Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Friday, April 27, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Jahat Kah Aku?

Minggu ke 9:
Pergerakan pertama fetus dapat dideteksi dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.
Hari Isnin aku buat kad. Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar. Doktor Scan. Jantung Baby dah berdenyut. Doc tunjukkan kat aku area yg bedenyutnya. Eh eh...happynya..
Semua selesai. Doktor pesan suruh jaga makanan. Em..kalau setakat oren tu memang boleh polon habis..tapi kalau susu?..
Ya Allah..tolong tak boleh minum langsung. My Hubby berya ya suruh aku minum tapi aku tak leh.. lepas minum pasti muntah.. loya sangat2..
Hari ni ada chat dgn senior atas2 lah.. Citer tentang BAHAR... Tak sangka semua orang tahu.. Semua2 orang tahu hal si bahar ada orang ketiga..dan semua orang salahkan orang ketiga.. hairan.. hairan sangat2..
Memang aku akui, kesilapan aku mula berkawan dengan dia.. dan sehingga apa yg terjadi.. tapi jika kita sedar kesilapan kita, salahkah untuk kita bertaubat dan kembali ke jalan yg elok?... Dan salah kah Si Bahar tu insaf di atas apa yg terjadi dan membaiki kesilapan yg telah dilalui?.. kenapa mesti dijaja nama aku kepada semua orang mengatakan aku ni Jahat telah menghancurkan rumah tangga dia?...
Entah lah.. Tension juga aku bila tahu benda2 ni.. Dan hari ni boss aku ckp kat aku, semalam si bahar call dia lagi.. tanyakan hal aku... Apa sebenarnya dia nak lagi dari aku pun aku tak tahu...
Semoga Allah Buka Pintu hatinya untuk Bertaubat dan mengubah sikapnya yg kaki perempuan it.. Cukup2 lah aku dijadikan mangsa.. Jangan lah dia mengoda perempuan lain dan jadikan mangsa seperti aku.. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui...
Friday, April 20, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Minggu Ke 8 Hari ke Enam

Hari ni Baby Aku dah berumur 62 Hari..
Minggu ke 8:
Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki,tangan, lengan, bahu. Organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Didalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak. Jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur.
Aku lak?
Sekarang ni kerap muntah. Lepas makan pasti muntah balik apa yg di makan. Mcm Semalam petang makan kueh taw goreng, balik rumah muntah..dah tu terus tidur.. Kul 3 pg perut lapar, ckp dgn my hubby..Jawab dia "bawa tidur"... waaaaaaaaaa .. tension...
Sejak2 ni memang awal tidur..Berita belum habis pasti dah lelap. Tapi yg pastinya sebelum lelap pasti my hubby urutkan pala, urut belakang, urut pinggan, dan belai kasi lelap. TV dah tak mampu buat aku berjaga.
Mak tanya malam tadi " Kau dah ada mula rasa malas2 tak?"
Aku gelak..My hubby lagi lah gelak...
"lebih dari malas mak"..
Pagi tadi terpingin sangat2 mkn kimchi chigeh.. Masak sendiri dan makan. Dan masuk Office terus muntah balik.. Sayang2...
p/s : Tak sabar nak tunggu baby bergerak...
Thursday, April 12, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Minggu Ke 7 Hari Ke Enam

Terasa nak kongsi rasa lak dgn Blog ni lah...

Ikutkan pengiraan aku hari ini adalah Minggu Ke 7 Hari ke Enam Aku Pregnent.

Mcm sebelum ni yg aku citerkan, bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Keperitanya hanya Ibu2 yang pernah mengandung akan tahu rasanya. Dan Keperitan itu tak akan sama antara satu sama lain.

Semalam balik rumah ajer terus cakap dgn mak.. Laparnya perut.. Tengok hari ni mak buat laksa. Terus ajak My Hubby makan. Peh..Sedap2... Tak cukup makan laksa tengok nasi macam sedap, tapi my hubby suruh tunggu lepas magrib baru makan nasi. Kena lah bersabar.

Dah lepas magrib, aku cuba makan nasi, adoi... Perut suruh makan.. tapi tekak tak nak masuk.. Paksa juga makan.. akhirnya habis juga.. walaupun terpaksa.. My Hubby hanya senyum. dan mak aku..Biasalah.. "Itu lah ragamnya"

Dan malam bila dah rehat2 aku merengek sakit.. My Hubby dengan nada gurau.. "apa baby, nak air susu satu cawan ek?"

"Alah bang..kan pagi tadi dah minum satu cawan.. Ni dah tak larat nak minum..Tolong lah.."

Rayuan demi rayuan tak jalan..Kena juga minum separuh cawan air susu AnMum...

Dugaan... Dan malam tadi sambil baring atas ribu My Hubby aku tak sedar kul berapa aku tidur, dan bila My Hubby pindahkan aku atas bantal... Dia memahami betul mana2 kedudukan bantal yg patut untuk aku ketika tidur...

DAn pagi ni... Muntah2..dan perut rasa sebu ajer... Boss aku lak tengok aku dah lain macam... Makan kena jaga katanya....
Thursday, April 05, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Keperitan Seorang Ibu...

Dua Bulan yang lalu aku mula terasa sakit2 pingang dan breast yang berterusan. Em setiap malam akan terasa kesakitannya.. Dan sehingga hari ini pun masih lagi terasa sakitnya.. Bila tanya dengan mak..mak akan jawab..Bukan mudah nak jadi seorang ibu.

So far alhamdulilah..aku tak alami morning sucks.. tak ada muntah2 atau loya2 walaupun dah nak masuk tiga bulan.. Kata orang untuk trimister 1 ni pasti akan muntah dan loya2.. aku ni alhamdulilah tak ada.. Tapi kesakitan yang memanjang. Pinggang? tak leh nak citer lah betapa sakitnya..nak telentang langsung tak boleh.. nak meniarap pun tak leh.. Breast?..makin membesar..dan kesakitanya hanya tuhan yang tahu...

Macam ni rupanya keperitan menjadi seorang ibu.. Dan untuk anak2 yang telah meningkat dewasa dengan mudahnya melukakan hati ibu2 yg melahirkan mereka.. Aku tak dapat bayangkan betapa kecewanya hati seorang ibu yang susah payah mengandungkannya 9 bulan, mendidik hingga dewasa dan akhirnya diherdik seperti budak kecik.. Ya Allah.. Ampunkan lah dosa ku seandainya aku ada melukakan hati dan perasaan ibu ku...

Namun ini pengalaman yang cukup berharga untuk aku menjadi seorang ibu.. Ramai pesan dgn aku, jangan bad mod selalu, jangan merajuk selalu, jangan marah2 selalu.. nanti effect pada pembentukkan baby,.... tapi itu lah yang selalu aku buat.. cam mana nak happy selalu?...

p/s : Aku tak paham, kenapa lelaki terlalu sukar untuk memahami kehendak orang perempuan ek?..
Tuesday, April 03, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Scan...

Hari Jumaat tempoh hari aku pi hospital colombia..
Hantar Mr yu yg sakit2..

sementara menunggu dalam kebosanan aku daftarkan nama aku,
dan aku masuk jumpa doctor sakit puan...

Dan resultnya..sah aku pregnent.. hehehe...

Makan kena jaga katanya... dan masa scan tu..nampak cute ajer..
masih kecik sangat..cuma rahimnya dah nampak membesar..

p/s : tak sabar nak rasa denyutannya..




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.