Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Tuesday, May 31, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Minggu yang letih

Hari minggu lepas balik kampung. em bawa Leen, Jijah dengan Sukor sekali.

Dari senawang kul 3 petang, sampai kota tinggi dekat kul 7 petang, em sampai rumah pak tam, ramai sedara mara aku sebelah mak dah ada kat sana, yg dok sibuk buat kerja. Aku terus cari mak aku, terus ajak balik. Ahaks...ada yang kena marah. Mak suruh makan2 dulu. Lepak kejap kejap dah tu dalam kul 8 baru kita orang bertolak balik ke rumah aku.

Sampai rumah aku terus peluk kucing. Em bergambar dengan kucing. Tapi hampeh bateri habis. Layan tv lah pulak drama DIMANA SYURGA. sedih sangat2. Kesian sangat2. Kejamnya manusia2 yang buat dia macam tu. Ya Allah ada juga hamba mu seperti itu.

Lepas tu layan citer cina la pulak. Mata mengantuk tapi tak leh tidur. Apa lagi minta mak ulik aku lah kejap. Urut punya urut aku tertidur, sedar pagi mak aku dah masak sarapan pagi, Lokan sambal. "sorry lah leen tak tahu lak leen tak makan lokan. Udang tak ada lah pasal hujan hehe"

Lepas makan pagi siap siap bertolak ke rumah pak Tam. Em dah ramai juga orang. Dia orang sibuk. Kamera aku tak leh pakai. Waaa tension giler2. Dok lepak sambil tengok orang ajer lah kat situ. Pengantinnya sama padai, secocok sungguh lah. Sayang tak dapat ambil gambar.

Semua orang sibuk dok tanya aku bila lagi, aku senyum ajer lah. Si pengantin lelaki lagi lah ada dekat 5 kali tanya aku, bila lagi? tu lah ramai sangat pak we nya....aku senyum ajer ah...Si pengantin lelaki ni sepupu aku, sama baya dengan aku. Em dah jodoh dia, syukur lah. AKu?.. bak kata mak aku "mak nak kau kawin umur 30, tak leh cepat tak leh lambat" Em sabarkan ajer lah, tengok kan ajer lah, aku tahu Jodoh tu Allah yang tetapkan. Sudah disuratkan samaada lambat atau cepat. Aku setia menanti.

Petang kul 6 aku bertolak pi umah kakak aku kejap. Em dia tak ada pi tengok lembu kata anak2 dia. Lepak kejap dia sampai ajer kita orang terus balik senawang. Sampai kat Pagoh dok usha durian. Em murah tu memang murah tapi rasa macam tak puas hati sangat masa beli. Apa leh buat beli ajer.

Sampai rumah kul 10 malam, hehe sempat juga layan citer Tru tv3..em lepas tu..nyenyak... ahahahah...sungguh meletihkan...
Monday, May 23, 2005 Image hosted by Photobucket.com

*wesak days*

Em orang lain seronok bercuti, aku dok terhegeh2 kerja kat office ni. Ahaks.. tak apa lah dah tanggungjawab aku kena kerja.

Hari sabtu kerja cam biasa, habis kerja terus pi kebun, alhamdulilah akhirnya siap juga pondok yang kita orang usahakan. Itu pun dekat kul 8 malam aku baru sampai rumah.

Malam lepas makan aku terus tidur, dah tak larat sangat2 nak buatkerja lain.

Ahad bangun pagi, bersihkan dan kerjakan pokok chili kat luar rumah. Em tak membesar pun anak chili aku. Merajuk tak dapat air kot. Habis tu aku membasuh dan mengemas rumah sikit2. Dah tu kul 9.30 pagi keluar pi TTJ jemput Mr Kim untuk hantar dia kat Restoran Raymond kat pasar besar seremban. Ahaks pandai2 ah dia nak balik nanti, tak kan aku nak menunggu dia lak.

Kat pasar terserempak dengan mama...ahaks nak dating katanya, dating apa kat pasar macam tu..biarlah asalkan dia bahagia. Aku terus berlalu. Pi makan angin kat Port Dickson kejap. Cuaca panas sangat2 membuatkan aku tak selesa dok lama2 kat situ. Balik rumah, layan cd star wars episod 3. Layan lagi, tak bosan pun tengok citer ni. Lama lama aku tertidur. Ahaks.

Kul 6 keluar pi makan kat kedai. Makan mee goreng cantonis stail. Sedap lah juga, tapi kalau makan kew tiou goreng cantois stail lagi ah sedap. Lepas makan balik rumah dan tidur.

Berlalu begitu ajer hari minggu aku. Tak menarik pun..

Hatiku:
Tiada apa yang ku harapkan, biarlah masa itu berlalu, kerana aku tahu satu hari nanti pasti akan ada juga sesuatu yang mengembirakan diri ini.
Friday, May 20, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Kebakaran~Kebakaran~

"su cepat turun, ada cina tu mengamuk, siap telefon2, entah telefon siapa "
'pasal pulak ni'

"entah sukor bakar apa tah kat belakang tu, cina tu tak puas hati"
'pulak dah'

Aku turun dari office, memang nampak asap memenuhi ruang udara, aku tanya cina yg tengah telefon,

"apa hal ni?"
'apa hal, orang kau bakar sampah kat belakang tu, kalau terjadi kebakaran macam?'

"em, ya ker, ok ok i suruh dia padam api tu sekarang"

aku pun suruh sukor padam api dan basahkan area tempat pembakaran tu.

Cina tu datang sekali lagi dok bawa digi cam.. hampeh...

"apa ni ambil2 gambar, settle sini dah lah"
'tak kita orang tak report just nak simpan ajer, lain kali ada masalah kebakaran kita orang buat report lah'

"apa lak ni, kata settle sini ajer"

Cina tu terus berlalu tinggalkan aku yg terpinga2.

"su..su..bomba datang tu.."
'pulak dah, mati lah saya'

"pandai2 lah jawab ek" faizah terus masuk office


Aku baca Bismilla, pi jumpa ketua bomba yg datang..

"en minta maaf ada salah paham sikit ni"
'mana kebakarannya'

"bukan kebakaran, budak saya dok bakar sampah tadi, jadi ada orang ingat terbakar tu yang dia terus telefon bomba tu"
'oh ya ker, tunjukkan saya tempatnya'


so aku bawa lah ke belakang tempat sukor bakar sampah,

"lain kali tak leh bakar sampah kat sini dek, memang salah ni dek"
'maaf sangat2 encik, lain kali tak buat'

"ok lah, kami balik dulu, ada masalah telefon kami ya, ni no hp saya"

ahaks sempat kasi no HP tu kat aku..

aku lak tak henti2 minta maaf...dekat 6 ahli bomba yg datang aku minta maaf kat semua sekali..

La ni risau lak takut cina tu buat report pada JAS...mati lah aku..


Hatiku:
Celaka punya orang yang buang sampai kat tempat aku sampai MPS tak nak kutip sampah tu, bangang sapa yang buang tilam kat tong sampah aku.

~Ibu Ku~

Semalam adik aku sms aku lagi, luahkan perasaannya yang tak puas hati dengan layanan mak aku pada dia. Aku cal dia, aku just cakap sekarang terserah pada dia dan mak untuk settlekan masalah hubungan dia orang, orang lain dah tak eh nak kasi pendapat lagi, semuanya bergantung pada diri sendiri.

Aku call mak aku, dia tak angkat. Call Hp tak angkat. Call rumah tak angkat, Aku call guna Public phone kat KLIA, mesti keluar 03 baru dia angkat.

"den ni mak?"

'siapa ni? nak apa cal ni" --> dengan suara tak puas hati

"den ni mak, dah tak kenal anak mak lagi ker?"

'kau kat mana ni?'

"itu mak jangan risau, cuma satu ajer Den minta dari mak, Please lah baiki lah hubungan mak dgn wanie" -- aku dah mula menangis, air mata deras giler orang kiri kanan tengok aku lain macam ajer.

'aku tanya kau kat mana ni?'

"please lah mak, jangan nak tukar topic, den tak ada kredit ni, satu ajer den minta, jaga lah wanie baik2"

terus aku letak phone.

Entah kenapa aku sayu sangat. Mungkin aku gagal untuk damaikan dia orang berdua.

Hatiku;
Ya Allah, Hanya kau yang mampu melembutkan hati mereka. Tak sanggup aku melihat keluarga ku terus2 an begini.

~KLIA & Burger King~

Macam biasa kalau Mr Jang balik korea aku tolong hantarkan "kerja part time" kata Mr Kim.

So semalam ku 8.30mlm keluar rumah, ambil shila dan terus ambil Mr Jang kat hostel dia. Dari Senawang ke KLIA ambil masa dekat 40 minit juga kalau bawa slow lah. Sampai kat KLIA turunkan shila dgn Mr Jang aku pi parking dulu.

Dah check in kan Mr Jang kita orang pi makan BURGER KING..ahaks..sedap sedap..kat seremban tak ada BURGER KING. Mr Jang belanja lah apa lagi.

Dah tu dok tukarkan RM ke WON untuk Mr Jang. Em.. berbual kejap dan Mr Jang pun masuk ke pintu perlepasan. AKu dengan Shila pun balik seremban. Dalam keadaan mengantuk tu pun aku paksa juga dok memandu. Sampai senawang Mr Jang call aku ucapkan terima kasih pasal hantarkan dia, dan suruh jaga diri aku baik2.

Em..macam mana ek seminggu mr Jang tak ada kat office ek? mesti rindu gelagat dia yang ngada2 tu.

Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


hatiku :-->
Mr Jang kasi Rm100.00 duit tambang..kasi shia RM30.00 lebihnya duit aku.. heheh senang juga ek dapat duit poket.
Thursday, May 19, 2005 Image hosted by Photobucket.com

*weng weng weng*

wa pala aku bertambah pinar2.. mana tak dari pagi sampai ke petang Mr Kim asyik ajak berborak ajer, mcm mcm yg dikatakannya. Kalau cakap pelan2 tak apa lah, ini laju macam kereta api, yg aku dok menaslate kat kepala otak aku ni pun terus pitar2 kat saraf ni, adoi.. macam mana aku nak hadapi dia selama seminggu ni, mr jang tak ada untuk layan dia cakap. Mati lah aku mcm ni, tahap kestabilan aku semakin berkurangan lah nampaknya...
hatiku : kadang otak aku ni lembab nak translate dari korea ke english dan seterusnya ke bahasa melayu..confuse..confuse...

$$$$$$$$$$$$$$$$$$

ahaks...lepas rehat tadi aku keluar dgn mr jang, dok pi bank, biasalah kalau MR KIM datang aku mesti sediakan duit untuk dia.

Kali ini aku macam biasa juga keluarkan cash dekat rm45,000.00. dan kalau keluar duit banyak macam ni mesti lah aku bawa Mr Jang sama2. Tak sanggup aku tanggung sorang2. Kat bank pun banyak pulak soal nya, macam tak percaya kat aku ajer. Aku cakap lah bodyguard aku ni boss aku, baru lah pegawai bank tu percaya. Itu pun setelah tiga orang pegawai dok soal siasat. Tapi cara dia orang adoii macam aku buat salah ajer.

So lepas keluar duit kat maybank, kita orang pi Tenaga Nasional Berhad, settlekan bill electric dah tu pi lak hong leong bank dok settekan bill consulting dan akhir sekali pi lak telekom bayar bill internet.

Dah yang paling menarik kita orang pi makan durian. Peh sedap hingga menjilat jari. Mr Jang tu pantang tengok durian mesti nak makan. ahaks.

So lepas makan kita orang pi lak kedai Rm2.00. Ahaks, dok tengok2 barang kejap.

Balik office dok kira duit, buat payment pada MR KIM. berpinar mata aku tengok duit banyak2, kalau duit aku seronok lah juga, tapi duit orang..waaaaaa... tak bestnya.

Hatiku ;-->
Entah bila lah aku nak jadi boss, tak kerja just dapat duit ajer macam mr kim tu ek... tapi tak best juga banyak duit kepala habis botak ahahahahahahahah <--ketawa jahat.

LA BOCCA DELLA VERITA

Ahaks tak ada kerja so aku buat lah kerja sementara tunggu nak masuk pangung wayang..

so result nya adalah :

jeng jeng jeng .....


--> Anda tidak selalu merasa senangan dengan hubungan peribadi.

~ em betul ker, rasanya aku ingin kan hubungan peribadi, cuma belum sampai masanya sahaja.

--> Anda lebih senang hidup di kota kecil daripada di kota besar.

~itu betul 100%..tak suka kat kota besar, menyeksakan. Kat seremban walaupun kota kecil tapi sunggu selesa.

--> Anda tidak ingin diri anda di pengaruhi oleh keadaan.

~memang diakui aku tak nak diri aku dipengaruhi oleh keadaan tapi aku selalu kalah dengan keadaan.

--> Daripada dialah keluarnya iham dan dia akan selalu membantu anda jangan lah takut.

~memang aku tahu daripada DIA lah keluar semua ilham dan aku tahu dia juga lah yang akan selalu membantu aku, cuma perasaan takut tu selalu menguasai diri aku.

-->Kebahagiaan dapat ditemui dalam diri anda..tanyalah diri anda sendiri..

~aku tahu kebahagiaan tu ada dalam diri aku sendiri, itu yg selalu aku nasihatkan orang lain, tapi kadang persekitaran kita juga, keluarga kita juga, masyarakat kita juga mempengaruhi kebahagiaan diri kita, betul tak?

--> Anda akan membuat banyak keputusan yang membawa perubahan dalam pekerjaan anda, tempat dan cara hidup anda seterusnya.

~em ya ker? Moga2 setiap keputusan yang aku buat akan membawa perubahan yang baik untuk kehidupan aku di masa akan datang.

kaya --> 6 / 10

~ahamdulilah...stabil sikit ekonomi aku.

Cinta -- > 9 /10

~memang aku akui aku mempunyai kekuatan cinta yang tinggi, tapi cinta tu setahu aku sudah hampir tenggelam... em...

Nasib -- > 8/10

~em memang aku selalu bergantung pada nasib diri...

Kesihatan --> 4/10

~sejak kebelakangan ini aku akui yang taraf kesihatan aku berkurangan...kerap kali..

Seks --> 3/10

~ahaks.. ni tak tahu nak komen apa ek...ahahaha


p/s : ianya hanyalah kebetulan, dan seeloknya elak lah dari mempercayainya..

Aku Yang Tertekan

Semalam malam mak aku cal aku mengadu hal adik aku..

"orang terengganu cal mak tanya adik kau dah balik ker belum, mak jawab lah tak lagi, agaknya barang yg dia orang pesan tu adik kau kasi kat mak mertua dia kot"

aku balas,

'tak baik mak menuduh macam tu, agaknya wanie tak sampai lagi dari terengganu kita tak tahu'

mak aku tak puas hati

"org kampung semua cakap tak patut wanie buat macam tu tau"

aku terus call adik aku. Dia selamat, cuma dia yg tak balik kg jumpa mak aku, dia kecik hati dgn mak aku, aku pujuk dia, merayu pada dia suruh balik juga jumpa mak aku.

DAn bila adik aku dah baik dia hantar sms pada aku

"ini kau kata mak sayang aku, aku balik mak tak bangun terus, malah dia tarik selimut tutup muka dia, nampak sangat mak tu bermuka2, pandai bersandiwara"

Adoi aku terkeliru

'wani, sabar kau tidur dulu, biarkan dulu tengok mak cam mana'

Dan pagi ni adik aku call aku menangis..

Aku sendiri tak tahu nak buat macam mana, mak aku tak tegur langsung dgn adik aku, malah dia larikan diri dari bertembung dgn mak aku. Apa lagi lah yg mak aku nak dari adik aku. AKu tak paham. Nak dimarahnya orang tua, tapi dia yang buat macam tu kernapa... bukan kah itu hipokrit namanya?...

P/S: aku yang terseksa dalam kekeruhan hubungan dia orang anak beranak, kenapa ek? Ya ALLAH tolong lah kau selesaikan kekusutan keluarga ini.

Star Wars: Episode III - Revenge of the Sith

jeng jeng jeng...

semalam kul 11.40 malam aku dengan shila pi rasmikan citer ni... waaa mula2 tu seronok sangat tengok si skywalker dah beso... tapi tak sangka lak akhirnya dia yang jadi jahat.. tak puas hati bab ni.. tapi apa leh buat itu adalah arahan producer.. so terima ajer ah jalan cerita macam tu.

walaupun selalu nya kul 10 mlm aku dah tidur, namun ketika menonton citer ni aku puas hati, aku tak mengantuk, sound effect cerita ni tak membuatkan aku boring dan mengantuk, jalan ceritanya membuatkan aku tertanya2, dan gambar grafic dia pun puas hati aku tengok.

Pada kau orang pi lah tengok wayang..jangan dok beli cd cetak rompak ajer...

Image hosted by Photobucket.com

p/s : dari episod satu sampai lah ni aku suka tul dengan MASTER yg ini.. cutenya
....
Wednesday, May 18, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~ai Sedar lah diri tu~

citer pasal Mr Jang lagi...masa balik dari ambil baju dia kat doby...setelah dialih bahasa..

"dulu kalau i sakitkan, selalunya satu hari ajer dah baik, tapi kat malaysia ni dekat seminggu tak baik-baik"

'orang dah berumur selalu nya memang macam tu'

"apa? mak miss su dah berumur sakit sakit selalu ker?"

'ada pulak kita cakap dia, dia tukar topic pulak'

last2 kita orang gelak ajer... orang tua ni memang tak sedar2. Umur dah masuk 45 tahun tapi terasa baru 25 tahun..ahaks...


* citer lain lak..

Tengah borak dengan mr Jang pasal gunting rambut, dia lah dok berya-ya cerita kalau gunting rambut kat korea, semuanya awek2 yg buat, seronok ajer rasanya.. aku gelak lah sambil tangan angkat phone yg berbunyi..

"yeopo seyo"

Along dgn Mr Jang dah gelak..

"op op sorry, good afternoon"

'huk you can speak korean?..i hear your said yeopo seyo?'

"em, sorry actually i with my boss has meeting and talk in korea, wait you want talk with My Boss?"

'yes, I am from Poongsan Johor Bahru'

"i Know"

terus aku kasi Mr Jang phone tu. La ni dia tengah gayut lagi dengan mamat tu.. ahaks.. ni lah pertama kali aku tersasul cakap kat phone. ahaks..


p/s : Kadang2 apa yg keluar dari mulut ni tak sama dengan apa yang ada kat otak yang kita rancang.

Bil Air yg Mahal Giler

"Miss Su tolong checkkan bill air ni, betul ker tidak? kenapa mahal sangat? "

'Nak duduk sangat kat Taman tu, so kena lah bayar lebih'

"saya tanya member2 lain, bill air dia paling banyak pun rm20.00 ajer sebulan, kenapa saya kena banyak macam ni?"

'nanti lah saya tanyakan managment situ macam mana.

Setelah di alih bahasa, ahaks.


Sebenarnya aku pun terkejut juga, giler bill air dia sebulam dekat rm100.00, untuk lima bulan kena rm500.00. pehhh pengsan.

Setelah aku call managment kat situ, memang diakui yang dia caj seliter adalah RM1.60, kalau kalau kat luar baru rm1.20... em nasib badan..nak sangat dok kat sana lagi. Rasakan. Ahaks.

p/s : Dulu ada cita2 nak dok kat Golf Resort tu, sewa bulanan RM1000.00 lengkap semua nya, tapi tak mampu lagi hehe...

Kabar Dari Terengganu

Semalam mak aku call, dok kabar yang orang terengganu call dia, kabo kat dia yang wanie dgn kudit ada datang sana, dah settle dah masalah kat sana, dan yang comfirmnya 2hb 7 2005 adik aku akan buat kenduri kat rumah Kudit ajer.

Em apa leh buat, dah tu ajer yang mampu adik aku buat dan usaha. Mak aku yang degil sangat tak nak restu hubungan dia orang, terpaksa lah adik aku ketepikan dia. So kenduri buat kat rumah lelaki ajer.

Orang kampung kat sana marah juga adik aku, tapi adik aku jawab mak yang tak nak, mak yang tak suka apa leh buat.

Tak apa lah, asalkan semuanya berjalan dengan lancar, buat benda baik semoga tuhan merestui dia orang, walaupun melukakan hati mak aku.

p/s : Doa-doa hati mak aku terbuka juga satu hari untuk menerima menantu yang sorang ni.
Tuesday, May 17, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Kunci Hostel

Em hampeh, sekian kali ni bila Mr Jang tak nak dengar kata aku membuatkan aku rasa fed up. Semalam masa aku tengah masak Mr Jang call..

aku translate dari korea ke BM.
"Miss Su, Rindu kat u lah, tu yang i call ni"
'ya lah tu, Mr Jang kalau tak ada masalah tak kan cal saya punya'

"macam mana leh tahu, waa ada hantu ek yg bagi tahu Miss Su"
'ya lah tu'

"Miss su....tadi i keluar, kunci rumah tertinggal lagi kat dalam rumah"
'pulak dah, habis tu nak saya ke sana sekarang ker?'

"ya lah"
'macma ni lah tunggu jap lagi leh tak? saya tengah masak ni, dah siap saya ke sana'

"ok"

Hampeh, siap masak aku mandi dan lepaskan magrib baru aku pi rumah dia, kasi kan dia kad untuk buka pintu rumah dia,

"kalau selalu macam ni tak boleh jadi Mr Jang, bukan lah satu kunci untuk saya, bukannya saya nak masuk rumah Mr Jang pun, tak ingin saya tau, tapi kalau dah terdesak cam ni, mana leh tahan"


'ya lah ya la esok buat kunci spare, jangan marah ya'

"ok balik dulu"

tak ker hampeh rasanya.. dan hari ni aku dah buatkan kunci spare untuk dia....

P/S : PATUT KER AKU DILUAR WAKTU KERJA PUN KENA JAGA DIA LAGI?..

Langsir Baru

Semalam balik kerja sanny dgn faizah terus datang rumah aku. Ahaks faizah dok pasangkan langsir baru kat bilik aku, yang lebihnya aku suruh dia siapkan sebelum raya nanti. Yang penting bilik aku. Ahaks.. gelap gile bilik aku sekarang, mana tak dok pakai langsir biru gelap, ditambahkan lagi dengan double..ahaks..seronok tidur malam tadi, tak ada cahaya langsung yg masuk ke bilik aku, kalau tak lampu kat jalan tu menyinari bilik aku time malam2.

Tiap2 tahun dok tukar langsir aje lah aku ni, kaya2..tapi kayap..ahaks...

Tahun ni warna biru menguasai rumahku...
Monday, May 16, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Buah Pelam

Ahaks, hari ahad tu hari aku, along, sukor dgn jijah pi rumah Shila kat pulapol.. ahaks macam interpol aje bunyi dia ahaks..

so sampai rumah shila kul 12.30tgh, kita orang terus buka langkah memanjat dan memetik buah pelam kat belakang rumah dia.. ahaks..dekat sejam lebih juga dok memetik, dan hasilnya dapat dua beg plastik besar, kira2 dalam 100 bijik. Peh..lepas tu kita orang pun dok makan buah pelam tu cecah dengan petis... peh sedap giler...

dah tu mak shila panggil suruh makan nasi pulak, berlaukkan ayam masak kicap, ikan masak lemak chili api dan sayur campur. Peh kenyang giler perut aku, dah kenyang layan tv kejap citer nona sambil baring2...aku cuba juga dok nak lelap kan mata tapi tak mau..aku kacau along ajak dia keluar..

So kat luar kita orang mulakan aktiviti ke dua pulak, petik pelam kat depan rumah pulak.. ahaks.. banyak juga aku memetiknya dapat dua plastik kecik, ada lah lama 50 bijik. Dah puas kita orang dok bawah pokok tu sambil menikmati buah pelam tu lagi, peh..sedap giler..

dah puas mak shila panggil lagi, suruh minum petang, pekena gorang pisang dgn keropok basah, peh..sedap makan ramai2...

dah tu kemas2 dan bertolak balik seremban pulak. singgah kedai beli tanah hitam banyak2, nak coverkan tanah kat pokok chili rumah aku tu. kesian kuning ajer daun pokok chili tu, kurang khasiat...

malam tidur...emm sejak dua menjak ni aku asyik dilanda sakit kepala setiap malam..tak tahu kenapa, siang ok tapi malam ajer mula meragam..harian bin ajaib..

Haruskah Aku Mengalah

Aku sendiri buntu, tak tahu nak buat apa...

Hari sabtu tu hari Bapak aku cal, dia suruh balik johor, katanya ada hal nak jumpa, kena bertentangan mata baru boleh cerita. Em adik aku pun call aku, dia kata bapak aku call dia, bapak aku cakap aku akan kasi dia duit untuk dia pindah. Pulak dah, kenapa lah orang tua tu tak berterus terang aje dgn aku yg dia nak duit, Em..sabarkan ajer.

So petang tu habis kerja aku bank in kan duit kat account abg nizam, minta abg nizam hantarkan duit tu pada kakak aku untuk kakak aku serahkan duit tu pada Bapak aku. em.. tapi tak sempat rupanya.

Hari ahad lak kakak aku sms katakan yang bapak aku suruh dia send by post laju duit tu. Em hampehnya aku rasakan.

memang ikutkan perasaan aku tak ingin aku send duit tu pada bapak aku, tapi tak tahu, mungkin aku rasa yang aku ni anak dia, aku kena bantu dia juga, walapun dia tak pernah nak bantu aku ketika aku susah duluu2... itu kah tanggungjawab anak pada bapak? entah.. aku yg pasrah dengan keadaan...
Friday, May 13, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Tak Ku Pinta

Kadang aku tak minta untuk lalui ini semua, kadang juga aku tak mengharap terjadi ini semua, namun aku tahu, aku hanya hamba nya yang akan diduga dengan kemampuan aku, cuma kadang aku akui yang aku tak mampu untuk menghadapi ini semua.. kerana aku tahu aku cukup lemah, dan kelemahan aku lah yang membuatkan aku cepat putus asa...

Sukar untuk diperkatakan, sukar juga untuk aku luahkan, tapi aku tak mampu untuk menganggung seorang diri, namun aku cuba juga untuk mengatur ayat untuk mengurangkan rasa kesakitan ini..

Kesakitan? emm apa yang sakit? Keperitan? apa yang perit? Kebencian? kenapa mesti benci?...

Terlalu banyak persoalan yang aku sendiri tak bisa untuk ungkapkan.. Namun ku pujuk hati ini untuk menerima segalanya dengan hati terbuka, kerana aku tahu suatu hari nanti pasti semuanya akan berlalu...

Namun aku hanya lah hambanya yang lemah...
Thursday, May 12, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~ke mana arahnya~

Ke mana arahnya, langkah kaki ini,
adakah benar tempat ku tuju,
ataupun aku yang keliru,
tiada panduan hanya pandangan,
lalu ku cuba juga
walaupun ku tak tahu
apa kah penghujungnya....

Mata terpejam seketika,
gelap alam maya,
cuba memahami,
cuba dekati
agar aku dapat rasai,
namun aku masih di situ
tiada cahaya
tiada sinaran
yang membantu ku
di sini..

haruskah aku begini
terus dan terus begini
ataupun
aku melangkah
meninggalkan segala
agar aku dapat
apa yang aku ingini..

Bukan aku, jika begini
tapi itu lah aku
yang terus begini...

Itu Kah Ayah Aku?

Tadi dapat call dari mak aku. dia cakap bapak aku ada kat kluang, semalam datang nak jumpa adik aku, tapi tak dapat jumpa. So aku cal lah adik aku.

Benda yang betul2 aku tak sangka, Dan ya Allah kejam nya lelaki itu.

Adik aku ada jumpa dia sebelum ni, nak minta tolong uruskan pernikahan dia, tapi BAPAK AKU kasi syarat pada dia, kalau nak minta dia nikahkan dia orang, dia orang kena tanggung bapak aku selagi dia hidup. Tiap-tiap bulan kena kasi duit kat bapak aku, baru dia nak nikahkan adik aku. YA ALLLAH, sungguh aku tak percaya seorang ayah boleh kasi syarat macam tu untuk menikahkan anak perempuan dia.

Dan adik aku pun mengeluarkan kata2 yg tak enak didengar
"tak salah kalau aku doakan agar dia mati dari dulu lagi"

Aku hanya mampu mengucap. KEsian adik aku, dah lah mak aku tak restu perkahwinan dia, la ni pulak bapak aku lak buat hal, semuanya mengambil kesempatan terhadap anak sendiri, terhadap darah daging sendiri.

Mula lah aku terpikir, memang senang kita cakap, tak ada bapak tak ada mak kita tak akan hidup kat dunia ini, memang betul aku akui, tapi kenapa dia orang nak buat kita orang kalau dia orang sendiri tahu tak mampu nak bimbing, nak didik anak2 dia orang, dah tu bila dah besar mula nak berkira, aku lah bapak kau orang, tak ada aku kau orang tak hidup kat muka bumi ini, padahal dia hanya tahu "BUAT ANAK" dah tu tinggalkan anak terkontang kanteng hidup sendiri, menanggung malu snediri, kesusahan sendiri, bila dah senang sikit baru nak mengaku aku lah bapak kau...DASAR JANTAN TAK GUNA...

Mak aku ajar aku, walaumacam mana pun itu bapak kau, kau kena hormat, tapi bila kena macam ni, nak dihormati lagi ker?...Mak aku cakap yg bapak aku bersalah dengan mak aku, bukan dengan anak2 dia, kerana tak kasi nafkah anak2.. tapi macma mana dengan didikkan, kasih sayang, perhatian yang sepatutnya seorang ayah beri pada anak2 dia. Itu bukan hak seorang anak ker dari seorang ayah?.. aku dan adik2 aku tak berhak ker untuk dapat perhatian seorang ayah?...

Ah sakit hati aku bila dengan hal ini, kalau bapak aku cakap mcm tu dengan aku satu hari nanti macma mana?...ahh jahanam lah lelaki sperti itu...dasar JANTAN TAK GUNA...

Kenapa ek Tuhan tak nak Ambil nyawa dia secepat yg mungkin?... Dosa ker aku cakap macam ini?.. Hanya Tuhan yang tahu..
Wednesday, May 11, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Waa mengantuknya

Hari ni aku tak ada mood nak menaip..atur ayat pun rasa macam dah tak betul.. entah lah..

Semalam balik rumah dok buat nasi ayam, makan ramai2. lepas dia orang balik, layan tv kejap. dah tu tidur. Bangun pagi macam tak larat sangat2.

Kat tempat keja pun tak larat. Minta Mr Jang Ubat tahan sakit dan deman, makan mengantuk lak. Mr Jang tidur aku pun tidur. Budak2 buat kerja. Bestnya jadi boss kan ahaks.

petang aku pi giant dgn mr jang. dok borong barang umah dia.

La ni mengantuk sangat2. balik ada rancangan best..ahaks...berkareoke dgn abg aku, jijah, shila .. ahaks..seronot...gitu...
Tuesday, May 10, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~sakit lagi~

Kepala aku sakit lagi, perlukah aku ambil ubat untuk menghilangkan kesakitan ini.. Ya Allah kenapa aku yg kau uji begini..

Kenapa aku dilahirkan dari keluarga sebegini...Kenapa aku dapat ayah begitu.. kenapa aku mempunyai ibu sebegitu.. ahh.. rasa tak adil... mereka merana dan sekarnag mereka juga ingin memeranakan anak mereka sendiri...mereka dah tersalah keluarga kini mereka juga membuat anak2 mereka begini... Kenapa mereka kejam melihat anak2 mereka merana seperti mereka..

Aku tak paham, dan ianya menyakitkan aku... dan penyakit aku datang lagi... terasa nak lari..lari jauh dari semuanya...aku semakin benci dengan semua ini.. ahh...

Pergi Juga...

Akhirnya, dia pergi juga menghadap Ilahi.... Sekurang2nya aku dapat juga menatap wajah dia kali terakhir.

Al Fatiha untuk En Mat..Semoga dia dilindungi dan ditempat orang2 yg dimuliakan...

Amin..
Monday, May 09, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Menitis Air Mata Ini?

entah kenapa semalam aku boleh termenangis...Teringatkan kisah semalam...

Ingat lah masa abg aku nak nikah dengan jijah, macam2 masalah yang timbul, sampai gadoh anak beranak, aku juga yg jadi orang tengah dok tolong settlekan dia orang anak beranak, Banyak sangat dugaan dia orang. Dan alhamdulilah, semuanya dah selamat.

Ingat sangat malam tu, aku jadi orang tengah, marah2 dan bincang2, dan last perbincangan aku menangis, jijah menangis, abg aku menangis dan last mak aku pun menangis, itu pun setelah abg aku salam dan peluk dia minta maaf. Berkat restu mak aku semua nya selesai.

La ni pulak adik aku, terjadi lagi masalah macam ni, aku tolong juga selesaikan, nangis2, baiki hubungan dia orang anak beranak. Dan doa2 pernikahan adik aku dgn tunangan dia berakhir dgn pernikahan.

Dan bila pikir, hal dia orang aku yg settlekan, macma mana pula dgn aku? siapa pula yang akan bantu aku?...aku tak nampak siapa yang akan bantu aku..dia orang semua dah ada hal masing2.. dan aku, emm memang aku yakin mak aku pasti akan bantu aku, tapi emm... akhirnya air mata aku mengalir..rasanya sedih sangat.sangat2..Hanya Tuhan yang tahu, kenapa dan mengapa aku lalui ini semua...

Kehidupan seorang AKU pt 2

Sabtu, 7/5/2005

Pagi aku pergi kerja macam biasa. Mr Jang suruh habiskan waktu kerja sampai kul 12.30tgh. Semua seronok giler. Tapi aku macam tak puas hati ajer, so aku kasi warning kat budak2 ni kalau cleaning tak memuaskan hati aku tak benarkan dia orang balik awal. Ahaks. Kejamnya aku.

So dalam kul 10.00 aku dgn Mr Jang keluar pi jua scrap. em letih giler kalau keluar ke sana. Menimbang barang.

Tengahari balik terus ke kebun, abg aku minta duit untuk buat pondok. Em..mula cadang gunakan pokok yg ditebang, dah tu dia orang sepakat nak guna kayu yg dibeli pulak. Em lari budjet aku kali ni.

So hari sabtu tu kerja sampai kul 6 petang. Mata aku mengantuk giler, balik rumah, mandi2 dan tidur terus.

Ahad, 8/5/2005

Bangun kul 6.30 pagi, cuba tidur lagi tapi tak leh. Hampeh giler siapa yg kacau aku diwaktu pagi tu. bangun kemas2 apa yg patut, membasuh dan keluar bersarapan kat luar. Ehehe aku keluar dgn abg angkat aku. Dah tu aku bergaduh dengan dia. Sampai menangis2 aku dibuatnya. Hanya kerana terlalu sedih bila dalam kesusahan sekarnag. Em.. aku cuba lah bantu juga dia. dulu dia kasi aku rm2000.00 so sekarang ni aku bayar sikit sikit, sekali bayar rm500.00 dan tinggal rm1,000.00 lagi. Tak sanggup aku tengok dia kesusahan.

Lepas tu aku terus ambil shila kat rumah dia, pi kilang dan ambil kayu kat kilang untuk dibawa ke kebun. Sampai kebun aku turunkan shila dna kayu-kayan tu. Peh kereta aku tak macam rupa kereta., Kotor giler, ya ah tanah licin, lecak, habis tayar kereta aku kotor giler.

Dah siap turun barang aku bertolak semula ke senawang. Hantar kereta cuci kat giant. Jumpa Miju. Miju datang dari melaka dengan kereta Wira Special Edition dia. Walamak cantik siut..merah gitu. Meter pun baru 800 KM..ahaks.. keta baru hehe..

SO aku ajak miju ke kebun dok lepak sana. Kejap ajer miju lepak dah tu minta diri nak balik melaka terus. Kita orang siapkan tempat duduk ajer dulu.

Dalam kul 4 kita orang bertolak ke kolam air panas, dok panaskan kaki kejap. Main air panas bestnya.. dah tu dalam kul 5.30 kita orang bertolak balik. Aku naik keta abg aku, dia hantar sampai giant. Belanja barang rumah kejap dgn shila. Menghabiskan duit lah katakan. So ambil kereta, peh cantik giler berkilat..ahak alamat tunggu sebulan nanti lah baru basuh lagi..

Malam lepak kat rumah ajer, layan tv...malam tak dapat nak tidur..layan perasaan dan jiwa yang sedang lara. Kul 1 baru tertidur kot...

Kosong...Kosong...Sedih..Hampa...
Saturday, May 07, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Project Atika's Sdn. Bhd (status)

Tanah dah lapang pasal hari ahad tu hari dia orang dah tumbangkan pokok balak. Sekarang masalahnya tak ada pemotong kayu balak pulak. Rancang2 punya rancang semua nya tak menjadi. Last last aku call org JPNS tu, dia kata suruh tunggu dalam 3 minggu biar pokok tu kering, nanti dia akan tolong bakarkan.

Peh lega rasanya, cuma yg tak best masa lah. Rugi betul masa kena menunggi 3 minggu. Member siap tegur lagi suruh bersabar. Ahaks.

So hari ni punya kerja kena siapkan pondok. yg pastinya kena buat pondok si Sukor dgn sanny lah. Kita orang yg perempuan cuma dok menyemak ajer lah. Ahaks.

Kehidupan seorang AKU pt 1

6/5/2005

Pagi pergi kerja macam biasa, Mr Jang tak datang lagi. So tanggungjawab aku untuk buka pintu kilang.

Mr Jang datang, tanpa bawa beg, dengan sengeh2, dan ucapan pagi dia "O I NI" aku sambut dengan gelak ajerlah. Dia duduk kat meja dia,

"Onel Eng Heng Kaya Twejiyo?"
'huk ya ker'

"kerum, ke go te mun ney na onel naya gi"
'huk whey?'

dengan sengeh dia jawab "ada dating hari ni kul 12 tgh"

So pagi2 lagi aku kena settlekan semua document untuk penghantar TT ke Korea. Kira2 punya kira duit tak bank tak cukup. Mengelabah aku, Aku cakap kat Mr Jang yg kita orang kena transferkan duit kat Hong Leong Bank ke Maybank. Dia ok ajer, tahu nya siap.

So kul 10 kita orang ke Hong Leong bank dulu, cashkan duit dalam Rm7,000.00. Ramai juga orang, aku sempat juga bayar kad kredit aku. Tak sabar nak habiskan tinggal Rm300.00 ajer balance master card HL bank tu. Lebih kurang kul 11 baru siap kat HL, kita orang bertolak ke Maybank pulak. Nasib baik leh settle sebelum pukul 11.30 pagi. Senyum Mr Jang. Sebelum balik jumpa ngan MR JUNG (boss tempat lama aku kerja), tegur kejap. Kat luar bank jumpa dgn MAMA, salam kejap dan terus balik office.

Tengahari makan kat luar kejap. Rasa macam tak sedap ajer makan tengahari ni.

Petang aku buat kerja sikit, Mr Jang dah tak masuk office dah, Pi Dating entah ke mana. So macma biasa kul 5.30 aku tutup Office, aku, shila, faizah dan Sanny pi Studium Paroi dok pekena Roti canai. Banyak yang kita orang borakkan, dan yang jadi perbualan utama Pasal duit lah apa lagi. Aku dok pesan kat shila suruh simpan duit, jangan boros. Jadikan sanny dgn faizah sebagai panduan. time senang duit entah kemana bila susah sekarnag baru lah nak menyesal dah tak guna. Aku cadangkan dia orang suruh ambil loan ASB. tak tahu ah dia orang. Dia orang mengharapkan dgn PROJECK SERAI tu. Alahai kesiannya.

Habis borak, aku bayar, dan hantar shila balik. Balik rumah mandi mandi bersiap untuk ke Nore Bang pulak. Ahak. Lama juga aku dok Melalak. Bayaran separuh2. Ok lah adil lah tu.

Malam kul 11 balik rumah dan tidur.

Ahaks..sekian sahaja untuk hari jumaat aku.
Friday, May 06, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Membina Impian

Bila sang fajar menampak kan diri, aku bangkit dari lena, membuka mata, dan kedengaran bisikkan mesra, betapa dia mencintai aku, betapa dia tidak ingin kehilangan aku, betapa dia merindui aku, lalu aku tersenyum...aku bangkit meninggalkan dia dengan satu kucupan mesra.

Kan ku sediakan segala keperluannya, air panas untuk membersihkan dirinya, tuala yang lembut, pakaian yang sudah siap digosok. Kan ku biarkan dia membersihkan dirinya, lalu aku menyediakan sarapan pagi untuknya.

Dia masuk ke dapur dengan senyuman dan segaknya memakai kemeja berserta tali leher, Dia duduk di meja sambil mengucapkan "Selamat Pagi Sayang"..Lalu aku tuangkan air teh susu ke dalam cawannya, bersarapankan Bee hon goreng kegemarannya.

Selesai bersarapan kami melangkah keluar, Dia menghantar aku ke tempat kerja ku, lalu dia terus ke tempat kerjanya. Seharian kami menghabiskan masa dengan mencari rezeki yang halal.

Petang Jam 6.00, Dia sedang menantikan aku diluar tempat kerjaku, lalu kami ke Supermaket bersama untuk membeli bahan makanan.

Sesampai di rumah kami sama2 memasak makan malam. Setelah siap kami pun membersihkan diri, dan kemudian berjemaah bersama menunaikan Solat Magrib bersama, dan menikmati makan malam bersama. Sambil bercerita tentang kerja seharian, diselitkan dengan gurau senda, Bertapa mesranya.

Malam kami menonton bersama, sehingga masing2 sudah mengantuk, berpimpin tangan lalu masuk ke bilik tidur bersama. Menantikan hari esok dan seterusnya..

Adakah ini hanya hayalan atau mampu untuk aku kecapi satu masa nanti?.. dengan siapa? dan bisakah akan terjadi...Aku hanya membina impian dan mengharap impian itu akan terjadi..

Namun seandainya ianya hanya membina Impian..Aku pasrah...
Thursday, May 05, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Memahami Kehendak Hati

Aku inginkan seorang teman, mendengar segala luahan hati ku, mendengar segala celoteh aku, setiap masa, setiap ketika. Bila aku ada masalah, ingin aku ceritakan padanya, sekadar mendengar bukan minta bantuan, bila aku rasa happy, ingin aku kongsi bersamanya, biarkan dia pun sama sama gelak bersama aku, tapi dengan siapa?..

Setiap hari balik kerja aku hanya bertemankan shila sampai ke rumahnya, kemudia aku balik rumah aku, di rumah aku jarang berbual2 dengan abg dan kakak ipar, sebab dia orang memang bukan jenis berbual. Kat rumah tak tahu nak buat apa, Menonton tv, membaca novel tanpa berkata2, kemudian baring dan termenung memikirkan nasib diri.

Kenapa hidup aku kesepian. Kenapa aku tak berteman. AKu akui aku tidak secantik yang lain, badan gemuk pendek, mata juling, kelam kabut dalam segala hal, suka berpikiran negetif, kuat cemburu dan macam2 lagi kekurangan diri aku, Namun adakah aku tidak layak untuk berteman di malam sepiku.

Bagaimana kalau aku dijadikan penakut, pasti tiap2 malam aku akan menangis sorang2 ketakutakn, tapi sekarang aku bukan ketakutan, tapi aku menangis kesepian, aku menangis kesunyian, aku menangis kerinduan, aku menangis keseorangan, Tiada berteman..

Ingin ku bermanja, tapi pada siapa, ingin ku merajuk tapi pada siapa? ahhh..

Aku yang malang dalam mengecapi kebahagian yang aku harapkan...

Pelarian Kasih Episod 5

Sepanjang minggu orentasi kami ditempatkan di Motel, tak ingat nama Motel tu. So petangnya kami ada sesi perkenalan dengan senior yang dilantik jadi AJK Orentasi. Aku tak ingat semua senior yg orentasi, yg aku ingat dua orang, seorang senior tergarang namanya "Syharil Hussin" dan seorang lagi senior terbaik "Syharil Ahmad".

Orentasi selama Seminggu, macam2 acara yg dibuat, tapi yang pastinya semuanya tak mengembirakan langsung.

Sepanjang orentasi kami diberikan tugasan, untuk mendapatkan semua tandantangan AJK orentasi, beberapa tandatangan Senior yang ada, menghafal semua nama batch kita orang dan menghafal ikrar.

Memang payah sangat2 nak buat tu semua, dan yg paling leceh nak dapatkan tandatangan senior, semuanya tunjuk lagak dengan kita, walaupun kita dah berbasi basi dengan dia orang, ada juga yang tak nak sign, mentang2 dia punya tandatangan wajib, dia buat hal macam tu.

So bila due date untuk tandatangan sampai, ramai yg kena denda, macam2 denda dibuatnya, ada yg kena ketuk ketampi, bumping, tongeng korea, melekat kat dinding. Macam macam lah gayanya. Aku terlepas bab ni, nasib baik.

Yang tak boleh aku lupa macam ikrar, aku tak dapat hafal semuanya, aku kena tengking dgn senior nama dia "Gan" em..aku tahan lagi, dah tu datang abg Zul ditambahnya lagi. Aku terus blur. Tak silap aku masa ni lah aku jadi hilang ingatan. Aku tak ingat apa apa masa ni. Sedar2 Abg zul dgn sorang senior perempuan tengah jaga aku. Mungkin aku berada di bawah aras sedar kot.

Hari penutup kita orang kena buat persembahan, kena pastikan senior2 gelak. Giler aku rasakan, aku cuba belakon tapi tak jadi, ramai yg booohh kan aku, lalu aku didenda menyanyi dengan menggunakan penyapu sebagai mic. Sabarkan ajer.

Akhir penutup minggu orentasi senior2 semua minta maaf atas apa yg dia orang buat pada kita orang, mcm2 alasan yang diberikan, dan yang pastinya untuk memberi gambaran macam mana untuk hadapi kehidupan di korea.

Dan yang aku ingat sangat saat ini ketika abg zul nak jadikan aku adik angkatnya.

First padangan aku pada abg zul, dia cukup hesem, putih macam leonardo dicarpio, dengan topi dia, pakai baju warna hijau. Rasa happy sangat masa itu.

"nak jadi adik angkat abang tak?" dengan nada serious abg zul tanya
'boleh juga' malu-malu aku jawab
"hafal kan no telefon abg, ada masa cal, ada masalah cal"

hanya tu pesanan abg zul diakhir minggu orentasi...

Berakhirnya orentasi kami memulakan hidup di dunia korea dengan pantauan para senior. AKu dgn kawan aku, Along, ditempatkan di rumah senior perempuan di Kochok Dong.

Bersambung.

Mengulit Kenangan (Korea) Part Last

Malam ahadnya kita orang dok dalam bilik ajer. Tidur. Best woo kat Luar sejuk dalam bilik hangat. Layan drama korea dan tidur. Nyenyak sungguh. Kunci jam ku 5 pagi.

Bangun pagi mandi2 dan siap bertolak. Naik bas sampai Incheon Air Port. Sampai kat malaysia kul 5.30ptg.

Perjalanan yang meletihkan, tapi puas hati lah dapat bawa mak aku ke korea.

Selamat tinggal korea.

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com
Wednesday, May 04, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Manalog Dalam Diri~

Sampai Bila Harus aku lalui semua ini. Kadang aku putus asa. Tapi aku kuatkan semangat untuk melihat kebahagiaan orang lain. Aku cuba mengerti setiap apa yang terjadi. Aku cuba pahami mengapa itu terjadi. Walaupun ianya tiada kaitan tentang kebahagiaan diri aku. Aku hanya menjadi Penyelesai masalah orang lain demi kebahagiaan orang lain.

Akan jadi milikku kah satu hari kebahagiaan itu. Kebahagian yang aku aturkan untuk orang lain. Adakah sesorang yang sudi untuk menghulurkan kebahagian pada diri ku, pada aku agar aku juga merasai seperti orang lain.

Perlukah aku menanti lagi, perlukah aku mengharapkan, perlukah aku mengejarnya sedangkan aku sudah tak berupaya, kerana keadaan memaksa aku supaya terus bergini.

Hidup ku seumpama lilin untuk orang lain. Membakar diri, sedikit demi sedikit ianya semakin berkurangan, dan satu masa pasti akan hilang cahaya itu, dan adakah aku juga akan seperti itu, menerangi kebahagiaan orang lain, dan aku terus hilang tanpa mengecapi bahagia untuk diri aku sendiri.

Cuti Hari Buruh ~ episod last

Kul 11 lebih kami bertolak dari rumah aku. Sampai kat bandar Kota Tinggi kita orang singgah beli barang kejap. Aku beli hadiah kongsi dgn Leen untuk Pak Bear, dan leen lak beli hadiah untuk kawan dia yang baru dapat baby kg kedua.

So habis beli barang kami bertolak melalui Kluang dan TOll Air Hitam. AKu cuba bawa selaju yg boleh tapi tahu lah aku, paling laju pun 120 ajer, takut kena saman ajer.

Dekat pukul 3 aku sampai tol Jasin, Si FIr kan main tak sabar nak suruh aku cepat, relax lah tika ni penakut tak leh bawa keta laju2.

So kami pun bertolak ke rumah Pak Bear. Hehe segan ajer, dah lah tak kenal sangat2 dgn pak bear tu, dah tu sampai lewat, Pak Bear pun dah tukar baju lagi masa tu. Hayaakk buat muka dek ajer. Makan2 sambil borak2 dgn si FIr dgn kawan dia. Sapa tah nama kawan dia aku tak ingat sangat.

Kul 5 lebih kita orang minta diri nak balik. Sampai satu simpang aku dgn fir berpisah. Dia terus ke Jassin yg aku lak ke Ayer Molek tempat Kawan Leen.

Tak susah sangat cari rumah dia, sebab pak bear dah kasi pelan. So sampai rumah kawan leen kita orang minum sikit2, borak sikit2 dan minta diri. Abg aku siap minta anak pokok pisang lagi.

Balik jalan jem giler, dari pedas sampai lah ke Senawang. Tension giler. Badan dah letih giler tapi aku tahan kan juga.

Hantar Leen ke rumah dia, sampai rumah aku terus mandi dan tidur....

sekian cuti hari buruh aku..

Mengulit Kenangan (Korea) Part 7

Lepas aku bawa mak aku ke Kyobokong aku bawa mak aku ke Whewha pulak. Ambil gambar merpati. Em puas aku meningati kedai makan sekepala Won 10,000 tapi tak jumpa kedainya. Last last aku bawa mak aku makan Heymul Syaba Syaba..hehe.. maknanya cuma SteamFood Seafood..gitu agaknya.

So lepas makan kita orang pun balik. Dah letih giler. Tak larat dah nak berjalan.

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com
Tuesday, May 03, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Cuti Hari Buruh ~ episod 3

2/4/2005

Pagi2 lagi mak aku dah bangun dok masak sambal udang. Aku ingatkan nak bangun lewat tapi kesian lak mak aku dok masak sorang, aku bangun pun bukan tolong mak aku, tapi tolong menyebuk, dok main kucing ajer.

Dah tu mak dok bebelkan adik aku dgn abang aku. Aku kejut abg aku suruh bangun dok betul kan paip yg ada problem. Em abg aku buat tapi hentak2 barang. Aku buat selamba asalkan dia buat kerja tu.

Aku kejut adik aku, tapi dia kata nanti. So aku malas dah nak cakap.

Dah siap semua aku mandi dan kita orang semua sarapan bersama. Mak aku, adik aku, Jijah dgn Leen, tapi leen makan depan Tv. Selera sungguh masa makan.

Habis makan aku tunggu abg aku lak siap. So kita orang adik beradik dok berkumpul. Aku mulakan bercakap.

Aku jadi orang tengah, dok settlekan masalah adik dgn mak aku. Entah kadang aku teremosi sampai tertinggikan suara dgn mak aku. Mak aku luahkan perasaan dia tentang adik aku. Adik aku pun luahkan perasaan dia terhadap mak aku. Aku tak terkejut pun, aku tahu semua perasaan dia orang. Susah sangat nak settle, padahal dia orang anak beranak.

Aku pun tak paham kenapa dia anak beranak macam tu. Dekat 2 jam juga perbincangaan itu berlansung. Em..dan last sekali sesi bermaafan. Aku tarik tangan adik aku. Dia marah aku.

Aku suruh dia bersalam dgn mak aku. Dia peluk mak aku. Dia menangis. Aku pun peluk dia orang berdua. Aku pun menangis sama. Abg aku pun peluk kita orang bertiga. Abg aku pun menangis. Meraung2 kita orang. Bermaafan..

sambung...

Mengulit Kenangan (Korea) Part 6

Lepas hantar barang ONI aku bawa mak aku pi Kyobo Kong lak. So aku turun lah kat KwaHwaMun. Peh aku salah turun, Dah bawa mak aku jalan kaki jauh. Mak aku kuat lah, aku yang tak larat jalan lama-lama. Ya lah dah dimanjakan sikit2 naik keta sesekali bila jalan jauh, nak nangis rasanya.

So kat kwhawamun tu aku ambil lah gambar mak aku juga kat tempat yg menarik. Jalan punya jalan jumpa juga kyobokong yang aku nak pi. So rehat dan bergambar kejap.

So enjoy gambar kat bawah ni.

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Cuti Hari Buruh ~ episod 2

1/5/2005

Wa tension, pagi2 buta mak aku dah dok ngomel. Tak silap aku baru pukul 5 pagi. Em mak aku mimpi tak baik katanya. Waaa aku terpaksa lah juga layan mak aku borak2. Pala rasa macam pinar2 gitu. Bila matahari dah naik sikit mak aku dah bangun dan mandi. Aku tarik selimut semula. Rasa tak nak bangun.

"mak nak pi umah Cik Amat nak ambi udang yang kita pesan tu"

Mak aku dah balik aku tak bangun lagi, apa lagi bebel lah orang tua tu. AKu bangun dan kemas tilam. Leen pun bangun. Leen bangun terus mandi. Aku bangun dok kemas dapur, Adik aku kemas bilik dan jijah kemas kat luar rumah.

Dah siap kemas aku, abg aku dgn Adik aku dok tolong betulkan bilik air mak aku yang dok ditiup angin. Dah siap kemas semua baru lah aku mandi. Pagi sarapan udang goreng. Peh sedap giler. Aku tengok mak aku pun makan udang tu.

So lepas sarapan aku, mak aku, wanie dgn leen pi umah Cik Mat Rock yang dok sakit. Mak aku lah dok paksa aku pi tengok dia kat umah dia. AKu tak pasti dia sakit apa. Mak kata dia kena kanser kelenjar.

Pertama kali aku masuk rumah Cik Mat Rock tu. Kat ruang tamu ada katil, dan kat situ lah Cik Mat rock tu terbaring. Adik aku salam tangan orang tu, aku pun ikut lah. Pertama kali aku terpandang orang tu, Ya Allah kurusnya dia. Betul2 sakit orang tu.

So mak aku pun berbual dgn Isteri dia, Milah namanya. Cik Mila pun citer lah kisah Cik Mat tu yang berulang alik hospital. Dan Cik Milah kata memory Cik Mat dah tak kuat. So aku rasa Cik Mat tu dah tak kenal aku lah. Lama juga berbual. Dah tu kita orang pun minta diri nak balik. Cik Mat tak bersuara langsung masa kita orang berbual.

So masa nak keluar tu mak aku dah keluar dulu, adik aku salam Cik mat tu, aku pun follow adik aku. Masa aku salam adik aku tanya Cik mat,

"dah makan ubat?"
'tak payah makan, ubat nya ni dah ada'


aku terkejut mamat tu jawab mcm tu,

"hai ingat lagi ker kat saya?"
'apa tak ingatnya, orang yg kita suka'

"apa yg ingat tentang saya?"
'ish apa ni, kan orang rumah saya dan mak awak ada kat sini?'

aku gelak....

aku toleh mak aku dgn Cik Milah ada belakang aku.

"ok makan ubat"

Aku terus keluar dan naik kereta. Adik aku senyum ajer dengan aku.

Lepas tu adik aku bawa kita orang pi beli kerepek. Segala jenis kerepek ada. Ahaks.

Balik rumah makan kerepek dan lepak tengok tv. Dah tu kul 1.30ptg kita orang bertolak ke ladang Cik Amat. Dia ada buat sedikit kenduri untuk pembukaan rumah atas air dia. Ramai juga yang ada. Em member sepermainan aku dulu2 pun ada tapi kami tak bertegur pun. Aku rasa segan sangat dgn dia orang.

Peh kenyang giler, makan banyak giler. SO lepak sambil menikmati keindahan sungai dan alam. Lepas tu sebelum magrib kita orang baik rumah.

Malam kita orang lepak kat rumah ajer. Layan tv. Mengantuk dan letih.....

Cuti Hari Buruh ~ episod 1

30/4/2005

Habis kerja pukul 12.30 tengahari. Em Mr jang sejak2 pandai main golf ni kan main, minta balik awal pun dibenarkannya. So kita orang apa lagi. Siap tutup pintu dan mana yg patut aku terus balik ke rumah. Em mak aku dah siapkan bekal untuk ke ladang.

Dalam kul 1.30 aku, shila, dan mak aku dah sampai kat ladang. Peh puas hati tengok cina tu dok tumbangkan pokok hutang kat situ. Sampai2 aku terus buka bekal dan makan. Ahaks. Perut bila dah kenyang dah tak larat nak buat kerja. So lepak lah situ kejap sambil borak2 dengan dia orang.

Dah redup sikit baru mula buat kerja. Cabut akar2 kayu yang tertinggal. Kumpulkan setempat untuk dibakar.

So abg aku dgn sanny dok buat pondok. Dalam kul 5.00 ptg aku dah rasa macam letih sangat. AKu ajak dia orang balik. Abg aku tak nak balik dia kata nak siapkan pondok tapi aku tak mahu. Budak2 lain semua sokong aku lah apa lagi.

Siap kemas semua kita orang pi minum kat kedai kopi kejap. Ahaks.. haus giler. Buat kerja tengah panas katakan. Kita orang dok minum cincau. Habis minum terus balik rumah.

Aku sampai rumah terus mandi, kemas2 baju dan angkat barang masuk dalam kereta. Abg aku dgn jijah sampai aku terus suruh bersiap. Mak aku awal2 lagi dah siap barang2 dia. Orang tak sabar nak balik rumah dia.

So kul 6.30ptg aku pun bertolak ambil Leen kat rumah dia, leen nak ikut balik kampung. AKu no problem.

So dari tol Senawang pukul 7 malam, aku terus bertolak ke rumah kakak aku yg dekat KG Bentung, Kluang. Sampai rumah dia ku 9.30 malam. Letih giler rasanya. Kat rumah dia kita orang makan, nasi putih, ikan sambal dan juga sotong sambal. Peh sedap giler. Aku makan bertambah2.

Dah habis makan aku terus ajak dia orang terus bergerak untuk ke rumah kakak aku yg di FELDA ULU PENGELI, KLUANG. So sampai umah kakak aku tu puku 10.30mlm. Aku rasa mengantuk sangat2 tapi aku tahan kan juga. Tak lama dok umah kakak aku ni, terus bertolak ke rumah mak aku lak.

Dalam perjalanan ada lak motor konvoi, ada dekat 100 bijik moto. Tension giler. Dah aku kena bawa keta slow2. Sampai rumah dekat kul 1 mlm. Mengantuk punya pasal, sampai rumah terus aku bentang tilam dan tidur. Sempat juga mak aku tolong urutkan belakang aku sampai aku tertidur. Sayang mak aku.




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.