Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Friday, October 28, 2005 Image hosted by Photobucket.com

*Saman Laju*

Hari ahad aku ada hantar MR Lee dgn MR Park ke PD. Naik keta lain lain. Sampai kat satu tempat tu aku ada nampak kereta proton saga warna biru tua dan seorang lelaki dgn kamera. Aku buat tak tahu ajer lah, lagi pun aku tengok speed aku cuma 100km/j.. So tak ada masalah lah, MR lee lak ikut dari belakang.

Dan hari ni entah mimpi apa, aku check Rilex service. Huk masuk ajer no ic aku, terkeluar satu saman. Tarikh 23/10/2005..jam 10.01..jalan sua PD.. kesalahan hadlaju.. menjerit aku dibuatnya.. AKu check kereta company lak..sama...Tarikh 23/10/2005..jam 10.01..jalan sua PD.. kesalahan hadlaju..Yg menghairankan aku macam mana boleh masa yg sama.. tak ada jarak saat langsung.. What ever lah.. memang salah aku..

So hari ni aku call lah member kat Balai polis trafic tu. Member menanti kedatangan aku. Heheh aku ni time ada masalah ajer baru ingat kat dia kalau tak buat tak tahu ajer..

Sambil2 borak dengan member aku ada tanya dia. Ada kenalan tak polis awam. Tolong lah kenalkan kat aku. Sebab kalau ada member dalam jabatan polis ni senang sikit berurusan. Aku nak uruskan mamat yg tergila2kan aku tu. So member tu suruh cerita apa masalahnya sampai nak contact member polis..Habis cerita, lain cerita lak yg dia bagitahu.."i bukan apa, takut nanti hilang cerita mamat tu, kawan polis i pulak yg terpikat kat u, nanti orang rumah dia lak serang i" Ahak..aku gelak..pulak dah.. Lelaki...

Ingatkan nak borak lama sikit..Tapi member tengok aku lain macam ajer..Dah tu keluar lak ayat "i rasa lah TIE, I tahu kenapa mamat tu gilerkan U, Lelaki lain pun I rasa kalau tengok U mesti cair...U ni manja dan cute lah"

Aku gelak..Masa tu juga aku bangun.."ok ok lah I balik dulu lah, office i tak ada orang jaga..Jangan lupa settlekan I punya sama key" .......

p/s : hairan bin ajaib... Kenapa lah lelaki pandang aku cam tu ek?
Tuesday, October 25, 2005 Image hosted by Photobucket.com

LELAKI

Satu masa dulu mak aku pernah cakap dgn aku. LELAKI SELAGI DIA TAK DAPAT APA YANG DIA NAK DIA AKAN BUAT SAMPAI DIA DAPAT. Aku tak percaya dengan kata kata itu. Lebih lebih lagi kalau lelaki tu sayang kita.

Dan hari ni aku rasai kata kata itu. Pada aku dia kata dia sayang, Tapi dalam masa yang sama dia tabur fitnah pada semua kawan kawan aku. Alasannya kerana dia sayang kan aku. Fitnah yang pada aku tak masuk akal. Dan dengan mudah semua orang pandang hina pada aku. Begitu kah nama nya sayang seorang lelaki.

Salah kah aku tolak dia, dia suami orang. Aku dah tolak cara baik. Tapi dia tak dapat terima. Dia fitnah aku dan pastikan orang lain juga tak dapat aku. Ada juga manusia macam ni kan. Itu bukan sayang.. Itu hipokrit..itu Pentingkan diri sendiri. Aku menyesal..Terasa menyesal sangat berkenalan orang seperti itu.

Satu masa dulu dia juga yg cakap, dia sayangkan keluarga dia, isteri dia yg terbaik dalam dunia ni, anak-anak dia, dia orang yg jenis pentingkan keluarga. So aku anggap dia sebagai abg aku. Bila dia ada masalah aku tolong. Ada masalah duit aku tolong. Sampai masanya dia buang keluarga dia kerana aku?..aku tak dapat terima. Itu lah manusia EGO. HIPOKRIT. Bila aku tak dapat terima dia, dia mati matian dok pertahankan cintakan aku, sayang kan aku. Apa tu.. Aku tak paham.. Dan yang aku benar2 tak paham kenapa dia sanggup lihat aku tak kawin dgn orang lain padahal dia sayang aku. Bukankah kalau sayang sesorang, kita nak tengok orang tu bahagia, Bukan kah itu namanya sayang..

Aku tak paham..kenapa dia fitnah aku sebegitu sekali.. Dan aku tak paham kenapa aku yg terima ini semua....Aku..Aku....Ahhhhhhhhhhhh.......
Monday, October 24, 2005 Image hosted by Photobucket.com

*Aku Jahat*




*John Dalam Kenangan*

Hari Sabtu balik awal, kul 12.30tgh terus bawa Kontot, John, Kuning dgn Boroi pi Klinik. Semua dapat injection dan ubat cacing. Doktor kata kontot dah baik, John ajer yg teruk. So semua dapat ubat masing masing.

Kesian aku tengok dia orang kena inject, tapi untuk kesihatan dia orang. So balik rumah terus kurung dia orang.

Hari ahad pagi semuanya dah sihat, kuning dgn john lah yang paling seronok berlari lari dan main gigit2. Memang seronok sangat. Dan aku lak mandikan dia orang dan sapu bedak kat dia orang. Aku tengok John dgn kuning lain macam. Manja giler.

Petang aku nak pi hantar berkat kat umah along dgn mak aku. Aku nampak kuning dgn john lari lari kat bawa kereta aku. Aku cakap dgn mak suruh masukkan dalam rumah. So aku ingat kan dia orang dah kat dalam rumah lah.

Balik dari rumah along aku nampak John terbaring kat tepi longkang. Aku menjerit. Mak aku terkejut. Aku tengok John dah tak bergerak. Makk... John dah mati.. aku tak bergerak. Aku terkaku. Mak aku cepat cepat pegang John kejut dia dan cium. Mak aku terbaring peluk John. AKu menjerit panggil abg aku. Dia tenangkan mak aku. Dia ambil John dan kebumikan dia. Aku?..aku kelu.. Seakan tak percaya. Bayangkan sekejap sebelum aku keluar aku nampak dia lari lari dgn kuning. Dan sekarang dia dah tak ada...Mak aku kurung diri dalam bilik, dia menangis.

Aku rasa bersalah, tapi aku lawan perasaan aku. Aku tak mahu perasaan hiba itu terus menguasai diri aku. AKu rasa kehilangan tapi aku tak mahu rasa itu membinasakan aku.

p/s : mlm tadi mak aku cium umbun2 aku masa tidur. Dan dia belai aku. Aku tahu dia sayang aku dan tak sanggup tengok aku hadapi dugaan yg sedang melanda aku. Mampukah aku hadapinya?..

Thursday, October 20, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Tak Mampu Lagi

Aku rasa tak mampu lagi untuk bertahan. Aku perlukan perubahan. Aku tak mahu lagi terus terusan macam ni. Puas aku terangkan cara baik. Puas aku terangkan cara kasar. Tapi kenapa lah laki orang ni tak paham paham bahasa agaknya. Cara Melayu dah sudah, cakap korea dah sudah, cakap inggeris dah juga cakap mencarut pun dah juga. Tapi masih lagi dok kacau aku, minta nikah dengan dia. Giler kah pa lelaki cam tu. Tak cukup agaknya dengan orang rumah dia sorang tu. Masih lagi dok nak paksa aku kawin dgn dia...

Konon sayang..konon cinta..konon sanggup buat apa sahaja demi aku. Apa kejadah jantan macam tu pun aku tak tahu. Tak sedar agaknya, orang rumah dia & anak2 dia dok menanti dia, yg dia pi mengatal cari bentina kat luar. Apa punya jantan lah. Mcm tu nak jadikan aku bini kedua dia? Giler..Mana dia letak akal dia pun aku tak tahu. Sedangkan keluarga yg ada pun tak boleh nak jaga, ada hati nak memperisterikan aku. Giler-giler..kerja giler.. semuanya giler...

Puas aku pertahankan prinsip hidup aku..Jangan ganggu suami orang..jangan kawin laki orang.. Memang aku tak nak..Dan sekali lagi aku cakap aku tak nak.. Tapi kenapa ek laki laki orang ni tak reti bahasa.. Tak paham... Ahhh tension betul aku dibuatnya...

Mcm mana aku nak lari dari masalah ini... AKu buntu... Yang aku tahu mungkin kalau aku dah kawin dia tak kan ganggu aku lagi.. Tapi...semuanya masih kelabu...gelap...

p/s : mesti kah aku berserah dalam menyelesaikan masalah ini?
Wednesday, October 19, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Terasa Bersalah

Semalam balik aku cuba berbaik dengan mak aku, nampak macam ok ajer. Tapi sebelum tidur entah macam mana mungkin tersilap aku kot, mak aku kecik hati dengan kau lagi.
Soalan pertama yang aku tanya hanyalah
"Mak menyesal ker? Mak rasa tertekan ker tinggal dengan kita orang?"

Hanya soalan itu mak aku terus melalut lalut, marah dan dia lepas kan perasaan aku. Entah macam mana aku pulak terpikir untuk tanya soalan cepu mak pada mak aku. "Mak nak Den kawin dgn bekas kekasih Wani, mak dapat bayangkan tak apa akan terjadi akan datang, apa akan jadi dengan hubungan wani dgn Den?" Tu kau punya masalah, kau yang kena tanggung sendiri. Huk tersentap hati aku.

Terkejut aku mak aku cakap macam tu, dia yg suruh aku kawin dgn mamat tu, dah tu mak aku nak lepas tangan. Masa tu juga aku cakap dgn mak aku,
"mak dulu buat kak mah dgn kak yah macam tu, kawin kan kekasih kak yah dgn kak mah, and than mak nak buat lagi hal yg sama dengan kita orang? cukup lah mak. Kata putus Den tak nak kawin dgn budak yg mak suka tu. Tak mahu"

Aku dengar mak aku menangis. AKu tertekan. Aku tak mahu. Cukup lah selama ni aku ikut segala kehendak dia. Semua pilihan aku, mak aku tak suka, mak aku reject awal awal..tup tup bila macam ni, dia nak suruh aku kawin dgn kekasih adik aku?..mana letaknya akal pun aku tak tahu.

Dan sebelum aku lelap mak aku cakap "Mak sayang sangat dengan budak tu"..maknanya mak aku mengharap sangat nak jadikan budak tu menantu dia.. Aku diam.. aku rasa tertekan.. Yang nak kawinnya aku, yg akan tanggungnya adalah aku. Tak kan aku nak kawin dgn bekas kekasih adik aku. Aku tengok kakak aku..mereka menyesal..malah selalu ungkit mengungkit.. Aku tak mahu.. Lebih baik aku hidup sendiri macam ni daripada keluarga aku kucar kacir hanya kerana lelaki...

Sebelum tidur entah dari mana idea aku dapat, aku sms kawan tu. Aku ajak bertunang. Aku tahu aku tak patut buat macam tu. Mesti orang akan cakap Perigi Cari Timba. Tapi aku tak peduli... Dan aku tahu jawapannya pasti akan mengecewakan.. Dan air mata aku pun mengalir... Mungkin silap aku.. Silap aku...

Pagi bangun sahur. Mak masih marah dengan aku. Tengah makan tu aku cuba ajak berbual. Cerita tentang hal kerja. Aku cuba tanya pendapat dia tentang pekerja asing. Ahamdulilah dia nak bercerita. Panjang lebar dia kasi nasihat. Aku tahu mak aku sayang aku. Aku cuma nak berbincang hal hal masa depan aku. Kalau aku tersilap kata maaf kan aku wahai ibuku sayang..

p/s : mungkin hidup sendiri lebih baik dari berdua...tapi perasaan itu..aku pasrah..
Tuesday, October 18, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Seketika.....

Rasanya dah lama aku tak layan perasaan dan keinginan aku, sejak mak tinggal dengan aku, aku jadi seolah tak berperasaan, seolah tak ada keinginan langsung. Kenapa ek hairan aku dibuatnya, ataupun aku sengaja membuang semua rasa itu.

Dan pagi ini, segala lakonan aku terbongkar, masa nak pi kerja aku terlepas cakap dgn mak aku, sampai bila aku nak hidup macam ni, kosong... pergi kerja, balik kerja, pergi kerja balik kerja..itu sahaja..tak ada kelainan..tak ada keseronokkan..tak ada entah...

Satu masa dulu, aku mencuba untuk mencari sesuatu untuk mengisi kekosangan hati, tapi semuanya tak menjadi..dan kini aku berserah kepadaNya, tapi masih lagi begini... Tak ada kelainan, tak ada yang sudi mengisi kekosongan diri ini..

Aku dah tak mampu menapis segala tomahan yang aku terima..sebab tu aku mengharapkan sesuatu yang dapat membantu aku dari kemelut ini.. Tapi siapa yang sudi....

Hanya mampu berserah....

p/s : anak kontot sakit pulak..hari sabtu tu hari tak sempat nak bawa ke klinik...esok rabu balik keja awal mungkin sempat bawa dia ke klinik kot....doa doa...
Monday, October 17, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Keletihan Tahap MaX...

Hari sabtu hari yg betul2 buat aku letih giler.. Bayangkan Bangun kul 4.30 sahur dan terus bersiap untuk pi kerja. Kul 6 dah keluar ambil Shila, masuk office kul 6.30 terus buat kerja. Sampai ke kul 4.30 tak henti2 buat kerja, dah tu terus pi KLIA sebab nak ambil orang korea yg datang ke sini. Mr Kim lah cakap suruh tunggu kul 5.30 kat sana, tapi hampeh kapal terbang singgah langkawi sejam, so kena tunggu sampai kul 7.30ptg. Makan burger king kejap. Mamat korea tu keluar kul 8 malam. Terus balik office. Kesian shila tunggu kat office sorang2. Aku risau giler.

Kul 9.00mlm sampai bawa lak shila pi berbuka kat dataran senawang. AKu lak dah tak larat rasa nak pitam ajer. SAmpai rumah kul 10.00mlm, mandi mandi dan call member tu kejap. Hehe ganggu kejap ajer tak salah kan. lepas tu minta mak aku tolong massage kan badan aku. Waa rasa tak larat sangat2... dan masa mak aku urut tu aku dah tak sedarkan diri..sedar sedar kul 4 pagi...waaa letih gilerrr...

p/s: Mak bising..kalau kawin nanti masih kerja macam ni mesti laki aku akan lari tinggalkan aku.. apa leh buat...nasib badan...
Saturday, October 15, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Keletihan

Wah sejak sejak ni aku kerja teruk betul. Masuk kerja kul 7 balik kul 7. Memang sakit pinggang aku tapi apa leh buat nama pun cari rezeki. Kena ikhlas tak leh nak ungkit2. Nak clearkan masalah kat sini bukan senang. Doa doa lah aku kuat untuk selesaikan masalah kat sini.

Alhamdulilah, aku tak ada masalah kewangan yg
genting@tenat sangat. Keselesaan tu ada lah sikit, bersyukur aku. Dan semoga ianya kekal milik aku, walaupun aku tahu itu hanya lah doa semata mata. Sebab aku sedar hari ini aku ada esok lusa mungkin aku tak ada. Segala-galanya berkemungkinan.

p/s : nak buka ikan bakar lah hari ni, ya lah tak sempat nak balik rumah makan kat rumah. Bawa shila makan kat kedai ajerlah...
Thursday, October 13, 2005 Image hosted by Photobucket.com

"boroi dgn anak2 nya"

Image hosted by Photobucket.com

Tu Hari si Kontot dgn anak2 dia..La ni boroi lak dgn anak2 dia. Eheheh Ibu yang bagus si boroi ni. Sayang giler dgn anak2 dia. Tinggalkan anak dia pun sebab nak pi Buang air selebihnya dok ulik anak2 dia ajer... AKu lak makin sayang giler giler kat boroi ni tak tahu lah kenapa..

Anak boroi..yg sulung warna dia campur2 perang hitam dan putih..betina...Yang kedua lak jantan seluruh tubuh hitam legam.. Dan yg bungsu kuning, putih dan hitam. Entah mana dapat kuning pun aku tak tahu. Dan yg pastinya 3 3 ekor tu bulu lebat giler... sebijik macam mak dia bulat mukanya...

sayang kucing ku...

p/s : semua kucing yg ikut aku kalau betina bunting dan beranak..beranak pinak kat rumah aku...takut aku tak terbela ajer...

"Kontot Ku Sakit"

Semalam balik kerja aku terus pi saloon...cuci rambut sambil masage belakang aku. Sedapnya rasa.. Balik rumah terus bawa kontot pi klinik. Doktor kata Kontot dah tenat giler. Dia kena cirit birit tu dah lebih dua minggu dan penyakit dia di tahap ke dua bahaya. Dan cacing yg menyerang dia pun kuat giler.

Dah tu doktor tu kasi dia 3 injection, untuk antibiotik, untuk bunuh cacing dan juga untuk bersihkan darah dia. Em dah tu doktor kasi dia makan ubat warna kuning juga kat mulut dia, dah tu doc kasi juga ubat cirit birit warna putih dan last sekali doc kasi dia makan ikan cair. Kesian sangat tengok kat kontot. Doc suruh bawa anak2 kontot untuk terima antibiotik. Aku janji hari sabtu baru leh hantar anak2 kontot. Doc kata kalau kontot lepas tiga hari masih tak baik dia akan dimasukkan air. Alah kesiannya.

Dah tu balik rumah terus kurung kontot dgn anak2 dia. Kesian kontot, anak2 dia terus nyusu.. La dah lah kontot sakit tapi anak2 dia buat selamba ajer.... kesiannya...



p/s : doa doa boroii dgn anak2 dia tak berjangkit...
Wednesday, October 12, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa pada semua Umat Islam. Sorry dah masuk hari ke sembilan baru aku sempat nak update blog ini. Dugaan banyak sangat bulan puasa ni. Alhamdulilah tak ada ponteng lagi..hehe.. tunggu masa ajer. ahaks.

Sejak Mr Jang pergi aku tertekan giler kat sini. AKu cuba juga coolkan diri ni untuk settlekan masalah2 yang datang tapi kadang aku ni terikut sangat dengan perasaan, em tak tahu nak cakap. Dan semalam kemuncak masalah menimpa kat syarikat aku ni. Dan hari ni aku terasa lega bila aku dah boleh stabilkan diri aku untuk biasakan diri dengan masalah2 itu semua. Macam ni agaknya menjadi seorang ketuakan. Semua kita kena pikir, semua kita kena tanggung walaupun kesalahan tu bukan dari kita.

Mr Lee masih lagi tak boleh nak serasikan diri dengan suasana orang2 melayu. Dah berapa kali si Hamka dgn Mr Lee bertekak. Aku bukan nak menangkan Mr Lee, tapi terpaksa cakap kat Hamka walaupun Mr Lee tengking dia Hamka tak leh nak tengking Mr Lee balik. Tapi manusiakan kita tak leh nak tahu tahap kesabaran dia. Dan semalam terjadi pertengkaran yang singet antara mereka berdua. Dan aku jadi orang tengah hanya mampu dengar. Bila selesai semua aku berbincang dgn Mr Lee. Beritahu dia apa yg orang melayu ni suka dan tak suka. Dan petang semalam Mr Lee Minta maaf dari hamka.

Entah serba salah aku dengan dia orang ni. Tak tahu nak buat cam mana.

Sejak puasa dah seminggu ni boleh kira aku ke bazar ramadan berapa kali. Hari pertama aku bawa mak aku pi Bazar Ramadhan kat Dataran senawang. Tengok Member tu jual Martabak dan kali kedua beli Martabak dari member tu dgn Shila, lepas tu langsung tak pi Bazar Ramadhan, lebih selesa balik rumah buka dengan masakan mak aku lagi selera. Dan jimat hehe..

Baby dah bertambah berat..rasa geram sangat tengok dia. eheh... dan Boroi dah dapat 3 ekor anak.. cute macam mak dia juga..bulat gitu..nanti aku ambil gambar anak2 dia aku paste kat sini. Kontot? kesian sangat2. Dah kurus sangat2 dan sakit. Tak tahu nak buat apa. Cadang nak hantar klinik petang ni. Tengok lah. Mungkin dia rindu dgn Kuning dan Nine kot. Kesian sangat kat dia..

p/s : kenapa ek sejak2 ni aku mudah sangat menangis. TEngok berita mlm tadi pun nangis..air mata mengalir ajer tiba tiba..syaduu gitu...
Friday, October 07, 2005 Image hosted by Photobucket.com

*Baby ku Cute*


Waa geramnya tengok baby kat rumah..cutenya.... geramnya...tak tahan rasanya..macam nak gigit gigit ajer biar dia nangis... aku lah mak sedara yg betul betul tak leh pakai.. bila budak tu tidur aku ganggu suruh bangun..bila dah bangun aku suruh tidur...waaaa...comelnya..


Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com
Tuesday, October 04, 2005 Image hosted by Photobucket.com

*arrrrrrrrrrggggggghhhhhhhh*

Aku tension giler...giler...pala naik blurr....kenapa lah ini yg aku rasa... kenapa... gerammmnya.. ini ker balasan yg aku dapat... ahh..tak guna betul... sabar..sabar...mcm mana nak sabar... ahh tak mampu aku nak lawan perasaan tension ini...rasa macam nak selam kat laut ajer tak nak keluar2.. biar sejuk badan dan otak ini... waaaaaaaaaaaa.....................................

p/s : kalau citer kat orang mesti orang cakap, ala kerja mana yg tak ada masalah.... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........
Saturday, October 01, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Saat Perpisahan..



Akhirnya pergi juga seorang lagi boss aku. Dulu aku hantar Mr Jung dan malam tadi aku hantar Mr Jang lah pulak...

Kat KLIA masa check in terjumpa Abg Zamri Abas dia hantar kawan korea dia balik, dan aku lah bermasalah sebab Mr Jangnya bagasi lebih berat..ahahaha..melayang duit dia seribu lebih.. Kan hampeh rasanya...

Lepas settle semua kita orang pun makan makan kat Burger King...


lepas makan makan sesi beli hadiah.. Mr jang belikan kita orang choklat..emm aku tak nak tapi dia berkeras nak bagi juga.. lepas tu pi tukar duit ke Korean Won. Dan lepas tu Mr Jang kasi kita orang duit poket..hehe aku tak nak tapi dia nak kasi juga.. ambil ajer lah orang dah bagi kan....kesian kat dia...

p/s : Pergi dah seorang M.D yang baik hati, dan akan hidup dgn M.D yang entah macam mana hati dia entah.... RIsaunya aku...tapi terpaksa aku laluinya juga...





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.