~Kesetian seorang Lelaki?~
Tersebutlah al kisah.....
Sabtu..Mr Yu suruh betulkan HP dia. So hari sabtu petang dalam kul 8 mlm HP Mr Yu dah ok. Aku top Up rm10.00. Entah mcm mana aku dapat idea untuk Sakat DIA. mesti dia tak tahu No HP Mr Lee. Dengan menggunakan Nama Liza aku mula mengoda dia. Aku mengayat dia. Pada mulanya dia tak layan. Tapi aku teruskan juga mengoda dia dengan ayat2 yg membuatkan dia bangga diri dengan KEEGOAAN dia. Memang diakui. Dia call aku tak angkat. Aku suruh dia call kul 12 malam. Itu hanya untuk dia pastikan yg aku ni betul2 perempuan. Tak sangka dia tak kenal suara aku. Tapi aku rasa dia puas hati sebeb Liza itu benar2 perempuan. Dan sebelum tidur Dia telah membuat perjanjian dengan aku. Kul 7 mlm Ahad kami akan bertemu. Yang menjadi kehairanan aku adalah bila aku sms dgn no hp aku, dia kata dia terlalu letih melayan anak2 dia. Aku terlalu sedih saat itu. Tak sabar aku nak tunggu kul 7 mlm.
Hari ahad. Aku cancel bawa mak aku ke KL, Hati aku tak tenteram. Sepanjang hari aku serba tak kena. Tak sabar nak tunggu kul 7 mlm. Aku sms DIA. Percepatkan pertemuan. OK dia setuju kul 5.30 di Alson Kelana. Ahaks. Lega hati aku. Dalam masa yg sama aku guna no HP aku untuk ajak dia keluar, tapi dia tak balas. Aku sms lagi, aku cakap nak ke kl sorang. Dia balas, dia tak benarkan, nanti hari rabu dia akan bawa aku ke kl. Ahaks aku gelak. Bz dgn anak2 konon.
Kul 5 Dia sms aku. Katanya dia tunggu kat dalam bilik. Aku hairan. Macam mana dia tak kenal dgn minah nama LIZA ini tapi dia boleh booking Bilik kat Alson kelana?... Aku sampai. Aku ubah gaya aku. Kalau orang tengok aku pun orang tak kenal siapa aku. Aku masuk bilik tempat dia tunggu. Dia terkejut. Ahaks. Cepat2 dia cakap dgn aku "Abg tahu ayg menyamar" Aku gelak. AKu gelak besar. Aku keluar kan pisau dari Handbeg aku. Dia terkejut. Aku arahkan dia duduk kat katil. Dan aku duduk kat kerusi sambil pegang pisau dan lekatkan pisau dekat nadi lengan aku. Dia merayu suruh aku simpan pisau. AKu tak mahu, malah aku makin tekan kuat pisau tu. AKu nampak dia gelisah. Dah terperangkap.
Aku sembur dia. AKu marah dia. Aku makin dia. Dia serba salah. Dia merayu suruh benarkan dia balik, katanya anak2 dia ada masalah kat rumah. Sebelum kul 7 dia kena balik. Aku gelak dan terus gelak. DIa mula menangis. Katanya bersalah. Aku gelak lagi. Ini ker Masalah dia? Ada masalah dengan anak2 tapi ada masa untuk bookingkan bilik untuk seorang perempuan yg dia tak kenal?.. Dia terperangkap. Dia mengaku salah. Bukan semudah itu ceritanya. Dan aku tak percaya dia. pada aku saat itu segala kata kata dia aku tak boleh percaya. Aku benarkan dia balik, dengan lembut aku cakap.."Dipersilakan lah balik, selesaikan lah masalah anak2 kau tu, aku tak kisah, however aku dah puas hati, bilik ini atas nama kau, dan aku akan pastikan darah aku penuh dalam bilik ini dan esok kau akan selesaikan masalah keluarga kau yg lagi besar akan menimpa diri kau. So pegi lah balik"...
Dia menangis. Ah jantan ini memang pandai berlakon. Dan hampir dekat sejam dia merayu dengan aku. Minta keluar sama sama dari bilik itu. Dan aku melepaskan segala kemarahan aku pada dia. Dia akui kesilapan dia. Dan lebih kurang kul 7 kawan dia datang. Menambahkan lagi rasa kebenaran yg memang DIA Jantan tak guna. Aku panas. Betapa jahatnya lelaki yg aku kenali itu.
Kawan dia memujuk aku. Katanya Memang DIA salah. Dan macam macam ayat pujuk untuk menenangkan keadaan. Dan dia suruh aku pikir dgn keadaan waras. Aku suruh DIA ceritakan perkara sebenar pada kawan dia. Kawan dia tanya aku, apa yg aku nak buat, lagi pun DIA dah mengaku kesilapan DIA. Dan pada aku itu terlalu mudah untuk berakhir. Aku dah tak semangat nak hidup. AKu nak dia orang balik dan tinggalkan aku dalam bilik itu. Tapi DIA tak mahu. Takut apa apa terjadi pada bilik itu. Takut maruah dia akan tercemar. Aku gelak..
Keputusannya? just yg aku boleh ambil adalah suruh dia melutut depan aku minta maaf dgn aku dan berjanji tidak akan persiakan keluarga dia lagi.. Hanya itu yg aku mampu buat. Aku menangis dan menangis dan terus tinggalkan mereka berdua.... Ah..semudah itu..
Dan sepanjang malam aku berpikir..berpikir.. kenapa aku mesti meguji dia.. Dan aku bukan sapa sapa sebenarnya dalam hidup dia... Dan Semalam sepanjang malam aku berdoa padaNYA.. supaya jauhkan dia dari hidup aku..Dan aku dapat rasai.. Doa Aku termakbur..
p/s : Bila Marah menguasai diri....Ya Allah lindungilah Hambamu ini...
2 Comments:
This is very interesting site... Free online airplane games pictures of blouses and dresses milf jan Made in usa lounge pants varsity lettermen jacket sweaters Dryer 4 way valve atlas direct student travel insurance Attorneys portland bayless hampson Free financial planning download sweaters Rounded assisted bathtubs Peugeot 206 cc prices Red coats pics Sony handycam allows you to see through clothes hippie blouses
This is very interesting site... » » »
Post a Comment
<< Home