Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Thursday, November 24, 2005 Image hosted by Photobucket.com

"Maaf Kan Aku"

Aku tahu aku berdosa. Sepatutnya aku tak boleh buat begitu. Tentu hatinya terluka. Tentu Dia merana dengan perasaan yg pedih. Tapi aku terpaksa buat. Aku terpaksa.

Memang aku akui yang aku sayang sangat kat dia. Aku cintakan dia. Tapi aku bohong. Aku bohong diri aku sendiri. Aku bohong mak aku. Aku bohong DIA. Siapa tak sayang kalau orang dah sayang kita. Kalau orang dah jaga kita cukup baik. Ah memang dia dah cukup perfect untuk aku. Cuma satu sahaja dia "SUami Orang". Kerana itu aku tolak dia bulat bulat.

Dan tadi tengahari terjadi satu tragidi.

Masa makan tengahari seronok, Dia nampak gembira sangat. Masa nak balik office dia tanya aku "Kenyang?" aku angguk. "Abg lak?" "Kenyang sangat pasal makan dengan Ayang". Aku senyum. Aku tahu itu jawapan yg akan dia bagi aku.

Aku cakap, aku ada sesuatu nak cakap pada dia. Benda ni aku pikir dah dua tiga hari ni. DAn aku beranikan diri untuk bagi tahu dia.

"Hari ahad tu hari, saya tak pergi open house pun kat rumah kawan kawan. Saya duk kat rumah sahaja"

' dah tu ?'

"ada orang datang sekeluarga."

DIA diam. Air muka dia terus berubah. Ada sesuatu terus menangkap kat kepala dia.
'Siapa dia?'

"Syam"

DIA terus menjerit. Seperti kena histeria. Dia menangis dan meraung. Aku hendak tergelak. Tapi aku tahan. DIA diam. Aku ingatkan dah reda. Tiba tiba dia menjerit sekuat hati.

'AKU sayang KAU. AKU tak mahu orang lain milik kau'

"Dengar sini, SAya bukan milik awak yang sah. Dan awak pun tak boleh nak terima saya menjadi isteri awak yang sah., SO nak suruh saya tunggu apa lagi?"

' Tapi kau juga yang tak leh terima anak aku, jadi lah isteri ke dua aku'

"Aku tak mahu, dah please hantar aku balik office. Aku nak kerja"

Lama dia diamkan diri. Jam dah hampir pukul 1.30ptg. Risau betul. Pelan pelan dia hidupkan enjin kereta, dan hantar aku. Tapi dia still menangis sambil merunggut. AKu sayang kau. Aku tak nak kehilangan kau. Aku nak mati. Biar aku mampus. Itu lah ayat2 yg dia keluarkan sambil menangis. SAmpai satu trafic light tu dia mula mula nak berhenti pasal lampu merah. Bila nampak lori jalan dia terus gerakkan kereta. Hampir accident. Marah betul pemandu lorri. Aku menjerit. Dia still tak dengar cakap aku. Dia bawa kereta laju laju. Lepaskan rasa tak puas hati. Aku hampir menangis.

Akhirnya dia cakap dgn aku..

'Please cari orang lain. Kau tak akan bahagia dengan syam. Dia hanya nak mempermainkan kau.'

"Habis tu tak ada orang lain yg nak nikah dgn saya, tak kan saya nak suruh lelaki minang saya, kalau dah syam yg masuk minang dulu saya terima lah"

'Kau tak akan bahagia dgn dia. Aku berani sumpah. Kau akan cerai berai dengan dia'

"abg kalau abg sayang saya, please lepaskan saya"

Sebelum aku turun dari kereta dia aku pesan kat dia
"Please jaga diri abg, jadi lah orang yg matang, bersabar key"

DIa terus hilang dari pandangan mata aku. Dan bila aku cuba contact dia "NO YANG ANDA DAIL TELAH DIBERHENTIKAN PERKHIDMATANNYA" aik hairannya dalam sekelip mata No dia dah tak boleh guna.

Salahkah apa yang aku buat?..Salah kah aku menipu dia. Kalau ikutkan hati dan perasaan aku, memang aku nak terima dia jadi suami aku. TApi bila dipikirkan keadaan sekeliling aku tak boleh terima dia.

Memang yang akan berkahwin aku dgn dia, Tapi bagai mana aku nak lalui dan hadapi, ISTERI DIA, ANAK2 DIA, ADIK BERADIK DIA, MAK AYAH DIA, KELUARGA DIA, KAWAN2 DIA, MAK AKU, PAK CIK AKU, ADIK BERADIK AKU, SEDARA MARA AKU, KAWAN2 AKU. Aku tak sanggup. Biarlah aku merana sekarang dari pada aku merana kemudian hari.

"Maafkan ayang abang. Lepaskan lah ayang. Hanya itu permintaan ayang"

p/s : Dulu masa putus dgn faisal pun aku guna reason yang sama. Aku dah bertunang. Dan aku berjaya yakinkan Faisal untuk lepaskan aku. Dan moga moga kali ini pun aku berjaya juga. Ya Allah Bantulah HambaMu ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.