Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Monday, August 29, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Anak Anak Kucing Ku





Semalam balik dari bali tengok Jijah dah ada kat rumah. pi Dapur aku ternampak Si Kontot dengan anak2 dia dalam sangkar. Alamak comelnya..mata dia dah buka tapi tak nampak lagi masih ada selaput nya lagi.

Dan Catty lak telah melarikan diri..kemana lah caty tu bawa diri ek...

Go Holiday - Bali

Setelah berpenat lelah akhirnya selamat juga aku menjelajah pulau bali.

Hari jumaat puku 10.55 pagi bertolak dari KLIA menaiki AIR ASIA. Ni pertama kali aku naik AIR ASIA. Ahaks macam naik bas dari Seremban ke Johor lah pulak rasanya. Walau macam mana pun ok lah janji nampak awan di atas sana.

Sampai di Pulau Bali dalam kul 3 petang terus check in kat Febri's Hotel & Spa, Bali . Sampai2 aku mandi dan salin pakaian. Kemudian kita orang pi makan nasi dulul. Em tak menyelerakan pun makan kat situ. Mana tak kat menu aku nampak masakan yang membuatkan aku loya. SAYUR KAILAN GORENG BERSAMA PORK. Kan kurang ajar ajer namanya. Nama ajer resturant SEAFOOD tapi ada daging babi. Hampeh... Habis makan kita orang pi shopping makanan ringan untuk malam. Malam lepak kat bilik sambil tonton tv.

Pagi Sabtu, pi PC CAFE untuk hantar report ke KOREA. Dah tu dalam kul 9.30 mulakan perjalanan melancong kita orang. Tempat pertama kita orang lawat adalah KERAJINAN BATIK. Mr Jang usha satu sapu tangan batik yg diukir pakai tangan.

Image hosted by Photobucket.com

Lepas tu kita melawat pulak KERAJINAN PERAK. Ahak buat ukiran perak menggunakan tangan juga.

Image hosted by Photobucket.com


Lepas tu kita orang melawat zoo dia. Boleh tahan haiwan2 dia. Dan yg bestnya ular dia..heheh



Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com


Lepas tu kita orang naik gunung Batuk. Ahaks gunung ni tahun lepas baru meletup. Gunung berapi. Dan masa kita orang naik untuk lihat gunung ni pun still aktif kata orang2 kat situ.

Image hosted by Photobucket.com


Lepas makan kat atas gunung tu kita orang melawat kuil2 dia orang. Untuk pengetahuan kau orang kan, Nama ajer bali, Indonesia tempat islam, tapi hampeh..nak makan susah giler. Kat bali ni kan 90% penduduk dia adalah Hindu. nampak macam melayu kita tapi semuanya pakai nandek. entah lah. Tak selesa aku dibuatnya.


Image hosted by Photobucket.com

Tempat last kita orang tengok adalah dusun buah2an. Kita orang tengok cara2 dia orang buat kopi pakai tangan.


Image hosted by Photobucket.com

Malam kita orang makan KFC ajer. Dan shopping hadiah untuk orang terdekat ajer. Duit tak cukup hehe..


Hari ahad, pagi kita orang massage body sejam setengah. Lepas tu kita orang pi lepak tepi pantai lah pulak..


Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Dan petang kita orang balik malaysia.



p/s : Tiga hari susah nak makan, sampai rumah goreng ikan masin terus makan nasi dua pinggan. Hampir glier aku dibuatnya..

Something to share, A MOTHERS LETTER!

My mom only had one eye. I hated her... she was suchan embarrassment. My mom ran a small shop at a fleamarket. She collected little weeds and such tosell... anything for the money we needed she was suchan embarrassment. There was this one day during elementary school.I remember that it was field day, and my mom came. Iwas so embarrassed. How could she do this to me? Ithrew her a hateful look and ran out.

The next day at school..."Your mom only has one eye?!"and they taunted me. I wished that my mom would justdisappear from this world so I said to my mom, "Mom,why don't you have the other eye?! If you're onlygoing to make me a laughingstock, why don't you just die?!"My mom did not respond. I guess I felt a little bad,but at the same time, it felt good to think that I hadsaid what I'd wanted to say all this time..

Maybe it was because my mom hadn't punished me, but Ididn't think that I had hurt her feelings very badly.That night...I woke up, and went to the kitchen to get a glass ofwater. My mom was crying there, so quietly, as if shewas afraid that she might wake me. I took a look ather, and then turned away.Because of the thing I had said to her earlier, therewas something pinching at me in the corner of myheart. Even so, I hated my mother who was crying outof her one eye. So I told myself that I would grow up and becomesuccessful, because I hated my one-eyedmom and our desperate poverty.

Then I studied really hard. I left my mother and cameto Seoul and studied, and got accepted in the SeoulUniversity with all the confidence I had.Then, I got married. I bought a house of my own. ThenI had kids, too.

Now I'm living happily as asuccessful man. I like it here because it's a placethat doesn't remind me of my mom.This happiness was getting bigger and bigger, whensomeone unexpected came to see me "What?! Who's this?!"...It was my mother...Still with her one eye. It feltas if the whole sky was falling apart on me. Mylittle girl ran away, scared of my mom's eye. And iasked her, "Who are you?!. I don't know you!!!" as iftrying to make that real.

I screamed at her "How dare you come to myhouse and scare my daughter! GET OUT OF HERE! NOW!!!"And to this, my mother quietly answered,"oh, I'm sosorry. I may have gotten the wrong address," and she disappeared.Thank good ness... she doesn't recognize me. I wasquite relieved. I told myself that I wasn't going tocare, or think about this for the rest of my life.Then a wave of relief came upon me...one day, a letterregarding a school reunion came to my house. I lied tomy wife saying that I was going on a business trip.

After the reunion, I went down to the old shack, thatI used to call a house...just out of curiosity there,I found my mother fallen on the cold ground.But I did not shed a single tear. She had a piece ofpaper in her hand.... it was a letter to me.


She wrote:
My son...I think my life has been long enough now. And.. Iwon't visit Seoul anymore... but would it be too muchto ask if I wanted you to come visit me once in a while?I miss you so much. And I was so glad when I heard youwere coming for the reunion. But I decided not to goto the school....

For you...I'm sorry that i only have one eye, and I was anembarrassment for you.You see, when you were very little, you got into anaccident, and lost your eye. As a mother, I couldn'tstand watching you having to grow up with only oneeye... so I gave you mine...I was so proud of my sonthat was seeing a whole new world for me, in myplace, with that eye.

I was never upset at you foranything you did. The couple times that you were angrywith me. I thought to myself, 'it's because he loves me. 'I miss the times when you were still young around me. I miss you so much. I love you. You mean the world to me!

p/s: pengajaran untuk kita semua..betapa besarnya jasa seorang ibu kepada kita..
Thursday, August 25, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Gila Gila Pengantin Popular

Malam tadi aku pi tengok midnight, wayang citer GILA GILA PENGANTIN POPULAR.

Em komen aku tentang citer ni?...Boleh lah..tak lah best sangat. Kalau kasi 5 bintang aku kasi 3 ajer.

Aku nak tengok citer ni pun pasal Erra Fazira dgn Apek. Rasa seronok kalau dia orang belakon. So jalan cerita dia simple ajer.

Mengisahkan Zul (tokey dusun durian) yang sudah bertunang dengan Fatimah (pelajar Akedimik Idol benama ERMA FATIMAH) yang kecewa tidak dapat berjumpa Fatimah di atas arahan NORMAN HAKIM yang menjadi penerbit ERMA. Em geram juga tengok gelagat NORMAN yang jadi jahat tu.

Bila Erma dah menjadi bintang, ERRA (pengurus ERMA) telah dipecat oleh NORMAN, dan untuk membalas dendam ERRA telah mendidik ZUL untuk menjadi penyanyi pulak. ERRA dibantu oleh Adflin shaukin. Dan seronok masa tengok APEK nyanyi lagu rock bersama Linda. Dan biasa lah selalunya bila artis ni dah popular mereka mesti cari yg lebih baik dari yang ada.. Itu lah akhir cerita ini.. Mereka putus tunang..

p/s : Semoga apa yg terjadi ni tak terjadi pada MAWI. Biar lah dia bersatu dengan Tunang dia. Kadang bukan mudah nak hadapi dugaan itu.
Wednesday, August 24, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

Pagi ni topic di era, "Cintaku bertepuk sebelah tangan"..Dan aku nak mengimbas kisah ni dalam hidup aku. Kejap ek ingat kembali.

AKu rasa masa tu umur aku 16 tahun kot. AKu suka kan kat mamat tu. Dan mamat tu pun layan aku habis baik. Selalu belanja makan, bawa jalan2 dan memang take care giler terhadap aku. Mana lah aku tak jatuh hati. Dan bila hari jadi dia aku kasi lah hadiah pada dia.

Tapi makin lama dia makin jauhkan diri dari aku. AKu mula hairan. Untuk luahkan perasaan tu tak mampu untuk aku lakukan. Nanti kata apa lak "perigi cari timba" pulak. So aku diamkan ajer.

Entah macam mana satu hari tu dapat kad jemputan kahwin, Aku baca sekali imbas, macam kenal nama tu. Aku ulangi sekali lagi. Dan aku menjerit. Aku tak percaya. Malam tu aku call mamat tu, dan mamat tu hanya cakap "belajar lah bersungguh2, sampai berjaya".

Dan sampai sekarang aku masih ingat lah macam mana cute nya muka mamat tu. TApi itu semuanya hanya kenangan..

p/s : hehe sekali aku bertepuk sebelah tangan, tapi orang yg bertepuk sebelah tangan kerana aku ramai giler...kesian kat dia orang...bukan salah aku..mungkin dah takdir aku ini bukan milik dia orang..

Pertandingan Bowling

Ahaks... Semalam AGIKO buat pertandingan Bowling.. So aku pun sama sama lah memeriahkan walaupun tak pandai main.. Hehe dan aku sponser 3 orang malam tu.. Abg aku, shila dan juga Sorang senior aku tu. Puas juga aku memujuk dia suruh join sama. Dia datang dengan family dia sekali.

Hehehe tak sangka lak senior aku tu dapat tempat kedua. Ahaks. Dapat lah hadiah. Dan aku dan yg lain dapat lah piala. Walau macam mana pun seronok lah permainan malam tadi. Sambutan amat memuaskan. Lebih 20 orang ahli AGIKO join sama. Dan muka2 dia orang semua macam biasa ajer aku tengok, tapi nama aku tak tahu..heheh..bertuahnya junior kan kan.

p/s : kalau dikumpulkan semua bekas2 pelajar korea mesti best kan..tapi entah bila agaknya tercapai hajat ini..
Saturday, August 20, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Fahamilah...

malam terus berlalu
meninggalkan segala perasaan
yang bertahta dalam naluri
bersama sayupnya cengkerik
membuai segala rasa
membuahkan keperitan jiwa
siapa yang mengerti...

Lalu hukum malam menetapkan
pengertian yang tak siapa dapat menerimanyan
amun itu lah dia...
berlalunya terang dan kegelapan akan berkuasa
dan kita hanya mampu
menerimanya walaupun pahit
terpaksa kita lalui..

Fahamilah..mengertilah..selesaikanlah
seandainyaianya sentiasa menguasai diri...
p/s : semoga dia paham apa maksud aku...

Biarkan Soalan Berlalu

Pagi pagi dapat email dari someone..aku tengah cuba memahami maksud kata kata dia ni. Em dia ni memang kalau ada someting yang ganggu pikiran dia mesti dia hantar message or puisi pada aku untuk luahkan perasaan tak puas hati dia pada aku...hampehhh....

Biarkan Soalan Berlalu

Di bawah sinar neon menghirup suasana malam
Ku hindarkan kebingitan cengkerik seketika
Melayar pemikiran mengikut rasa
Sesekali di datangi seribu kenangan

Cuba ku satukan sebingitan kota
Cuba ku tenggelamkan jeritan hati
Dengan kekeliruan naluri yang tidak kententuan
Memikirkan sejenak peristiwa malam
Sesekali di himpit seribu kebingungan

Malam berlabuh mengikut ketetapan
Memperdulikan ketenangan dan kebingitan hati
Cuba ku tidurkan hati dan perasaan
Tak mampu ku galaskan semua ini

Keletihan benak di sambut fajar menyinsing
Tiada jawaban soalan semalam
Ku biarkan arus masa melayar jeritan hati
Mungkin akan lenyap di bawa hembusan
Biarkan ianya berlalu
Mencari jawaban semalam
p/s : kenapa nak menagih kasih pada yang lain sedangkan diri sendiri sudah dimiliki?..aku tak paham...
Friday, August 19, 2005 Image hosted by Photobucket.com

KacaU

Malam tadi balik rumah, kemas sikit sikit dan layan tv. Biasalah AXN lah apa lagi. Em Layan citer Lost.. peh tak sabar tul nak tahu penghujung citer ni.

Dah tu malam kul 11 dah siap siap nak tidur.

Dapat call. Tengok no. Ya Allah, buang tebiat agaknya orang tua ni..

"i teringat kat u, boleh i call u malam2 mcm ni?"

Ya allah sabarkan ajer lah sarjan trafic ni. Tengok keadaan lah. Malam buta macam ni call aku buat apa. Ni yang letih nak layan orang2 mcm ni. Selalu salah angap bila kita layan dia orang baik2.

Alah lelaki, yg kita tak layan baik2 pun sama juga. Masih dok cuba walaupun tahu kita dah tak suka. Tak tahu ah nak cakap..

p/s : takut tul dengan lelaki2 yang dah kawin ni. Apa lah dia orang nak dengan orang perempuan ek? sedar2 lah pak cik2 oi...
Thursday, August 18, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Loan Rumah Lulus?

Hari ni rasa macam seronok sangat. Tak lah sangat2 tapi seronok lah juga.

Tadi dapat call dari Pemaju rumah, loan rumah telah lulus dua hari lepas. Dia suruh aku sign document dari bank dan high purchase. Hehe tak sabar aku. rasa best sangat. Aku ingatkan tak lulus pasa sebelum ni aku ada masalah kredit card. Tapi dah settle semuanya.

Dan sekarang semuanya dah ok. Ahamdulilah aku dah dapat beli rumah. Semoga mak aku happy dengan berita ini. Sebab itu ajer yang dia harapkan dari aku buat masa ni. Ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, ada simpanan sendiri dan ada kerjaya sendiri. Hidup jangan bergantung pada orang lelaki. So lepas ni baru lah boleh pasal kawin. Em..

Sebut pasal kawin.. ada ker orang nakkan aku kalau umur dah lanjut ni ek?

p/s : kadang takut juga, takut tak terbayar hutang umah pulak... Rumah siap tahun depan bulan 12. Hehe kongsi dengan abg aku. Rumah nya besar ah juga.. Dan alhamdulilah selesa hendaknya..

Saman Laju?

Semalam...

"kak su, saya dah balik?"
'aik kejap nya kamu ambil test?'
"test apa, tak dapat ambil pasal tak bayar saman"
'ahaks padan pun'

Lepas perbualan tu aku terus buka web rileks service, nak check kereta aku ada saman ker tak?.. Huk..tak mungkin..tak percaya..aku cuba sekali lagi.. Memang betul..Sah kereta aku ada saman laju..RM150.00. Pulak dah.. Terasa macam nak mengamuk gitu.

Aku terus call Sarjan Trafic yang aku kenal,

"macam mana ni, saya tak pernah bawa kereta saya keluar dari seremban tau, tiba tiba ada saman, waktu kerja lak tu, saya ada bukti saya kat kat office waktu saman ni tau"

'sabar, mungkin abg u kot'

"tak mungkin, abg saya ada kereta dia sendiri buat apa dia nak bawa kereta saya"

'boss u kot"

"boss saya ada kereta dia sendiri, tak kan dia bawa kereta saya waktu kerja kot. Kalau ada pun tak kan dia bawa keluar dari seremban"

'macam ni ah, esok u datang office i, kita chek betul tak kereta u yangkena sama tu'

"ok"

Aku serba tak kena. Ya lah bulan depan dah kena renew kan road tax, tup tup check ada saman, mana tak gelabah aku dibuatnya.

Aku dok termenung kejap. Aku teringat. Ada satu hari tu boss aku pinjam kereta aku, dah tu dia bagi aku RM50.00 duit minyak.

Aku tanya baik baik dengan boss aku

"Mr Jang, tanya jangan marah ya, dulu Mr Jang pinjam kereta saya Mr Jang pi mana ek?"
'em pi mana ek lupa lah'
"Mr Jang pi KL ek pagi tu"
'Ah betul lah, masa tu nak relase kan tension'
"patut pun" aku hampir terjerit
'kenapa?'
"kereta saya kena saman, puku 11.00 pagi. Waktu kerja."
'ya ker, sorry lah'
"saya siap telepon polis lagi tau, marah2 dia orang, esok pagi nak pi check betul ker tak saman tu kereta saya"
'tak yah check lah, memang i yg bawa, miss su pi minta discount ajer key, saya bayar nanti'

Aku senyum...

Dan tadi aku pi balai polis kat seremban dua. Malu juga aku, ya lah marah2 last last memang betul kereta aku kena saman. Sarjan tu senyum ajer dengan aku. So aku pun settlekan saman tu, setelah boss aku bagi aku duit saman tu..

Ahahahah... malu tak terkata.. tapi seronok juga kalau ada member kat dalam tu.. senang berurusan..

p/s : Nasib baik Mr Jang nak bayar saman tu, kalau tak payah aku dok nak cari duit bayar saman..
Tuesday, August 16, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Kesepian

Sejak sejak ni aku asyik bermimpi dengan semua kenangan yang lalu.. Semua orang orang yang pernah hadir dalam hidup aku hadir dalam mimpi aku. Kenapa? Adakah aku kerinduan? Atau aku sedang bermanalog dengan perasaan aku sendiri..yang aku kesepian?.. Ahh..

Aku rindu.. aku rindu pada semua kenangan itu.. masih bisa kah aku mengulangi setiap apa yang aku lakukan suatu masa dulu. Dapat kah aku menikmatinya semula. Atau ianya sudah berakhir untuk diri aku.

Aku..aku..aku kesepian...
Monday, August 15, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Anak Kucing & Baby....

Hari Sabtu habis kerja aku pi cuci rambut kat kedai. Amoi tu massage belakang aku sekali. Sedapnya rasa. Kalau tengah stress buat macam tu memang best ah.

Dalam ku 3 aku sampai rumah, terus angkat barang ke dalam kereta. Dan kami pun bertolak untuk balik kampung. Ingatkan abg aku tak nak ikut sama. Hehehe.. manja sungguh. SO sampai kat Kluang dalam kul 5 petang. Singgah rumah kakak aku yang kedua. Em dia dah sediakan Nasi AMBENG. hehe kegemaran aku. Satu bungkus setengah aku makan. Lepas tu terus tak larat dah. Dalam kul 6.30ptg kita orang pun bertolak ke rumah kakak aku yang pertama pulak. Magrib sampai kat rumah dia. Lah kesiannya kakak aku. Dia keguguran. Nampak kurus sangat badan dia. Mak aku tolong urutkan dia. Aku lak tolong membasuh anak2 dia dengan ayat2 pengajaran. Mana tak, terlalu manja sampai kurang ajar dengan mak dia.

Dah tu dalam kul 9 kita orang pun bertolak ke kota tinggi. AKu dah tak larat nak mandu, suruh abg aku pandu, dan aku kat belakang baring sambil diulik oleh mak aku. Ahaks. Sampai kat rumah aku dalam kul 10 malam, terus kejar anak kucing. Tak jumpa lak anak kucing tu, entah mana lah si kontot nyorokkan anak kucing tu. Abg aku cari bawah katil, belakang tv, hehe akhirnya jumpa. Mak aikk keciknya, tak ada bulu lagi, dan mata tak buka lagi. Hehe macam tikus ajer.

So malam tidur...

Bangun pagi mak aku dok sibuk buat sarapan. Pagi ada sesi membersihkan kawasan rumah. Abg aku dok tebang pokok rambutan dan aku menebas. Peh letih giler, berpeluh2 aku dibuatnya. Tengahari dok makan udang goreng. Jiran aku baru balik dari laut. Udang segar gitu.

Petang dalam kul 3 aku dgn abg aku bertolak untuk balik seremban. Singgah kota tinggi kejap dok beli accesory kereta. Gantikan sticker pintu, pasang lampu biru, dan juga stikcer cermin belakang. Habis jugu duit aku RM50.00 hehe..

Abg aku drive sampai tol ayer itam, aku lak drive kat highway. Em kali ni aku buat kerja giler. Drive sampai kelajuan 150km/j. giler giler.. ni pasal nak berlumba dengan kereta askar punya pasal lah . tak silap aku no plat dia ZD 6954.. gitu lah agaknya.. mula sama2 laju, tapi last last aku kehilangan kereta tu masa sampai kat pedas.. emm jalan jam masa tu.. tak best tul..

Sampai senawang kul 7. Singgah pasar malam kejap. Balik rumah dan layan tvvv...
p/s : abg aku jadi orang bujang..hehe bini dgn anak kat kg. Ingatkan tak sayang anak dgn bini dia, aku suruh jijah dok sebulan kat kampung, dia tak benarkan.. rindu katanya..blahh lah time depan mata marah2, buat tak tahu, bila berjauhan baru nak kat rindu ah itu lah ini lah.. itu lah lelaki agaknya...
Tuesday, August 09, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Berlalu sudah..

Lama nya aku tak menaip kat sini, Alhamudulilah aku sihat, dan selesa sekarang, almaklum mak aku tinggal dengan aku, segala2nya teratur dibuatnya.

Hari ahad tempoh hari aku pergi UiTM, ada minggu suaikenal dengan junior2 yang akan berangkat ke korea akhir bulan ni, aku kasi lah advise sikit2 kat dia orang. Semua sekali ada 87 orang dan di beri kumpulan 10 orang setiap kumpulan untuk bertanya apa sahaja tentang korea pada bekas2 pelajar. Heheh senior yang datang semuanya senior2 belaka. Group aku hanya aku , loo dan surach ajer yang ada. Entah sejak2 ni kerap betul bertemu dengan loo lah..Ahaks..

Lepas acara tu aku terus minta diri dulu, pergi ke KLCC.. jalan2 cari makan. Em kali ni aku makan kat KELANTAN DELIGHT. Ahaks mahal giler. harga sampai RM85.00. Em kalau makan kat luar boleh makan dekat 8 orang kat restauran biasa.

Dah tu malam balik rumah. Macam biasa kacau baby sampai nangis dan aku pun masuk tidur. Kesian mak dgn bapak budak tu, terpaksa pujuk baby kasi diam dan tidur semula.

Dan aku kat bilik mak aku ulik ahahaha..anak manja..

p/s : kucing aku kat kampung dah beranak. Ada tiga ekor anak. Hari ahad ni nak balik kampung nak bawa balik sini lah anak kucing tu. Harap2 mata biru macam mana nina... dan slim macam si kontot..ahaks..cute...
Wednesday, August 03, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Baby..Baby..Baby..

Penantian buat Jijah dan Sukor dah tamat, dan begitu juga aku.

Semalam kul 9 pagi Jijah minta hantar dia ke hospital, Dah tu aku tolong daftarkan, tunggu punya tunggu sampai kul 10 lebih tak settle, aku panggil sukor suruh settlekan hal jijah, aku lak masuk kerja semula. Em kul 12.30 tengahari jijah dah bersalin dapat anak perempuan. Gembira aku mendengarnya.

Habis kerja kul 5.30ptg habis kerja aku dgn shila terus pergi hospital, tengok jijah tengah susukan babynya. Dah tu aku dukung baby tu. Comelnya.. Tak tahu ikut muka siapa. Tapi yang aku pasti mata baby tu mcm mata Jijah.

Aku orang pertama yg salinkan lampin dia, baby berak dan kencing. Terus beritahu nurse. So Nurse check baby dan Jijah, dan dia boleh balik. Terkejut juga aku, aik kejapnya, Mungkin pasal baby dan ibu sihat tu yg boleh balik awal.

Sampai rumah kul 8 malam. Aku suruh Jijah dgn Baby lepak kat ruang tamu. AKu salinkan lampin dan juga bendung dia. Dah tu aku suruh jijah susukan baby. Aku keluar kejap pi makan. Dalam kul 9 sampai rumah baby tengah menangis. Lah kesiannya. AKu pegang kejap dan dodoikan. Sambil borak2 dengan baby. Bila dah tidur aku letak kat tilam baby aku lak layan tv. dalam kul 12 aku pun tidur. Masa tu baby dah tidur.

Dalam kul 3 pagi dengar baby menangis, aku tunggu dan tunggu tak berhenti juga. So aku bangun dan aku tengok dia orang. Em Jijah tak tahu nak buat apa. AKu tengok kain lampin dia. Salinkan kain lampin. Dan tu bendung baby dan kasi jijah suruh susukan dia. Jijah! Jijah! nak susukan anak pun tak pandai lagi. Aku ajar cara pegang yang betul. Baby menyusu dan lelap. AKu lak masuk tidur semula.

Pukul 5 pagi terdengar lagi baby menangis. Aku bangun dan terus keluar. Tengok muka baby tu dah merah giler. Aku tegur abg aku, baby sampai muka merah dia biarkan ajer. Abg aku jawab dia tak tahu nak buat apa. Budak tu ada asma katanya. Giler apa. Aku halau dia dari situ aku terus pegang baby tu dan tengok lampin dia. Salin lampin, bendung semula dan aku dodoi baby tu. Cakap2 sikit dgn baby tu, dan baby tu pun tidur semula. Lama juga aku dodoi, dah tu aku letak semula kat tilam dia. Aku cakap dgn jijah, dia kena belai baby tu, dodoi dia sampai dia tenang, jangan biarkan menangis ajer.

Aku masuk tidur semula. Jam bunyi kul 6 pagi. Baby tak nangis lagi. Aku pun bangun dan bersiap nak ke tempat kerja. Sebelum aku keluar aku tengok baby juga, aku cakap dgn jijah yang suruh dia lap baby dgn air suam panas, dan tukar baju baby tu. Suruh dia beri cahaya matahari dalam ku 8 pagi nanti. Entah lah jijah macam mana nak jadi mak kalau macam tu..

dan sekarnag aku kat office risaukan baby tu. Mak aku lak sampai hari ni..Lambatnya...

sambungan TAHUN 2005 YANG GEMPAR

Em kau orang ada terbaca tak tika punya topic TAHUN 2005 YANG MENGEMPARKAN, dan dalam catatan tu ada tercatit tentang perkara kat bawah ni ;

PERISTIWA YANG PERLU KITA DIPERHATIKAN
>Kematian Raja Fadh
>Suara kuat dalam bulan Ramadhan
>Gerhana matahari di bulan Ramadhan
>Gerhana bulan di bulan Ramadhan Komet atau sebagainya ( letupan super volcano?) yang membawa kebinasaan di USA
>Huru hara dalam bulan Syawal ( peperangan) Peperangan dalam bulan Zulkaedah
>Pada bulan Haji ada pertumpahan darah di Jamrah


Dan kalau kau orang tengok berita malam tadi berita tentang kematian Raja Fadh.

Memang tika tahu ini semuanya secara kebetulan..dan kadang kebetulan ni boleh membuatkan kita berpikir sejenak kan?



Upacara semadi Raja Fahd sederhana

RIYADH 2 Ogos - Bekas pemerintah Arab Saudi, Raja Fahd Abdul Aziz al-Saud yang meninggal dunia semalam dikebumikan dalam upacara sederhana seiring dengan tradisi negara itu lewat petang ini.

Perjalanan terakhir Raja Fahd bermula di Hospital Pakar Raja Faisal dan berakhir di perkuburan awam di tengah Riyadh.

Jenazah Raja Fahd yang ditutup menggunakan `abaya', sejenis jubah tradisi Arab kemudiannya diusung ke Masjid Imam Turki bin Abdullah untuk sembahyang solat jenazah yang berlangsung sekitar 3.30 petang waktu tempatan (8.30 malam di Malaysia).

Mufti Utama Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh mengetuai sembahyang solat jenazah.
Selepas selesainya sembahyang solat jenazah, jenazah Raja Fahd diusung ke tanah perkuburan Al-Od yang terletak kira-kira dua kilometer dari Riyadh untuk disemadikan.

Tanah perkuburan Al-Od merupakan lokasi empat bekas pemerintah Arab Saudi sebelum ini disemadikan.

Upacara pengkebumian Fahd turut disertai pemimpin-pemimpin dari seluruh dunia.
Rakyat awam turut mengambil bahagian dalam upacara pengkebumian dalam suasana yang sederhana tanpa sebarang laungan slogan ataupun mengibarkan bendera.

Tetamu-tetamu kenamaan dan pemimpin dari negara Arab termasuk Presiden Pakistan, Pervez Musharraf; Presiden Syria, Bashar Al-Assad; Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dan pemerintah Jordan, Raja Abdullah II menghadiri upacara pengkebumian tersebut.
Dalam pada itu, pemimpin negara bukan Islam termasuk waris takhta Britain, Putera Charles dan Presiden Perancis, Jacques Chirac; Naib Presiden Amerika, Dick Cheney dijangka memberikan penghormatan mereka esok. - AFP




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.