Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Tuesday, August 29, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Perginya seorang kawan

"Hey hidup lagi kau atie ek"

Ingat lagi gurauan Zaki kali terakhir pada aku sebulan lepas.
Masa tu aku tahu yg zaki masuk spital kerana denggi, terus aku call dia.
Dan itu lah ayat yg zaki beri pada aku bila dia dengar suara aku. Aku pun apa lagi balas lah, "kau tu yg sakit, hidup lagi ke kau" Dengan lemah dia cakap yg dia sakit2 badan, dan malam tu juga aku, surach dan mak aku pi lawat dia kat Purtajaya Hospital.

Sampai sana, Zaki tengah muntah, dah selesai baru kita orang masuk, dan Zaki tersenyum sekejap tengok kita orang. Masa tu memang dah nampak zaki tenat, muntah darah, badan dia merah2, dan zaki tidur. Aku doakan dia cepat sembur.

Dan semalam petang, Wan call aku. Kul 4 katanya zaki tenat, minta aku baca yassin untuk Zaki. Kul 4.30 Wan call lagi, Katanya Zaki dah Pergi dulu.

Aku gelabah. Blurr.. Tak tahu nak buat apa. Aku contact semua kawan2 yg kenal menyampaikan kabar sedih. Dan aku balik rumah siap siap dan bertolak ke Hospital Putrajaya. Kul 8 kita orang dapat masuk dan menatapi wajah terakhir .. Aku menangis... Aku lihat Fauziah tabah. Memang merah matanya, tapi dia cukup tabah...

Tunggu Van Jenazah sampai, Kul 9 baru bertolak ke Johor.. Aku hanya sampai di situ... Dan kami pun balik. Niat aku memang nak balik sama sampai ke johor tapi niat tak kesampaian...

p/s : Al-Fatihah untuk Arwahnya...Kepada yg membaca sama sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya semoga Arwah ditempatkan bersama2 Orang2 yg berIman Kepada Allah.
Sunday, August 27, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Kucing2 Ku..


Kucing-kucingku bertambah tambah kuantitinya..
seakan menternak kucing jadinya...

1) Boroi.
Anak Boroi Generasi pertama
2) Hitam
Anak Boroi Generasi Kedua
3) Bujang
4) Minah
5) Dara
6) Bujang
Anak Boroi Generasi Ketiga

7) Stokin
8) Niki
9) Niko
10) Nita
11) Belang
12) Comot

Anak Kontot Generasi Pertama
13) Kuning

Anak Kontot Generasi Kedua
14) Tompok
15 ) Nini

16) Nine
17) Nen
18) Kontot

Bayangkan mcm mana lah rumah aku boleh tahan dengan 18 ekor kucing yang hari hari kena kasi makan. Sabarkan ajer lah...peternak kucing...





Friday, August 25, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Sambutan Hari Kemerdekaan?..





tahun ni seakan hambar ajer sambutan kemerdekaan kat malaysia ni. tak tahu kenapa..
Tapi yg pasti sikap orang2 malaysia tu sendiri..

Minggu lepas Mr Yu kasi duit suruh beli bendera kecik.. Kasi pada semua staff kat sini..termasuk nepales 3 orang...

Sampai ke hari ini tahu berapa orang ajer yg pasang bendera kat kenderaan dia orang?.. Hanya dua kereta dan 2 basikal... dan dua basikal tu ada lah orang nepal.. So apa jadi dengan orang2 Malaysia yg lain? Mana sikap dia orang yg bangga dgn malaysia?... Hairan sungguh... Orang asing lebih semangat dgn bendera kita tapi orang kita sendiri macam taik....

Entah lah...Sikap orang malaysia...


Tuesday, August 22, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Gambar P. Perhentian

Pada Pagi Hari Di Pulau Perhentian Besar,













Memerhatikan Ikan di laut dalam...














Keindahan Dan kebiruan air laut di pulau perhentian.













Anak penyu yang beru menetas.

Cuti2 Malaysia - Pulau perhentian

Cuti tiga hari. So aku, mak aku dgn non pergi terengganu dan terus ke pulau perhentian,..
He he he makan angin. Sampai sana petang dalam kul 4 petang, so kita orang rehat2 dan makan2 ajer.

Esoknya pagi2 lagi kita orang dah mandi laut. Seronok gitu. Dah tu makan2 dan salin baju. Dalam kul 10 keluar pi scuba entah apa bunyi dia pun aku tak tahu. Yang pastinya aku dapat tengok ikan banyak dalam laut. Berenang kat tengah laut gitu. Seronok gitu. Sampai aku muntah2 gitu. Dah tu kita orang tengok anak penyu menetas. Dah tu berenang lagi tengok ikan lagi. Seronok gitu. Ahaks. Kul 2 kita orang makan tengahari. Petang tidur.

Malam jalan2 tepi pantai ambil angin malam. Dah tu tidur.

Pagi kul 8 dah bertolak balik ke kuala besut. Peh naik boat terhentak-hentak dibuatnya.

Dah tu kita orang singgah kat Kg Wakaf tengah kejap. Adik "Bapak" aku kerja kat pejabat post situ. Mak aku lah berya ya benar nak jumpa dia. So masa jumpa tu ada lah citer yg tak best dengar .. "Bapok Mu kesian benor Pak Cik tengok, minggu lepas dia datang dengan pakaian serabai minta duit dengan pak cik, adalah dalam rm200.00. Pak cik kasi lah kat dia. Yang Pak cik hairan, Dia ada anak2, yg kamu ni sekolah tinggi sampai korea, tapi bapok kamu tak terbela, apa citer ni"

Aku diam ajer lah. Lama juga dia pot pet pot pet pasal bapak aku. Dah tu aku minta diri, nak ke kampung Manir lak jumpa adik Bapok aku yg lain pulak. Sampai sana borak kejap, kita orang ke rumah "BapOk" aku pulak. Memang lah kesian aku tengok rumah dia, tapi apa aku boleh bantu dia. Berbual kejap dan kita orang minta diri. Aku hulur lah dalam Rm150.00 pada tangan Bapok aku.

Sampai rumah kul 8 malam. Perjalanan yang meletihkan.

p/s : Tahniah pada DIA yang melangsungkan perkahwinan pada hari sabtu tempoh hari. Berbahagia lah hendaknya.
Tuesday, August 15, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Mimpi..

Dua tiga hari ni asyik mimpi benda bukan2. Tak tahu kenapa..
Semalam malam aku mimpi banjir kat kampung aku, dan masa tu aku nak selamatkan mak aku, kami sedang naik bukit... Entah dari mana datang lak anak2 "Bab I" mengeromoni aku dan mak aku, Aku halau, tapi dia datang lagi, lagi dan lagi... Dalam hati aku hanya pikir..Habislah aku kena samak lepas ni... Dan lepas tu aku terjaga.. Kenapa ek?..

Mimpi hanya mainan tidur.....
Monday, August 14, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Bodoh @ Bangang?

Semalam masa nak ambil kucing, berhenti kat trafic light. Ada kereta iswara tepi aku sebelah kanan. Dah tu ada budak lelaki lebih kurang umur 5 tahun, sedang makan ais cream. Yang menjadi hairan pada aku, Entah abg @ ayah budak ni, tak tutuk cermin tingkap, so budak ni keluar kan tangan dia. It's still ok lagi.

Aku ckp dgn mak aku, bodoh agaknya bapak budak ni, kalau budak tu terjatuh dari kereta tu apa citer lah, belum habis aku cakap, budak tu keluarkan kepala lak, mak aku jawab bapak budak tu tak nampak agaknya. Aku still tengok budak tu, akhir sekali budak tu keluar dari tingkap tu naik ke atas, baru bapak budak tu perasan, dia tarik budak tu dan tutup cermin tingkap kereta dia.

Em seandainya kereta tu tengah bergerak, budak tu keluar mcm tadi, apa akan jadi? siapa yg harus dipersalahkan?....

Wahai orang2 yg bawa budak2 dalam keta, Pakaikan lah seatbelt pada penumpang2 kereta anda. Berhati2 lah dalam hal hal macam ni... jangan jadi bodoh dan bangang. Bila kita cakap marah, tapi bila dah terjadi, tak guna dikatakan apa apa lagi betul tak?

aku tak boleh lah tengok benda2 mcm ni.. terasa geram sangat pada orang2 yg tak tahu nak ambil berat benda remah2 mcm ni...
Tuesday, August 08, 2006 Image hosted by Photobucket.com

semalam...

Ahaks... Apa lagi hendak di ceritakkan ek?
So far kehidupan aku berjalan seperti biasa...
Hari ahad tempoh hari buat birthday untuk baby.. ramai juga yg datang.. Dah tu petang pi hantar member yg keja kat sdi tu ke KLIa..katanya nak ke bangkok ada kerja kat sana..
kelang kabut aku dibuatnya bila jalan kat seremban jem giler2...

tapi akhirnya sempat juga dia check in..
tak sabar rasanya menunggu saat itu..ehhe..apa tu... biarlah rahsia.. bak kata CT NORhaliza..

ahaks..
Wednesday, August 02, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Masa Pun Berlalu..

Tak tahu aku nak citer tentang apa da...Sebab hidup aku dah mcm ni ajer..berlalu dan terus berlalu.. Cuma yg pasti kebelakangan ni kucing2 aku sakit. berulang alik klinik haiwan ajer.. Bulan lepas ajer habis dekat 1000.00 untuk kucing2 tu semua.. Kena selsema, batuk dan bersin2 ajer.. Berjangkit 10 ekor semua sama...botak kepala aku.. Tapi sebab kan kesian kan so hantar ajer lah.. apa leh buat..

Kehidupan aku?..no komen.. tak ada citer yg hendak di ceritakan pun..

da da ta ta ti ti tu tu..


p/s : Semoga zaki cepat sembuh dari denggi berdarahnya...




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.