Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Monday, February 27, 2006 Image hosted by Photobucket.com

" Dunia Ini Kecil"


Hari sabtu habis kerja aku terus balik rumah. Sampai rumah tengok mak dah siapkan barang2 untuk di bawa. Kul 1.30tgh DIA sampai, dan kita orang pun mula bertolak. Sampai kat Highway cheras jalan jam, kesian DIA memandu.
Sampai kat kaki puncak, Nun dah termuntah2. Pulak dah. Kesian Nun dah lah tak tahan dah tu kena marah lak pulak. Bukan apa dia tak nak dengar kata dan nasihat kita orang. Tu yang kena tu. Sampai kat Awana, aku pun sewa condo, RM315.00 satu malam. Cash. Masuk bilik terus buka Soto yang mak aku buat. Peh power.. dan Sedapp sungguh...
Dalam kul 6.00petang DIA ajak aku keluar ke kedai, Beli sabut basuh pinggan, mak aku lak rehat2 kat bilik. Entah cam mana kat dalam keta aku bertekak dengan DIA pasal Syam, Entah kenapa tah DIA asyik sebut pasal Syam, cemburu katanya. Padahal aku dgn Syam dah lama berkubur.
Habis sopping, peh mahal giler, kami pun balik. Dalam keta still citer pasal syam, sampai kat parking aku terpandang sepasang merpati dua sejoli, aku cakap kat DIA, "macam kenal ajer mamt tu".. DIA tanya sapa, aku cuba ingat balik. "Itu Syam, betul lah rasanya tu Syam".. "BETUL?" DIA mula tak keruan. Tak tahu aku kenapa. Cepat2 dia parking keta dan follow pasangan merpati tu. Aku malas nak layan, jalan slow2 kat belakang DIA. SAmpai kat Lobby, memang sah, pasangan tu SYAM dgn awek dia.
Syam buat tak kenal dgn aku, dan aku pun buat tak tahu. Biarlah dia. Mungkin dia bahagia dgn Tunang dia. Harap2 dia tak mempermainkan perempuan itu sudah lah. Aku dgn DIA pun masuk bilik dan rehat. Aku citer dgn Mak aku. Mak aku just komen, "biarlah dia, budak2 baru membesar, nanti dia tahu lah mana yang patut dan tak patut. Sekurang2nya kau dah terlepas dari dia"
Malam aku dgn mak turun lobby pi massage kaki, ternampak lagi si Syam. Biarlah angin tu berlalu. DIA lak, dok layan lagu kat lobby cafe. Sambil SMS aku dgn ayat2 merajuk. Nak bawa diri lah, nak sendirian lah. Malas aku nak layan.
Malam tidur. Sejukkk..hehehe...
Pagi kita orang naik ke puncak. Entertiment. Naik kebal, seronok rasanya. Sejuk sangat. Tak larat aku dgn yang lain lama lama kat atas. Ambil gambar yang mana patut dan turun... Kesian baby tak pakai stokin dan juga sarung tangan.
Kul 2 petang sampai seremban. Enjoyyy.,....
p/s : semoga dia bahagia....
Friday, February 24, 2006 Image hosted by Photobucket.com

"Mimpi Ngeri"

Semalam, aku layan lah citer Amagadon lakonan Bruce Willice. menangis juga aku kali ni. Dah tengok citer ni berkali kali pun, aku masih menangis juga ahaks..

Habis citer tu dalam kul 12 malam. Sebelum tidur aku terdengar mak aku merengek. Aku tanya kenapa, dia tanya Vicks dia. Kaki dia sakit katanya. Aku baring, dan lelapkan mata. Aku nampak mak aku keluar dari bilik.

Tiba tiba mak aku datang dan bawa pisau. Dia hampiri aku. Dia acukan pisau ke arah aku. Aku tepis tapi mak aku lebih kuat dari aku. Aku menjerit. "Mak Tolongggggg" sekuat hati.

Tiba-tiba aku terdengar suara memanggil nama aku, dan terasa kepala aku dipegang orang. Aku rasa letih. Terasa keletihan yang amat sangat2. Aku cuba buka mata. AKu nampak mak aku. Mak aku tegur aku.

"kenapa ni?"
-Eh mak...
"mak tinggalkan kau kat bilik ni tak sampai seminit. kau dah jerit2, kenapa?"
-kuat ker jeritan tadi?
"ya lah, apa masalahnya?"
-entah, mimpi apa tak sampai seminit terus kena cam tu?
"dah pi ambil air sembahyang, tebalikkan bantal tu"

Hairan juga aku, tak sampai seminit, terus aku dapat mimpi macam tu. Kenapa mesti mak aku nak bunuh aku dgn pisau tu ek?..sangat hairan. Mungkin syaita datang ganggu aku. Dan mungkin juga aku terbawa bawa perasaan aku. Sejak sejak ni aku terasa yang aku dgn mak aku semakin renggang. Walaupun setiap pagi sebelum pi kerja aku salam dan cium pipi dia tapi aku rasa aku dah lama sangat tak peluk dia. rasa rindu sangat kat dia, walaupun kami tinggal serumah. Kenapa perasaan itu hadir dalam diri aku?...

p/s : Aku sayang mak aku sangat2....
Wednesday, February 22, 2006 Image hosted by Photobucket.com

*garang*

Macam mana sebenarnya cara yang terbaik untuk mendidik anak yang baru meningkat remaja?.. Aku tak pandai. Aku terlalu garang untuk Nun. Bila dia buat silap sikit, aku akan tengking dia dan marah dia. Tapi dia tak pernah nak menangis atau menyesal atas kesilapan dia. Malah dia ulang dan ulangi perkara yang sama.

Mungkin kah dgn cara berlemah lembut dia boleh berubah? tapi cara itu yang mak aku buat kat dia. Tak jalan juga. Malah dia gelak2 kan mak aku lagi. Dan dia terus menipu mak aku lagi. Macam mana. Hairan. Kenapa dulu aku tak macam dia kan. Dulu aku takut untuk menipu. Rasa takut dan hormat dengan mak aku. Tapi kenapa tidak dia?

Bagaimana ek nak mendidik anak yang sedang meningkat remaja?.....Banyak yang aku nak kena belajar. dan aku nak cuba cara berlemah lembut dgn dia lah hari ni..dan nak lihat mcm mana perubahan diri dia dalam minggu ni...
Monday, February 20, 2006 Image hosted by Photobucket.com

"mimpi"


Kadang aku tak paham dengan diri aku sendiri. Puas aku mencuba untuk membuang semua kenangan yang tak sepatutnya aku kenang, tapi kenangan itu datang dalam mimpi aku.
Semalam aku mimpi CARL ESCANDAR call aku. Masih terdengar dengar suara dia bercakap dgn aku. Gaya dia berkata2 masih lagi jelas kat telingan aku walapun aku tahu itu hanya mimpi. Kenapa? kenapa dia mesti hadir dalam mimpi aku. Walhal aku tahu itu hanya khayalan semata. Tak mungkin wujud manusia bernama CARL itu. Kenapa dan kenapa? Aku sendiri tak paham kenapa.. Mungkin aku benar2 rindukan dia. Bagaimana kah keadaan dia? adakah dia masih selamat? atau pun dia sudah tiada lagi dalam dunia ini?.. Perlukah aku percaya dengan kisah itu...
Ah.. Hidup ini sukar untuk diperkatakan. Aku yang selalu mengimpikan keluarga yang bahagia. Aku ingin menjadikan pengalaman lalu sebagai dorongan untuk aku bina keluarga yg sempurna. Cukuplah keluarga aku yang lain menlaluinya..aku tak mahu...
Tapi adakah itu hanya mimpi untuk aku?...
p/s : tekadang perasaan terkilan itu ada...
Friday, February 17, 2006 Image hosted by Photobucket.com

*BERTAMBAH*



Bertambah lagi ahli keluarga kucing2 aku. Bulan Lepas si Kontot dgn 3 ekor anak dia. La ni dah besar lah sikit. Yg si mata biru badan putih tu tak sihat sangat. Ada kena kurap. dah dua kali hantar ke klinik untuk suntikkan bunuh kuman.
La tiga hari yang lepas lak si boroi beranak. 4 ekor anak dia. Semua nya jenis bulu kembang2. Peh tak sangka boleh dapat anak si Buyut. Bulu dia warna putih dan kecoklatan. Peh peh sayang giler. Semalam baru lepas ambil si kontot dari klinik. Mak aku lah dok buat operation supaya tak yah bunting lagi. La ni dah baik dah luka bekas operation. Dah boleh makan. Anak dia yg kuning pun dah sebulan kita orang buat operation. Peh habis dekat RM500.00 bulan ni dok settlekan kucing2 tersayang.


So sekarang kat rumah aku ada 11 ekor kucing. Kesian mak aku dok menjaga kucing. Tapi apa leh buat. Mak aku suruh kasi orang aku tak benarkan. Dah sayang takkan semudah tu nak kasi orang kan kan...
Cute cute..sayang sayang...aku punya...peduli apa aku..hak aku...kucing2 ku sekelian...

Tuesday, February 14, 2006 Image hosted by Photobucket.com

*Hari Minggu*


Hari sabtu, aku cakap dgn DIA tak payah ikut aku balik kampung, tapi dia tetap juga mengikut, sedar sedar kul 2.00ptg dia dah tunggu depan rumah.
So hari sabtu, aku, mak aku, Nun dan DIA bertolak balik johor, sampai Air Hitam kita orang dok pekena Soto dulu, dah tu bertolak ke rumah Kak Mah lak. Dok borak2 sampai kul 6.00 ptg baru lah balik ke sungai mas. Sampai Kat Sg. Mas aku dgn mak dok sibuk mengemas. Mana tak rumah kalau dah ditinggakan tak ada penghuni tahu tahu ajer lah keadaannya. Malam dok sibuk beli antenna tv. Sedih tv dah tak ada hehe... Malam lepas makan makan dan lepak dan tidur.
Pagi Ahad kul 6 dah bangun.. Sejuk giler.. tak tahan kesejukkan. Mak aku terus bangun dah buat kerja mana yang patut. Aku mandi mandi dan siap untuk pi cari sarapan. Masa nak pi sarapan tu ternampak sekeluarga Monyet sedang mencari makanan. So apa lagi lah ambil gambar lah hehe...
Tapau lontong untuk mak. Sampai rumah dok tolong mak kemas laman rumah. DIA berkerja keras, menebang pokok pisang dan manggis. Peh letih giler. tapi DIA still control mancho. Ahaks.
Setelah siap, kawasan rumah dah bersih kami pun siap siap untuk ke KEMPAS. ada kenduri kawin kat sana. Masakkannya boleh tahan, DIA menambah 3 kali. Peh betul2 sedap nampak gaya. Kul 2.00 dah bersalam dgn tuan rumah kita orang pun terus balik ke seremban.
Malam tidur..keletihan....
p/s : Bilik tidur aku dah pasang astro. 2nd DECORDER. Hehehe..tak keluar bilik lah aku jadinya.. layan astro sampai tertidur...
Friday, February 10, 2006 Image hosted by Photobucket.com

*Masa Terus berlalu*


Sejak Sejak ni aku memang bizi, atau pun aku membizikan diri pun aku tak pasti. Tapi memang aku tak sempat langsung nak update Blog aku ni. Citer2 nya tergantung macam tu ajer. Hari raya cina cuti panjang pun aku tak sempat nak bercerita sikit pun. Tak apa lah..
Buat masa ni company aku dah stabil sikit. Yang menjadi tekanan hanya lah dari MD aku ni ajer lah. Budak2 so far dah banyak berubah. Mana tak hari hari kena marah. Hari hari kasi nasihat. Tak tahu lah sampai bila dia orang leh tahan dengan perangai aku.
Astro aku dah tukar dgn mama aku. So sekarnag aku guna astro aku sendiri. Dan semalam dah fax permohonan 2nd decorder untuk bilik aku nya astro. Sekarang bilik sorang satu tv dan ruang tamu ada tv besar milik mak aku. Hehe mewah sungguh. Tapi masa tengok tv nya lak tak ada ahak..
Esok nak balik johor, Mak tu rindu sangat2 kat rumah dia. Risau semacam ajer. Dan aku..menurutkan sahaja. Tak nak mak aku susah hati...
p/s : Biar masa menentukan. Sesungguhnya aku percaya dengan Ketentuan Tuhan.




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.