Putus Harapan
Lama tak menaip kat sini. Banyak yang terjadi. Tapi entah lah. Sukar untuk aku luahkan.
Memang aku akui yang tak elok untuk kita merasakan putus asa dalam apa apa hal. Dan aku rasa aku bukannya orang yang mudah putus asa.
Tapi memandangkan masalah yang aku hadapi saat ini membuatkan aku benar2 rasa putus asa untuk meneruskan segala apa yang aku rancangkan.
Aku bukan nak cakap yang aku ni anak yg baik, tapi kalau nak diikutkan dari kecik sampai ke sekarang aku tak pandai nak melawan cakap mak aku. Walaupun rasa tak puas hati aku terima, aku redha. Sampai lah ke saat ini. Kadang bila pikir ada juga silapnya, tapi aku tak mengungkit hal itu dengan mak aku. Aku nak jaga mak aku sehabis baik.
Tapi bila mak aku selalu menekan aku, guna perkataan yang bukan2 dengan aku, aku jadi tak tahan. Adik aku buat masalah, adik aku melawan kata2 dia, melawan semua kehendak dia, dia lepaskan geram pada aku.
- saya nak jauhkan diri dari kamu semua, kamu semua dah beso panjang, tak perlukan saya lagi.
-jangan ganggu saya, saya tak mahu diganggu oleh kamu semua.
- aku makan hati dengan anak2, biar aku hidup sendiri.
Nak macam mana lagi ni. Aku dah putus asa. Aku buat tak tahu, biar dia reda sendiri, tapi nanti orang kata anak tak guna lah, tak tahu kenang jasa mak ah. Apa ni. Apa harus aku buat.
Cakap cara baik?..nak baik macam mana lagi. Aku dah suruh mak aku berhenti, tinggal dengan aku, tapi dia kasi alasan dia nak keja lagi sampai dia balik dari Haji. Dah balik haji, katanya nak tunggu bonus lak. Kenapa lah. Aku malas nak bertengkar. Biarkan ajer ikut kata hati dia. Tapi bila dia tinggal kat rumah sorang, message aku kata sunyi lah, sakit sorang lah. Aku nak buat macam mana.
Rasa macam tertekan hidup aku. Macam bosan dapat keluarga macam ni?.. memang satu masa aku syukur dapat keluarga macam ni, tapi bila berterusan mcm ni..dari aku kecik sampai aku dah berumur 27 tahun tak ada perubahan langsung...mcm ni nak bersyukur cam mana?.. Kenapa ah....ahh.. tak tahu aku nak cerita.. aku dah bosannn....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home