Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Wednesday, November 16, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Lelaki Bernama "Faisal"

Terasa nak bercerita tentang mamat ini lah. Entah aku terasa sikit dengan tindakkan yg dia buat sekarang ni.

Satu masa dulu aku hampir hampir berkahwin dgn FAISAL, dah bawa dia jumpa mak dan pak tam aku lagi. Dan mereka pun dah setuju andai itu pilihan aku. DAn FAISAL pun berya ya rancang nak pi masuk minang, bertunang 6 bulan ajer katanya. Aku nak bantu kewangan sikit, tapi katanya dia boleh uruskan sendiri. Dia mampu katanya, cuma yg penting dia kena kerja kuat sikit.

Waa bila dah macam tu aku pun, terasa happy lah sesangat, sebab lelaki tu betul betul nak berusaha sendiri untuk dapatkan aku. Seminggu sebelum FAISAL dgn family dia nak datang rumah aku, aku dapat call dari kawan FAISAL. DIa menceritakan segala galanya tentang FAISAL. Rupa rupanya si FAISAL ni dah ada isteri dan dua orang anak.

Puas aku paksa FAISAL mengaku, tapi still tak ngaku. Dan akhir sekali dia kata dia nak balik. Dia letih. Aku dengan kerasnya tak benarkan dia balik selagi dia tak mengaku.
Malam makin lewat, jam dah pukul 3 pagi, FAISAL stil tak mengaku. AKu tetap berkeras.

Akhirnya FAISAL mengaku. DAn dia mula buat kisah sedih. Buat citer simpati. Mula mengeluarkan kata-kata nista memburukkan isteri dia. Dan aku terus tersenyum. AKu minta dia hantar aku balik. Satu ajer pesan aku kat dia "Awak balik lah, jaga lah isteri awak baik-baik. Sejahat2 isteri awak, tanggungjawab awak untuk jadikan dia baik. Dan kita tetap bekawan cuma tidak lebih sebagai kawan"

Lepas tu aku terus tak contact dia. Cuma dia yg tak boleh terima keadaan itu. Namun bila masa berlalu mungkin dia dah boleh terima keadaan itu. Dia pun dah tak ganggu aku. Cuma sesekali bila ada hal tentang shipment dari korea baru kami berhubung. Dan dia masih lagi mengharapkan rindu aku untuk dia. Dan aku hanya gelak dan terus gelak.

Hari sabtu tempoh hari aku buat open house. Aku pelawa FAISAL datang. Tak sangka juga dia datang open house kat rumah aku. Dan yang menariknya ada seorang perempuan dengan dia. Tak pakai tudung, pakai baju kebaya, cantik, manja dan lemah lembut. Aku tanya Faisal siapa dia, awek ker? Faisal jawab, kawan tempat kerja.

Tengah makan aku cuba berbual dgn awek dia pulak,
"Dah lama kerja kat situ? "'baru ajer' dengan senyuman mengoda.
"kerja bahagian mana? import ker export?"dia terdiam.
"citer ajer, saya tahu serba sedikit tentang tempat awak kerja tu"'tak lah saya tak kerja situ, kami kawan ajer.'

Ahahahaha aku tergelak.. depan mak aku depan FAISAL aku gelak macam tu. FAISAL tesedak. Malu mau. Hahahaha...Dah habis minum FAISAL minta diri. Disebab kan dia jauh kat port Klang aku benarkan lah dia balik awal.

Aku tengok dia orang naik kereta. Mesra. Cemburu?..ahahah tak mungkin. Malah aku berdoa agar perempuan tu tak kena macam aku, dan aku berdoa kalau niat FAISAL betul nak beristeri dua. moga menjadi kali ini. Dan pada aku FAISAL tu memang dah lama mati.
Pagi ni aku contact office faisal, bertanya pasal dia orang. Tak sangka semua orang tahu hal faizal dgn awek dia tu. DAn yang tak bestnya AWEK FAISAL itu adalah ISTERI orang. So apa maksud dia? Apa yg dia buat sekarang? Adakah benda yg lalu aku berulang kembali?..Itukah lelaki?..

p/s : Bersyukur aku pada Allah kerana menjauhkan dia dari aku Allahamdulilah Amin..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.