu hans contact aku...nak tunaikan janji-janji dia pada aku. Aku terima.. tapi dia terus hilang semula..

Dan last last aku dapat tahu si Vit yg berkahwin dengan Hans.. dan dengan bangga Vit mentertawakan aku kerana Hans memilih dia..

Aku sebenarnya tak paham.. permainan apa kah sebenarnya ini.. Aku rupanya dijadi kan orang tengah rupanya...Namun sampai hari ini rupanya aku masih tak dapat nak lupakan dia orang..kenapa ek....

DAn Carl?..Carl Escandar Isaac Abdullah?..muncul antara kami bertiga..untuk apa.. dia pernah cemburukan aku dengan Hans... dia pernah tuduh aku menduakan Dia dengan hans... Padahal Carl tahu yg aku betul sayangkan dia.. Dan baru aku perasan sekarnag carl dah tukar nama jadi Hans... emm tak paham aku..sangat tak paham...
Saturday, March 19, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Hari ini?

Ahaks, siapa sangka siapa menduga, semua yang terjadi tak pernah terpikirkan akan jadiannya. Em... Just nak cakap, kehidupan aku sekarang ni dah normal kembali, rasa selesa kembali, malam dah tak perlukan ubat untuk tidur, tidur pun nyenyak, tak ada rasa ketakutan, risau or what ever lah yang membuatkan aku rasa tak selesa.

Cukup memberikan aku pengajaran bila melanggar prinsip hidup, dan aku tak akan sekali kali lagi buat benda2 tu lagi. Bila aku langgar prinsip hidup aku, ini lah padahnya. Walaupun dah terlambat, dah hilang segalanya, tapi aku mampu untuk hidup semula, bangkit semula dengan semangat baru. Dan aku tahu masih ada lagi yang sayang aku, masih ada lagi yang ingin aku hidup bahagia, masih ada lagi yang tak ingin melihat aku mengalirkan air mata. Dan masih ada lagi yg sedia menerima diri ini walaupun kekurangan ada pada diri ini. Aku tahu, cuma masa belum tiba lagi untuk aku mengecapi kebahagian yang aku cari selama ini.

Kebahagiaan?..
aku pun tak tahu apa sebenarnya makna kebahagiaan yang aku cari.

Kesenangan?
Em walaupun aku tak sesenang anak dato' tapi sekurang2 nya cukup ah gaji aku tiap bulan untuk sara hidup aku.

Kerjaya?..
rasanya dah cukup ok lah sekarnag dengan pangkat yg aku ada, menjadi manage dan arrange apa yg ada kat company ini, walaupun kecik tapi cukup berat tanggungjawabnya, Dan aku bersyukur kerana dapat jawatan ini, dapat kerja ini walaupun baru dua tahun aku melibatkan diri dalam bidang kerja..aku dah boleh duduk kat posisi ini. Em.. Alhamdulilah.. Kadang aku kesian tengok pekerja2 aku. Ya lah mereka kerja bersungguh2 tapi gaji dia orang paling tinggi pun cuma dapat RM1000.00 ajer.. Aku yg dok mengarah dia orang boleh dapat 3 kali ganda dari gaji dia orang. Emm.. Mungkin ini lah dia takdirnya.. Walapun aku rasa macam aku tak banyak kerja tapi tekanan yg aku dapat lebih dasyat dari dia orang. Emm.. Macam dia orang just buat apa yg kita orang suruh, tanpa menggunakan Otak dan akal, kalau dok packing just buat itu sahaja setiap masa, macam aku..emm otak ni ligat kena pikir nak atur stratigik lah, kena planing itu lah, kena ajar korea itu ini lah, kena settlekan hal dia orang lah.. Kena jaga hati dia orang lah.. pehh tension kadang tu rasanya.. Dan yg jadi mangsa adalah pekerja2 aku juga..heheh..lumrah..hehe seronok lak citer pasal dia orang.

Kewangan?...
walaupun aku dapat gaji dok bayar hutang, tapi masih cukup lagi untuk makan dan enjoy, eheheh tak tahu lah mana datang duit untuk enjoy tu hehehe...


Keselesaan?...
rasa cukup selesa, rumah sewa sendiri, kereta sendiri, cakap ajer nak apa, semua nya leh dapat...

Masalah?...
em aku rasa buat masa ni tak ada masalah langsung, cuma risaukan tentang hutang kredit card aku ajer, itu pun tingga 2 ajer...satu ada lagi Rm500...dan satu lagi tinggal RM2000 lagi.. em itu pun aku rasa sampai hujung tahun ni leh habiskan..kalau dah habis ni mesti lega rasanya hati ini hehehe..

Masalah lain?..
rasa nya tak ada...just tunggu masa untuk jijah lahirkan anak dia.. tu pun dia budjet bulan lapan ni bersalin..hehe aku yg tak sabar nak tunggu dia orang timang anak..hehe bestnya...jijah dgn sukor akan dapat baby.. aku nak jaga budak tu lah..biar dia rapat dengan aku. hehe.. aku?..lama lagi ahaks..

lah dah aku ni merapu lak... nak tolong dia orang lah buat kerja..
Thursday, March 17, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Penatnya Badan...

Rasanya dah lama tak menaip kat sini, em bukan tak ada mood tapi tak sempat langsung, banyak lak keja tiba-tiba...bukan banyak kerja tapi menyebok kerja orang lain ..ehhehe.. lagi pun pc aku kena TROJEN virus.. tak guna betul sapa yg buat TROJEN ni..hehe...

Kadang best jadi Manager ni, tapi kadang tak best, yang best nya bila kita cakap, semua kena ikut, kalau tak ikut mula lah aku buat hal, semua takut giler..heheh..garangkah aku? ahaks.. bukan ambil kesempatan lah tapi terpaksa buat, kalau tak orang melayu kita ni bukan main manja giler, kasi betis nak peha.. emm.. sebaik-baik aku layan dia orang pun aku kena juga tikam dengan dia orang dari belakang.. tapi bab kerja aku takkannya lebih kurang hehe sebab nanti aku juga yang kena marah.

Dua tiga hari ni tolong dia orang buat kerja, padahal kerja aku tak ada orang tolong, kerja aku? heheh kerja aku dok ngadap PC ajerlah..ahaks..

Em tak sabar rasanya nak tunggu bulan depan.,.. nak pi korea gitu.. Em..Badan sakit2 lah.. terasa nak pi massage lagi lah.. hari ahad tempoh hari aku pi massage badan. Em bayar RM58.00 ajer, tapi dia massage seluruh badan, sedap sangat rasanya, la ni badan letih2 rasa macam nak pi ajer massage tapi emm... dah booking nak tengok wayang..hehe.. citer apa? citer yg aku dok nanti2 kan..HITCH..ahaks.. pi dengan sapa?..pi sorang pun aku tak kisah.. asalkan aku puas hati..hehehe...

pala pening dan pinar2 lah... sambung esok..hehehe...tak sabar nak pi tengok wayang...
Saturday, March 12, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Mandi Wap



Semalam balik kerja terus pi mandi wap dengan nurul. Peh macam best gitu, tapi tak tahan lama, tak leh nak bernafas...heheh..tapi seronok lah juga.

Lepas mandi terus balik rumah. Em masak nasi putih, goreng ikan masin, sayur kailan dan telur dadar. Em makan sorang2. Kenyang giler. Rasa macam sedap ajer. Ahaks..

So lepas makan dok layan TV PRIMA, citer korea, lakonan Jang Dong Kun. Peh hesemnya mamat ni. Rasanya dah dua tiga kali aku tengok citer ni, tapi sebab kan Jang Dong Kun kan, so tengok lah sekali lagi. Ending yg best. Waa rindunya kat korea.

Habis citer tu terus aku masuk bilik, melayan perasaan, menangis lagi dan lagi. Dan akhirnya aku tertidur dalam keadaan menyedihkan.


Image hosted by Photobucket.com


Friday, March 11, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Menangis~

Entah kenapa hari ni sayu sangat hati aku, Laa ni baru lepas menangis...Aku tak tau apa sebabnya aku menangis.. Aku nak luahkan pun seakan tak terkata.. Untuk apa lagi aku hadapi ini semua..aku pun tak mengerti.. aku cuba juga mengerti tapi aku tak temui jawapannya..

Begitu murah rupanya air mata aku ini... kalau tanya budak2 ni dia orang mesti tak percaya yang aku ni kuat menangis... aku garang kan main.. tapi kalau bila hati aku tersentuh... air mata ni memang tak leh nak bendung lagi...

Kenapa lah aku lalui dugaan ini semua... terasa terlalu kejam dunia ini terhadap aku... kadang bila diri tak mampu berpikir secara rasional, aku selalu terpikir...kenapa aku still jadi juga manusia sedangkan mak aku dah makan ubat untuk gugurkan aku...mungkin mak aku tahu yg aku akan jadi macam ni, sebab tu dia cuba gugurkan aku, tapi aku lahir juga kat dunia ini, untuk apa? aku pun tak mengerti...


Memang aku tahu, tak baik..bedosa aku pikir macam tu.. ya lah ini semua ujian dan dugaan Allah pada hambanya, tapi aku hamba nya yg lemah, yg tak mampu untuk menerimanya macam mana....

Ahhh.... kejammm kejammm..zalimm..manusia kat dunia ni semuanya
zalim....

Sakit kepala?

Entah kenapa tah pala aku macam tak betul ajer dari semalam. Balik kerja semalam rasa macam nak muntah2 gitu, pala macam berpusing gitu. Cakap dgn shila..member dah risau semacam.

Dalam sakit2 kepala tu pi juga lah seremban parade, sebab nak booking borling utk company. Em tak dapat main hari sabtu ni pasal lane semua orang dah booking, so kita orang booking untuk hari sabtu akan datang pada 19/3/2005. Em..lama giler tak main borling.

Dah tu singah kejap makan MC Donal, hehehe...makan tak nak ngalah ambil yg large tu. Sedap juga sesekali makan burger MC DOnal ni.

Lepas makan jalan kejap2 kat area tu, dah tu kami pun balik,.. Senser untuk parking rosak, ada mamat cina tu mengamuk, sampai dia patahkan kayu penghadang paking..hehe..kita orang yg dok tunggu kat belakang ikut ajer mamat tu keluar. Free parking hari ni ahaks.

Balik rumah, mandi mandi terus tidur. Rasanya baru kul 9 malam aku dah tidur. Tak tahu napa pala sakit sangat. Sampai ke pagi ni still sakit lagi. Perut dan tekak pun rasa macam lain macam ajer...em..entah lah ek...
Thursday, March 10, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Waaaa.....gagal...

Dukacita anda GAGAL Ujian Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang telah diadakan pada 29/01/2005.

Waaa sedihnya... bodoh rupanya aku ni ek. Ambil ujian tak lepas, terkubur lah cita-cita aku kerja dengan kerajaan. Em menetap ajer lah aku kat Senawang ni. Tak ada rezeki kat tempat lain lah nampak gayanya....

Ralat juga aku tak dapat masuk PTD ni, kesian kat mak. Berya ya nak suruh aku kerja dengan kerajaan. Sorry lah mak, dah cuba tapi tak dapat..Tak marah kan... :(

Lawak Betul Lah

Aku baru balik dari Bank. Tengok2 ada lak Fax dari Kornet Express. Em tadi pagi aku ada call budak Kornet pasal dia orang charge forwarding tu lebih2 sangat. So minta discount lah.

Dapat Kredit Note Rm200.00. Ok lah tu. Tapi tengok2 kat bottom Kredit note tu ada lak perkataan "MISS U"...ahahahaha gelak aku seketika. Giler ke apa budak faisal tu. Ada pulak dalam hal kerja pun dia leh sempat buat lawak macam tu.

Member tu berya ya benar dok usha aku balik. Tak ingin aku.

Tengahari tadi, aku dah pegang phone nak dail sham, tapi entah serba salah aku. Nak call ker tak nak., TApi aku rindu giler dengan suara dia. RIndu sangat2. Tak kira lah dia rindu atau tak dengan aku, yang pasti aku betul betul rindu kat dia...Entah lah ek...

Dinner With Staff

Company biasanya buat dinner 3 bulan sekali. So semalam pun aku bawa lah semua2 staff aku makan malam kat ALES SEAFOOD. Heheh tak ada tempat lain situ ajer lah port aku. Menu kali ni macam biasa , Nasi putih, Ikan Siakap Masak Tiga Rasa, Udang Pedas, Sotong Masam Manis, Tom Yam Campur, Ayam Goreng Kunyit,Baby Kailan dan juga Kerang Bakar. Minum biasa Fresh oren dan jus tembikai.Em makan dengan penuh selera budak budak ni. Heheh sampai kan
kepala ikan pun bersih dikerjakannya. Dan harga dia murah sungguh. Em memang puas hati lah.

Lepas makan tu dengan shila singgah giant kejap, Usha Cd dengan kaset lah pulak. Heheh beli kaset robbie william kot nama dia, dan juga koleksi INDON pop... sebab lagu lagu dia sungguh menyentuh kalbu gitu.

Balik rumah layan CSI kejap, lepas tu tengok VCD hindustan citer Veer Zahaar.Mula tak minat sangat citer ni, abg zul kata citer nya best so belilah yg ori.Boleh tahan juga citernya...tangkap feeling lah apa lagi..Ahaks. Dalam kul 11 lebih baru masuk bilik, layan blues kejap. Ahaks, dah
lama tak melayan perasaan di malam hari. Ahaks. Tidur, em ingatkan tidur dah tak ada mimpi tapi still muncul lagi member tu, terdengar dengar suara dia sampai ni "sayang, rindu kat sayang"...

em..kenapa dia yang muncul dalam mimpi aku ek? kenapa ek?..ah terseksa jiwa aku di saat ini... perlukah aku yg call dia?..
Ahh hanya Tuhan yang maha mengetahui.
Wednesday, March 09, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Tukar Layout~

Em sahaja ajer tukar selera lak, tak tahu lah yg ni ok ker tak.Em hari ni ok ajer, cuma geram sikit ajer dgn orang2 kastam, Mana taksikit sikit kena bayar kompaun... geram rasanya...
Semalam lepas hantar shila aku pi kedai mama chop papa gril, tak tahulak tekak ni terpingin makan Grilled Fish. Hehehe.. makanan western gitu. Macam orang kaya gitu cara makannya.

Dah tu balik rumah terus mandi dan buat apa yg patut. Rasa mengantuk sesangat, terus tidur. Awal aku tidur. Masa sebelum tidur tu aku tak bayangkan apa apa pun, terus tidur entah macam mana dalam tidur aku terjumpa Member tu, terdengar-dengar lagi suara dia kat telinga aku "sayang, sayang kat sayang" aku tersedar, aku toleh kiri kanan, dia tak ada... aku mimpi kan dia.


Dah dua malam asyik dia ajer yg hadir dalam mimpi aku. Aku rindukan dia ker? Atau..entah.. aku ajer yg layan perasaan sangat.
Sedihnya...
Tuesday, March 08, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Bersalin Tikar?

Em pernah dengar tak pepatah tu?.. Bersalin tikar?..

Tak apa lah kalau tak paham, tapi yg pasti nya itu lah yang terjadi pada aku sekarang, aku tak kisah, asalkan mak aku, pak tam dan mak tam setuju dan restu, tapi yg aku risau yang empunya diri tu macam mana, boleh ker dia terima aku?...

petang ni mak berya ya sms aku, suruh aku usha budak tu... aku malas lah nak mulakan, lagi pun aku bukan ada no phone atau pun email budak tu untuk aku contact...Last last aku sms mak "mak kalau budak tu ada jodoh dalam keluarga kita, dia tak kan lari ke mana punya, pasti akan bersatu, kita tunggu dan lihat key"

Tapi dari perbualan dan ayat sms mak aku, berya ya dia nak satukan aku dengan budak tu.... em.. cam mana ek.. boleh ker aku terima?.. tak tahu lah, ikut kan akal aku, macam tak ada masalah, tapi bila aku tanya jauh di sudut hati aku...aku macam tak leh terima..sebab sayang aku masih ada pada sesorang... entah lah ek...

Tunggu dan lihat sahaja...

Statement Loan Kereta

Semalam aku message Arman yg kerja kat Public Bank, minta dia printkan aku nya statement loan kereta. Em ada lima helai katanya, so balik kerja aku dengan shila tunggu Arman kat KFC giant.

Member sampai, aku dengan shila dah makan ayam goreng hehehehe, last last kena perli dengan dia, makan tak tunggu dia. Hehe.. lambat sapa suruh.

So dia pun makan sama, banyak borak pasal pinjaman bank ajer lah, ya lah kawan dengan orang bank katakan. Em susah tul nak buat pinjaman sekarang, sebab syarat utama kena ada pejamin, macam aku nak jamin orang untuk loan, sorry sesangat tak sanggup..hehe la tu untuk akan datang nak beli rumah kena ada penjamin, nak pakai siapa pulak ek?..pulak dah...susah lah ini macam... Simpan ajer lah niat nak beli rumah ini macam..

Tengah borak2 sukor call, cakap nak join sama, kita orang tunggu ajer lah, tup tup si jali dgn nurul yg muncul dulu, hehehe.. berkumpul lah kami ramai2. Nurul dgn jali balik si sukor lak sampai. So tunggu sukor makan, baru la kita orang bertolak. Aku dgn shila macam biasa singgah beli buku citer dulu. layan novel. hehe..tajuk citer? tak ingat lak.

Sampai rumah dah dekat kul 10 malam. Letih sudah. Mandi buat apa yg patut baru lah baring baring di atas tilam empuk...dapat sms..ingatkan malas nak layan, tapi terus2 an dapat sms dari mamat ni..

Last last aku layan juga. Aku cakap yg aku tak mahu diganggu dengan kata2 manis dia tu. Kalau aku nak bercinta pun yg pasti nya bukan dengan dia. Cukup lah semalam itu jadi pengajaran untuk aku. Aku lebih selesa hidup sorang dari bercampur dengan kaum adam yg suka berpura-pura..

Masih lagi dia hantar sms "ingatlah awk, masih ada yg mengharapkan kasih sayang awak" tergelak aku baca sms dia.. nama pun lelaki...aku hantar sms cakap aku nak tidur dah..sms last dari dia "awk jadi lah manusia normal, yg hidupnya dicintai dan menyintai"

peh sedap betul dia nasihatkan aku...Padahal dalam hati aku nak meletup rasanya...ya lah.. dicintai dan menyintai..Aku takkan jadi macam ni kalau tak kerana kaum dia...kaum lelaki yg menghancurkan hati dan perasaan aku untuk menyintai dan dicintai..

Last last aku off hp aku. Aku geram.. aku tidur..bosann..menyampah...benci...
Monday, March 07, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Rindu Kat Meow...

Rindu sangat2 kat kucing aku kat kampung..

Image hosted by Photobucket.com

Mak kata nine dah ada anak, bulu anak dia warna hitam, tapi mata ajer biru ikut si nine...si kontot pulak dok bunting dah kot..tu pun si nine dgn kuning dok kerjakan..ahaks..kesian..masa aku balik kg dua minggu lepas pun memang aku perasan si nine dok follow belakang kontot ajer..tak lepas langsung dari pandangan mata nine..jaga habis mak we dia tu...Kucing pun baguskan..pandai menjaga pasangannya..emm...

Rindu giler kat kucing2 aku tu..ingatkan nak bawa balik ke sini, tapi kesian lak mak tak ada kawan, mak siap kata kalau kau nak ambil kucing tu kau kena kasi mak cucu temankan mak..pulak dah...buang tebiat mak aku tu..ahaks...

ingatkan nak balik lah minggu ni, tapi tak leh lak pasal company buat permainan borling sesama sendiri.. emm.. nampak gaya tak dapat lah nak jumpa meow kesayangan aku tu...

Mungkin....

Em..mungkin ini tandanya...aku kena terima hakikat ini..walaupun aku rasa macam tak percaya dan tak redha dengan keadaan ini tapi itu lah hakikatnya yang harus aku terima...

Mungkin dia dengan aku memang tak akan bersama.. aku sms dia, aku mengalah, tapi dia tak balas... maknanya memang dia dah tak nak berkawan dengan aku lagi..dia memang dah tak sayang aku..dia dah benci aku..dia dah tak suka aku... ahhh kecewanya aku rasa....

Rasa macam tak adil dunia ni dengan aku.. macam mana aku nak terima keadaan ini lagi.. rasa macam dah tak nak hidup dah.. benci.................
Saturday, March 05, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Blur..Blur...

Patut ker tak patut ek aku call dia dulu...aku rindu giler kat dia.. cam mana ni..tak tahan sangat nak tanggung perasaan ini. Em cam mana ni..

kalau ikut hati nak ajer aku call.. dari pagi tadi rasa cam ni...tapi entah ada perasaan yg halang.. ya lah.. mungkin dia dah ada mak we lain...kenapa lak aku nak ganggu dia... mungkin dia dah tak suka aku..buat apa lak aku usik dia lagi.. mungkin dia dah benci aku.. buat apa aku nak call dia lagi..

entah serba salah aku antara hati dan pikiran...aku rasa aku syok sendiri rupanya...dia memang tak sayang aku rupanya....ahh..aku sendiri tak paham.. kenapa aku leh suka kat dia...

Terasa diri dizalimi...Sedihnya..menitis lagi air mata ini.. hanya kerana perasaan ini di sakiti...mungkin aku memang tak layak untuk dicintai dan disayangi oleh mana mana lelaki..

Dari aku berumur 4 tahun..Bapak aku buat hal..dari dia ni buatkan aku benci sangat dgn lelaki..kemudian aku umur 10 tahun bapa tiri aku lak buat hal..membuat kan bertambahnya perasaan benci aku dengan lelaki.. kemudian masa aku berumur 12 tahun, abg ipar aku pun buat hal... benci aku pada lelaki bertambah lagi..


kemudian aku berumur 15 tahun, kawan sekelas aku buat hal dengan aku...membuatkan aku mula anti dengan lelaki... kemudian aku berumur 18 tahun.. mula mengenali kasih sayang lelaki.. tapi lelaki tu buat hal dengan aku...anggap aku seolah hamba dan kuli dia..padahal kami tak ada apa apa ikatan....aku berumur 20 tahun, mula bercinta... memang indah..segalanya dijaga rapi...tapi entah kenapa bila 5 tahun bercinta kami tak dapat bersatu.. putus cinta... merana badan..dia tak pernah tahu...perasaan aku pada lelaki..hanya Allah sahaja yg tahu..

Namun aku tak putus asa... aku cuba lagi.. aku berumur 26 tahun.. walaupun kami tak pernah berjumpa tapi aku betul betul sayangkan dia... tapi dia juga salah sorang lelaki2 yg bergelar penipu.. Aku rasa serik..tapi aku mencuba lagi..

umur 27 aku bercinta.. aku betul betul jatuh cinta..dan berharap dengan seorang ini.. tapi..tak sangka...dia juga lelaki.. dan boleh kah aku kategorikan dia juga seperti lelaki lelaki yang aku pernah kenal dalam hidup aku?...

Entah...aku sendiri keliru....
Friday, March 04, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Bicara Tak Terucap

~S~
Kala saat
Berganti masa
Rindu Datang Mengundang
mengiringi
kenangan manis
antara kau dan aku.
Ingin ku bicarakan,
bait bait indah
mewakili
Naluri Hati
agar kau mengerti,
kasih ini
hanya untuk dirimu.
Biarpun jarak
memisahkan kita
namun
Cintaku Tetap Untuk Mu..
Namun adakah
aku bermimpi
atau menagih
Kasih Simpati
dari mu,
atau kau juga
seperti ku.

Menipu Diri Sendiri...

Waaaaa aku tension...tension sangat2 rasanya...Aku cuba lawan perasaan aku, tapi aku rasa aku gagal..Aku betul betul rindukan dia.. Aku asyik teringat kat dia ajer... Buat kerja semuanya tak jadi.. Nak wat macam mana ni.. Nak lawan macam mana lagi ni.. Menangis? dah puas aku menangis dua tiga malam ni.. hanya kerana rindukan kat dia..meraung.. entah lah.. Ya Allah aku tak leh nak kawal perasaan rindu aku pada sham.. Macam mana ni.. Nak buat bodoh macam mana lagi.. ahhh rasa macam nak terjun bangunan ajer..biar aku dah tak berperasaan langsung... Kenapa lah aku jadi macam ni..

Kira kira baru 7 hari aku tak dengar suara dia, tapi aku rasa macam dah berbulan yang aku tak dengar suara dia.. rasanya baru sebulan tak jumpa dia, tapi rasa macam dah bertahun tak jumpa dia...

Ya Allah kenapa aku rasa macam ni ek.. napa ek.. apa yg harus aku buat ek? Ahh tension betul...... :( :( :( :(

Kuiz Naruto?

Hari ni aku cuba kuiz naruto...hehe ambil link dari bincang.net...



hehehe sama ker character aku dgn mamat ni..tapi mamat ni memang smart pun dalam karton ni..suka tengok..tapi aku lagi suka naruto yg nakal dan kadang kandag giler2 sikit tu... kau orang cuba lah..

http://orangeday.net/kakashi/quiz/


Thursday, March 03, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Hanya Tuhan Maha Mengetahui

Semalam balik kerja terus pi giant. Ingatkan nak beli ketam dan masak goreng berlada, tapi tup tup sampai giant rasa macam malas ajer nak masak. Apa lagi ajak shila makan pizza ajer, call sukor dgn jijah makan sama. Em harap ajer nak makan banyak2 tapi sekeping ajer yg leh makan. Hampeh..

Seperti biasa kalau sampai giant mesti usha novel. Em beli lagi. Tajuk dia?..alamak lupa lah pulak. Nanti balik aku check lah.

Dah tu balik rumah, mandi mandi dan cuba nak tidur. Aku cuba lelapkan mata, tapi tak leh. Ada benda yg aku risaukan. Aku sms sham. Tanya sesuatu. Em.. Entah lah. Ingatkan tak nak risau. Tapi entah lah ek..

Puas aku cuba lelapkan mata. Tak leh.. Last last aku ambil juga ubat tidur, terus lelap..sedar sedar dah kul 6 pagi. Macam malas sangat2 nak bangun, tapi aku paksa diri juga untuk bangun. Mimpi tak best.

Mimpi api besar sangat menghampir rumah aku kat kampung, meraung dan jerit2 aku panggil semua saudara mara aku suruh selamatkan diri. Dan bila aku tengok kat luar aku perasan abg aku cuba padamkan apinya...

Apalah ek makna kalau mimpi api ek?
Wednesday, March 02, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Melawan Rasa

Ingin ku menangis...
tiada lagi air mata,
Ingin ku jeritkan
tiada suara yang kedengaran,
Ingin ku luahkan
tiada lagi pendengar,
Ingin ku lihat,
tiada lagi keindahan...

Segalanya menguasai diri
kekalutan perasaan
membuai aku yg sedang berduka
bersama segala kenangan yang berlalu
sehinggakan aku hilang pertimbangan

Puas ku pujuk hati
menerima segala yang terjadi
tapi aku hanya manusia
yang lemah dan selemahnya

Kenapa ini yang aku lalui
kenapa kebahagiaan bukan milik aku selamanya
mengapa derita sentiasa menemai diri ini
sepanjang masa dan ketikanya...

secalit rasa bisakan iaya merasai...
seperti mana aku rasai...
Tuesday, March 01, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Awal March 2005

Em masuk bulan baru dah dalam tahun 2005, makin cepat masa tu meninggalkan aku. So untuk bulan ni kalau boleh aku nak lega2 kan perasaan aku, tak nak jadi macam yg lepas lepas.

Yang pastinya bulan feb 05, aku tiap tiap minggu balik johor. Ahaks kerja giler. Tu hari pun aku balik johor, bawa jijah. Sampai kat umah pun bukan tolong mak, malah dok baring2 ajer. Lepas makan pun terus bentang tilam. Mak dok lepak tepi aku sambil urut2 badan aku. Manja giler. ya lah tak ada tempat lain nak bermanja, so dgn mak ajer lah.

Dan bulan ni? rasanya tak leh nak balik johor kot kena simpan duit kot, ya lah bulan 4 nak pakai duit pi korea...ahaks..

Dari hari ahad sampai ke malam tadi, Arman budak public bank dok sms dan call aku ajer. Dok usha aku siap panggil sayang. Entah macam mana aku termarah kat dia. "saya tak suka awak panggil saya sayang" aku marah dia, lepas tu aku terus letak phone, dia sms minta maaf, aku tak layan, la ni dia sms pun aku tak baca terus delete sms dia. Bosan lah aku dengan orang2 lelaki ni.

Time belum dapat kan main, bersayang2...tapi bila dah dapat, kita dah suka kat dia, buat dek ajer kat kita...agaknya nak test yg diri dia tu power ke tak dalam tackle menackle orang perempuan agaknya...tak ikhlas agaknya dalam menjalinkan hubungan. Em..puas agaknya hati dia orang bila mempermainkan perasaan orang perempuan..entah lah..biarlah dia..satu hari nanti dia pun akan rasa juga, kalau tak dia dipermainkan oleh orang lain, pasti anak cucu dia akan kena juga.. Masa tu baru agaknya nak menyesal..entah lah...aku tak paham orang lelaki ni...bosan lah nak pikir hal dia orang...

La ni aku senang dengan hidup aku..:)




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.