Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Friday, May 25, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Minggu ke 13 Hari ke Enam

Minggu ke 13:

Panjang bayi sekitar 7,5 cm dengan trakea, paru-paru, perut,hati, pancreas, dan usus berkembang ke fungsi terakhir. Pita suara mulai terbentuk, dan tunas gigi muncul dengan 20 gigi bayi. Pada minggu ini jari tangan, telapak kaki, mulai terlihat.


Dah nak masuk 14 minggu.. dan hari ni petang nak pi scan sekali lagi. Doctor kata nak tengok kejadian baby sempurna ker tidak.. Huhu..tak sabar nak tengok...

Aku masih lagi muntah2. Pagi ni pun sama. Entah.. Macam-macam kerenah. Berat badan pun dah turun 2 kg. kesan dari muntah2 kot..

Dan yang pastinya hari hari yang berlalu ok sahaja.. tak ada yg membimbangkan...
Tuesday, May 22, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Kisah Si Rabiah @ kakak Aku?..

Entah aku pun tak tahu..
Hari jumaat lepas, Sukor balik johor ambil si Rabiah. Aku merajuk dgn My Hubby pasal tak benarkan Rabiah tinggal dgn kita orang... Tak bertegur dgn my hubby dan my hubby lak terus tidur.. Aku lak tidur dgn mak aku kat bawah..Sampai kul 1 Sukor dgn Rabiah tiba kat rumah... Lepas borak sikit sikit aku pun naik bilik dah tidur... Terkejut juga tengok my hubby dah bangun. Emm... Aku terus baring... Dia pun baring tepi aku... Aku pejam mata sambil berpikir.. Dosa ker aku buat macam tu dgn my hubby... Akhirnya aku mengalah dan memujuk dia...
Sabtu kerja mcm biasa. Aku tanya sukor apa masalahnya. Sukor kata Kakak aku call suruh ambil Rabiah cepat sikit. Dia takut bila Laki dia dilepaskan oleh polis, Laki dia jumpa Rabiah dan pukul rabiah. Masa hari dia pi ambil kat johor hari jumaat tu pun, adik beradik Laki dia dah serbu rumah dia dengan kayu beluti. Nak belasah Rabiah.
So kita orang buat mcm biasa ajer lah.. Aku pun tak ada lah dok slow talk dgn Rabiah. Biarkan dia selesa sikit kat rumah tu. Hari ahad pun, Sukor bawa rabiah ke ulu bendul. Mak aku masih tak tahu kisah ini semua. Kita orang just cakap yg rabiah tak tahan tinggal kat rumah dia lagi, tu yg dia nak ikut kita orang.
Dan semalam.. Hari isnin... Tengah lepak2 kat ruang tamu dgn mak aku sambil borak2.. ada orang beri salam.. Terkejut aku, Tengok Kakak Aku dgn Adik mak aku datang sama. Huk.. Macam mana dia orang boleh cari rumah aku.
Kakak aku cakap dia nak ambil rabiah, nak suruh naik makhamah untuk gugurkan kes laki dia.
Aku, Sukor, Mak Yah dgn Mimi berbual panjang. Mak Yah kata dia akan bertanggungjawab pada Rabiah. Aku hairan. Kenapa jadi macam ni pulak.
Bila dia orang semua dah balik dan Rabiah pun ikut, Aku telepon pak tam. Aku ceritakan semuanya. Pak tam marah giler dgn kakak aku.. orang tak sedar diuntung.. Dan abg aku lak Call En Rashid D/O Kluang, Adik mak aku yang uruskan kes Rabiah. Terkejut dia dengar citer kakak aku datang ambil Rabiah. Padahal En Rashid dah uruskan semua hal itu. Dan yang pastinya En Rashid kata Kakak aku menipu kita orang. Rabiah tu tak akan naik makhamah.. Sebab dia dah batalkan tuduhan itu..
Dan aku lak.. Aku cakap dgn sukor aku dah tak nak masuk campur hal dia orang lagi... My Hubby pun dah pesan.. Dia tak suka dgn cara kakak aku.. Cukup sekali dia buat pada aku tentang NON..
Masa kat bilik my hubby usap pala aku.. "kesian ayang, terlalu baik.. nak sangat tolong orang, akhirnya orang tu sendiri kenakan ayang, dah lah... Kita jaga keluarga kita ajer... Biarlah mak dan ayah dia uruskan dia sendiri.. Mcm pak tam ckp key"
Dan aku lak tertidur dalam dakapan dia.. Aku sayang dia.. Maaf kan aku...
Friday, May 18, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Minggu Ke 12 Hari Ke Enam

Minggu ke 12:

Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organ vital bayi sudah terbentuk. Dengan signal dari otak, otot akan merespon dan bayi sudah dapat menendang.


Em kalau nak diikutkan baby aku dah mula menendang tapi aku masih tak rasa lagi... Muntah2 dah kurang.. cuma pagi ajer.. makan dah kurang juga... tak macam selalu... Tidur dah mula sakit2 pinggang.

Masalah stress masih ada selagi tak selesai kes Rabiah. Aku dah buat keputusan nak ambil juga dia, walaupun My Hubby tak agreed. Sorry sayang. Tak sanggup nak biarkan anak sedara terbiar macam tu... Dia pun tak ada tempat nak bergantung. Siapa lagi yg leh bantu kalau bukan ayang mak sedara dia... Moga suami aku paham masalah aku...
Tuesday, May 15, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Mungkin kah ini Balasan-Nya

Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui.
Entah tak ingat aku pernah citer ker tidak kat blog kisah aku masa remaja. Titik hitam dalam hidup aku ketika aku berumur 14 Tahun.. Bagaimana aku dihina dan dicaci bila bercakap benar dengan kakak aku tentang Suami dia. Malah aku dituduh sebagai Pemusnah rumah tangga Kakak Aku sendiri. Dan aku terima. Malah aku dijadikan Alasan untuk dibercerai dengan suaminya dan berkawin dgn kekasih hati dia.
Dan hari ini... Apa kejahatan yg telah Bekas Suami dia buat pada aku telah terbalas pada anak dia sendiri. Rabiah berumur 14 tahun telah dirogol oleh Bapa tiri dia. Cukup terang.. Setiap apa yang kita buat hari ini akan terjadi pada anak cucu kita akan datang...
Dan aku cukup kesian pada Rabiah, bila Mak dia masih menangkan laki dia daripada mempertahankan maruah anak dia... Satu masa dulu itu yg dia buat pada aku.. dan hari ini dia buat pula pada anak darah daging dia sendiri...
Dulu Non.. Aku bawa tinggal dengan aku. Tak bawa kes polis.. Lepas gitu atas permintaan Kakak aku.. Tapi hari ini..Rabiah anak perempuan dia.. Dah terkena dgn Lelaki tak guna tu.. dia masih nak menangkan laki dia.. Adakah itu dikategori sebagai isteri mithali ataupun Isteri pak turut sehingga sanggup mengadaikan masa depan anak sendiri?. Aku tak paham.. Di manakah tempat mengadu untuk Rabiah?..
Semoga polis selesaikan masalah ini dengan saksama.. Hukumlah manusia durjana itu... Biar mata kakak aku terbuka sikit..
Ya Allah.. Aku takut.. Aku takut apa akan jadi dengan zuriat aku akan datang.. Moga dilindungilah zuriat aku hendakNya...
Friday, May 11, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Minggu Ke 11 hari ke Enam

Minggu ke 11:
Organ seks luar sudah terbentuk, juga folikel-folikel rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).
Aku tak tahu. Dah dua hari ni aku tak dapat nak menahan muntah. Semua yg aku makan pasti terkeluar. Tak makan pun pasti akan muntah. Tekak mengalami Loya yg tahap melampau. Dah tak leh nak control. Badan terasa lemah sangat2. Tapi tak lak dapat cuti. Em.. Pala terus pening2.. Mak kata itu lah penyakitnya. Sabar ajer.. Memang lah boleh sabar.. tapi Ya Allah. Begini dugaannya.. Memang benar kata orang.. Peritnya seorang ibu dari masa dia mengandung lagi... Dan mampukah aku hadapinya untuk hari-hari mendatang..
Friday, May 04, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Minggu Ke 10 Hari Ke Enam

Minggu Ke 10,
Tulang sudang menggantikan kartilago. Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang cepat dalam bulan terakhir ini sehingga proporsi kepala lebih besar daripada tubuh.
Em tak sabar rasanya nak merasai pergerakkan baby dalam perut..Banyak sungguh pantang larang yg aku tak leh buat.. tapi dengan bodoh aku buat ajer..
Malam tadi badan dgn kaki sakit2... Merengek tak tentu pasal..tak tahan sangat2.. aku suruh my hubby dok sapu vick kat belakang badan, dan minyak panas kat tapak kaki.. Ya Allah betul2 terseksa rasanya... Mungkin terlalu penat sangat kot..
How ever ini adalah dugaan untuk aku.. dan aku harus bersabar..dan bersabar...
Moga baby makin sihat....Macam mana nak sihat kalau aku takut minum susu?...




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.