Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Thursday, November 24, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Tahi lalat Hidup?

Aku tengah kehairanan.

Kat belakang badan aku ni, ada tahi lalat hidup sebesar 20sen. Dan kat bawah lutut pun ada satu. Selama ni benda tu memang hidup dan berbonjol. Aku pun tak pernah ambil port.

Dan malam tadi, masa mak aku ulik aku, mak aku cakap,
"kau punya tanda kat belakang ni dah hilang, tinggal warna hitam ajer"

Terkejut aku. Cepat cepat aku tengok lutut aku. Huk hilang juga. Ke mana benda alah itu. Dulu masa aku pergi berubat, orang tu kata itu ada lah saka Black Window. Kalau nak buang kena ada cara. La ni benda alah tu aku tak buang ianya hilang sendiri. Adakah maknanya SAKA tu dah hilang begitu sahaja. Atau aku dah lepas dari sumpahan sesorang?..

p/s : adakah kerana makan ubat kesihatan benda alah itu boleh hilang?.. confuse...confuse..

"Maaf Kan Aku"

Aku tahu aku berdosa. Sepatutnya aku tak boleh buat begitu. Tentu hatinya terluka. Tentu Dia merana dengan perasaan yg pedih. Tapi aku terpaksa buat. Aku terpaksa.

Memang aku akui yang aku sayang sangat kat dia. Aku cintakan dia. Tapi aku bohong. Aku bohong diri aku sendiri. Aku bohong mak aku. Aku bohong DIA. Siapa tak sayang kalau orang dah sayang kita. Kalau orang dah jaga kita cukup baik. Ah memang dia dah cukup perfect untuk aku. Cuma satu sahaja dia "SUami Orang". Kerana itu aku tolak dia bulat bulat.

Dan tadi tengahari terjadi satu tragidi.

Masa makan tengahari seronok, Dia nampak gembira sangat. Masa nak balik office dia tanya aku "Kenyang?" aku angguk. "Abg lak?" "Kenyang sangat pasal makan dengan Ayang". Aku senyum. Aku tahu itu jawapan yg akan dia bagi aku.

Aku cakap, aku ada sesuatu nak cakap pada dia. Benda ni aku pikir dah dua tiga hari ni. DAn aku beranikan diri untuk bagi tahu dia.

"Hari ahad tu hari, saya tak pergi open house pun kat rumah kawan kawan. Saya duk kat rumah sahaja"

' dah tu ?'

"ada orang datang sekeluarga."

DIA diam. Air muka dia terus berubah. Ada sesuatu terus menangkap kat kepala dia.
'Siapa dia?'

"Syam"

DIA terus menjerit. Seperti kena histeria. Dia menangis dan meraung. Aku hendak tergelak. Tapi aku tahan. DIA diam. Aku ingatkan dah reda. Tiba tiba dia menjerit sekuat hati.

'AKU sayang KAU. AKU tak mahu orang lain milik kau'

"Dengar sini, SAya bukan milik awak yang sah. Dan awak pun tak boleh nak terima saya menjadi isteri awak yang sah., SO nak suruh saya tunggu apa lagi?"

' Tapi kau juga yang tak leh terima anak aku, jadi lah isteri ke dua aku'

"Aku tak mahu, dah please hantar aku balik office. Aku nak kerja"

Lama dia diamkan diri. Jam dah hampir pukul 1.30ptg. Risau betul. Pelan pelan dia hidupkan enjin kereta, dan hantar aku. Tapi dia still menangis sambil merunggut. AKu sayang kau. Aku tak nak kehilangan kau. Aku nak mati. Biar aku mampus. Itu lah ayat2 yg dia keluarkan sambil menangis. SAmpai satu trafic light tu dia mula mula nak berhenti pasal lampu merah. Bila nampak lori jalan dia terus gerakkan kereta. Hampir accident. Marah betul pemandu lorri. Aku menjerit. Dia still tak dengar cakap aku. Dia bawa kereta laju laju. Lepaskan rasa tak puas hati. Aku hampir menangis.

Akhirnya dia cakap dgn aku..

'Please cari orang lain. Kau tak akan bahagia dengan syam. Dia hanya nak mempermainkan kau.'

"Habis tu tak ada orang lain yg nak nikah dgn saya, tak kan saya nak suruh lelaki minang saya, kalau dah syam yg masuk minang dulu saya terima lah"

'Kau tak akan bahagia dgn dia. Aku berani sumpah. Kau akan cerai berai dengan dia'

"abg kalau abg sayang saya, please lepaskan saya"

Sebelum aku turun dari kereta dia aku pesan kat dia
"Please jaga diri abg, jadi lah orang yg matang, bersabar key"

DIa terus hilang dari pandangan mata aku. Dan bila aku cuba contact dia "NO YANG ANDA DAIL TELAH DIBERHENTIKAN PERKHIDMATANNYA" aik hairannya dalam sekelip mata No dia dah tak boleh guna.

Salahkah apa yang aku buat?..Salah kah aku menipu dia. Kalau ikutkan hati dan perasaan aku, memang aku nak terima dia jadi suami aku. TApi bila dipikirkan keadaan sekeliling aku tak boleh terima dia.

Memang yang akan berkahwin aku dgn dia, Tapi bagai mana aku nak lalui dan hadapi, ISTERI DIA, ANAK2 DIA, ADIK BERADIK DIA, MAK AYAH DIA, KELUARGA DIA, KAWAN2 DIA, MAK AKU, PAK CIK AKU, ADIK BERADIK AKU, SEDARA MARA AKU, KAWAN2 AKU. Aku tak sanggup. Biarlah aku merana sekarang dari pada aku merana kemudian hari.

"Maafkan ayang abang. Lepaskan lah ayang. Hanya itu permintaan ayang"

p/s : Dulu masa putus dgn faisal pun aku guna reason yang sama. Aku dah bertunang. Dan aku berjaya yakinkan Faisal untuk lepaskan aku. Dan moga moga kali ini pun aku berjaya juga. Ya Allah Bantulah HambaMu ini.
Monday, November 21, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Peningnya Pala Aku

Hari Sabtu sepatutnya balik kerja kul 4.30ptg. Mr Lee minta balik awal, lepas Lunch dia terus tak datang. Aku balik rumah dan makan maggie. Sampai Office entah napa pala dan mata aku rasa berat sangat. Tak larat nak berpikir dan bekerja langsung. So dengan kuasa yang aku ada, aku panggil Faizah dan beri arahan, suruh semua stop kerja kul 3.00ptg dan cleaning dan balik awal. Ahaks. Tak amanah aku. So balik rumah aku terus lepak kat rumah. Tak larat sangat. Perasaan malas tu menguasai diri aku. Mak aku geleng pala ajer tengok aku.

Malam tak bergerak langsung. Lepak dan lepak. Kul 10.30mlm, aku, abg aku, jijah dgn Non keluar pi terminal One dan layan Puntianak Harum Sundal Malam 2. Ahaks..Layan hantu gitu walaupun aku ni sebenarnya bukan jenis berani. Kalau tengok hantu mesti malam mimpi hantu tu datang kacau aku. Habis wayang kul 1 lebih. Sampai rumah aku tak terus tidur, aku layan astro sampai aku tak ingat plot citer hantu tu. Kul 3 lebih baru aku tidur.

Pagi kul 6 dah bangun. Buat apa yg patut. Aku dok bersihkan kandang kucing. Bau taik kucing kuat giler. Lepas tu dalam ku 8 lebih aku lepak semula. Tertidur. Kul 10 mak aku kejut. Apa lah anak dara tidur matahari naik. Aku buat muka bodoh pi dapur dan buat sarapan. Buat nasi goreng ajer. Tengahari layan CSI ajer.

Petang dalam kul 2 bawa mak aku, jijah, non dan baby pi open house umah along. Kejap ajer lepak umah along. Lepas tu aku bawa dia orang pi umah mama aku. Mama buat open house. Sampai2 dia tak siap lagi. Mak aku kacau resepi dia. Buat roti jala. Dalam kul 4 aku nak minta diri. Sebelum tu sempat juga aku berbual dgn mama aku. Minta pendapat dia tentang kes polis tu. Mama aku tak sarankan aku cari peguam dulu. Tunggu, kalau mamat tu kacau aku lagi, buat laporan polis lagi lagi dan lagi. Kalau tak larat sangat dah call mama dan mama akan uruskan.

Aku balik dan hantar mak aku, lepas tu aku keluar kejap. Jumpa "DIA". Aku dah tekad, Dah tak larat. Aku cakap dgn dia, kalau dia kacau aku lagi aku akan bawa terus kes ni ke mahkamah, dan pasti dia akan hidup merana lepas ni. Dia menangis. Minta jangan tinggalkan dia. Aku tetap dgn keputusan aku. Lama dia mendiamkan diri. Dia meluahkan perasaan dia. Dia minta maaf. Dia merayu jangan tinggalkan dia.

Akhirnya aku yang menangis. Aku meraung. Aku minta satu ajer dgn dia, Balik lah pada keluarga dia, sayangi lah keluarga dia, isteri dia, anak2 dia. Dia cepat2 kesat air mata aku. DIa berjanji akan kembali pada isteri dia. Dia tak mahu tengok aku menangis. Aku cakap dgn dia, kalau sayang aku, kalau nak tengok aku bahagia, dia kena balik rumah dia, jumpa isteri dia, minta maaf dgn isteri dia dan anak2 dia, dan kembali bahagia dgn keluarga dia. Dia berjanji dgn aku. Dia menangis menalirkan air mata. Entah. Aku keliru sebenarnya. Tapi aku tetap pegang dgn keputusan aku.

So aku balik rumah dengan hati yang puas. Aku dah laksanakan apa yg patut. Malam dia tak ganggu aku. Dan aku pun tidur dengan nyenyak.

Tapi pagi ini? dia call aku lagi. Dia hantar sms merayu, rindu kan aku, tak sanggup nak hidup, tak mampu kalau tak dengar suara aku. Ahh aku boring. Dan pagi ni dua kali pekerja dia call aku. Citer yang boss dia 98% hampir lumpuh. Tak bergerak langsung. Tak berperasaan langsung. Dan entah. Aku cuma cakap. Tengok kan ajer lah dua tiga hari. Kalau dia hampir2 bunuh diri cepat cepat call Aku. Aku dah tak nak masuk campur urusan dia.

Dan petang ni, aku tengok sms ada 5 dan miss call ada 4. Dari DIA. Dan dia merayu suruh aku angkat call. Dia nak bercerita. Aku angkat dan aku dengar. Aku marah. Dan marah. Aku cakap selagi dia tak settle dgn keluarga dia aku tak mahu dengar apa apa dari dia.

Aku lagi ker yang bersalah dalam hal ini?..aku tak tahan ah...

p/s : Napa ek mata kanan aku sebelah bawah dah hampir 5 hari dok begerak2..
Saturday, November 19, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Saja ajer...

Terasa nak jawab soalan2 ni juga lah...

QUESTION 1 : SEVEN things I plan to do before I die

1 - Nak pi Umrah dengan mak dan kalau boleh pi Haji dgn Mak.
2 - Nak Ada Keluarga Sendiri.
3 - Nak ada bisnes Sendiri..Kalau boleh Menternak haiwan lah..Tapi tak tahu lah ek.
4 - Nak Jejakkan Kaki kat Paris .. Tapi ada rusuhan tukar lah ke New Zeland.
5 - Kalau boleh nak pandu keta sport Porsche walaupun keta pinjam hehehe...
6 - Nak buat kandang kucing dan bela kucing banyak2..
7 - Nak jumpa somebody buat kedua kali, sebab selama kenal dia hampir 3 thn aku hanya jumpa dia 15 minit ajer.


Question 2 : SEVEN celebrity crushes..

1 - Tom Cruise ~ mungkin dia ni hesem sangat kot
2 - Daniel Radcliffe ~ tengok dia ni makin remaja makin hesem lak..
3 - Kiefer Sutherland ~ mesti tak pernah dengar nama dia kan..Pelakon drama 24...
4 - David Caruso ~ slow mation ajer mamat ni..


Question 3 : SEVEN often repeated words..

1 - Sabar Saja
2 - Ya lah tu
3 - Kan degil kan
4 - Betul Tak?
5 - Bosan lah..
6 - kan saya dah katakan
7 - Kenapa tak caya?



Question 4 : SEVEN traits I look for in the opposite sex..

1 - Suka memujuk - tika kuat merajuk
2 - Pandai sesuaikan diri dalam apa keadan sekalipun
3 - Tak mendesak
4 - Cool tapi jangan terlalu pendiam
5 - simple dari segi pakaian
6 - Menghormati perempuan tak kira siapa sahaja
7 - Dia benar2 lelaki.hahaha..

Question 5 : SEVEN people this tags goes to ….

1 - arzziez
2 - Boy
3 - Min
4 - 2054
5 - leen
6 - Diana
7 - ?#$@%
Friday, November 18, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Mereka Yang Diperkata

Ahaks..Hairan aku..Sunggu hairan. Dia orang macam tahu tahu ajer yang aku kutuk dia orang dalam blog aku ni.

Kisah Si Faisal...
Hari Rabu petang dia call aku. Dia minta maaf dengan aku. Katanya bukan niat dia nak tanyang awek dia pada aku masa dia datang Open House rumah aku. Dia malu so tu yang dia bawa kawan. AKu gelak dan terus gelak. Member minta maaf dan maaf lagi. Aku cuma pesan satu ajer, "Awak kalau awak betul suka dia pun, saya tak leh buat apa apa pun, cuma nasihat saya kalau niat awak betul, so buat lah cara yang betul bukan cara menipu key" Aku terus letak phone. Boleh gitu.

Kisah si Harman,
Malam tadi dia call aku. Terkejut juga ada dapat call dia. Aku just mendengar ajer, member ucap selamat hari raya lah, nak jumpa lah, last last aku gelak. Aku cakap yg aku ada dapat kad jemputan dia. Member terdiam. Dah tu member pun cakap

"Dulu saya nak awak, saya nak minang awak, tapi awak diamkan diri tak kasi jawapan, so saya cuba yg lain, member terima so kami teruskan lah."

"Awak, kalau masa awak jumpa saya tu memang awak dah ada dia, tak payah lah awak nak tipu saya"

"saya cakap benar, memang masa saya jumpa awak saya single, saya harapkan awak, tapi ada tak kasi respon pada saya"

Aku gelak..."tak apa lah tak ada jodoh antara kita"

"memang antara kita tak ada jodoh tu yg tak menjadikan sayang"

Aku gelak dan terus letak phone....


p/s : aku tak paham dan masih tak paham...
Wednesday, November 16, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Lelaki Bernama "Harman"

Entah kenapa lah hari ni terasa nak cerita pasal mereka-mereka ini.

Balik dari putrajaya tadi aku collect surat kat peti surat office. Datang dari public bank. Hairan juga. Buka buka tengok kad jemputan kawin. Aku gelak sorang. Ahahahaha..Lelaki...

Aku kenal dgn Harman ni dua tahun lepas. Tu pun diperkenalkan oleh salah sorang kawan insurance aku. Dia kata Harman ni pemalu. Dan masih single. Dan masih tak ada mak we. So aku pun kawan lah dgn dia. Sekali jumpa tu member terus minat kat aku.

Aku tak layan sangat. Just bila ada free atau teringat kat dia baru aku contact dia. Tapi yg hairannya setiap kali call aku, dia akan panggil "sayang".. dan perkataan rindu tu macam normal pada dia. Aku lak bila dia cakap macam tu aku akan gelak dan terus gelak. Dan cepat cepat aku akan letak phone. Tak nak layan sangat perasaan dia. Takut...

Aku pun tak menaruh harapan kat dia. Cuma nak tengok sejauh mana lah kebenaran kata kata sayang dia kat aku...

Dan hari ini terbukti...yg dia hanya nak lepaskan kesepian dia kat aku...

p/s : tahniah kat dia..semoga berbahagia hendaknya..

Lelaki Bernama "Faisal"

Terasa nak bercerita tentang mamat ini lah. Entah aku terasa sikit dengan tindakkan yg dia buat sekarang ni.

Satu masa dulu aku hampir hampir berkahwin dgn FAISAL, dah bawa dia jumpa mak dan pak tam aku lagi. Dan mereka pun dah setuju andai itu pilihan aku. DAn FAISAL pun berya ya rancang nak pi masuk minang, bertunang 6 bulan ajer katanya. Aku nak bantu kewangan sikit, tapi katanya dia boleh uruskan sendiri. Dia mampu katanya, cuma yg penting dia kena kerja kuat sikit.

Waa bila dah macam tu aku pun, terasa happy lah sesangat, sebab lelaki tu betul betul nak berusaha sendiri untuk dapatkan aku. Seminggu sebelum FAISAL dgn family dia nak datang rumah aku, aku dapat call dari kawan FAISAL. DIa menceritakan segala galanya tentang FAISAL. Rupa rupanya si FAISAL ni dah ada isteri dan dua orang anak.

Puas aku paksa FAISAL mengaku, tapi still tak ngaku. Dan akhir sekali dia kata dia nak balik. Dia letih. Aku dengan kerasnya tak benarkan dia balik selagi dia tak mengaku.
Malam makin lewat, jam dah pukul 3 pagi, FAISAL stil tak mengaku. AKu tetap berkeras.

Akhirnya FAISAL mengaku. DAn dia mula buat kisah sedih. Buat citer simpati. Mula mengeluarkan kata-kata nista memburukkan isteri dia. Dan aku terus tersenyum. AKu minta dia hantar aku balik. Satu ajer pesan aku kat dia "Awak balik lah, jaga lah isteri awak baik-baik. Sejahat2 isteri awak, tanggungjawab awak untuk jadikan dia baik. Dan kita tetap bekawan cuma tidak lebih sebagai kawan"

Lepas tu aku terus tak contact dia. Cuma dia yg tak boleh terima keadaan itu. Namun bila masa berlalu mungkin dia dah boleh terima keadaan itu. Dia pun dah tak ganggu aku. Cuma sesekali bila ada hal tentang shipment dari korea baru kami berhubung. Dan dia masih lagi mengharapkan rindu aku untuk dia. Dan aku hanya gelak dan terus gelak.

Hari sabtu tempoh hari aku buat open house. Aku pelawa FAISAL datang. Tak sangka juga dia datang open house kat rumah aku. Dan yang menariknya ada seorang perempuan dengan dia. Tak pakai tudung, pakai baju kebaya, cantik, manja dan lemah lembut. Aku tanya Faisal siapa dia, awek ker? Faisal jawab, kawan tempat kerja.

Tengah makan aku cuba berbual dgn awek dia pulak,
"Dah lama kerja kat situ? "'baru ajer' dengan senyuman mengoda.
"kerja bahagian mana? import ker export?"dia terdiam.
"citer ajer, saya tahu serba sedikit tentang tempat awak kerja tu"'tak lah saya tak kerja situ, kami kawan ajer.'

Ahahahaha aku tergelak.. depan mak aku depan FAISAL aku gelak macam tu. FAISAL tesedak. Malu mau. Hahahaha...Dah habis minum FAISAL minta diri. Disebab kan dia jauh kat port Klang aku benarkan lah dia balik awal.

Aku tengok dia orang naik kereta. Mesra. Cemburu?..ahahah tak mungkin. Malah aku berdoa agar perempuan tu tak kena macam aku, dan aku berdoa kalau niat FAISAL betul nak beristeri dua. moga menjadi kali ini. Dan pada aku FAISAL tu memang dah lama mati.
Pagi ni aku contact office faisal, bertanya pasal dia orang. Tak sangka semua orang tahu hal faizal dgn awek dia tu. DAn yang tak bestnya AWEK FAISAL itu adalah ISTERI orang. So apa maksud dia? Apa yg dia buat sekarang? Adakah benda yg lalu aku berulang kembali?..Itukah lelaki?..

p/s : Bersyukur aku pada Allah kerana menjauhkan dia dari aku Allahamdulilah Amin..
Tuesday, November 15, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Cite Pasal Raya


Terasa nak bercerita pulak pasal Raya Tahun ini.

AKu balik kampung pada 2hb Nov, tu pun singgah rumah kakak aku untuk ambil dia orang sekeluarga beraya bersama kat kampung. Aku hulur abg ipar aku duit raya. Sampai kat Kampung mak aku dah tidur. Katanya tak sihat. Seharian dok settlekan Anak Angkatnya yang meninggal kerana "santau". Kesian mak aku, dah lah dia tak sihat tapi dia kuatkan diri juga dok settlekan anak angkat indon dia.

So persiapan raya aku, kakak aku, wani dgn jijah lah buat. Masak2 semua aku yg dok buat. Hehe walaupun tak sedap hehe... So macam biasa pagi raya aku yg mulakan dulu bersalam salaman. Mulanya mak aku tak nak bangun pun dari baring dia, aku bangunkan dia dan terus bersalam dgn minta maaf dari dia. Aku hulur duit raya kat mak aku seperti biasa. Dan diikuti kakak, adik dan yg lain. Entah kenapa tahun ni aku tak menangis lak seperti dulu dulu..

Lepas bersalaman tu kita orang pun makan-makan. Marhaban abg aku dgn kakak aku ajer yg pergi, aku dgn adik aku dok siap siap kat rumah ajer. Petang lepak-lepak kat rumah dgn keluarga ajer.

Hari raya kedua baru lah aku bawa dia orang berjalan2 ke rumah sedara mara kat johor bahru. Letih giler...

Hari raya ke tiga, bapa tiri aku datang rumah. Salah pulak "bekas Bapa tiri" aku datang bawa anak perempuan dia. Aku kasi lah juga duit raya kat dia. Tapi tak lah sebanyak yg aku bagi pada yang lain..hehe... dah tu aku dgn adik aku hantar "Bekas Bapa tiri" aku balik rumah dia kat desa cermelang. Hehe jumpa lah juga Isteri Bekas bapa tiri aku tu. Mak aku lagi cantik dari bini dia sekarang.. ahah..tak paham aku..

Masa balik dalam kereta sempat aku kutuk "Bekas bapa tiri" aku dgn adik aku. Masa dengan mak aku, makan tanggung, tempat tinggal mewah, motor free, rokok bini kasi, segala2nya bini tanggung, dia pi buat hal..laa ni baru tahu macam mana hidup ni susah senang..tinggal dalam kontena ajer dgn bilik air pun berkongsi dgn orang lain. Mungkin ini lah balasan Tuhan pada dia bila dia mempermainkan dan mempergunakan orang lain untuk kesenangan diri dia sendiri. Tuhan tu Maha Adil..

So hari raya keempat aku pun bawa mak aku beraya kat rumah kakak aku yg kedua. kakak yg ini tak pernah balik raya sejak kawin dgn laki dia yg ini. Bayangkan dah 10 tahun kawin tapi tak pernah jejak rumah mak aku kat kampung. Tak tahu ah aku lelaki jenis apa, betul betul merampas anak orang. Kakak aku ni ada anak yg kurang upaya dari segi "mental".

Masa raya semuanya ok, lepas aku nak balik tu, adik aku bawa anak sedara aku yg perempuan dengan niat nak shopping kat supermarket. Masa dah sampai kat supermarket tu aku nampak dalam kereta semua orang menangis. Teresak2. Hairan. Tak sangka dalam keluarga kakak aku ada hal seperti itu. Kenapa lah lelaki ni jahat, ikut nafsu, walaupun sedara sendiri sesuka hati sendiri ajer. Asalkan puas nafsu dia. Jahat..

Aku cakap dgn mak aku, aku nak bela anak sedara aku yg kurang upaya tu. Biar mak dia kata aku rampas anak dia, tapi itu lebih baik dari pada jadi mangsa nafsu TUK TIRI jantan tak guna tu. Aku hairan. Kenapa kakak aku tak ambil apa apa tindakan walaupun dia tahu hal itu.. Sedangkan satu masa dulu bila hal itu terjadi pada aku, dia berya ya minta cerai dgn laki dia, alasan tak sanggup biarkan maruah adik dia dirosakkan oleh laki dia, tapi hari ni bila anak dia pulak yg kena, dia tak sanggup pulak nak menegakkan kebenaran?..Entah apa yg ada pada Laki dia yg sekarang pun aku tak tahu...

Dan hari raya tahun ini berakhir dgn tragidi... Semoga aku dapat membela anak sedara aku itu, dan semoga masa depan dia lebih baik dgn aku.

p/s : mungkin ada hikmah diatas apa yg terjadi...

Nokia 6670



Setelah sekian lama aku mengidam kan HP ni akhirnya dapat juga aku pakai. Hehe aku tahu aku tak mampu, tapi apa salah nya kan sesekali pakai HP mahal ni kan.

Tak pandai sangat usha HP ni. Yang aku tahu guna telephone, set ringing dan alarm. Yang lain lain tak pandai. Mak aku lagi pandai dari aku rupanya bab bab HP ni. Hp aku yg lama aku kasi mak, dan hp mak aku dia kasi abg aku dan hp abg aku dia kasi jijah..hehe...begitu lah selalunya..

hehehe..
Saturday, November 12, 2005 Image hosted by Photobucket.com

AKHIRNYA AKU REPORT JUGA...

adoi sakit pala aku....

tepat jam 12.49tgh aku dapat message dari somebody buat ugutan terhadap aku. Dan tanpa pikir panjang aku terus pi balai polis seremban dan buat laporan polis di atas semua masalah aku yg membelenggu aku selama ini.

Dan sekarang member tu gelabah giler.. tak tahu nak buat apa..Salah kah aku buat macam tu?.. Biarlah aku bersalah, sekurang-kurangnya aku dah lega..ANything terjadi pada aku, polis boleh cari siapa punya angkara.

Tadi Polis tu cadangkan aku bawa kes ini ke mahkamah, minta perintah mahkamah untuk laki bini tu jauhkan diri dari aku, tapi aku pikirkan lagi. AKu kasi tempoh pada mereka untuk berfikir sejenak.

Dan kalau aku buat juga, aku pasti minah tu pasti tak kan lama duduk kat malaysia.. Bukan aku jahat, tapi dia yang buat aku jadi jahat..

p/s : Maafkan aku....sedih pada hari jadi aku benda ini semua terjadi..
Tuesday, November 01, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Untuk Semua

Selamat Hari Raya Untuk Semua,
Maaf Zahir Dan Batin.

Berhati hati di jalan raya....
Dari Tika




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.