Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Wednesday, July 13, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Ibu Ku...

Semalam balik kerja terus pergi terminal ONE, kesian mak aku dia sampai ku 4petang aku ke sana kul 6 petang.

Sampai Terminal aku parking kereta kat tingkat 5, turun bawah tempat tunggu bas, pusing2 cari tak jumpa, baru nak call mak aku, aku pusing ke belakang ternampak mak aku, tengah kesat air mata. Aku salam dia dan terus cium pipi dia. bertambah air mata dia. Pulak dah, aku tak peduli orang keliling tengok aku. Aku pimpin mak aku sambil jalan, mak aku hoyong hayang, kesiannya, tak bertenaga langsung.

AKu ajak mak aku pusing2 terminal kejap. First kedai yang aku pegi adalah kedai CD. Cari LADY BOSS. tu hari kesian mak aku tak dapat tengok wayang citer ni. So dah tu belikan mak aku jagung rebus. Mula dia tak nak, aku beli juga. Kasi dia makan, hehe makan lak tu. Ahaks... Dah tu pusing2 lagi, beli pasu bunga, cari skaf untuk mak aku tapi tak jumpa yang dia berkenan. Em jalan2 aku ternampak karpet. Heheh walaupun dalam kocek ada 50.00 ajer aku tekad juga nak beli karpet POOH yang lemut itu. Pinjam mak aku 10.00 heheh dapat lah harga 60.00..

Dah tu terus balik rumah, dalam kereta banyak juga yang kita orang bincangkan. Semuanya tentang perasaan mak aku yang tertekaan...sampai rumah aku terus bentang karpet dan baring2. Sedapnya...lembut ajer..

Mak aku berbual dgn jijah dgn abg. Dah tu dia datang tempat aku ngadu sakit perut sangat2. Em aku ke dapur cari apa yang boleh di makan. Aku kasi mak aku makan tahu manis dulu untuk alas perut sementara aku sediakan bubur untuk dia.

Aku masak bubur nasi, sayur kobis rebus dan goreng ikan masin tengiri. SIap aku ke depan, layan Lady boss dgn mak aku kejap. Tengah syok aku ajak mak aku makan, dia kasi alasan tak nak lah pasal dah kenyang makan tahu manis, Aku tarik juga tangan dia ajak makan.

Sambil makan layan borak2 ah. Legakan hati dia. Ahaks..banyak pulak dia makan bubur tu. Kata tak nak makan benda berminyak tapi dia makan juga ikan masin tengiri tu. Ahaks. Lega hati aku tengok dia makan. Nampak sikit keceriaan di wajah dia, berbeza dengan tadi yang aku baru jumpa. Itu lah mak aku. Aku tahu dia akan sihat bila dengan aku. Tapi dia tak nak, dia nak dok sorang juga kat kampung tu. Tak apa ah. aku tunggu masanya yang sesuai.. Bak kata dia, bila aku dah kawin dah ada anak nanati dia akan dok dengan aku. So aku bersabar sahaja..

Yang pastinya aku dah lega sebab mak aku dah ada depan mata aku, walaupun dia sakit, aku akan jaga dia sampai dia sihat...aku sayang mak aku sangat2..

p/s : walaupun kadang aku tak setuju dengan pendapat mak aku, tapi aku tak pernah membantah dia cakap, sebab aku tahu dia kecik hati, cuma bab adik aku kawin, aku tak leh nak buat apa. Terpaksa aku ikutkan adik aku. Tapi aku tahu mak aku lama lama akan terima kenyataan. Sebab aku tahu siapa Mak aku.. Sayang mak sayang sangat2..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.