Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Thursday, September 29, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Angau Ker?

Entah ek kenapa ek, adakah itu dikatakan Angau?

Semalam balik kerja pi singgah ALES Seafood dgn shila. Dok booking untuk Dinner perpisahan dgn MR Jang. So dok makan sekali kat situ. Ingatkan nak call member tu suruh join sama. Tapi terasa segan lak.

Dah tu balik rumah terus mandi mandi dan buat apa yg patut. Menunggu juga member call ataupun sms tapi tak ada. Terasa macam kurang giler bila tak dengar suara dia..tak dapat sms dia.. rasa macam serba kekurangan semalam aku. Padahal sebelum ni aku tak kisah pun kalau tak dapat call or sms dari sesiapa. Kenapa ek?

Adakah itu dikatakan Angau?..

p/s : masih terlalu awal segala galanya
...
Tuesday, September 27, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Makan Tengahari?..

Kenapa ek. Aku rasa macam lain macam. Em perasaan apa tu ek?.. entah..lupakan lah...

Dah tiga hari mak aku balik johor. Tak best nya. Balik rumah semalam mandi mandi buat apa yg patut dan masuk bilik layan novel yg aku beli tempoh hari. Entah kenapa mata macam dah tak larat sangat. Terus tertidur. Tengah nyenyak tidur si Buroi dok kacau aku. Tension ajer rasa. Tengking sekali terus dia tidur atas karpet mak aku. Sambung tidur. Dalam kul 4 dengar si kontot cuba cuba masuk bilik aku, datang si Buroi dok menderam. Datang aku pi tengking si kontot. Gatal2 dok nak masuk pahal.

Bangun pagi dok buatkan susu budak2 tu. Kasi makan. Si Buroi senang kasi makan freskis ajer habis citer. Si kontot dgn anak2 dia nak kena kasi nasi dgn ikan goreng. Cerewet. Dan aku? minum susu anelen ajer. Kalau mak ada dia buat semua. Hehe...kena lah buat sendiri...

Dan tengahari tadi... hehe... tak mau citer lah....

p/s : mula terasa....
Monday, September 26, 2005 Image hosted by Photobucket.com

THE MYTH

Hari ahad ada temujanji dgn member intenet kat Terminal One. Kul 4 aku dah sampai dan beli tiket. Ya lah kalau tempah by online kena awal 45 minit. Sambil menunggu aku layan novel. Kul 4.15 member message aku jadi ker tak nonton. Member baru sampai kat Seremban Tol. So aku menanti dengan sabar. Em first time dating. Hehehe..

Kul 4.30 dapat message. Em member tak dapat datang. Katanya ayah dia sakit. Em... apa leh buat. tengok lah wayang sorang sorang. How ever ceritanya tak membosankan aku.

THE MYTH
Image hosted by Photobucket.com

AKu tengok citer ni pun pasal ada Jackie Chan dgn juga KIM HEE SEON. ahaks.. pelakon kegemaran aku masa kat korea. Cantiknya dia, emmm memang teruja aku nak tengok dia.

Citer ni agak keliru sikit. Sebab dia asyik berbalik ajer. Dan ada yg tak logik nya. Mcm mana pun tetap best sebab jackie chan ni memang pelawak dalam serius. Satu panggung semua gelak bila jackie buat lawak. Ahaks... seronok seronok. Kalau kasi bintang aku kasi 4.5 / 5... puas hati tengok.. Dalam satu cerita dia masukkan mcm mcm budaya..Budaya China, Korea, India, Amerika...memang puas hati lah... kalau nak tengok pi lah tengok wayang....
Tuesday, September 20, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Gaji Rm4K?

Semalam MR Heng datang berborak dgn Mr Jang.

Dia panggil aku. Duduk berbual. Dengan cara baik. Dihadapan Mr Jang dia minta aku pertimbangkan untuk berkerja dgn dia. Aku gelak. Kemudian aku dia. DIa cerita pasal Manager kat tempat dia. Dia terima stress pasal Manager kat situ. SO dia harap aku berkerja dengan dia selepas Mr Jang balik korea.

AKu tenung Mr Jang. Mr Jang Tenung Aku. Mr Heng Confuse. Pasal lak main mata. Kami gelak. AKu senyum. Mr Jang tolong Jawap. Kalau Aku pindah ke Kilang dia apa akan jadi dgn kilang yg aku kerja sekarang. Alamat tutup lah bisnes kat sini..Ahahahah..Aku gelak.

Lama juga aku senyum, akhirnya aku bersuara. Tahun depan student yg study kat korea akan gred. So nanti aku beritahu dia orang tentang kekosongan kat kilang dia. Baru lah dia senyum. Mesti contact dia tau. Ahaks. Itu ajer yg mampu aku janji.

p/s : Kalau pikirkan gaji nak juga aku ke sana, tapi bila pikirkan tanggungjawab aku kat sini.. Tak sanggup nak tinggalkan kilang yg aku setup sendiri....
Monday, September 19, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Tomy....


Semalam aku pi Taman Melawati..Biasalah melawat si Tomy..rasa rindu kat Tomy...

Kat rumah Tomy pun tak lama, tinggalkan mak aku kejap dgn mak mak sedara dia, aku pun bawa kereta pi KLCC. Terasa nak tengok ikan jerung sekali. Masuk memang mahal. Sekepala dengan MYKAD RM28.00. Peh mahalnya.. tapi nak juga masuk...

Lepas melawati segala jenis ikan yg ada kat sana, aku pun pi mengisi perut kat THAI RESTORAN. heheh mahal mahal..tapi sedapnya pasal aku nak juga...Makan Kerabu Mangga, Ayam madu balut pandan, Kangkung belacan dan tom yam sayur. Harga RM80.00.. Hahaha melayang duit...

Kul 2 aku balik ke Taman melawati ambil mak dan balik Seremban. Singgah Giant kejap, beli kepak ayam dan juga tepung Kastard nak buat kuih hehe...

Malam lak badan sakit-sakit, buat meeting keluarga. Mak meluahkan perasaan dia pada kita orang semua. Pasal abg aku lah.. Hampeh punya lelaki.....

p/s : dah berkali kali lalu kat jalan Ampang tu pun masih lagi Sesat...

Thursday, September 15, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Meniti Hari

Kadang aku rasa kekosongan. Aku cuba mengisikan kekosongan itu dengan tidur. Makan. Tengok tv.. tapi tak mampu melawan perasaan yang menguasai diri aku. AKu cuba fahami apa yang aku kehilangan. Aku cuba mencari jawapan dalam diri aku sendiri. Tapi aku sendiri keliru.

Mungkin aku kerinduan? Kerinduan pada sesuatu yang bukan menjadi hak aku. Kerinduan saat saat kemesraan yang tak mungkin berulang kembali. Hanya kerinduan..Tapi kekadang ada juga perasaan untuk mengulangi semula. Tapi siapa ah aku, ingin meminta sesuatu yang bukan milik dan hak aku.

Ingin aku biarkan, namun perasaan ini terlalu kejam memaksa diri untuk mengingati segala-galanya. Aku rindu...aku rindu..aku rindu....
Tuesday, September 13, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Menipu Diri Sendiri

Aku dah bosan menipu diri aku sendiri..Semuanya untuk kepentingan diri orang lain.. So kebahagiaan aku? tak dapat aku nak kecapi. Apa yang aku dapat bila aku bahagiakan orang lain. Perlukah aku mempertahankan kehendak hati aku?..

Semalam mak cakap kat aku...Dia takut tak dapat untuk melihat aku mendirikan rumah tangga..dia takut tak dapat jaga aku masa aku bersalinkan anak pertama.. Dia takut... Em semuanya dia takut...

Kenapa lak dia nak takut..bukan kah ini yang dia nak semuanya.. Rancang untuk aku berkahwin umur 30 tahun.. La ni dia lak sibuk2 nak takut tak dapat tu tak dapat ni...

Entah lah aku yang serba salah dibuatnya... Dia tak ada pulak terpikir nak tanya perasaan aku sekarang ni?...

p/s : Ku berserah...
Monday, September 12, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Dilempang Orang?

Seminggu lepas aku dilempang sesorang yang aku kenali. Kali kedua dalam hidup aku dilempang orang, em mungkin pengajaran untuk aku. Walaupun mak aku tak pernah jentik aku, aku terima apa yg dia orang buat kat aku. Pengajaran untuk aku, memang sakit dan pedih aku terima.

Tapi betul kah itu salah aku seorang? tak ada pihak lain ker yang terlibat dalam kesilapan itu. Aku seorang ajer ker yang kena tanggung kesilapan itu.

Namun Allah tu maha Adil.

Orang yang lempang aku seminggu lalu, tengah menderita sakit gigi dan pipi bengkak. Em mungkin kah itu balasanNya?.

Hanya Allah Maha Mengetahui..

p/s : tak akan aku ulangi kesilapan lalu.. Pengalaman menjadi pelajaran paling penting dalam hidup ini.
Saturday, September 10, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Berlalu sudah Semalam..

Alhamdulilah..

Semalam yang gelap telah berlalu, dan hari ini semoga terus cerah menyinari.. Dan aku tak nak lagi kegelapan semalam menyelubungi perasaan aku untuk esok hari.

Em.. bukan kah setiap saat dan masa kegelapan sentiasa datang menghampiri aku?.. Cuma aku ajer yang tak pernah nak pikirkan dan renungkan. Aku ajer yang selalu melupakan segala keperitan yang aku hadapi. Entah sampai bila aku nak anggap mudah benda2 ini. Sedangkan orang yang memandang pasti aku kehairanan... Biarlah...biar ianya terus berlalu...

Aku nak atur rancangan baru untuk hidup aku.

Semalam adalah titik nokta untuk 3 tahun kisah hidup aku yang cukup segala rasanya. Dan kisahnya biarlah aku jadikan salah satu dalam episod hidup aku. Cukup menarik dan banyak yang aku boleh pelajari..

So rancangan aku seterusnya...aku nak cari kenalan yang boleh aku jadikan calon hidup aku pulak. Cukup lah aku hidup membujang..nanti dah jadi anak dara tua pulak..susah pulak..hehe.. Boleh lak cam tu...

Ok ah..jumpa lagi...Esok nak bawa mak ke KL pi umah tok sedara kat sana. Minggu lepas dah pi juga, nampak gaya kena berulang lah tiap tiap minggu ke KL nak bawa mak jalan2.. Duk rumah ajer kang mak boring pulak..hehe.kesian mak aku..

p/s : Rupa2 nya ada juga orang yang masih ambil berat tentang aku ya..terharu aku rasakan. Terima kasih abg Ibrahim... TIka dah sihat dah sekarnag...Sakit tu dah diubati...semoga ianya tak datang menggangu tika lagi...
Thursday, September 08, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Di Mana Kah Aku?

"Awak tak akan rasa sakit, Awak akan rasa seperti tidur, pejam mata awak"

dada aku berdebar-debar. Aku rasakan seperti di gigit semut di tangan aku. Aku menoleh ke arah kiri tak sanggup memandang.

"Awak jangan takut, tak sakit, lapangkan fikiran awak ya"

Aku ketakutan, aku tak mampu untuk melapangkan pikiran aku, Betapa takutnya aku saat itu cuba ku lawan, pemandangan aku menjadi aneh, kulihat di kelilingku. Aku berada dalam bulatan yang berwarna hijau. Aku belari dan terus berlari. Tapi aku masih lagi dalam bulatan itu. Aku hanya berlari dalam bulatan itu. Aku tak jumpa jalan keluar. Aku rasa mual. Aku terasa nak muntah. Tapi aku tak mampu, aku teruskan berlari. Aku terdengar suara orang berkata2.. Tapi aku tak mampu memahami isi butir kata kata mereka. Aku cuba menjerit tapi tak mampu.

Aku berlari lagi. Tiba - tiba aku mula terasa seakan melayang, dan aku terasa seakan kembali ke dalam jasad aku. Aku membuka mata. Aku nampak sesorang. Tapi aku tak mampu mengerakkan tubuh badan aku. Aku cuba menjerit.. Ahh.. Ahhh.. Tolong...

Seseorang menutup mulut ku.
"Ok, Ok Awak dah boleh bangun."

Nak muntah. Seluruh isi perutku keluar tanpa henti. Aku cuba mengerakkan tangan ku tapi tak mampu juga.

Tolong saya tak boleh gerak

"Awak tidur dulu key, baik2 jangan jatuh"

Aku cuba tidur, tapi mataku tak boleh lelap, tapi pikiran ku lemah, tak mampu untuk berpikir, badan aku tak mampu bergerak. Selepas 20 minit orang itu datang lagi.

"AWak boleh bangun?"
SAya cuba.

Aku pindah katil..Dan aku sambung tidur....Aku masih lagi terbayang bagai mana aku terkurung dalam bebola hijau itu...dan aku terasa lemah seluruh badan...


p/s : setiap kali aku teringat saat aku terkurung dalam bola hijau itu aku terasa ingin muntah walaupun sekarang ni...Ya Allah itu kah rasanya ?...
Wednesday, September 07, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Mampukah Aku?

Sukar atau tidak aku harus hadapinya juga. AKu kena kuat kan semangat aku. Aku kena tabahkan hati aku. Aku kena lalui semuanya. DAn aku tak kan jadi seperti sebelum ni, putus asa dalam kehidupan hingga kena makan ubat.

Aku tahu bukan mudah untuk aku laluinya, namun ku cuba juga untuk laluinya. Mungkin mereka tak akan pahami apa yang rasakan. Ingin aku kongsikan bersama tapi aku tak mampu untuk menaip di sini. Terlalu berat untuk aku luahkan. Biar lah aku yang rasainya sendiri.

Dan bulan september 2005 adalah bulan dugaan untuk aku. Dugaan yang aku sendiri tak tepikir akan terima dan laluinya. Hanya air mata yang mengalir...dan semuanya akan aku kenangkan sampai akhir hayatku...

p/s : tak leh nak taip, terasa air mata ni mengalir di pipi...
Tuesday, September 06, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Suratan Atau Kesilapan?

Kadang aku terpikir sendiri. Apa kah semua ini suratan hidup aku atau kesalahan aku sehingga aku lalui ini semua. Dan aku masih bersyukur kerana mak aku masih support aku walaupun aku menghadapi masalah sebegini. Dia lah mak aku, yang tak ada pengantinya. Tapi aku?..aku hanya aku.

Moga-moga selesailah masalah ini dengan selamat. Walaupun perit, walaupun terseksa terpaksa aku laluinya dan hadapinya..kerana itu adalah kesilapan aku sendiri....

p/s : sesungguhnya aku lah hamba nya yang lemah..dan benar2 lemah...sehingga aku.....




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.