Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Friday, December 23, 2005 Image hosted by Photobucket.com

"Musim"


Ahaks sekarang ni musim orang kawin..kucing2 aku pun ikut sama, menawan..dan la ni kontot pulak mengikut..bunting lagi. Sabarkan ajer lah. rasanya baru bulan 7 tempoh hari dia beranak. Anak dia tiga ekor, seekor ajer hidup. Tu pun kuning jantan. Yang betina tak menjadi. La ni...ahaks..sabarkan ajer, tengok badan dia kecik kan main, tapi ramai betul peminat dia.

Si Boroi pun sama, bulan lepas satu hari tak balik rumah, entah mana dia tidur pun tak tahu lah, la ni tak lalu makan, keja nya dok lepak pintu depan rumah temenung. Dah berisi lah tu. Boroi pun sama. Anak betina dia dua ekor tak menjadi, yg hidup seekor ajer, jantan. Hitam seluruh badan. Ahaks. Napa ek. Yang betina semuanya tak menjadi. Tengah tunggu boroi dgn kontot beranak sekali lagi. Kalau boleh biarlah boroi dapat anak betina. Nak baka dia. Bulu lebat dan lembut.

Baru dua hari lepas habis dekat RM100.00 bawa keempat2 sekali jumpa doktor. Em doktor pun dah tak tahu nak cakap apa lagi. Doktor kata suruh berdoa ajer. Dah tak ada ubat untuk hilangkan cirit birit dia orang. Susah hati betul lah aku macam ni.

Tadi baca surat kabar utusan. Ada orang tu kena naik makhamah pasal kucing2 dia kena sakit mata..huk risau lak aku nak menjaga kucing kalau sampai kena denda bela kucing yg sakit. Hairan juga kan...

p/s : dulu kecik2 tak dapat bela kucing..la ni baru lah berpeluang. Suka sangat dgn kucing... masa kat korea dulu pun bela kucing..ingatlah "ABU" dgn "KENET"..tapi ianya hanya tinggal kenangan.
Monday, December 19, 2005 Image hosted by Photobucket.com

*Dia Bukan Milik Aku*

Em...entah kenapa aku harus sedih. Sedangkan aku tahu dia bukan milik aku. Aku silap sebenarnya. Aku menaruh harapan dalam doa aku sendiri. Aku mengharapkan dia menunaikan janji dia pada aku. Tapi .. dia menipu aku sebenarnya. Benarlah.. memang benar dia hanya mempermainkan aku. Dan hari ini aku dapat kebenarannya... Dia dah bertunang. Dan tahun depan dia akan berkahwin. Dan aku .. aku hanya mampu mendoakan agar dia berbahagia..

Hairan... Apa yg kami lakukan adakah hanya satu lakonan semata... Aku.. Aku tak mengerti...

p/s : aku pasrah..sesungguhnya jodoh itu ketentuan Tuhan.. Aku..Aku...
Friday, December 16, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Geramnya

"Kan aku dah cakap aku tak suka orang menipu"
'abg tak nak kecikkan hati abg'

"kau peduli apa dgn aku kecik hati, aku dah tanya berkali kali, kau sanggup cabar aku lagi, and that dalam masa tu kau tipu aku, kau ingat aku ni budak darjah satu ahax?"
'please ayang, abg bersalah'

"aku bosan lah, kita putuskan hubungan ini"
'please ayang, jangan tinggalkan abg.'

"dasar jantan tu jantan juga, kalau dah selalu menipu tu, memang penipu. Sakit hati aku tahu tak"
'maafkan abg'

"ah..jangan ganggu aku lagi"


Dan pagi ni member keep calling. Minta maaf. Minta jangan ditinggalkan.

tengahari dia datang office bawa nasi bungkus. Suruh aku makan. Aku tak mahu. Aku membebel lagi. lepaskan rasa marah dan geram. Member dia. Buat muka bersalah.

"apa lagi abg harap dari ayg? lepas abg buat macam ni dgn ayg?"
'jangan tinggalkan abg'

"hati aku hancur? so apa lagi abg harapkan dari ayg?"

Diam....Diam...

"ingat ayg ni bodoh, budak darjah satu ke nak main tipu tipu cabar cabar?"
'ingatkan kita pandai rupanya ada orang yg lebih pandai dari kita'

"so nak apa lagi?"
'ok abg tak akan menipu ayng lagi, abg akan jujur dgn ayg, sayang ayg'

"ah bosan"

Terus diam... dan aku sebenarnya dah lembutkan hati aku..dan aku dah maafkan dia.. kenapa ek?


p/s : adakah itu sayang namanya atau pun bodoh?
Thursday, December 15, 2005 Image hosted by Photobucket.com

King Kong 2005


Semalam habis kerja terus balik rumah. Tengok mak tak bersiap lagi. So aku pun mandi dan bersiap dulu. Mak baru habis makan. Huk banyak sungguh mak aku makan. Hairan2. Time tak suruh makan pandai dia makan sendiri time suruh makan tak mahu makan dia. ahaks. betul lah kata Tok Sam, biar ajer dia lapar nanti pandai lah dia cari makan sendiri.

Mak, Abg aku dan aku dah siap aku dukung baby kejap. Cium cium dia. Dah tu baru nak gigit dia, dia bersin kat muka aku, Habis make up aku, air liur baby mercik kat muka aku. Jijah gelak besar. Mak aku dgn abg aku pun gelak kan aku. Sabarkan ajer. Geram juga kat baby ni. Geram sayang bukan marah. Ahaks. Cutenya... Kami pun bertolak. Sampai kat terminal One "B" dah sedia menanti. Ahaks. Masuk panggung. Aku duduk dgn "B" dan Mak aku duduk dgn abg aku. Layan King Kong.

Kisah dan tema dia sama macam citer kingkong yg dulu. CUma ada kelainan sikit lah. Kisah tentang pengembaraan filem dan akhirnya berakhir dgn tragidi. Cuma citer ni banyak debarannya, sapa yg sakit jantung lebih baik jangan pi tengok. Tertekan rasanya. Kalau kasi bintang aku kasi 4/5 ajer. Berbeza dengan citer Narnia. Walaupun citer tu untuk budak2 tapi ditonton oleh orang2 yang dewasa namun citer dia memuaskan hati dan seronok sangat masa aku tengok. Em..

Balik rumah aku naik keta dgn "B" dan mak aku balik dgn abg aku. Aku sampai rumah dulu. Mak aku sampai kemudian. Muka dia ok ajer. Cuba lah kalau aku yg sampai lewat dari dia, mesti muka dia monyok giler..ahaks..Kat rumah lak layan CSI MIAMI pulak. Huk rasanya ni episod lama, tapi aku baru tengok. Raymond adik pada Hartio tak mati lagi, dia disembunyikkan oleh agen risikkan company dia. Dan Hartio senyum bila tahu adik dia tak mati. Dan aku pun tersenyum sama.

Merapu ajer tengok tv pun boleh feeling. Kul 12 malam aku pun tidur selepas berSMS dgn "B".. "Selamat malam ayang, tidur nyenyak, dan esok pagi kejut abg key"...

p/s : biarkan lah masa itu berlalu...
Wednesday, December 14, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Meniti Hari Yang Berlalu...

Semalam hari yang cukup beri tekanan pada aku. Namun aku masih lagi buat bodoh.. Terutama sekali bila Mr Lee mengamuk dengan operator machine. Nak puaskan hati dia, dia marahkan aku, tengking aku. Last last dia cakap dia tak tahan kerja sini dan nak balik korea. Aku pun naik tension setiap kali dia cakap macam tu. Macam budak2 tak matang. Merajuk sikit nak balik, nak berhenti. Ingatkan aku ajer yg macam tu, tapi MD pun berpikirkan macam tu. Apa daaaaa....

Semalam balik rumah aku terus lepak. Terus baring atas riba mak aku. Mak aku lak tolong urut2kan kepala aku. "B" datang hantar nasi beryani. Aku suruh singgah dia tak mahu ada kerja katanya. Aku merajuk.

"B" keep calling suruh makan. Tapi aku tak mahu. Last last aku kasi syarat "Kalau abg nak ayang makan, abg mesti datang lepas ayang makan nanti key" Perjanjian dipersetujui.

Dalam kul7.30mlm "B" sampai. AKu tengah baring depan tv sambil borak2 dengan mak aku. Mak aku sebenarnya tak suka "B" datang tapi lama lama bila aku ajak berborak tentang hal kerja, dia pun sampuk sama. Dalam kul 8 "B" pun balik. Katanya ada hal nak bawa anak sedara dia makan malam. Adik dia tengah tunggu masa nak bersalin ajer. Mak aku lak tidur awal. Aku layan tv. Dapat sms "Ayang makan ubat, dan tidur cepat, rehat jangan dok tengok tv ajer".. aku gelak aje. Ya lah aku asyik ngadu sakit sakit ajer dgn dia.

Kul 9.00pm dok layan star word..desperate housewife... layan..dah tu kul 10 sambung citer Dr House. Aku minat tul lah dengan citer ni. Tak tahu kenapa. Mungkin suka dgn Dr House yang selamba dek tu ajer..ahaha...

Habis tu terus tidur..sempat berbalas sms kejap dgn "B"..entah aku rasa macam rindu ajer kat dia.. terasa akan kehilangan dia ajer..tak tahu lah kenapa...

p/s : Aku terasa dah putus asa..biar masa yang menentukan..biar lah aku ikut kata perasaan aku..mungkin ini boleh membahagiakan aku...
Tuesday, December 13, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Mimpi Itu

*B* datang rumah aku, dan menebang semua pokok pisang yg ada kat rumah aku dan dibawa pergi, alasannya nak buat benih kat rumah dia. Aku tak kisah, so selepas *B* pergi naik kereta dia, berselisih pula dengan *A* yg menaiki lori, membawa anak2 pokok kegemaran aku dan menyerahkan pada aku. Pokok cili api, pokok kunyit, pokok limau kasturi dan juga pokok pisang. Dan aku pun tersedar.

Apa pula maksud mimpi aku kali ini. Kenapa mesti B bawa pokok2 pisang dari rumah aku dan kenapa pula A yg tak pernah hadir dalam mimpi aku sekian lama tiba tiba muncul. Adakah tanda nya dia pun still ingat aku. Entah lah ek..

Aku masih tertanya apa makna mimpi ini...

p/s : adakah aku harus membuat pilihan? dah tanya pendapat mak, dan mak memilih B daripada A. Dan aku keliru antara prinsip hidup aku dan juga pendapat mak aku. Hairan hairan..
Monday, December 12, 2005 Image hosted by Photobucket.com

*Pergi Sudah*

Akhirnya ada juga masa untuk aku menaip kat sini.

Hampir dua minggu Shila tinggalkan aku dan Company aku. Dan selama dua minggu juga lah aku jadi macam kuli buat semua kerja yg shila tinggalkan. Dan hari ni akhirnya dapat juga aku mencari penganti Shila. Walaupun slow terpaksa juga lah aku bersabar sampai Si Maryani sepantas si Shila nanti.

Terasa juga aku pemergian Shila, tapi apa leh buat, dah itu keputusan dia. Dan aku, terpaksa lah teruskan perjuangan aku kat company ni tanpa shila. Susah dan senang aku juga yang kena tanggung sendiri. Memang betul lah tak semudah itu untuk sesorang tu bertahan kat sesuatu company. Aku sendiri tak pasti berapa lama aku mampu betahan kat sini.

Dan yang pasti bulan ni gaji aku naik lagi. 16% dari basic gaji aku. Boleh lah. Alhamdulilah.

p/s : masih tak ada semangat nak menaip lagi.. jumpa lagi...




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.