Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Friday, January 27, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Aku Akui Aku Lemah...

Rasa Macam dah tak tahan sangat dengan benda ni semua.
Semalam DIA cakap dia ada Dinner kat Kuala Lumpur. So aku tak kisah lah. Malam aku kena hantar MR LEE ke KLIA. Aku janji nak bawa mak aku dah.
DIA call petang kata nak ikut ke KLIA, tapi aku tak mahu sebab dah janji dgn Mak aku. Member letak phone. Dia call lagi. Merayu nak ikut. Please lah kasi ikut katanya. Aku cakap aku tak mahu.
Lima minit kemudian dapat call. Ada suara orang menengking. Dan terus letak. Buang tebiat agaknya. Lima minit kemudia dia call lagi. "Tension dgn kerja. Dah fed up" terus dia letak phone. Aku bila dengar perkataan fed up terus melonjak suka. Memang aku tunggu masa dia Fed up dgn aku. Tapi tak lama. Dapat call lagi. Dari "JUN" pekerja DIA.
"ada any probem ker antara awak dgn boss saya?"
'tak ada apa apa. cuma boss awak cakap yg dia ada dinner, dan saya tak kasi dia ikut saya ke KLIA, tapi dia berdegil nak ikut'
"memang mula2 ada dinner tapi sebab factory ada problem dia dah cancel ke KL, saya hairan lah, kalau dia ada masalah dgn awak mesti dia menjerit2 kat office ni, tak tahan saya dibuatnya"
'itu bukan urusan saya'
Terus JUN letak phone.
Aku buat bodoh. Balik rumah aku makan banyak2. Lepas geram. Kul 6 dapat call..aku tak angkat. dapat lagi. Bertalu2. Bosan aku dibuatnya. Aku angkat. DIA merayu nak ikut. Aku kata ya sahaja. Dan terus DIA tak kacau aku.
Malam kul 8.30mlm aku dah keluar. DIA tak call aku langsung. Aku cari public phone dan call DIA.
"nak ikut ker tak nak ni? tahu tak bertolak kul 8.30mlm bukan berjumpa kul 8.30mlm"
'sorry abg salah paham. Sekrang kat mana? abg dah tunggu kat Dataran ni?'
"dah kat shell. Dah lama ni tahu tak? tension betul lah. Selalu telephone la ni buat tak tahu ajer kenapa? dah tak pandai?"
'jgn pikir bukan bukan key, kasi cadangan lah nak letak keta kat mana'
"nak ikut atau tak ni? kalau nak ikut pandai2 lah"
'ok ok tunggu kat pekan key'
Aku tension. Ya lah, korea selalu nya tak suka kalau orang tak tepati masa. Tunggu lima minit ajer DIA sampai. Naik keta aku. Aku tak tegur dia langsung. Ambil mr lee. Dalam perjalanan ke KLIA kami tak bertegur langsung. Senyap dan sunyi sepi. Sampai mr lee masuk ke Imigresen. Aku dapat ampau dari Mr Lee. Adalah RM200.00. Aku kasi DIA rm50.00 duit upah teman.
Sampai rumah aku terus tidur. Member call aku dah tak sedar.
aku letih dah.. Dan pagi ni aku bad mood. Mengalami mimpi yang tak best. Mimpi yang sentiasa ganggu tidur aku. Tension dibuatnya.
p/s : Ya Allah, buka lah hati dia untuk kembali pada keluarga dia. Aku dah tak tahan dengan semua ini......
Wednesday, January 25, 2006 Image hosted by Photobucket.com

*giler dibuatnya*

Semalam, DIA call cakap tak dapat makan tengahari sama dengan aku. Aku no problem.

Ada vendor dari shah alam datang, ajak aku makan sama. Aku tak tahu nak bawa ke mana. Aku bawa lah ke restoran Negeri kat senawang. DIA call. Tanya makan ker tak?...Aku cakap lah aku bawa vendor makan. DIA tanya berapa orang. AKu cakap lelaki dua orang.

Dan masa tengah makan kat restoran negeri tu, DIA datang, terus duduk kat tepi aku. Terus kenalkan diri dan berbual dgn vendor aku. Aku serba tak kena. Apa hal lak mamat ni, kata ada kerja tak leh nak makan sama, tup tup datang join kita orang.

Petang tu aku jumpa dia kejap, tanya dia kenapa buat macam tu.

Dia citer yang dia sebenarnya dah janji dgn auditor dia 3 orang untuk makan tengahari, tapi bila dia call aku, dapat tahu aku keluar makan dgn lelaki dia rasa tak kena, dia suruh pekerja dia bawa auditor tu makan. Dia tak selesa kalau dapat tahu aku keluar dgn lelaki lain walaupun atas urusan kerja.

Aku sound dia..kalau cam ni susah lah aku nak kerja. Em apa kata kasi aku sebulan RM3000.00 dan aku dok kat umah tak yah kerja. Lagi terjamin. Tak jumpa mana mana jantan lain. Member diam......
"abg sayang ayang sangat tu yang abg rasa serba tak kena, ayg paham kan"

pening pala. Aku tak nampak jalan untuk putus dgn dia.... Berserah sahaja..

p/s : Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kadang orang cakap senang. Jangan Layan, buat tak tahu. Tapi orang tu tak duduk kat tempat kita.
Monday, January 16, 2006 Image hosted by Photobucket.com

*Tanggung Sendiri*


Bila aku baca Kak Meen nya blog, aku mula terpikir. Kenapa ek abg aku tak dapat nak protect aku seperti mana redza protect Kak Meen. Em... Sekadar terpikir.. Tapi aku tahu jawapannya.. Biarlah aku tanggungnya sendiri. Aku tak mahu menyusahkan dia. Aku tahu kemampuan diri abg aku, mak aku, adik aku dan kakak2 aku. Dan mungkin aku tahu kemampuan aku untuk menghadap masalah aku sendiri.

Masuk hari ni sudah 5 hari aku merajuk dengan "DIA". Perasaan marah tu masih menguasai diri aku. Hari sabtu tempoh hari dia datang kilang aku dengan muka sengeh. Ajak keluar. Aku halau dia. Aku buat tak layan dengan dia. Akhirnya dia pergi begitu sahaja. Lepas tu bunyi HP bertalu talu minta diangkat tapi aku buat bodoh.

Dan semalam hari kemucak aku tak tahan. Aku terima Panggilan Dia..

"kau tak reti bahasa ker, aku tak nak kau kacau aku"

'Ayg, abg minta maaf, abg tahu ayg kecik hati dengan kata2 abg, Ayg salah tafsir apa yg abg katakan'

"Salah Tafsir? Kau dah kutuk dan hina keluarga aku, kau kata aku salah tafsir, Sudah lah, keluarga kau cukup perfect kan, so go head lah. Buat apa kau nak kawan dgn aku yg ada keluarga kucar kacir dan musnah ni, kau nak apa lagi ah?"

'abg sayang ayg, abg rindukan ayg'

"boleh blah lah"

Aku terus letak phone. Aku ker yang jahat dalam hal ini. Aku tak mampu melawan perasaan aku..

Sejak naik sekolah ni, setiap malam aku ajar anak sedara aku yg OKU ABC huruf besar. TAk pandai2.. kadang aku tertengking juga kat dia. Kadang kesian juga bila aku ajar garang sangat. Tapi entah lah ek.. Aku ni memang tak sesuai untuk mengajar lah...

p/s: Rindu..serindu rindunya...Hanya hati yang mengerti...
Friday, January 13, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Sedih sangat

"ish ish ish..keluarga kau ni kucar kacir..hancur..semuanya hancur"

'aku tak minta pun lahir dalam keluarga macam ni, aku tak boleh buat apa apa, hanya mampu tengok dan berdoa ajer..dah memang keturunan keluarga aku macam ni. Mak ayah bercerai. Atuk pun bercerai berai. So aku nak wat macam mana.'

"Keluarga aku bagus. Adik beradik pun bagus, saling bantu membantu, kalau susah sama sama susah, mak cik pak cik aku pun bagus..."

'aku sedih kadang2 tapi aku tak mampu buat apa apa'

"aku tengok kakak kau, abg ipar kau, adik kau, abg kau dan mak kau yg kepala batu, memang padanlah keluarga kau macam tu"

'aku tak pernah mengharapkan mak aku bercerai dgn bapak aku, tapi dah tak ada jodoh antara mereka, kau tak rasa macam mana hidup dalam keluarga mcm ni'

"memang, teruk..keluarga kau orang ni memang teruk"

Diam dalam waktu yang lama...

"Aku harap ini lah kali terakhir hubungan kita. Aku tak mengharapkan kau kutuk keluarga aku. Aku cerita kan semua masalah keluarga aku dengan harapkan kau sama sama membantu aku untuk membimbingnya bukan untuk kau hina, tapi aku kesal sangat. Aku rasa hina sangat. Kau kawan dgn aku untuk apa? cakap untuk apa?.."

'Dah lah ..dah...orang tengok lah'

"dah kau cakap. Kau pijak pijak maruah keluarga aku. Kau memang tak pernah berubah.. Ego.. Bongkak. Cakap besar. Hey kalau kau bagus sangat kan..Kenapa bini kau jadi macam tu.. Minum arak, merokok..Dah cukup baik kau jaga bini kau. Lebih baik kau balik jaga bini kau dan anak anak kau. Tak tentu lagi anak kau dah besar nanti jadi baik yg seperti kau banggakan"

Dengan rasa geram aku hempas pintu kereta DIA...

Itu kah namanya seorang kawan yang berjanji nak jadikan aku isteri dia?.... Mimpi Ngeri..

p/s : Salah ker aku dilahirkan dalam keluarga yg kucar kacir. Mak aku ker yg harus dipersalahkan bila kakak2 aku tak dapat didik anak2 dia jadi baik. Dugaan? sampai bila dugaan akan terus menduga aku?...Hanya Tuhan Yang Tahu..

Permulaan 2006

Terasa lama tak dapat update blog ini.. Nak bercerita pun seakan tak terluah rasanya. Hanya badan yang merasa, dan pikiran yg sentiasa memikirkan jalan penyelesaiannya. Kadang aku terasa aku tak mampu untuk hadapi semua ini.

Tahun 2006?..

Tahun ini datang aku sambut dengan masalah lagi. Memang kata orang HIDUP KALAU TAK ADA MASALAH TAK SAH, tapi bayangkan kalau masalah itu sentiasa datang bertimpa2 siapa tak rasa yg diri dia malang. Aku hanya mampu berserah dan bersabar dengan semua masalah yang aku tanggung sekarang.

Perubahan tahun 2006, aku mula menjaga dan mebiayai anak sedara aku. OKU. Itu pun permintaan mak aku. So sekarang aku tanggung Mak aku, Anak sedara aku dan juga family abg aku. Memang lah abg aku kerja, bini dia pun kerja, bayar duit rumah RM200 sebulan merangkumi makan, duit rumah, api air dan perbelanjaan rumah. Cukup ker tu ek?.. Apa leh buat, sekurang2nya dia kasi mak aku juga duit untuk jaga anak dia. Kadang bila pikir berat juga tanggungjawab aku, tapi dah tanggungjawab aku untuk jaga dia orang.

Antara sedar dan tidak..aku sebenarnya tidak lah setabah dan sekuat yang dia orang pandang, tapi aku tak mahu tunjukkan pada mak dan keluarga aku. Aku harapan dia orang... Hanya ALLAH yang tahu segalanya...

p/s : Aku Pasrah seandainya itu sudah takdirnya...
Friday, January 06, 2006 Image hosted by Photobucket.com











SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA...

Waaaaa tak sempat langsung nak update blog ni...bz sangat2...tuhan ajer tahu...

How ever just nak bagi tahu... tu ah keluarga kucing tika..dan semalam masa balik dari kerja kontot beranak depan mata tika..3 ekor anak dia..dan semuanya betina....

dan bertambah lagi lah ahli keluarga aku.. kesemua kucing yg aku ada sekarang.. 2 ekor kat kampung.. dan kat sini ada 4 tambah 3 jadinya 7 dan semuanya 9 ekor..seronoknya...




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.