Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Wednesday, October 17, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Berhari Raya

Apa kabar semua?.. Macam mana hari raya kau orang? seronok tak?
Hari JUmaat kita orang dah mula Cuti. Lepas Sahur terus kita orang bertolak balik ke kluang. Tahun ni raya kat Johor. THanks my Dear kerana tahun pertama kita berkahwin abg benarkan kita beraya kat johor. So singgah rumah kak mah dan ambil dia orang balik Sg Mas sama2. Padat kereta dibuatnya.
Sampai kat sungai mas sibuk dok mengemas yang mana patut. My Hubby pun tolong sama. Seronok rasanya. Siap kemas sikit2 kita orang pun berehat. Petang lak sibuk siapkan makanan untuk berbuka puasa.
Malam lepas dah lepak2 tengok budak2 ni main mercun dan bunga api aku dgn my hubby dok kat dapur. Em macam tak percaya, My hubby yang masa dgn my mum. Mak aku menangis, tak sangka My hubby akan tolong masak. Ya lah selama ini tak pernah menantu or anak lelaki dia tolong masak kat dapur. Dan TAhun ini my hubby tolong masak. Aku terharu sebenarnya. So malam dalam kul 11 lebih kita orang dah siap semuanya dan masuk tidur. Tidur dengan nyenyaknya.
Pagi dalam kul 5 aku dah bangun. Aku tak kejut pun hubby aku. Nak biarkan dia tidur lama sikit. Aku sambung masak sayur dgn sambal jawa. Tak sangka my hubby bangun tanpa dikejut. Ya Allah.. Bertuahnya aku dapat dia.. Aku tak pernah nampak Abg aku or Pak cik aku or abg ipar aku akan buat seperti mana my hubby buat. Bangun pagi, mandi dan terus pakai baju melayu.. Cukup segak dan mancho. Aku sediakan makanan untuk my hubby jamah sebelum bertolak ke masjid. Si Tam pun aku suruh bersiap supaya boleh ikut my hubby ke masjid sama. Baru nak bertolak abg aku lak bangun dan sibuk baru nak bersiap sebab nak ikut. Elok lah macam tu.
Lepas dia orang semua bertolak kita orang kat rumah sibuk menyiapkan hidangan untuk makan beramai2 selepas dia orang pulang dari masjid. Dalam kul 9 lebih dia orang pun sampai. Acara bermaafan pun bermula. Abg aku mulakan salam dgn mak aku. Aku pun follow dia. Salam mak aku, dan menangis tu seakan satu kemastian.. Lepas tu aku salam my hubby. Aku nangis juga. Entah.. My hubby senyum ajer... Aku kasi juga mak dgn hubby aku duit raya.. Dan diikuti dengna yang lain2.. Lepas tu acara makan makan.
Lepas siap makan2 dia orang semua bertolak untuk acara marhaban untuk blok. Aku dgn kakak aku sibuk menyiapkan makanan untuk dihidangkan untuk tetamu yang datang.
Petang kita orang rehat2 ajer kat rumah. Entah macam mana borak punya borak terbongkar rahsia yang si NON ada HP. Terkejut aku. Aku terasa marah sangat2. Tapi aku control. Aku tak marah2 non aku diam ajer. Aku tinggalkan dia orang kat dapur dan ke depan dekat My Hubby. Aku menangis. My Hubby memujuk aku. Dia suruh bersabar. Bukan salah aku benda2 ni terjadi. Aku dah ajar dia tapi dia nak buat juga. Lega sikit hati aku bila my hubby pujuk macam tu. Dia lap kan air mata aku. Ya Allah bertuahnya aku dapat dia.
malam tu kita orang dok kat rumah ajer rehat2. Tak larat nak jalan jalan ditambah dengan mood yang tak baik.
Hari raya kedua kita orang beraya kat rumah pak tam. Pagi lagi dah bertolak. Lepas tu beraya lak rumah wanie.siap siap petang kita orang bertolak balik ke seremban.
Sampai seremban kemas2 rumah dan basuh baju yang berlambak. Mak pulak sibuk kat dapur mengemas entah apa tah. Ajak mak balik kampung My hubby tapi dia tak mahu, nak rehat katanya.
Malam bertolak balik ke kampung my hubby. Seronok beraya kat kampung my hubby. Pagi menziarahi kubur arwah mak dgn ayah my hubby, dah tu berjalan-jalan ke rumah kawan my hubby.
Petang tu aku minta balik cepat. Sebab aku dapat tahu berita tak baik. Yg Hp Mak Cik my hubby Hilang masa kat rumah aku. So siapa lagi yg ambil Non lah. Tak sabar aku nak balik dan tanya Non.
Sampai kat rumah aku panggil Non dgn mak aku. Duduk mengadap. Aku tanya cara baik. DIa mengaku yg dia curi HP mak cik My Hubby. ya Allah.. Kenapa Dia buat benda tu. Berderau darah aku dan menyirap darah aku. Tak sangka dia betul betul mencuri. Aku tak pukul dia. Aku suruh mak aku panggil Abg aku. Sukur datang. Dia tanya Kenapa.. Aku suruh non mengaku depan sukur. Sekali kena lempang.. dua kali kena lempang. dan lepas tu terus-terusan dia kena pukul dengan rotan. Aku tahu cukup sakit. Aku menangis. tapi aku kuat kan hati. Bukan nak dera dia. tapi nak beri pengajaran pada dia. Sepanjang petang tu non di rotan dgn sukor. DIa minta maf dgn aku tapi aku tak dapat nak maafkan dia. Aku suruh dia terus ikut sukor balik ke rumah dia.
Malam terjadi kes yang tak diingini. Mak aku mengalami stress yang amat sangat. Bukan kerana Non tapi kerana Mak Non. Si sukor entah apa yg dicakapnya pada mak aku tentang mak non sampai mak aku meraung giler2. Nasib baik my hubby ada untuk tenangkan dia. Dan aku pun dok memujuk dia. Aku suruh dia buka puasa, dan makan sikit2 dan makan buat xenex. Dan terus suruh tidur. Pagi aku pi kerja tinggalkan mak aku sorang. Tengahari balik tengok mak. Dia tidur ajer.
Petang balik kerja aku masak dan mengemas. Malam aku lipat baju, dan yang membuatkan aku terharu my hubby dok sama dan tolong lipat baju sama2. Ya Allah. Bertuahnya aku mendapat my hubby...Hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa bersyukurnya aku ditemukan dengan My Hubby.
Aku sayang sangat2 dgn my hubby tapi aku tak berani nak luahkan pada dia.. AKu tak mampu menjadi isteri yang baik. AKu takut sangat. Dan entah serba salah aku dibuatnya..
p/s : Sayang abg sangat...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.