*Aku Jahat*
*John Dalam Kenangan*
Hari Sabtu balik awal, kul 12.30tgh terus bawa Kontot, John, Kuning dgn Boroi pi Klinik. Semua dapat injection dan ubat cacing. Doktor kata kontot dah baik, John ajer yg teruk. So semua dapat ubat masing masing.
Kesian aku tengok dia orang kena inject, tapi untuk kesihatan dia orang. So balik rumah terus kurung dia orang.
Hari ahad pagi semuanya dah sihat, kuning dgn john lah yang paling seronok berlari lari dan main gigit2. Memang seronok sangat. Dan aku lak mandikan dia orang dan sapu bedak kat dia orang. Aku tengok John dgn kuning lain macam. Manja giler.
Petang aku nak pi hantar berkat kat umah along dgn mak aku. Aku nampak kuning dgn john lari lari kat bawa kereta aku. Aku cakap dgn mak suruh masukkan dalam rumah. So aku ingat kan dia orang dah kat dalam rumah lah.
Balik dari rumah along aku nampak John terbaring kat tepi longkang. Aku menjerit. Mak aku terkejut. Aku tengok John dah tak bergerak. Makk... John dah mati.. aku tak bergerak. Aku terkaku. Mak aku cepat cepat pegang John kejut dia dan cium. Mak aku terbaring peluk John. AKu menjerit panggil abg aku. Dia tenangkan mak aku. Dia ambil John dan kebumikan dia. Aku?..aku kelu.. Seakan tak percaya. Bayangkan sekejap sebelum aku keluar aku nampak dia lari lari dgn kuning. Dan sekarang dia dah tak ada...Mak aku kurung diri dalam bilik, dia menangis.
Aku rasa bersalah, tapi aku lawan perasaan aku. Aku tak mahu perasaan hiba itu terus menguasai diri aku. AKu rasa kehilangan tapi aku tak mahu rasa itu membinasakan aku.
p/s : mlm tadi mak aku cium umbun2 aku masa tidur. Dan dia belai aku. Aku tahu dia sayang aku dan tak sanggup tengok aku hadapi dugaan yg sedang melanda aku. Mampukah aku hadapinya?..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home