Berakhirnya Sebuah Episod...
Sampai kat Sg Mas ku 11 malam, nasib baik mak aku simpan kunci rumah kat tempat dia biasa simpan, so masuk rumah tak ada masalah. Aku sampai ajer terus kejar tv3 ahaks nak tengok titanic katakan sambil layan sms dgn abg Zul. Ahaks teringat kisah dulu2 kat korea.
--> Aku layan CD Titanic kat rumah member aku Azmie dgn abg angkat aku, Zulkov.. datang pak we aku, cemburu dan marah giler kat aku. tak tahu lak aku itu satu kesalahan dalam sebuah perhubungan. Lagi pun bukan aku berdua tengok citer tu masa tu, member lain ada juga, si azmie, apis dan juga tahir. hehe.. Em sayang punya pasal hal itu pun boleh gadoh2.. hehe however itu adalah satu kenangan.
So sambil layan Titanic aku layan sms dgn abg zul. Ahaks. member layan juga tapi sambil layan anak dia yg nakal. Tengah syok layan citer tu kena lak sambung part 2. Hampeh. Lepas tu aku terus tidur. Mengantuk giler.
Jumaat, 1/7/2005
Jam 7 pagi aku bangun dan bersiap. Kul 8 aku, jijah dgn abg aku keluar dari rumah menuju ke Bandar Kota tinggi. Masa nak sarapan tak sangka lak terserempak dgn anak saudara aku, Shuib so aku suruh lah dia join kita orang sekali. Em sarapan kejap, tapi hampeh ajer air milo yang aku pesan tak letak gula dan susu langsung. Nak cepat punya pasal aku bayar dan terus bertolak ke Masjid Jamek Kota Tinggi. Sampai2 Saudara mara aku, dan pihak lelaki dah sampai. Em.. cantiknya adik aku masa tu. Hehe jeles ker aku? ahaks..
Upacara akad nikah berlangsung hampir sejam. Alhamdulilah, dah selamat dia orang. Si pihak lelakinya akad sekali ajer, lancar gitu. Em.. duit hantaran rm5555.55 diserahkan kepada Pak Tam, dan duit mas kawin rm25.50 diserahkan kepada pengantin perempuannya. Dah selesai upacara bersalam2 dengan saudara mara. Orang yg pertama adik aku salam adalah aku. Aku menangis. AKu peluk adik aku. Abg aku pun peluk kita orang berdua. Dia pun menangis. Entah rasa macam sayu gitu. Selesai semua ada makan2 sikit. Nasi lemak. Aku jamah nak alas perut ajer.
Selesai aje pihak perempuan semuanya berkumpul kat rumah pak tam. Em apa lagi perbincangan hangat sedang diperkatakan. Masalah mak aku. Em aku citer juga apa yang mak aku buat, sms pada aku. DIa orang semua minta bersabar ajer.
Habis bergambar kita orang pun bertolak ke rumah masing2. Adik aku ke rumah pengantin lah, aku dgn yg lain balik sungai mas. Em aku tidur kejap. Masa dah terjaga aku kejut abg aku dan suruh bersiap. Kita orang bertolak ke tempat kerja mak aku. Nekad aku tunggu mak aku kat pintu kilang dia. Alhamdulilah dia ada kat situ. Jumpa dia. Sedih dan letih rupa dia. Aku salam dan tarik dia masuk dalam kereta. Kita orang bertolak ke rumah kakak aku kat Ulu Pengeli. Kita orang semua tahu kat situ ada kenduri doa selamat untuk adik aku. Tapi kitao rang diamkan ajer buat buat tak tahu.
Sampai rumah kakak aku, mak aku terkejut, kakak pun pandai berlakon. "ada yassin lelaki katanya".. kita orang tolong sikit2. Dah tu adik aku sampai. Dia salam mak aku, mak aku hulur tangan tapi tak mesra lah, Pengantin lelaki pun hulur tangan sambil cium tangan. Mak aku hulur tangan ajer tak cakap apa apa.
Malam pengantin balik rumah dia orang, kita orang tidur rumah kakak aku. Mak aku bebel maam tu tapi aku tak sedar sangat. Tapi yang aku ingat mak aku ada cakap pasal kenalan dia "polis" tengah cari pasangan..aku dah lelap...
Pagi pagi lagi mak aku dah kejut. Kul 5 pagi. Katanya nak balik. Em entah macam mana aku terpikir nak bawa mak aku pi Johor, ke kampung halaman dia. Kubur Nenek aku, rumah tok sedara aku. RUmah2 yang mak aku suka pergi. So pagi tu aku bawa dia ke rumah nenek2 aku. Habis ziarah aku bawa mak aku ke kenduri kawin adik aku pulak.
Ya Allah, kerasnya hati dia. sampai2 ajer aku terus suruh bergambar. Kita orang arak pengantin sampai ke pelamin. Mak aku tak nak bergambar. Sampai kat rumah pengantin tu terus nak balik. AKu paksa dia salam tuan rumah, salam pengantin. Bersyarat pulak, jangan ambil gambar. Semua orang tengok. Aku tak peduli. Lepas salam tangan pengantin mak aku terus keluar. Dan kitaorang terus balik. AKu dapat bergambar sekeping aje dgn pengantin. Aku nangis. entah sedih sangat.
Dah tu kitaorang singgah kat Plaza Kota Tinggi. Shopping baju raya. Ahaks. Happy lak mak aku, em biarlah dia. AKu beli puzzle. hehe murah sangat. Kalau kat seremban harga dia dekat 40.00 kat situ cumalah 6.00. So apa lagi. Sampai kat rumah terus kerja kan puzzle tu dengan mak aku. Abg aku dgn jijah dok petik buah manggis dgn rambutan.
Malam tidur....
Keesokkan adik aku dgn suami dia datang. Mak aku baik2 ok tiba tiba jadi sibuk ke sana ke sini, em cara2 tak nak jumpa adik aku lah tu. Aku dgn adik aku bersarapan, borak2 dan sakat2. Em dah dekat ku 11 baru lah mak aku dok depan aku. Aku pun tarik adik aku suruh salam mak aku, adik aku serahkan duit hantaran dia 5555.55 tapi mak aku tak terima, mak aku kasi adik aku surat bank rakyat. Dia suruh settlekan hutang tu. Mula tak cakap langsung dgn adik aku, aku mulakan, akhirnya dia bersuara juga "jaga rumah tangga kau orang baik abik"..
Aku nasihat juga..walaupun dah kawin jangan lupakan mak lak nanti. Adik aku paham.. Tiba giliran suami dia lak. Mak aku berleter panjang lebar. Ada pulak budak tu menjawab, em... rosak suasana betul. Akhir sekali aku lak nasihatkan si kudit. Harap dia tak memutuskan hubungan antara adik aku dgn mak aku.
Dah selesai semuanya, mak aku bersiap2 pulak nak jalan2 kat kota tinggi dgn anak angkat dia lak. Kita orang lak bersiap2 untuk balik. Wanie balik rumah dia. Aku dgn abg aku dgn jijah, balik seremban.
Masa balik tu sempat singgah rumah Pak tam, Kak Mah, Kak Yah kasi buah tangan sikit. Dan masa singgah rumah Kak Nor, terserempak dgn Zaki dan Pau lak. Ahaks. terkezut gitu..
sampai seremban kul 8 malam....
Dan berakhir sebuah episod keluarga yang dalam kemelut..Semoga adik aku berjaya dengan pilihan dia... Selamat pengantin baru.
1 Comments:
anyway tika, you're such a good child to your mother. I salute you!
Actually this incident reminds me of my true experience... but in reverse way...
It's really dissapointing! But, what can I do about it? Everyone of us wants a peacefuk and happy family life, but when it broke many hearts - what we should do about it?
Post a Comment
<< Home