Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Friday, April 28, 2006 Image hosted by Photobucket.com

~bantuan~

Aku ada minta bantuan abg angkat aku untuk menyamar jadi tunang aku. Dan aku minta dia telefon DIA dan tegur DIA supaya jangan ganggu aku lagi.

Tapi tahu hampeh jawapan dia. DIA tak percaya dgn abg angkat aku. Malah dia gelakkan abg angkat aku tu. Dan dia beritahu aku yang aku saja nak sakitkan hati dia. Dan dia tak akan lepaskan aku walauapa cara sekali pun.

Dan semalam Kak June call lagi. Tanya lagi kenapa aku gadoh lagi dgn boss dia. Aku ckp dgn kak june. Aku dah tak tahan. Dan minta tolong kak june nasihatkan boss dia. TApi kak june merayu dgn aku lak, tak yah lah gadoh2..buat mcm biasa ajer..

Dan aku lak cam mana?..Ah bengang..

p/s : Bagaimana lagi nak ku lakukan...Tolong lah aku...Buat bodoh pun cam tu, kesiankan orang pun cam tu..ahhh...biarlah....

~Fisrt Dating~

Dua hari lepas ingatkan nak tulis kisah first dating aku dgn sorang mamat ni, tapi masa tak mengizinkan. So sekarang berkesempatan lah aku citerkan fisrt dating yang very simple.

Hari rabu, Syaril sms aku ajak jumpa. Budak syaril ni dapat no HP aku dari budak kilang aku. Itu pun setelah dapat kebenaran dari aku. Kata si aisyah di Syaril ni bujang umur 30 thn, tengah cari teman perempuan untuk dibuat isteri so dia cadangan kan aku. Yang pertama aku tanya "BETUL KER DIA TU BUJANG?"

So Hari rabu tengahari aku balik rumah makan tengahari. Cakap dgn mak. Nak pi dating malam ni habis kerja. Mak aku tanya dgn siapa. aku ckp lah dgn budak baru kenal, bujang. Mak aku cakap "mak tak kisah asalkan bujang"

So sebelum aku pi kerja aku tanya mak "Mak nak ikut sama ker?"
Dengan sengeh mak aku jawab "Boleh juga, nak juga mak tengok orangnya cam mana"

Aku gelak dalam hati.. Adoi hai dah lah aku pun tak pernah jumpa mamat tu, terus aku bawa mak aku join sama. Nasib lah kau syaril.

So habis kerja aku ambil mak dan terus bawa ke Mc Donald. Aku terus beli ayam goreng dgn nugget. SO aku dgn mak makan makan dulu. Si Syaril tak sampai Lagi. Bila dah sampai kat parking aku sms Syaril suruh masuk kat Mc Donald. Tapi dia tak mahu. Dekat 5 sms aku hantar. Last sekali aku cakap.. "Bukan awak yg cakap nak jumpa dah tu napa tak nak masuk?" baru lah dia masuk.

Aku tak kenal orangnya. Tapi bila nampak sorang mamat jalan masuk aku terus panggil mamat tu. Dia datang. Nasib baik betul orangnya. terkejut juga dia tengok mak aku ada sama. Segan dan malu malu kucing juga lah dia dibuatnya.

So tak banyak yg aku borakkan. Mak aku yg banyak berbual dgn dia. Aku just sampuk sampuk ajer. Kejap aje kita orang dok2 situ. tak sampai 30 min. Dan kami pun berpisah.

Aku dgn mak terus balik. Mak tanya aku cam mana pendapat aku. "Entah..mcm tak berkenan. Bukan kerna tak hesem, tapi tak minat sangat pasal ada misai dan jangut. Tak suka sangat. tak tahu lah nak ckp apa" Mak aku diam.

Em salah ker aku? Menolak lelaki hanya kerana ada misai dan jangut? Memang dari kecik aku tak suka sgt2 orang yg ada misai dgn jangut..Cam mana ek? Memilih ker aku?..

Member sms, kata tak kisah nak kawan dgn aku. Malah dia takut aku yg tak eh nak terima dia. Dan aku balas..Maaf, saya tak kisah nak kawan dgn awak, tapi satu saya tak berkenan dgn awak. Awak ada misai dgn jangut...

Agak terasa tak mamat tu bila aku ckp cam tu?..

p/s : Aku dah usaha.. usaha dan usaha tapi kenapa aku masih lagi gagal?
Monday, April 24, 2006 Image hosted by Photobucket.com

~Cuti2 Malaysia~



Hari Sabtu habis kerja aku terus balik rumah dan jemput mak aku yg sudah bersiap siap. dah tu aku jempu DIA pulak dan seterusnya aku jemput MR Lee..

Petang tu kami ambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke pulau pinang. Sampai Penang kami cari bilik kat Batu Ferenggi. Em tak menarik sangat waktu petang di Penang. Lepak kat BAYVIEW RESORT.

Malam kita orang pi jalan2 kat sepanjang Long Beach Batu Ferenggi. Menarik juga. Banyak barang2 murah kat situ. Aku sopping lah juga. Mr Lee banyak juga belanja aku untuk beli buah tangan. Lepas tu balik bilik dan tidur merehat2kan badan. Aku terus tak sedar. Bilik tu sejuk giler.
Bangun pagi kita orang siap siap untuk pi bergambar. Ambil gambar kat pantai. Boleh tahan juga bersih pantai dia, tapi tengah nak ambil gambar bateri lak habis. So kita orang pun pi lah cari sarapan. Makan kat kedai mamak ajer lah. Sarapan nasi lemak.

Lepas sarapan kat luar kita orang pi possing lagi kat pantai. So dalam kul 8 kita orang pun check out dari resort tu. Berdasarkan map kita orang pun mulakan perjalanan mencari tempat2 yg menarik kat Penang. Orang luar kalau jalan tak tahu alamat sesat ah dibuatnya. Tapi akhirnya sampai juga kat Kubu apa tah nama aku pun tak ingat.

Kat situ ambil gambar lebih kurang kita orang bertolak ke Museum Penang lak. Boleh tahan juga lah Meseumnya. Banyak yg kita orang tahu latar belakang Penang.

Lepas tu kita orang pi KOMTAR. Shopping ah apa lagi. Aku beli Jeruk buah pala dgn Buah salak rm10.00 per item. Puas hati. Mr lee belanja mak aku baju sepasang. Baiknya Mr lee.

Lepas tu kita orang pun bertolak ke hospital. Sesat juga cari hospital.
Sampai ajer kat bilik Abg Gomoi aku menangis. Tak tahu, sebak sangat perasaan aku lihat keadaan abg Gomoi. Kesian sangat. Berbual kejap. Ada dekat 20 minit dan aku pun minta izin balik. Semoga Abg Gomoi cepat sembur dari penyakitnya.
Dan lepas tu kita orang pun terus bertolak balik ke seremban.

p/s: Semoga Abg Norizal Cepat sembuh dan jangan putus asa dengan masalah yg dihadapi.
Monday, April 17, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Berakhirkah sudah?

Ok sambung citer hari Jumaat.

Lepas aku hantar SMS kat Isteri DIA, aku rasa lega. Tapi kelegaan aku tak lama. Dalam kul 2 lebih aku dapat call dari Adik DIA. Katanya nak jumpa aku kat depan Office aku. Huk hairan aku. Aku call DIA. Aku tanya kenapa ADIK dia cari aku. Aku suruh dia datang office aku secepat mungkin tapi alasan dia "On the way ke KL" aku jadi geram. Aku keluar. Aku nampak Adik dia sedang berbual dalam Phone. Dia ajak aku naik keta. Aku tak mahu. Dan dari jauh aku nampak Isteri DIA datang hampiri kita orang.

"Kenapa kau ganggu laki aku lagi? Gatal sangat ker?"
~ Tika tak patut buat macam ni, kata tika nak tengok dia orang bahagia tapi kenapa masih ganggu abg aku lagi.
*weit2..saya hantar sms tu nak buktikan yg suami dia ni selalu ganggu saya, dan saya dah bosan asyik diganggu.

~kenapa tak jumpa aku ajer ? kenapa mesti sms dgn Isteri dia?
*Macam mana nak contact awak? saya dah tak tahan tahu tak, abg awak asyik ganggu saya, lebih2 lagi bila dia tahu saya dah bertunang.
"hai orang macam kau ni sapa lah nak? Perempuan tak laku tahu tak"

~Dah habis cakap? Boleh blah lah kau orang berdua

Aku terus masuk office tinggal kan mereka berdua yg kelihatan masih tak puas hati. Dalam hati aku perasaan marah berbuak2. Aku terus call DIA...ayat yg tak patut aku keluarkan "OI JANTAN, LEPAS NI AKU TAK NAK KAU GANGGU AKU LAGI PAHAM?"

Kalau marah dah menguasai diri hilang segala pertimbangan diri ini. Aku tak menangis cuma badan masih mengiggil. Petang June call aku. Dia tanya apa masalanya ni? Aku citer lah satu persatu. Memang salah aku kerana hantar sms tu pada isteri dia, tapi aku dah tak jumpa jalan nak selesaikan masalah ni.

Balik aku dapat call, DIA menangis2. Aku tak tahan. Aku pun menangis. Aku akui yg aku bersalah. Aku merayu minta maaf banyak kali. DIa maafkan aku. Balik rumah aku terus masuk bilik. JUNE call aku lagi. DIa minta aku call DIA untuk pastikan dia balik seremban. Ya lah kat Highway entah apa apa jadi pun tak tahu. Aku cal. Aku suruh dia balik seremban. Kalau sampai seremban aku suruh dia jumpa aku.

Malam keluar makan sup sama sama. Dah tu dia menangis lagi. Aku hanya mampu mendengar. Dan last sekali aku pesan suruh tidur kt PD ajer. Tak benarkan dia pi KL or mana mana yg jauh.

Hari sabtu aku kerja cam biasa. Petang jumpa dia kejap. AKu bayar hutang dia rm500.00. Dan belanja dia makan. Katanya malam tu nak tidur kat genting. AKu tak benarkan. Aku paksa dia tidur PD aje. Aku janji pagi Ahad aku ke PD untuk jumpa dia.

Dan hari ahad aku jumpa dia kejap. Dia meluahkan perasaan nya. Nak berhenti kerja. Nak pi jauh-jauh. Aku blurr.. entah macam mana dapat idea..Biar aku yang berhenti dan balik kampung. Maknanya dia tak akan jumpa aku lagi. Dan dia Bersetuju. Walaupun menangis...

Kata sepakat dah dapat. Lega aku.
Dan sepanjang hari ahad aku hanya duduk di rumah. Melayan perasaan hampa. dan DIA tak ada ganggu aku lagi.. Aku lega..terlepas sudah masalah ini... Bersyukur aku padaNya..

Tapi pagi ini..berulang lagi kisah ini.. June call aku, minta tolong aku pujuk boss dia.. Dan DIA call aku dalam keadaan menangis...LAgi..lagi dan lagi...................

p/s : Aku betul betul dah fed up...dan aku semakin tak percaya dengan manusia yang bergelar "LELAKI"
Friday, April 14, 2006 Image hosted by Photobucket.com

~Mengigil~

La ni masa menaip aku masih mengigil badan aku..

Lunch aku keluar makan kat kedai Ikan Bakar.
Masa nak naik keta tiba tiba DIA muncul dan naik keta aku.
Aku tergamam. Dah tu dia menangis. Merayu-rayu dengan aku. Jangan tinggalkan dia.

Aku cakap cara baik. Tapi dia tak leh terima. Dia hentak kepala dia kat Streng kereta aku.
Dekat 4 kali. Aku buat tak tahu. DIa nak hentak kepala kat cermin keta aku. Aku menjerit.

Aku suruh dia call bini dia. Tapi dia kasi alasan yang dia tak ada no bini dia. AKu suruh telephone rumah dia. Dia kata dia bini dia tak ada kat rumah. Aku ambil HP aku. Aku dail no bini dia. Aku dengar suara bini dia. Aku suruh dia cakap.

"Aku sakit kepala"
...............................
"teringat tentang TIKA..tak leh nak lupakan dia. teringat kisah2 tentang tika..sekarang tengah menangis..tak tahu nak buat apa..ok lah nanti balik kita cerita key"

Dia terus letak phone. Aku terkejut...

"Sila keluar dari kereta saya"
Jangan buang abg, kan abg dah cakap dgn bini abg

"Aku benci dengan orang menipu..No hp bini sendiri tak tahu? Keluar dari sini"
Abg tak tipu. No HP Nadia kena clon

"Clon apa..tadi tu perempuan mana lak?"
Nadia

"Turun sekarang..Aku benci orang menipu"
Abg tak akan turun selagi ayg tak janji untuk tak tinggalkan abg

"Turun kalau tidak aku menjerit"
Tolong lah ayg

Aku pun turun dari kereta.. DIA terus turun dan naik keta dia...

Aku mengiggil... terasa sangat sakit hati...
Dan sampai kat Office aku Forward semua SMS DIA pada Isteri dia. Semua ayat2 yang pasti akan membuat isteri dia mengamuk.. Dan aku harap ini boleh menjauhkan dia dari aku...


p/s : Ya Allah Tolong Lah Aku....

~ tension ~

Aku dah tak tahu nak buat apa... Tak paham bahasa betul lah Mamat ni. Aku siap ugut aku nak call bini dia.. boleh lah dia merayu.. "Jangan lah macam tu..biar abg uruskan isteri abg" aku cakap cara baik.. tolong lah..kalau dah tak boleh tinggalkan lah saya..jangan ganggu saya.. "Abg sayang ayg, tolong lah abg" .Blahhh lahhh....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam aku mimpi.. Sesuatu yang tak pernah terpikir.. Akmal muncul lam mimpi aku. Si azmi juga.. dan yang hairannya si Remy pun leh ada dalam mimpi aku. Dan mimpi tu berlaku kat rumah aku kat kampung. Dan tu ada banjir besar kat rumah aku masa tu kenapa ek?..

Adakah itu rindu namanya?
Tuesday, April 11, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Dosa kah menipu?

10/4/2006 TIME 7.16AM
Em mcm ni la, terus terang semalam br selesai kenduri bertunang saya, Dan saya tak mahu khianati tunang saya dgn hubungan kita. Tolong lepaskan saya.

Itu lah message aku yang terakhir aku hantar pada DIA setelah 3 hari beturut2 DIA cuba contact aku tapi aku tak jawab. Aku pikir mungkin cara itu aku boleh lepas dari DIA.

tapi itu hanya harapan aku bila SMS dari dia berturut2 aku terima dari DIA..

10/4/2006 time 7.19am
Tlg angkat cal..Please

10/4/2006 time 7.23am
Betul lah khabar angin yg abg terima, Abg tak tahu nak ckp apa. Tak tenteram hidup abg

10/4/2006 time 7.33am
Abg tak tahu nak buat apa. nak menangis ke. Nak menghiangkan diri ke, Nak keluar dari sini. Tak mahu tengok ayg lagi langsung ke. walau apa terjadi ayg dlm ingatan abg. Sukar pisahkan syg abg pd ayg. Love u.

10/4/2006 time 7.49am
Semoga lelaki pilihan ayg lebih daripada apa yang abg ada. Maafkan abg syg. Maafkan abg, Abg mungkin berhenti kerja di sini. Sekurang-kurang cuba lupakan ayg. Jaga diri baik-baik. Anggap abg dah mati. Selamat tinggal ayg.

10/4/2006 time 8.39am
Hari ini abg ambil emergency cuti. Abg tak boleh kerja. Mungkin rabu dan khamis cuti. Tunang ayg tentu baik dari abg kan? Abg jahat tak pandai ambik hati ayg. Slalu sakitkan hati ayg, Kalau abg mati cpt abg tak akan usik aygkan. Abg jahat. Sukar lupakan ayg. Anggap abg dah mati.

10/4/2006 time 1.51 pm
Ayg tentu bahagia kenduri tunang. Khabar angin dulu benar belaka. Apa pun ayg tetap di hati abg. Abg Jahat.

10/4/2006 time 6.24pm
Sayang abg pada ayg sangat mendalam. Abg tak dapat lupakan ayg. Terus terang abg katakan ayg terlalu berharga pd diri abg. Tak merestui pertunanganayg. Apatah lagi lelaki lain memiliki ayg. Sayang ayg.

10/4/2006 time 7.18pm
Ayg angkat cal abg syg. Sayang ayang.

10/4/2006 time 11.01 pm
Sampai hati tak angkat cal abg. Tak sudi dgr suara abg?

11/4/2006 time 7.47am
Ayg kat mana? Kat johor lagi ke? Ptg balik sini? ABg rindu ayg. Angkat ah cal abg syg. Abg nak dgr suara ayg.


Itu baru sms ayat belum lagi voice message menangis dan meraung..Belum ditambah dengan back up dari JUNE kerani dia.. peh naik menyampah akudibuatnya. Tak paham aku si June kenapa dia nak back up sangat boss dia tu.. minta berbaik dgn boss dia tu.. bila aku sebut boss dia tu ada bini tak dapat pulak dia cakap apa apa... Boss dia sayang aku ah, tak leh hidup tanpa aku lah.. tak paham aku...

Ah podah lah.. lelaki memang pandai memujuk.. DAn aku so far masih bertahan.. setiap kali dia call atau sms mesti aku set dalam mind aku, lelaki memang pandai bermain kata kata nak kasi kita cair dan balik semula dengan dia, tapi bila minta suruh nikah pandai pulak dia kelentong kita kata tak boleh lah, kasi masa lah, bini mengamuk lah.. boleh blahhh lah dengan jantan macam tu.. sakit hati aku..


p/s : Semoga aku tabah dan Allah menunjukkan jalan yang benar untuk aku..




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.