Di Mana Kah Aku?
"Awak tak akan rasa sakit, Awak akan rasa seperti tidur, pejam mata awak"
dada aku berdebar-debar. Aku rasakan seperti di gigit semut di tangan aku. Aku menoleh ke arah kiri tak sanggup memandang.
"Awak jangan takut, tak sakit, lapangkan fikiran awak ya"
Aku ketakutan, aku tak mampu untuk melapangkan pikiran aku, Betapa takutnya aku saat itu cuba ku lawan, pemandangan aku menjadi aneh, kulihat di kelilingku. Aku berada dalam bulatan yang berwarna hijau. Aku belari dan terus berlari. Tapi aku masih lagi dalam bulatan itu. Aku hanya berlari dalam bulatan itu. Aku tak jumpa jalan keluar. Aku rasa mual. Aku terasa nak muntah. Tapi aku tak mampu, aku teruskan berlari. Aku terdengar suara orang berkata2.. Tapi aku tak mampu memahami isi butir kata kata mereka. Aku cuba menjerit tapi tak mampu.
Aku berlari lagi. Tiba - tiba aku mula terasa seakan melayang, dan aku terasa seakan kembali ke dalam jasad aku. Aku membuka mata. Aku nampak sesorang. Tapi aku tak mampu mengerakkan tubuh badan aku. Aku cuba menjerit.. Ahh.. Ahhh.. Tolong...
Seseorang menutup mulut ku.
"Ok, Ok Awak dah boleh bangun."
Nak muntah. Seluruh isi perutku keluar tanpa henti. Aku cuba mengerakkan tangan ku tapi tak mampu juga.
Tolong saya tak boleh gerak
"Awak tidur dulu key, baik2 jangan jatuh"
Aku cuba tidur, tapi mataku tak boleh lelap, tapi pikiran ku lemah, tak mampu untuk berpikir, badan aku tak mampu bergerak. Selepas 20 minit orang itu datang lagi.
"AWak boleh bangun?"
SAya cuba.
Aku pindah katil..Dan aku sambung tidur....Aku masih lagi terbayang bagai mana aku terkurung dalam bebola hijau itu...dan aku terasa lemah seluruh badan...
p/s : setiap kali aku teringat saat aku terkurung dalam bola hijau itu aku terasa ingin muntah walaupun sekarang ni...Ya Allah itu kah rasanya ?...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home