Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Tuesday, May 23, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Bangkit Dari Lena Yg Panjang

Hari ini aku tersedar..Tersedar dari lena yang cukup panjang. Selama 4 tahun aku hanya bermimpi dan hari ini aku harus bangun dan hadapi kenyataan hidup.

Cukup semalaman sahaja aku tangisi kehilangan mimpi yg indah, dan hari ini aku akan menjadi seperti aku yg dulu, yg tak akan mengalah dengan manusia bergelar "Lelaki".. Mcm mana pun aku ucapkan terima kasih pada DIA kerana banyak mengajar aku tentang kehidupan "TAMAKNYA SEORANG LELAKI"...Dan aku juga sedar lelaki yang aku kenali pasti akan bersikap begitu. Dan itulah hakikatnya Seorang lelaki. Ah malaslah nak cakap lagi tentang lelaki.

Dan hari ini aku akan mulakan lagi hidup aku. Mula lagi..ahahah... Dan yg bestnya entah Tuhan nak ketemukan aku dgn DIA kot. Masa aku hantar Non pi sekolah, aku nama keta dia belakang keta aku. Dia follow belakang aku, kasi high bim, tapi aku buat tak layan.. dia call aku tak layan..dia sms aku tak layan.. Kerana aku dah boleh terima yg dia bukan milik aku selamanya..

p/s : Pasti ada hikmah di sebalik segalanya.. Terima kasih kepada member2 yg banyak beri nasihat pada tika dua tiga hari ini...
Monday, May 22, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Buat Seorang Kekasih

Oh sepi terasa
Setelah cinta pudar di hati
Tak mungkin dapat ku melupakan
Kerana dialah kekasihku

Dan di saat ini
Ku masih terus menyintaimu
Melupaimu tak mungkin ku mampu
Terdengar suaramu memanggilku

Dahulu kita sungguh mesranya
Bergurau senda saling menyayang
Kita berjanji bersumpah setia
Hingga ke akhir hayat ingin bersama

Kita merancang,
Tuhan menentukan

Tiba masanya,
kau pergi...
tak kembali

Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu
Siang malam sepi kurasa
Aku rindu kemesraanmu

Ku terkilan hajat tak sampai
Kasih putus di tengah jalan
Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu

p/s : Ianya amat memedihkan..Tapi itu kenyataan yang aku harus terima.

~Kesetian seorang Lelaki?~

Tersebutlah al kisah.....
Sabtu..Mr Yu suruh betulkan HP dia. So hari sabtu petang dalam kul 8 mlm HP Mr Yu dah ok. Aku top Up rm10.00. Entah mcm mana aku dapat idea untuk Sakat DIA. mesti dia tak tahu No HP Mr Lee. Dengan menggunakan Nama Liza aku mula mengoda dia. Aku mengayat dia. Pada mulanya dia tak layan. Tapi aku teruskan juga mengoda dia dengan ayat2 yg membuatkan dia bangga diri dengan KEEGOAAN dia. Memang diakui. Dia call aku tak angkat. Aku suruh dia call kul 12 malam. Itu hanya untuk dia pastikan yg aku ni betul2 perempuan. Tak sangka dia tak kenal suara aku. Tapi aku rasa dia puas hati sebeb Liza itu benar2 perempuan. Dan sebelum tidur Dia telah membuat perjanjian dengan aku. Kul 7 mlm Ahad kami akan bertemu. Yang menjadi kehairanan aku adalah bila aku sms dgn no hp aku, dia kata dia terlalu letih melayan anak2 dia. Aku terlalu sedih saat itu. Tak sabar aku nak tunggu kul 7 mlm.
Hari ahad. Aku cancel bawa mak aku ke KL, Hati aku tak tenteram. Sepanjang hari aku serba tak kena. Tak sabar nak tunggu kul 7 mlm. Aku sms DIA. Percepatkan pertemuan. OK dia setuju kul 5.30 di Alson Kelana. Ahaks. Lega hati aku. Dalam masa yg sama aku guna no HP aku untuk ajak dia keluar, tapi dia tak balas. Aku sms lagi, aku cakap nak ke kl sorang. Dia balas, dia tak benarkan, nanti hari rabu dia akan bawa aku ke kl. Ahaks aku gelak. Bz dgn anak2 konon.
Kul 5 Dia sms aku. Katanya dia tunggu kat dalam bilik. Aku hairan. Macam mana dia tak kenal dgn minah nama LIZA ini tapi dia boleh booking Bilik kat Alson kelana?... Aku sampai. Aku ubah gaya aku. Kalau orang tengok aku pun orang tak kenal siapa aku. Aku masuk bilik tempat dia tunggu. Dia terkejut. Ahaks. Cepat2 dia cakap dgn aku "Abg tahu ayg menyamar" Aku gelak. AKu gelak besar. Aku keluar kan pisau dari Handbeg aku. Dia terkejut. Aku arahkan dia duduk kat katil. Dan aku duduk kat kerusi sambil pegang pisau dan lekatkan pisau dekat nadi lengan aku. Dia merayu suruh aku simpan pisau. AKu tak mahu, malah aku makin tekan kuat pisau tu. AKu nampak dia gelisah. Dah terperangkap.
Aku sembur dia. AKu marah dia. Aku makin dia. Dia serba salah. Dia merayu suruh benarkan dia balik, katanya anak2 dia ada masalah kat rumah. Sebelum kul 7 dia kena balik. Aku gelak dan terus gelak. DIa mula menangis. Katanya bersalah. Aku gelak lagi. Ini ker Masalah dia? Ada masalah dengan anak2 tapi ada masa untuk bookingkan bilik untuk seorang perempuan yg dia tak kenal?.. Dia terperangkap. Dia mengaku salah. Bukan semudah itu ceritanya. Dan aku tak percaya dia. pada aku saat itu segala kata kata dia aku tak boleh percaya. Aku benarkan dia balik, dengan lembut aku cakap.."Dipersilakan lah balik, selesaikan lah masalah anak2 kau tu, aku tak kisah, however aku dah puas hati, bilik ini atas nama kau, dan aku akan pastikan darah aku penuh dalam bilik ini dan esok kau akan selesaikan masalah keluarga kau yg lagi besar akan menimpa diri kau. So pegi lah balik"...
Dia menangis. Ah jantan ini memang pandai berlakon. Dan hampir dekat sejam dia merayu dengan aku. Minta keluar sama sama dari bilik itu. Dan aku melepaskan segala kemarahan aku pada dia. Dia akui kesilapan dia. Dan lebih kurang kul 7 kawan dia datang. Menambahkan lagi rasa kebenaran yg memang DIA Jantan tak guna. Aku panas. Betapa jahatnya lelaki yg aku kenali itu.
Kawan dia memujuk aku. Katanya Memang DIA salah. Dan macam macam ayat pujuk untuk menenangkan keadaan. Dan dia suruh aku pikir dgn keadaan waras. Aku suruh DIA ceritakan perkara sebenar pada kawan dia. Kawan dia tanya aku, apa yg aku nak buat, lagi pun DIA dah mengaku kesilapan DIA. Dan pada aku itu terlalu mudah untuk berakhir. Aku dah tak semangat nak hidup. AKu nak dia orang balik dan tinggalkan aku dalam bilik itu. Tapi DIA tak mahu. Takut apa apa terjadi pada bilik itu. Takut maruah dia akan tercemar. Aku gelak..
Keputusannya? just yg aku boleh ambil adalah suruh dia melutut depan aku minta maaf dgn aku dan berjanji tidak akan persiakan keluarga dia lagi.. Hanya itu yg aku mampu buat. Aku menangis dan menangis dan terus tinggalkan mereka berdua.... Ah..semudah itu..
Dan sepanjang malam aku berpikir..berpikir.. kenapa aku mesti meguji dia.. Dan aku bukan sapa sapa sebenarnya dalam hidup dia... Dan Semalam sepanjang malam aku berdoa padaNYA.. supaya jauhkan dia dari hidup aku..Dan aku dapat rasai.. Doa Aku termakbur..
p/s : Bila Marah menguasai diri....Ya Allah lindungilah Hambamu ini...
Saturday, May 20, 2006 Image hosted by Photobucket.com

~Berlalu sudah~

Akhirnya sudah berlalu masalah2 yang aku hadapi. Kini aku puas hati kerana aku berjaya mengakhiri masalah yang melanda aku. Huhhhh...

Semoga ini akan menjadi pengajaran untuk aku di masa akan datang. Jangan ulangi lagi kesilapan yang serupa. Perit rasanya.

Hari ini. aku call nizam untuk confirmkan barang yang hendak dihantar ke samsung hari isnin. Terjadi lah perbualan yang tak disengajakan.

"hari ini u balik kul berapa?"
-kul 1.30petang. Kenapa nak belanja i ker?

"Boleh apa salah nya. kalau u sudi?"
-tak mahu lah i. nanti orang rumah u serang i. teruk i nanti

"hai..u tak tahu lagi ker? i mana ada orang rumah?"
-orang rumah tak ada tapi wife ada kan?

"tak lah kita orang dalam process"
-ya ker..ya lah tu.. what ever..

"you tak caya ker?"
-tak apa lah kita citer pasal barang nak delivery key..

Aku terus tukar topic... Patut pun sejak sejak ni mamat ni asyik sms aku waktu malam. Macam tak ada isteri ajer. Tapi aku tak mahu. Walaupun mamat i cuba dekat2 dgn aku, puji aku melambung aku tetap tak akan adakan perhubungan diluar waktu kerja. Cukup lah..serik aku rasakan..

"Sorry lah nizam ek....bukan sombong tapi paham paham dah lah..."


p/s : terlalu awal untuk aku terima orang lain.. biarlah aku begini..melayan nasib diri....
Thursday, May 18, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Pesanan~

Hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

p/s : Pesanan untuk diriku yang selalu alpa....
Wednesday, May 17, 2006 Image hosted by Photobucket.com

~aku sakit hati~

Hanya tuhan tahu apa yg aku rasa saat ini... Aku sabar..sabar...budak2 aku pun minta aku sabar, katanya apa apa hal dia orang akan support aku. Kalau aku berhenti semua akan berhenti sama nak tengok macam mana seopo tech berfungsi tanpa kita orang. Biar New MD ajer yg kerja sorang.

Dan hakikatnya memang aku sakit hati.. penat lelah aku jaga 3 thn nama seopo tech bersih dan terjaga, hari ini MD Baru terus nak mengubah segala2 nya... Sialannnnnn.....
Tuesday, May 16, 2006 Image hosted by Photobucket.com

~Berakhir Sudah~

Syukur Aku Kepada Tuhan. Mungkin aku dah jumpa jalan penyelesaian untuk masalah yang aku hadapi selama ini.

DIA kini dah tak hubungi aku lagi. DIA sudah lepaskan aku. DIA dah tak ganggu aku lagi. Dan aku rasa DIA dah boleh terima kehilangan aku. Aku tahu dia benar2 sayang keluarga dia. Dan kalau dibuat pilihan pasti lah dia akan pilih keluarga dan isteri dia. Dan aku tahu memang pasti itu keputusan dia. Dan hari ni masuk hari ke 8 dia dah tak hubungi aku. Dan dia pun dah tak kisah aku tak hubungi dia. Aku ada dengar2 kabar berita yg mengatakan isteri dia tinggalkan dia dgn anak2. La ni dia sibuk uruskan anak2 dia sementara isteri dia membawa hati. Dan aku tahu hari ibu kelmarin dia orang dah berbaik semula. Bagus lah. AKu harap dia orang akan bahagia semula. Biarlah dia orang angap aku ni hanya mimpi dia orang sahaja.

Dan aku? memang sehari dua tempoh hari aku menangis juga. Rasa sedih sangat2.. Tapi hari ini aku dah boleh terima dan lupakan DIA dan masalah dia. Aku nak mulakan hidup aku pulak. Aku nak mula berkawan dgn sapa saja, dan aku pasti..Ada sesorang yg sedang menunggu aku dan memang layak untuk aku. Aku bersyukur kerana Allah ta'allah telah memberi jalan kepada aku. Memang ini yang aku hendaki.. Alahamdulilah....

p/s : Kepada Miju, tahniah kerana dah bertunang. Tika tahu miju orang yg baik dan memang layak mendapat orang yg baik. jaga lah tunang Miju baik2..semoga berpanjangan key...
Wednesday, May 10, 2006 Image hosted by Photobucket.com

ahh..letihnya....

Tak terlarat dah aku nak menaip lagi. otak dah blurr.. Mana tak sejak hari isnin aku tak dok rehat langsung.

Just nak citer kisah semalam..Kisah yang membuatkan aku bertambah2 penat.

Kul 2.00ptg aku bertolak dari senawang ke Johor Bahru, Aku bawa slow ajer 80km/j pasal nak budjet time sampai kat JB kul 6 petang. Adik aku tunggu aku kat JB. Dan MAMAT KOREA sorang yg banyak buat masalah pada aku dok berborak dengan bangga diri kat tepi aku. Dan aku layan ajer lah. Nanti kata pekerja kurang ajar. Tak hormat dgn M.D.

Sampai kat JB tepat2 kul 6. Pandai aku budjet masa. So jumpa wanie dgn kudit. Bincang nak buat cam mana. Keputusan dibuat. Kereta aku tinggal kat rumah Cik Eddah. So aku dgn KOREA tu naik keta wanie ajer.

Sebelum masuk ke singapore kita orang pi TIme SQUARE agaknya nama tempat tu kt JB, makan malam. Empat orang 80.00 peh mahal giler. TApi boleh tahan sedap dia. Lepas tu kita orang layan M:I:III .. Ahaks.. Sempoi.. tercapai juga hajat aku nak tengok mamat hesem tu kat dalam wayang. Habis wayang kul 9.30 malam. Cari kaunter money changer. Tukar duit Singapore.

Teruskan perjalanan ke tambak johor. Nak masuk imegrisen. peh menitik air mata. Berjela keta menanti. Ahaks.. Tengok kudit macam tak puas hati juga. Tapi aku tengok wanie layan dia dgn penuh manja tu yg dia tolong juga kot. Selesai segala urusan kat imegrisen m'sia masuk lak imegrisen singapore. Masalah2.. tapi akhirnya lepas ah juga. Ahhh lega..dah keluar malaysia MAMAT KOREA sorang ni. So kat Singapore kita orang dok minum ajer. Kudit makan mee goreng mamak.

Kul 11.50mlm kita orang dah beratur kat Imigresen Singapore. Menanti lagi. Keta berderet lagi. Sampai kat imigresen tepat2 kul 12.00 mlm. Bedebar jantung. Masa tu aku tak terpikir yg penting kat imigresen malaysia. Tengok DIa cop tarikh 9/5/2006 lagi. Masalah. tak kan nak kena keluar semula. Kemudian aku terpikir. LAa kan yang penting kat Imigresen Malaysia. So kita orang lepak kat tepi jambatan kejap kul 12.15mlm baru cop imigresen. Lega.. lega sangat. Pasal mamat tu dapat Visa 3 bulan. Peh Syukur pada tuhan. Selesai.

Dah settel pi tukar balik duit singapore ke RM. Lepas tu ambil keta aku dan balik rumah wani dan tidur. Kesian mamat korea tu aku suruh tidur rumah wanie. Dia sendiri kata tak kisah.

Kul 7 kami dah mula bertolak balik seremban. Dan la ni aku masih tak rehat lagi walaupun kepenatan ke singpore tak habis... kerja..kerja ...kerja...dan kerja...

p/s : ditambah dgn masalah Customer complaint...waaa..bagi lah aku pembantu,...
Monday, May 08, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Mungkin Kah?

Em hari ni dah masuk hari ke tiga DIA tak dapat cakap dgn aku. Dan aku masih kuatkan semangat tak akan cakap dgn DIA. Dan semalam kul 12 tgh last dia cuba call aku dan aku tak angkat. Dan sampai ke hari ini dia dah tak ada call aku lagi.

Mungkin kah dia dah terima kenyataan yang dia tak perlukan aku dalam kehidupan aku?... Ku rasa dia dah boleh terima lah.

Semalam malam Faizah jumpa dia dengan family dia kat Fun Fair Senawang. Em ok lah tu. Maknanya dia memang dah boleh tak berhubungan dgn aku. Semoga dia bahagia. Dan dia kuat untuk melepaskan aku.

Tanya tentang diri aku... Tipu kalau aku katakan aku tak kisah. Hati aku menangis bila tak dengar suara dia. Mood tak baik bila tak jumpa dia. Memang aku rasai itu semua. Dan aku tahu hal ini tak akan lama.. Mungkin lima nam bulan akan berlalu perasaan itu. Namun biarlah aku yang rasa sorang. Asalkan DIA berbahagia dengan keluarga dia. Dan biar dia tahu kenapa aku buat ini semua.

p/s : Salah kah aku?.. Ah sukar nak dikatakan...




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.