Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Tuesday, May 03, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Cuti Hari Buruh ~ episod 1

30/4/2005

Habis kerja pukul 12.30 tengahari. Em Mr jang sejak2 pandai main golf ni kan main, minta balik awal pun dibenarkannya. So kita orang apa lagi. Siap tutup pintu dan mana yg patut aku terus balik ke rumah. Em mak aku dah siapkan bekal untuk ke ladang.

Dalam kul 1.30 aku, shila, dan mak aku dah sampai kat ladang. Peh puas hati tengok cina tu dok tumbangkan pokok hutang kat situ. Sampai2 aku terus buka bekal dan makan. Ahaks. Perut bila dah kenyang dah tak larat nak buat kerja. So lepak lah situ kejap sambil borak2 dengan dia orang.

Dah redup sikit baru mula buat kerja. Cabut akar2 kayu yang tertinggal. Kumpulkan setempat untuk dibakar.

So abg aku dgn sanny dok buat pondok. Dalam kul 5.00 ptg aku dah rasa macam letih sangat. AKu ajak dia orang balik. Abg aku tak nak balik dia kata nak siapkan pondok tapi aku tak mahu. Budak2 lain semua sokong aku lah apa lagi.

Siap kemas semua kita orang pi minum kat kedai kopi kejap. Ahaks.. haus giler. Buat kerja tengah panas katakan. Kita orang dok minum cincau. Habis minum terus balik rumah.

Aku sampai rumah terus mandi, kemas2 baju dan angkat barang masuk dalam kereta. Abg aku dgn jijah sampai aku terus suruh bersiap. Mak aku awal2 lagi dah siap barang2 dia. Orang tak sabar nak balik rumah dia.

So kul 6.30ptg aku pun bertolak ambil Leen kat rumah dia, leen nak ikut balik kampung. AKu no problem.

So dari tol Senawang pukul 7 malam, aku terus bertolak ke rumah kakak aku yg dekat KG Bentung, Kluang. Sampai rumah dia ku 9.30 malam. Letih giler rasanya. Kat rumah dia kita orang makan, nasi putih, ikan sambal dan juga sotong sambal. Peh sedap giler. Aku makan bertambah2.

Dah habis makan aku terus ajak dia orang terus bergerak untuk ke rumah kakak aku yg di FELDA ULU PENGELI, KLUANG. So sampai umah kakak aku tu puku 10.30mlm. Aku rasa mengantuk sangat2 tapi aku tahan kan juga. Tak lama dok umah kakak aku ni, terus bertolak ke rumah mak aku lak.

Dalam perjalanan ada lak motor konvoi, ada dekat 100 bijik moto. Tension giler. Dah aku kena bawa keta slow2. Sampai rumah dekat kul 1 mlm. Mengantuk punya pasal, sampai rumah terus aku bentang tilam dan tidur. Sempat juga mak aku tolong urutkan belakang aku sampai aku tertidur. Sayang mak aku.




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.