Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Tuesday, March 28, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Kucing2 Ku














Si Ninie sedang berdiri!!!!











Si Hitam Negro ni memang ganas!!













Si bujang ni memang cute dan manja!!













Anak2 Boroi mula membesar...semua orang berebutkan 4 ekor anak kucing ni..
tapi sayang giler oii...yang warna coklat campur putih tu no satu dari kiri namanya MINAH, yg belakang sebelah MINAH tu nama nya BUJANG, yang belakang warna putih tu namanya UDA dan yang depan warna putih tu nama nya DARA...sepasang gitu...
Friday, March 24, 2006 Image hosted by Photobucket.com

*Lupakan Lah*

Aku kena terima kenyataan..Memang aku tak boleh harapkan lagi ianya menjadi kenyataan..
Semalam aku keluar makan dgn DIA..Sebelum balik tu aku ada tanya dia.
"Any News tentang perkembangan usaha abg?"
-Diam
"Dan tanya belum?"
-Dah, tapi Isteri abg mengamuk, dah tak tahu nak wat apa
"Em..hampa rasanya..So apa lagi yang nak dipikirkan?"
-Maksud ayg
"Kita putus lah.. Abg teruskan lah jaga family abg, dan ayang nak mulakan hidup ayg"
-Ayg dah ada pak we lain ker?
"Kenapa nak tuduh macam tu pulak? Tak tahu ker selama ni ayg kawan dgn abg, ayg langsung tak ada contact mana mana jantan? tak sedar ker?"
-Ok OK, setiap kali ayg tanya pasal ni mesti abg tak leh buat kerja tau..
"Habis tu abg nak apa lagi?"
-Diam..
Diam..dan terus diam..
"Abg sayang ayang key..."
Ah persetan dengan ayat tu.. Itu ajer lah ayg yg dia mampu gunakan untuk aku tak lepaskan dia.. Tapi sampai bila..aku dah tak larat.. Dan hari ni aku bad mood.. Bila malam tadi aku mimpi sesuatu yang tak best..
Isteri DIA dan DIA datang serbu rumah aku.. Dan Isteri dia tanya aku kenapa masih nak berkawan dgn DIA, aku diam aku pandang muka DIA, DIA diam seolah dia tak bersalah, bila aku tanya DIA, DIA kata dia tak bersalah..So ISTERI DIA pukul mak aku.. Aku tersedar..
Alamat mimpi aku mungkin bermaksud yg DIA tak akan menjadi suami aku.. dan aku mesti bertindak sekarang..sekarang...
p/s : Ya allah kuatkan lah semangat aku...aku benar2 lemah dalam hal ini...
Wednesday, March 22, 2006 Image hosted by Photobucket.com

"Begini Jua Akhirnya"

"Ayg Buat apa? Dah Tido ke?"
-Berangan, bulan madu kat paris.
"Iye Ke, Ayg suka paris ke?"
-Aha, kalo dpt pi bulan madu kat situ mesti romantik dan best.
"Mmg pun, Sana cantik, Mcm kat bukit Tinggi"
-So bila nak bawa ayg honeymoon kat sana?
"Nanti kita ke sana syg"
-Kalo kat sana nak wat apa ek?
"Apa yg patut lah"
-Nak naik perahu berdua, dok kat dataran sambil kasi merpati makan, jalan-jalan berdua, mesti bestkan?
"Memang pun, Enjoy kat sana"
-Diam dan tak balas dahhh...
Peh angan2 memang cantik, tapi kenyatan tinggal dalam mimpi ajer..
Hari ahad aku jumpa DIA. Aku kesian sangat kat dia. Hari sabtu call aku meraung, menangis.. Kesian lah pulak aku tengok. So jumpa dia hari ahad, pi PD hanya untuk beli taugeh.. Ahaks.. Ya lah kalau tak aku mana ada peluang nak jumpa DIA. Kalau mak aku tahu mati aku..
Hari isnin puasa, DIA belikan sup ekor, buah pelam dan tembikai. Mak aku nampak dia naik keta MYVI kat depan rumah aku. Ingatkan mak tak nampak upanya mak aku mengintai dari balik pintu...Ahaks..
Memang kami stil contact, but dah tak leh nak jumpa selalu mcm dulu dulu...
p/s : biar masa yg menentukan.. Petang ni aku suruh DIA belikan aku NOVEL..heheh..
Friday, March 17, 2006 Image hosted by Photobucket.com

*tak terkata*

Hanya air mata yg mengalir untuk mewakili hati dan perasaan aku. Memang aku tak mengalirkan air mata depan mak aku, pagi tadi kul 3 pagi aku terjaga dan tak boleh tidur.. masa tu aku menangis. menagis dan menangis..

Dan aku benar2 terharu dengan sikap manusia bernama LELAKI...
Wednesday, March 15, 2006 Image hosted by Photobucket.com

*TOP GUN*

Semalam balik kerja terus layan HBO. Tup tup tup keluar citer TOP GUN. Aku tak pernah bosan tengok citer ni walaupun berulang kali. Dan setiap kali aku tengok citer ni mesti aku tersenyum-senyum. Terasa bahagia sangat. Tak tahu kenapa. Citer Top Gun ni memang menyentuh perasaan aku sebagai seorang yg kesepian. Ahaks....

Malam aku keluar bawa mak aku jumpa mama. Entah mimpi apa mama aku call nak jumpa aku pun aku tak tahu. Sambil makan makan dok borak pasal kerja ajer lah. Dok citer pasal feel korean. Ahaks..kutuk jangan tak kutuk.. termasuk juga sifat sifat orang melayu yang malas kerja tapi nak kan duit ajer...ahaks..

Akhir penghujung perbualan kami, mama minta aku sample untuk dia bawa ke Indonesia. Peh peluang besar untuk mengembangkan perniagaan aku ni.. ahaks.. terus seronok aku dibuatnya..

Dan pagi ni bila aku minta kebenaran Mr Lee dia terus benarkan.. Padahal mama dah pesan jangan cakap apa apa dgn Mr Lee...tapi aku tak berani buat kerja nyorok2.. bila dapat kebenaran dan apa apa akan berlaku akan datang dia dah tahu so senang kerja..

p/s : Thanks mama...
Tuesday, March 14, 2006 Image hosted by Photobucket.com

*Apa Ada Pada Rasa*

Semalam memang aku akui, aku ternantikan panggilan dia, tapi hari ini..Bila dia mula call aku, aku mula rasa meluat... seperti benci sangat untuk aku dengar suara dia. Aku tak tahu kenapa perasaan itu ada dalam hati aku. Setiap kali dia call aku terasa nak cepat2 letak phone.

Adakah itu perasaan benci sudah menguasai diri aku. Mungkin. Mungkin Tuhan dah makbulkan doa aku.. Yang dia bukan pasangan aku dan sudah tiba masanya dia dan aku dipisahkan.... Dan aku yakin bila perasaan ni dah menguasai diri aku maka aku boleh kuat menghadapi perpisahan ini..

p/s: Ada sorang mama ni nama dia Jason... Giler... Ayat tak ada tapis..ingat aku ni bohsia agaknya... "Kita ni kawan dah dekat dua tahun, jumpa tak pernah, kiss2 pun tak pernah" ish meluatnya aku dengan lelaki...
Monday, March 13, 2006 Image hosted by Photobucket.com

*Adakah Itu Rindu*

Semalam hari ahad. Seharian aku tak bercakap langsung dgn DIA. DIA sms, DIA call. Aku tak angkat. Aku nak cuba tak dengar suara dia. Aku ok. Last sekali DIA sms, merajuk kerana aku tak angkat dan sms dia.
Dan hari ini dia langsung tak call aku. Sms pun tidak. Aku pulak tertunggu tunggu. Resah juga kenapa. Macam serba kekurangan. Tapi dalam masa yang sama aku pikir mungkin dia dah boleh terima kehilangan aku. Dan mungkin dia dah tak akan ganggu aku. Mungkin dia dah buat keputusan untuk melepaskan aku. Memang aku bersyukur.. memang itu yang aku ingin kan. Tapi kenapa ek aku rasa serba tak kena. Macam gelisah menantikan panggilan telefon. Kenapa.. Terpaksa aku lawan perasaan aku. Aku tahu ianya akan mengambil masa yang lama untuk melupakan dan menyesuaikan diri...
Aku rela seandainya itu yang ditakdirkan pada aku...
p/s : Takdir penentu segalanya...

*Hoping*

Semalam masa drive balik dari johor, aku termenung jauh. Pikiran melayang2, sekali dua tu mak aku ada juga tegur "Are you OK?" aku angguk ajer, padahal air mata aku mengalir tanpa di minta. Kenapa mesti aku melayan perasaan itu? Aku tak paham. Nak aku luahkan pada mak aku, tak mungkin, aku takut dia akan merasa bersalah. So aku pendamkan dan di sini aku luahkan.
Aku mengharapkan satu keajaiban terjadi dalam perjalanan hidup aku. Apa kah dia? aku sendiri tak dapat bayangkan tapi aku dapat rasakannya. Cuma aku tak tahu bila ianya akan terjadi. AKu terlalu yakin, keajaiban itu akan muncul..aku dapat rasakan dan naluri aku kuat mengatakan ianya akan terjadi..Aku cuba bayangkan, tapi tak dapat aku tangkap apa kah ianya.
Dan malam tadi, aku bermimpi..sesuatu yang membuatkan aku bahagia, dan aku tersenyum. Tapi siapa dia? kenapa dia tersenyum terhadap aku. Apa yang hendak dia sampaikan pada aku.. Tertanya2 aku. Adakah dia orangnya yang akan mengubah jalan hidup aku esok hari?.. Aku tersenyum....Dan aku akan menanti dalam debaran..
p/s : Perasaan cemburu itu timbul bila adik aku bermesra dgn suaminya dihadapan aku.. kenapa mesti ada perasaan itu?.....
Saturday, March 11, 2006 Image hosted by Photobucket.com

sekumit rasa...

Hanya air mata yang dapat melegakan segala rasa. Hanya itu yang dapat menemani aku di saat ini. Bukan minta simpat, bukan menagih rasa, tapi itu yang aku rasai kini. Mengapa ini yang harus aku lalui. Kosong... kosong...ahhh... terlukanya hati ini...
Wednesday, March 08, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Menanti Kepastian...

Hari ini sudah masuk hari yang ke sepuluh hari aku menunggu keputusan dari DIA. Aku paksa dia untuk buat keputusan sama ada mahu teruskan hubungan dengan aku atau sekadar untuk mempermainkan aku sahaja. Memang giler dibuatnya, macam orang putus harapan untuk hidup DIA jadinya bila aku tak pernah angkat call dia, tak pernah nak jumpa dia lagi.

Dan aku masih menanti. Dan aku masih yakin dgn diri aku yang DIA tak akan kekal lama dengan aku. Dengan masalah peribadi DIA. Ah tak mungkin dan tak mungkin.

Cuma kadang aku resah. Bila kesepian. Tiada yang menceriakan hati ini lagi. Nak harapkan mak aku, tak mungkin dia boleh ceriakan aku seperti mana DIA ceriakan aku. Nak bergurau atau bergaduh, tak mungkin dengan mak aku. Kalau dengan DIA anytime aku nak merajuk, sesuka hati aku ajer. Tapi tu semua mungkin akan tinggal kenangan.

Dan aku akan kesepian lagi...Hanya bertemankan malam yang sepi...aku sendiri...




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.