Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Monday, July 25, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Series - Tru Calling





Aku ikuti series ni kat tv3, mula2 menarik cerita ni, so aku teruskan tontonan aku, dan semalam cerita ini semakin menarik. Membuatkan aku rasa macam tak sabar nak tahu penghujung cerita ini. Star World baru keluarkan tayangan series ni, lambat dari TV3 punya tayangan.

So series malam tadi, Tru terpaksa berlawan dengan Jack untuk melaksanakan tanggungjawab dia. Mulanya aku rasa macam seronok ajer kemunculan Jack dalam series ni, ingatkan dia akan membantu Tru tapi rupanya dia adalah watak jahat dalam cerita ini. Jack ditugaskan untuk pastikan seseorang mati pada hari semalam berlaku pada hari ini. Manakala si Tru ditugaskan untuk selamatkan orang itu. Maknanya tugas dia orang betul2 berat.

Dan series semalam Tru terpaksa selamatkan Adik dia Harrison, dan Jack pulak terpaksa untuk memastikan Harisson mati, so terjadi kesukaran dalam dia orang nak laksanakan tugas dia orang. Dan malam tadi Tru dapat selamatkan Harrison, namun Jack tetap berusaha untuk memastikan sesorang mesti mati, dan dia pilih Luc (pak we Ttu) Untuk mati. Dan Jack berjaya. Bila part ni muncul aku mula terasa benci sangat2 kat Jack. Jahatnya dia. Tapi disebabkan dia hesem aku tetap suka kemunculan dia dalam cerita ini...

Dan diakhir series ni, tak sangka Ayah Tru adalah sekutu Jack, dan rupa2nya kematian Mak Tru adalah ada kena mengena dalam kisah cerita mereka. Ayah Tru berentap dgn Mak Tru, dan Tru pula berentap dengan Jack.. Menarik komplot cerita ini..
p/s : bila dah minat sesuatu tu, tak kira aku nak juga ikutinya...

Hari Minggu Yang Berlalu

23/7/2005
Habis kerja kul 1.30ptg, macam biasa aku akan hantar Shila balik rumah dia dulu. Lepas tu aku terus balik rumah. Em mak dah bersiap2 nak ke terminal One. Aku sampai terus baring depan TV. Mak ajak aku keluar cepat. Aku terpaksa terus terang dgn mak yang adik aku datang ambil dia. Dia berkeras tak mahu. Aku dgn Abg aku puas pujuk dia tapi dia tak mahu juga. Terjadi pertengkaran antara aku, mak aku dgn abg aku. Keputusan mak aku muktamad tak nak naik kereta dengan adik aku. Abg aku lak beri amaran pada aku jangan bawa mak aku beli tiket bas. Aku serba salah. Aku diam sambil tengok tv. Mak aku menangis.

Kul 5 ada rancangan best, citer Species2 tak silap aku lah. Kita orang semua layan tv, mak aku pun sama sama layan walaupun muka dia aku nampak macam tak ceria. Yang menariknya abg aku lah dia nak baring atas riba mak aku, mak aku terus tolak dia. Dia lah tarik bantal aku. So aku dengan buat ayat lawak " Abg, kau tengok anak kesayangan mak baring atas riba mak" sambil aku lentokkan kepala kat riba mak aku, selamba ajer mak aku diamkan diri malah dia belai kepala aku lagi. Aku apa lagi gelak beso lah masa tu. Terasa mak aku ni pilih kasih hahaha..

So dalam kul 5.30ptg adik aku dgn suami dia sampai. Mak aku hulur juga tangan salam dia orang. Aku tanya bila adik aku nak bertolak ke johor, kalau boleh biar lewat sikit sebab mak aku nak tengok AF, adik aku jawab yang dia tak boleh tidur rumah aku pasal suami dia kerja hari ahad. Dengar pasal tu ajer mak aku terus menjerit. "aku tak suruh kau datang ambil aku, yang kau orang menyusahkan diri buat apa, dah tahu kerja buat apa datang" aku dah tak selesa, aku terus bangun, dan terus ajak mak aku pi pasar malam. Masa mak aku bersiap aku ke depan, nampak adik aku menangis. Aku hanya mampu cakap bersabar ajer lah.

Kat pasar malam mak aku ok pulak, cuma dia luahkan perasaan tak puas hati dengan abg aku ajer, tak sentuh pasal adik aku langsung. Dah habis belanja jumpa leen, dan bawa leen ke rumah aku, nak tumpang tengok AF juga. Ahaks. Entah kenapa malam ni aku buang tebiat pi undi si Kefli.. ahaks mak aku suka tengok muka budak tu, dan kalau boleh biar dia ada lagi minggu depan, walaupun aku tahu dia kurang berbakat tapi ada bakat terpendam, cuma perlu diasuh. ahaks..

Kul 11 malam mak aku dgn adik aku pun bertolak balik. Bersyukur aku mak aku nak juga naik kereta dengan adik aku. Semoga hubungan dia orang anak beranak akan kembali mesra seperti dahulu. Lepas tu sambung tengok bola pulak. Negeri sembilan kalah 2-4 dengan selangor. Malu2..Kalah di gelanggang sendiri.

Malam tidurrr......

24/7/2005

Pagi ahad bangun awal, buat apa yg patut, dan kul 8 lebih aku lepak2 balik atas tilam, ahaks. Kul 9.30pagi aku keluar dgn Leen ke Giant, beli makanan kucing dan juga berbincang pasal nak beli rumah. Tengah berbincang pasal rumah aku ternampak sesorang , Macam kenal, aku call dia..memang sah WAN member korea aku ada depan mata aku sekarnag, dia tegur aku kejap ajer, katanya nak bawa bos dia panjat Bukit Datok. Dia pelawa aku juga tapi malas lah...Hal rumah tadi... Peh...aku rasa aku tak mampu lagi untuk beli rumah. Tunggu lah sikit masa lagi.

Sarapan pagi kat area rumah leen, dah tu aku balik rumah dan layan tv. Dalam kul 2 lak aku, abg aku dan jijah jalan2 usha rumah kosong. Em semuanya menarik, tapi aku masih tak terbuka lagi untuk beli rumah. Entah tak tahu napa. Dalam kul 4 ptg aku balik rumah pasal dah letih sangat. Sampai rumah layan tv kejap. Dah tu dalam kul 5 aku bersiap keluar. Nak jumpa Loo pulak, entah apa hal si Loo turun seremban.

Loo sampai dengan mak we dia rupanya. Tahan dia couple dengan awek dia tu. Loo lak tengok tembab pipi dia. Sama macam wan juga. Ahaks. Berborak dengan loo sampai kul 7 petang. kami pun berpisah, Aku balik rumah dan layan tv sampai mengantuk....dan tidurr....
Tuesday, July 19, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Catty - Kucing BaruKu

Ahaks semalam pagi aku pergi office kejap, Ada kerja nak siapkan, padahal semalam hari cuti, kerja nya pasal aku pi lah juga kejap.Dah tengahari balik makan nasi, mak aku dah siap masak, kegemaran aku ikan tongkol masak kicap. Ahaks.Dah tu layan tv, sambil mak aku ulik aku. Seronoknya rasa. Lepas tu kami tertidur lah kejap.

Dalam kul 4 aku bawa semua family aku pi Giant. Setibanya kat Giant kami semua ternampak kucing. Bulunya panjang2 dan lebat, ekor nya panjang dan mengembang. Peh Lawa giler kucing tu. Abg aku cuba tangkap dia lari, mak aku cuba tangkap dia tak lari, aku lak cepat2 kasi abg aku kunci kereta suruh pi hantar kucing tu kat rumah. Ahaks.

So lepas tu kita orang makan Pizza bebola daging. Ahaks. Tak lah sesedap mana pun. Dah tu masuk dalam giant shopping. Mak aku belanjakan aku kukus dan kuali sedang. Dah tu aku dgn mak aku lak belanja abg aku dgn jijah peralatan baby termasuk besen mandi, kelambu baby, dan macam2 lah peralatan baby. Melayang duit kita orang hari ni. Peh..

Dah tu balik rumah terus kasi kucing makan Whiske. Peh lapar giler. Dah habis makan sesi bergambar lak dengan kucing tu. Aku kasi nama Catty. Ahaks. Malam tidur dengan aku kat bilik aku. Cukanya kat kucing tu.. Meeooowwwww....

Image hosted by Photobucket.com




Image hosted by Photobucket.com




Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com





p/s : pagi tadi dengar era, cerita pasal sorang nenek tu bela kucing sampai 488 ekor, dan makamah melarang nenek tu membela bintang peliharan lagi. Dan Kiran lak cakap "ada orang jenis suka kutip kucing pantang nampak kucing tepi jalan mesti kutip bawa balik"..dan aku pun terasa diperli..ahahaha...

KUKUM


KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA
Northern Malaysia University College Of Engineering
Ilmu - Keikhlasan - Kecemerlangan
Pusat Kejuruteraan
Satu masa dulu aku pernah dengar kabar2 berita tentang kemasukkan kawan aku ke KUKUM ni, tapi member tu menidakkan kabar berita itu. Entah kenapa pagi aku terpikir untuk usha web KUKUM ni, dan terbukti dia ada kat KUKUM ni.. Kenapa mesti nak tipu?.. apa nak sembunyikan diri dari aku ker?...nak sembunyikan kemampuan diri sendiri dari aku ker?.. entah lah..semoga dia berjaya dan terus berjaya dalam bidang yang dia ceburi.

p/s : Mungkin ini balasan yang dia nak berikan pada aku kerana masa aku berkawan dgn dia dulu aku selalu tipu dia... Tak apa lah siapa lah aku untuk dia berterus terangkan.. Hanya kenangan.....
Monday, July 18, 2005 Image hosted by Photobucket.com

MAMAKU Kawin Lagi

16/7/2005

Macam biasa balik kerja aku hantar shila balik rumah dia. Sampai rumah mak aku tak siap masak lagi. Aku beli durian dengan santan untuk mak aku buat bubur kacang. So lepas tolong mak aku sikit sikit, aku layan hindustan. Bila siap masak ajer aku terus makan tanpa tunggu orang lain.Ahaks. Sedap pasal mak aku yang masak.

Petang bawa mak aku jalan2 kat pasar malam dekat Taman Kobina. Beli apa yg mak aku nak ajer. Malam lak lepak kat rumah, biasalah layan Akademi Fantasia. Ahaks. Sekadar menonton tapi tak fanatik sangat.

Habis konsert aku terus tidur. Mak aku tak nak tidur lagi katanya masih awal, aku terus masuk bilik dan lelap.

17/7/2005

Pukul dua pagi mak aku kejut aku. "tolong mak kencing keluar darah ni"..aku terkejut, em lepas tu aku suruh mak aku minum air masak banyak2. Aku sambung tidur. Pukul 3 mak aku kejut lagi. Dia nangis. Gelisah tak boleh buang air. Kul 4 pun sama. Last last aku suruh siap dan kami pun terus pergi hospital besar seremban. Sampai Hospital terus daftarkan mak aku. Em Alhamdulilah, disebab kan warga emas kita orang diutamakan dulu. Mula doc keluarkan air kencing mak aku pakai tiub. Lepas tu pergi X Ray. Yang kat sini yang lama giler dekat sejam. Yang aku sakit hatinya dia orang tidur kat dalam opis tu bukan nya buat kerja lain. Dah tu dia layan mak aku main tengking2 ajer. Mentang2 mak aku tak larat nak bergerak. Geram rasanya.

So settle semua ambil ubat dalam kul 8 pagi. Em lama giler dekat 4 jam aku settlekan masalah mak aku kat hospital. Doc kat MC pada mak aku. SO aku suruh mak aku balik johor hari ahad depan ajer. Dari hospital aku bawa mak aku sarapan pagi kat kedai. Banyak pulak mak aku makan. Sejak dok dgn aku berselera sungguh dia makan.

SAmpai rumah aku layan tv kejap. Dah tu cuba tidur tapi tak boleh lelap. Mak aku dah nyenyak. Aku kejut mak aku suruh bersiap. Pi kenduri kawin mama aku. Ahaks. Aku dulu selalu ke Labu tu, tapi hampir 2 tahun tak pergi dah lupa jalan. Sampai kat sana mama tengah bersolek. Aku dok main dengan anak2 mama ajer. Rindu giler kat dia orang. Dah tu aku tengok mama bersanding. Huk Mr Lee pun datang dgn family dia sekali. Makan damai dengan pengantin. Ahaks. Semeja dgn pengantin.

Dah tu mama salin baju gaun untuk potong kek. AKu bergambar sekeping aje dgn mama, ambil berkat kata orang. Dah tu aku tolong kat dapur, tolong basuh pinggan dan mengemas. Kesian mak aku dok sornag2 kat depan. Hehe...


Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Lepas magrib baru aku dan mama bertolak balik ke rumah masing2. Hehe.. akhirnya aku dapat juga menemankan mama di hari persandingan dia. Ingatkan aku tak pi kenduri mama. Aku rasa bahagia dia dah kawin. Dan semoga kali ini dia berbahagia hendaknya. Dan doa doa lelaki tu tak mempermainkan dia seperti abah buat mama.

p/s : Walaupun jarak umur mama dgn aku cuma 6 tahun tapi aku tetap anggap dia seperti mama aku sendiri. Sayang sangat kat dia. Tak tahu kenapa. Pengalaman hidup dia banyak beri pengajaran pada aku.
Friday, July 15, 2005 Image hosted by Photobucket.com

*mama ku*

lama tak dengar kabar tentang mama aku. Dan aku pun tak contact dia lepas dia tak balas sms aku.

Dan semalam malam aku dapat call dari kak sitie, dia kata mama akan kawin akhir minggu ini.

Huk..mama aku kawin lagi...mama oh mama...

Aku call mama aku, dia nak jumpa aku petang ni. ENtah bila aku dengar suara dia, aku jadi rindu sangat2 kat dia tak tahu kenapa. Air mata aku pun mengalir.

Tak sabar nak balik dan jumpa mama aku petang ni.

Semoga mama bahagia.

p/s : Kereta aku buat hal, streng dia berat giler, dah tu asyik mati2 ajer kat tengah jalan. La ni hantar kat workshop suruh repair. Tapi member tu kata kena check pakai computer. Apa ah masalahnya pak we aku ni haii...
Thursday, July 14, 2005 Image hosted by Photobucket.com

*fisrt Dating*

Dalam seminggu dua ni, kat rumah sebelah tu ada pulak budak bujang datang naik honda sport. Em tertanya juga aku siapa ek.

Tup tup dia dapat no HP aku dari kakak dia. Apa lagi berbalas sms lah kami. Em bertanya apa yang patut. Heheh bujang lagi, umur sama baya dengan aku. Em kerja? Jadi Supervisor. Ekonomi, ok kata Kakak dia lah. Budaknya lak pemalu, kakak dia cakap lagi.

Ahaks. entah macam mana aku sms dia tadi pagi. Tanya dah bangun belum, sebab aku tahu dia kerja malam hari. Tup tup dia kata dia dekat dengan area office aku.

Dia ajak aku keluar makan tengahari. So aku ikut ajer ah. Em..Pendapat aku pada pandang pertama, Em tak ada tarikan pada pandangan mata aku. Dan aku rasa kami tak akan pergi jauh. Em macam mana tu? aku tak tahu kenapa aku pikir macam tu. Masa makan berbual macam biasa. Em Dia Merokok. Em tak suka lah orang merokok.

Dan masa nak turun dari kereta sempat dia tanya aku "Bila Nak Tengok Wayang Sama?" aku senyum sambil menjawab "tengok lah nanti kalau ada masa"

Apa lak maknanya kalau dia tanya macam tu ek? Adakah dia suka untuk berkawan dengan aku?...

Mak tolonnn...

p/s : Em kenapa ek... mcm mana ek.. aku pun tak tahu orang macam mana yang boleh buatkan aku tertarik....
Wednesday, July 13, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Ibu Ku...

Semalam balik kerja terus pergi terminal ONE, kesian mak aku dia sampai ku 4petang aku ke sana kul 6 petang.

Sampai Terminal aku parking kereta kat tingkat 5, turun bawah tempat tunggu bas, pusing2 cari tak jumpa, baru nak call mak aku, aku pusing ke belakang ternampak mak aku, tengah kesat air mata. Aku salam dia dan terus cium pipi dia. bertambah air mata dia. Pulak dah, aku tak peduli orang keliling tengok aku. Aku pimpin mak aku sambil jalan, mak aku hoyong hayang, kesiannya, tak bertenaga langsung.

AKu ajak mak aku pusing2 terminal kejap. First kedai yang aku pegi adalah kedai CD. Cari LADY BOSS. tu hari kesian mak aku tak dapat tengok wayang citer ni. So dah tu belikan mak aku jagung rebus. Mula dia tak nak, aku beli juga. Kasi dia makan, hehe makan lak tu. Ahaks... Dah tu pusing2 lagi, beli pasu bunga, cari skaf untuk mak aku tapi tak jumpa yang dia berkenan. Em jalan2 aku ternampak karpet. Heheh walaupun dalam kocek ada 50.00 ajer aku tekad juga nak beli karpet POOH yang lemut itu. Pinjam mak aku 10.00 heheh dapat lah harga 60.00..

Dah tu terus balik rumah, dalam kereta banyak juga yang kita orang bincangkan. Semuanya tentang perasaan mak aku yang tertekaan...sampai rumah aku terus bentang karpet dan baring2. Sedapnya...lembut ajer..

Mak aku berbual dgn jijah dgn abg. Dah tu dia datang tempat aku ngadu sakit perut sangat2. Em aku ke dapur cari apa yang boleh di makan. Aku kasi mak aku makan tahu manis dulu untuk alas perut sementara aku sediakan bubur untuk dia.

Aku masak bubur nasi, sayur kobis rebus dan goreng ikan masin tengiri. SIap aku ke depan, layan Lady boss dgn mak aku kejap. Tengah syok aku ajak mak aku makan, dia kasi alasan tak nak lah pasal dah kenyang makan tahu manis, Aku tarik juga tangan dia ajak makan.

Sambil makan layan borak2 ah. Legakan hati dia. Ahaks..banyak pulak dia makan bubur tu. Kata tak nak makan benda berminyak tapi dia makan juga ikan masin tengiri tu. Ahaks. Lega hati aku tengok dia makan. Nampak sikit keceriaan di wajah dia, berbeza dengan tadi yang aku baru jumpa. Itu lah mak aku. Aku tahu dia akan sihat bila dengan aku. Tapi dia tak nak, dia nak dok sorang juga kat kampung tu. Tak apa ah. aku tunggu masanya yang sesuai.. Bak kata dia, bila aku dah kawin dah ada anak nanati dia akan dok dengan aku. So aku bersabar sahaja..

Yang pastinya aku dah lega sebab mak aku dah ada depan mata aku, walaupun dia sakit, aku akan jaga dia sampai dia sihat...aku sayang mak aku sangat2..

p/s : walaupun kadang aku tak setuju dengan pendapat mak aku, tapi aku tak pernah membantah dia cakap, sebab aku tahu dia kecik hati, cuma bab adik aku kawin, aku tak leh nak buat apa. Terpaksa aku ikutkan adik aku. Tapi aku tahu mak aku lama lama akan terima kenyataan. Sebab aku tahu siapa Mak aku.. Sayang mak sayang sangat2..
Tuesday, July 12, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Mimpi Ngeri

Malam tadi entah kenapa, aku dapat mimpi ngeri sangat2.

Kereta aku dipandu oleh MR Jang, entah macam mana dia tak dapat control kereta tu, dia kemaangan anggar lorry, MR Jang tak sedar kan diri, aku tengok dari jauh menjerit sekuat hati aku, dan ada orang cuba tenang kan aku.

Aku rasa aku menjerit sekuat hati aku. Ya Allah ngerinya kemalangan tu.

p/s : Akhirnya mak aku setuju nak datang rumah aku hari ini, setelah 4 hari dia sakit sorang2 kat kampung. Dia ambil cuti tanpa gaji sampai hari ahad ni. Alahamdulilah, tuhan dah lembutkan hati dia utuk ke mari.
Monday, July 11, 2005 Image hosted by Photobucket.com

*Perasaan Dicintai*


Akhirnya setelah selesai kemeut dalam keluarga aku, dapat lah aku melayan diri aku sendiri.

Semalam tengok OPRAH SHOW. Macam best ajer episod tu. Walaupun aku dah tengok sebelum ni episod tu. Dia temuramah "TOM CRUISE"..Hesem nya TOM CRUISE...memang perferct ah mamat tu. Si OPRAH pun dok puji mamat tu ajer, dia cakap TOM terlalu baik dengan semua orang, sampaikan masa makan kat restoran pun TOM siap pi ke dapur untuk ucapkan terima kasih pada tukang masak restoran tu. Peh...Terujanya aku tengok mamat tu. Ahaks... alah tak salah kan kalau suka orang hesem. Hehehe... Aku suka mamat ni sejak aku tengok citer TOP GUN, entah napa tah, tapi aku rasa semua orang perempuan minat kat TOM kot..betul tak orang perempuan?..ahaks...

Dan part yang paling menarik dan aku suka, sepanjang masa si TOM asyik sebut nama Kate.. Dia jatuh cinta dgn Kate. Memang padan lah, Kate pun cantik dan Tom lak Hesem, sesuai... Dan aku slute lah kat Kate, dia boleh membuatkan orang yg seperti TOM yang sukakan privisy boleh jadi tak tentu arah kat awam akibat panahan cinta dia.. Ahak...good! good!..


p/s : sebenarnya aku jeles, terasa aku pun nak bercinta juga, merasai bercinta, disayangi dan menyayangi, dicintai dan mencintai, saling memerlukan.. Tapi.. entah ek....
Monday, July 04, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Berakhirnya Sebuah Episod...

Khamis 30.6.2005
5.30 petang, habis kerja ajer aku hantar shila ke rumah dia macam biasa. Sampai rumah aku mandi dan siap siap untuk balik johor. Abg aku dgn jijah tidur so aku mandu lah sorang2. Sampai kat pagoh aku berhenti kejap, so kita orang makan malam. Dapat call dari Adik aku, tanya mak aku ada cakap dgn aku tak yg dia ke mana. Aku jawab tak tahu. Aku call jiran aku, dia orang kata mak aku cuti kerja seminggu nak pi makan angin. Em.. aku dah gelisah. Aku buat keputusan aku balik ajer kampung walaupun mak aku tak ada.

Sampai kat Sg Mas ku 11 malam, nasib baik mak aku simpan kunci rumah kat tempat dia biasa simpan, so masuk rumah tak ada masalah. Aku sampai ajer terus kejar tv3 ahaks nak tengok titanic katakan sambil layan sms dgn abg Zul. Ahaks teringat kisah dulu2 kat korea.

--> Aku layan CD Titanic kat rumah member aku Azmie dgn abg angkat aku, Zulkov.. datang pak we aku, cemburu dan marah giler kat aku. tak tahu lak aku itu satu kesalahan dalam sebuah perhubungan. Lagi pun bukan aku berdua tengok citer tu masa tu, member lain ada juga, si azmie, apis dan juga tahir. hehe.. Em sayang punya pasal hal itu pun boleh gadoh2.. hehe however itu adalah satu kenangan.

So sambil layan Titanic aku layan sms dgn abg zul. Ahaks. member layan juga tapi sambil layan anak dia yg nakal. Tengah syok layan citer tu kena lak sambung part 2. Hampeh. Lepas tu aku terus tidur. Mengantuk giler.

Jumaat, 1/7/2005

Jam 7 pagi aku bangun dan bersiap. Kul 8 aku, jijah dgn abg aku keluar dari rumah menuju ke Bandar Kota tinggi. Masa nak sarapan tak sangka lak terserempak dgn anak saudara aku, Shuib so aku suruh lah dia join kita orang sekali. Em sarapan kejap, tapi hampeh ajer air milo yang aku pesan tak letak gula dan susu langsung. Nak cepat punya pasal aku bayar dan terus bertolak ke Masjid Jamek Kota Tinggi. Sampai2 Saudara mara aku, dan pihak lelaki dah sampai. Em.. cantiknya adik aku masa tu. Hehe jeles ker aku? ahaks..

Upacara akad nikah berlangsung hampir sejam. Alhamdulilah, dah selamat dia orang. Si pihak lelakinya akad sekali ajer, lancar gitu. Em.. duit hantaran rm5555.55 diserahkan kepada Pak Tam, dan duit mas kawin rm25.50 diserahkan kepada pengantin perempuannya. Dah selesai upacara bersalam2 dengan saudara mara. Orang yg pertama adik aku salam adalah aku. Aku menangis. AKu peluk adik aku. Abg aku pun peluk kita orang berdua. Dia pun menangis. Entah rasa macam sayu gitu. Selesai semua ada makan2 sikit. Nasi lemak. Aku jamah nak alas perut ajer.
Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com


Selesai aje pihak perempuan semuanya berkumpul kat rumah pak tam. Em apa lagi perbincangan hangat sedang diperkatakan. Masalah mak aku. Em aku citer juga apa yang mak aku buat, sms pada aku. DIa orang semua minta bersabar ajer.

Image hosted by Photobucket.com

Habis bergambar kita orang pun bertolak ke rumah masing2. Adik aku ke rumah pengantin lah, aku dgn yg lain balik sungai mas. Em aku tidur kejap. Masa dah terjaga aku kejut abg aku dan suruh bersiap. Kita orang bertolak ke tempat kerja mak aku. Nekad aku tunggu mak aku kat pintu kilang dia. Alhamdulilah dia ada kat situ. Jumpa dia. Sedih dan letih rupa dia. Aku salam dan tarik dia masuk dalam kereta. Kita orang bertolak ke rumah kakak aku kat Ulu Pengeli. Kita orang semua tahu kat situ ada kenduri doa selamat untuk adik aku. Tapi kitao rang diamkan ajer buat buat tak tahu.

Image hosted by Photobucket.com

Sampai rumah kakak aku, mak aku terkejut, kakak pun pandai berlakon. "ada yassin lelaki katanya".. kita orang tolong sikit2. Dah tu adik aku sampai. Dia salam mak aku, mak aku hulur tangan tapi tak mesra lah, Pengantin lelaki pun hulur tangan sambil cium tangan. Mak aku hulur tangan ajer tak cakap apa apa.

Image hosted by Photobucket.com

Malam pengantin balik rumah dia orang, kita orang tidur rumah kakak aku. Mak aku bebel maam tu tapi aku tak sedar sangat. Tapi yang aku ingat mak aku ada cakap pasal kenalan dia "polis" tengah cari pasangan..aku dah lelap...

Pagi pagi lagi mak aku dah kejut. Kul 5 pagi. Katanya nak balik. Em entah macam mana aku terpikir nak bawa mak aku pi Johor, ke kampung halaman dia. Kubur Nenek aku, rumah tok sedara aku. RUmah2 yang mak aku suka pergi. So pagi tu aku bawa dia ke rumah nenek2 aku. Habis ziarah aku bawa mak aku ke kenduri kawin adik aku pulak.

Ya Allah, kerasnya hati dia. sampai2 ajer aku terus suruh bergambar. Kita orang arak pengantin sampai ke pelamin. Mak aku tak nak bergambar. Sampai kat rumah pengantin tu terus nak balik. AKu paksa dia salam tuan rumah, salam pengantin. Bersyarat pulak, jangan ambil gambar. Semua orang tengok. Aku tak peduli. Lepas salam tangan pengantin mak aku terus keluar. Dan kitaorang terus balik. AKu dapat bergambar sekeping aje dgn pengantin. Aku nangis. entah sedih sangat.

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com


Dah tu kitaorang singgah kat Plaza Kota Tinggi. Shopping baju raya. Ahaks. Happy lak mak aku, em biarlah dia. AKu beli puzzle. hehe murah sangat. Kalau kat seremban harga dia dekat 40.00 kat situ cumalah 6.00. So apa lagi. Sampai kat rumah terus kerja kan puzzle tu dengan mak aku. Abg aku dgn jijah dok petik buah manggis dgn rambutan.

Malam tidur....

Keesokkan adik aku dgn suami dia datang. Mak aku baik2 ok tiba tiba jadi sibuk ke sana ke sini, em cara2 tak nak jumpa adik aku lah tu. Aku dgn adik aku bersarapan, borak2 dan sakat2. Em dah dekat ku 11 baru lah mak aku dok depan aku. Aku pun tarik adik aku suruh salam mak aku, adik aku serahkan duit hantaran dia 5555.55 tapi mak aku tak terima, mak aku kasi adik aku surat bank rakyat. Dia suruh settlekan hutang tu. Mula tak cakap langsung dgn adik aku, aku mulakan, akhirnya dia bersuara juga "jaga rumah tangga kau orang baik abik"..

Aku nasihat juga..walaupun dah kawin jangan lupakan mak lak nanti. Adik aku paham.. Tiba giliran suami dia lak. Mak aku berleter panjang lebar. Ada pulak budak tu menjawab, em... rosak suasana betul. Akhir sekali aku lak nasihatkan si kudit. Harap dia tak memutuskan hubungan antara adik aku dgn mak aku.

Dah selesai semuanya, mak aku bersiap2 pulak nak jalan2 kat kota tinggi dgn anak angkat dia lak. Kita orang lak bersiap2 untuk balik. Wanie balik rumah dia. Aku dgn abg aku dgn jijah, balik seremban.

Image hosted by Photobucket.com


Masa balik tu sempat singgah rumah Pak tam, Kak Mah, Kak Yah kasi buah tangan sikit. Dan masa singgah rumah Kak Nor, terserempak dgn Zaki dan Pau lak. Ahaks. terkezut gitu..

sampai seremban kul 8 malam....

Dan berakhir sebuah episod keluarga yang dalam kemelut..Semoga adik aku berjaya dengan pilihan dia... Selamat pengantin baru.


p/s : mak aku rekemen kan aku dengan seorang polis bukit aman, umur 29 tahun. Aku cakap kat mak aku "mak jumpa dulu orang nya, kenal dulu orangnya, kalau mak berkenan, cakap kat saya, anytime saya akan terima dia, asalkan mak sukakan budak tu key".. peh boleh gitu..Pak tam tanya aku, mcm mana lak aku, boleh terima ker?...aku jawap "asalkan mak bahagia, saya ni kan flexible"..doa doanya gitu lah...





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.