Hari Minggu Yang Berlalu
23/7/2005
Habis kerja kul 1.30ptg, macam biasa aku akan hantar Shila balik rumah dia dulu. Lepas tu aku terus balik rumah. Em mak dah bersiap2 nak ke terminal One. Aku sampai terus baring depan TV. Mak ajak aku keluar cepat. Aku terpaksa terus terang dgn mak yang adik aku datang ambil dia. Dia berkeras tak mahu. Aku dgn Abg aku puas pujuk dia tapi dia tak mahu juga. Terjadi pertengkaran antara aku, mak aku dgn abg aku. Keputusan mak aku muktamad tak nak naik kereta dengan adik aku. Abg aku lak beri amaran pada aku jangan bawa mak aku beli tiket bas. Aku serba salah. Aku diam sambil tengok tv. Mak aku menangis.
Kul 5 ada rancangan best, citer Species2 tak silap aku lah. Kita orang semua layan tv, mak aku pun sama sama layan walaupun muka dia aku nampak macam tak ceria. Yang menariknya abg aku lah dia nak baring atas riba mak aku, mak aku terus tolak dia. Dia lah tarik bantal aku. So aku dengan buat ayat lawak " Abg, kau tengok anak kesayangan mak baring atas riba mak" sambil aku lentokkan kepala kat riba mak aku, selamba ajer mak aku diamkan diri malah dia belai kepala aku lagi. Aku apa lagi gelak beso lah masa tu. Terasa mak aku ni pilih kasih hahaha..
So dalam kul 5.30ptg adik aku dgn suami dia sampai. Mak aku hulur juga tangan salam dia orang. Aku tanya bila adik aku nak bertolak ke johor, kalau boleh biar lewat sikit sebab mak aku nak tengok AF, adik aku jawab yang dia tak boleh tidur rumah aku pasal suami dia kerja hari ahad. Dengar pasal tu ajer mak aku terus menjerit. "aku tak suruh kau datang ambil aku, yang kau orang menyusahkan diri buat apa, dah tahu kerja buat apa datang" aku dah tak selesa, aku terus bangun, dan terus ajak mak aku pi pasar malam. Masa mak aku bersiap aku ke depan, nampak adik aku menangis. Aku hanya mampu cakap bersabar ajer lah.
Kat pasar malam mak aku ok pulak, cuma dia luahkan perasaan tak puas hati dengan abg aku ajer, tak sentuh pasal adik aku langsung. Dah habis belanja jumpa leen, dan bawa leen ke rumah aku, nak tumpang tengok AF juga. Ahaks. Entah kenapa malam ni aku buang tebiat pi undi si Kefli.. ahaks mak aku suka tengok muka budak tu, dan kalau boleh biar dia ada lagi minggu depan, walaupun aku tahu dia kurang berbakat tapi ada bakat terpendam, cuma perlu diasuh. ahaks..
Kul 11 malam mak aku dgn adik aku pun bertolak balik. Bersyukur aku mak aku nak juga naik kereta dengan adik aku. Semoga hubungan dia orang anak beranak akan kembali mesra seperti dahulu. Lepas tu sambung tengok bola pulak. Negeri sembilan kalah 2-4 dengan selangor. Malu2..Kalah di gelanggang sendiri.
Malam tidurrr......
24/7/2005
Pagi ahad bangun awal, buat apa yg patut, dan kul 8 lebih aku lepak2 balik atas tilam, ahaks. Kul 9.30pagi aku keluar dgn Leen ke Giant, beli makanan kucing dan juga berbincang pasal nak beli rumah. Tengah berbincang pasal rumah aku ternampak sesorang , Macam kenal, aku call dia..memang sah WAN member korea aku ada depan mata aku sekarnag, dia tegur aku kejap ajer, katanya nak bawa bos dia panjat Bukit Datok. Dia pelawa aku juga tapi malas lah...Hal rumah tadi... Peh...aku rasa aku tak mampu lagi untuk beli rumah. Tunggu lah sikit masa lagi.
Sarapan pagi kat area rumah leen, dah tu aku balik rumah dan layan tv. Dalam kul 2 lak aku, abg aku dan jijah jalan2 usha rumah kosong. Em semuanya menarik, tapi aku masih tak terbuka lagi untuk beli rumah. Entah tak tahu napa. Dalam kul 4 ptg aku balik rumah pasal dah letih sangat. Sampai rumah layan tv kejap. Dah tu dalam kul 5 aku bersiap keluar. Nak jumpa Loo pulak, entah apa hal si Loo turun seremban.
Loo sampai dengan mak we dia rupanya. Tahan dia couple dengan awek dia tu. Loo lak tengok tembab pipi dia. Sama macam wan juga. Ahaks. Berborak dengan loo sampai kul 7 petang. kami pun berpisah, Aku balik rumah dan layan tv sampai mengantuk....dan tidurr....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home