Hafizan sudah sebulan
Diam tak diam hafizan sudah sebulan.. Dan perkembangan dia alhamdulilah baik sahaja.. Berat nya benar2 bertambah.. masa lahir 2.5KG la ni sudah 3.8KG... Alhamdulilah..
Sambung citer lagi ....
AKu cakap aku dah tak tahan, datang doctor lelaki do tunggu tepi aku.. BIdan tadi cakap yg doc tu akan tolong aku pecahkan air tumban. Persiapan pun dibuat. Check dan check doctor tu cakap dgn bidan.. "i tak dapat check ada ker tidak air tumbannya"..bidan tu mcm tak puas hati.. dia tanya aku, ada tak air tumban keluar. aku ckp tak ada... Bidan check.. Memang sah air tumban dah kering...
Aku ckp aku dah tak tahan.. terasa nak buang air besar.. aku terus teran.. peh..entah tak dapat nak citerkan masa tu.. macam macam perkataan yg aku dengar dari nurse sekeliling.. yg marah2 pun ada... yg aku tahu...Ya Allah sakitnya..dengan mulut aku meraung sakit.. dengan meneran.. dan tak silap aku 3 kali teran baby aku dah keluar.. aku terdengar suara baby menangis.. dah tu doc dok tunjukkan aku baby boy... dan dia benarkan aku dakap kejap baby tu.. aku masih lagi mengiggil.. tak sangka aku dah lalui prosess bersalin.. dah tu aku rehat kejap.. doc lelaki tadi dok tengah siap siapkan barang.. Bidan cakap prosess ke tiga..mengeluarkan uri.. tapi dah tak sakit..rasa lega sangat... dan yang terakhir nak jahit... Doc lelaki tu check.. em. tak jumpa koyak... bidan tak caya..dia check sekali lagi.. COnfirm tak ada jahitan.. Hairan Bidan tu katanya...
Lepas selesai aku ditolak keluar....atas trolly dan diletak tepi pintu.. tak sampai 5 minit nurse datang bawa baby.. dia suruh aku menyusukan baby... Ya Allah.. Hanya tuhan yang tahu saat tu punya perasaan... DAn aku tak terkelip mata memandang baby yg sedang menyusu...Ya Allah..BErsyukurnya aku saat itu..
Sambung nanti ya....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home