Perginya seorang kawan
"Hey hidup lagi kau atie ek"
Ingat lagi gurauan Zaki kali terakhir pada aku sebulan lepas.
Masa tu aku tahu yg zaki masuk spital kerana denggi, terus aku call dia.
Dan itu lah ayat yg zaki beri pada aku bila dia dengar suara aku. Aku pun apa lagi balas lah, "kau tu yg sakit, hidup lagi ke kau" Dengan lemah dia cakap yg dia sakit2 badan, dan malam tu juga aku, surach dan mak aku pi lawat dia kat Purtajaya Hospital.
Sampai sana, Zaki tengah muntah, dah selesai baru kita orang masuk, dan Zaki tersenyum sekejap tengok kita orang. Masa tu memang dah nampak zaki tenat, muntah darah, badan dia merah2, dan zaki tidur. Aku doakan dia cepat sembur.
Dan semalam petang, Wan call aku. Kul 4 katanya zaki tenat, minta aku baca yassin untuk Zaki. Kul 4.30 Wan call lagi, Katanya Zaki dah Pergi dulu.
Aku gelabah. Blurr.. Tak tahu nak buat apa. Aku contact semua kawan2 yg kenal menyampaikan kabar sedih. Dan aku balik rumah siap siap dan bertolak ke Hospital Putrajaya. Kul 8 kita orang dapat masuk dan menatapi wajah terakhir .. Aku menangis... Aku lihat Fauziah tabah. Memang merah matanya, tapi dia cukup tabah...
Tunggu Van Jenazah sampai, Kul 9 baru bertolak ke Johor.. Aku hanya sampai di situ... Dan kami pun balik. Niat aku memang nak balik sama sampai ke johor tapi niat tak kesampaian...
p/s : Al-Fatihah untuk Arwahnya...Kepada yg membaca sama sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya semoga Arwah ditempatkan bersama2 Orang2 yg berIman Kepada Allah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home