Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Wednesday, October 19, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Terasa Bersalah

Semalam balik aku cuba berbaik dengan mak aku, nampak macam ok ajer. Tapi sebelum tidur entah macam mana mungkin tersilap aku kot, mak aku kecik hati dengan kau lagi.
Soalan pertama yang aku tanya hanyalah
"Mak menyesal ker? Mak rasa tertekan ker tinggal dengan kita orang?"

Hanya soalan itu mak aku terus melalut lalut, marah dan dia lepas kan perasaan aku. Entah macam mana aku pulak terpikir untuk tanya soalan cepu mak pada mak aku. "Mak nak Den kawin dgn bekas kekasih Wani, mak dapat bayangkan tak apa akan terjadi akan datang, apa akan jadi dengan hubungan wani dgn Den?" Tu kau punya masalah, kau yang kena tanggung sendiri. Huk tersentap hati aku.

Terkejut aku mak aku cakap macam tu, dia yg suruh aku kawin dgn mamat tu, dah tu mak aku nak lepas tangan. Masa tu juga aku cakap dgn mak aku,
"mak dulu buat kak mah dgn kak yah macam tu, kawin kan kekasih kak yah dgn kak mah, and than mak nak buat lagi hal yg sama dengan kita orang? cukup lah mak. Kata putus Den tak nak kawin dgn budak yg mak suka tu. Tak mahu"

Aku dengar mak aku menangis. AKu tertekan. Aku tak mahu. Cukup lah selama ni aku ikut segala kehendak dia. Semua pilihan aku, mak aku tak suka, mak aku reject awal awal..tup tup bila macam ni, dia nak suruh aku kawin dgn kekasih adik aku?..mana letaknya akal pun aku tak tahu.

Dan sebelum aku lelap mak aku cakap "Mak sayang sangat dengan budak tu"..maknanya mak aku mengharap sangat nak jadikan budak tu menantu dia.. Aku diam.. aku rasa tertekan.. Yang nak kawinnya aku, yg akan tanggungnya adalah aku. Tak kan aku nak kawin dgn bekas kekasih adik aku. Aku tengok kakak aku..mereka menyesal..malah selalu ungkit mengungkit.. Aku tak mahu.. Lebih baik aku hidup sendiri macam ni daripada keluarga aku kucar kacir hanya kerana lelaki...

Sebelum tidur entah dari mana idea aku dapat, aku sms kawan tu. Aku ajak bertunang. Aku tahu aku tak patut buat macam tu. Mesti orang akan cakap Perigi Cari Timba. Tapi aku tak peduli... Dan aku tahu jawapannya pasti akan mengecewakan.. Dan air mata aku pun mengalir... Mungkin silap aku.. Silap aku...

Pagi bangun sahur. Mak masih marah dengan aku. Tengah makan tu aku cuba ajak berbual. Cerita tentang hal kerja. Aku cuba tanya pendapat dia tentang pekerja asing. Ahamdulilah dia nak bercerita. Panjang lebar dia kasi nasihat. Aku tahu mak aku sayang aku. Aku cuma nak berbincang hal hal masa depan aku. Kalau aku tersilap kata maaf kan aku wahai ibuku sayang..

p/s : mungkin hidup sendiri lebih baik dari berdua...tapi perasaan itu..aku pasrah..

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Tika, dalam hal perkahwinan - jangan main-main! Bukan dengan hanya mak sukakan lelaki tersebut, maka terpaksa kahwin dengan dia. Memang risiko tinggi. Maklumlah bekas kekasih adik sendiri.
Cakaplah elok2 dengan ibu Tika. Lama-kelamaan, dia akan terima juga! Kesian Tika terjebak dalam hal sebegini. Namun begitu, janganlah kita mengorbankan diri hanya untuk memenuhi permintaan / hajat rang lain. Kelak binasa diri!
Tika seorang profesional dan mampu membuat keputusan sendiri. Ibu juga seorang manusia. Dia bukan maksum. Tapi, penyampaian kita mengenai hasrat hati dan gelodak jiwa perlu disalurkan dengan penuh berhemah sesuai dengan statusnya sebagai ibu. Insya-Allah, Tuhan akan bersama pihak yang benar. Semoga sukses!

8:21 AM  
Blogger Miss Tika said...

Terima kasih. Itu lah, tika kadang memang serba salah dibuatnya. Sebab semua menantu yg mak tika ada, semuanya mak tak berkenan, sebab tu kalau boleh biar mak berkenan dgn menantu yg terakhir ini.. tapi bila pilihan mak tika tu rasa mcm tak masuk akal cma mana tika nak terima. Tak sanggup tika terimanya.. Bukan nak tolak jodoh tapi mcm tak logik...

10:44 AM  

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.