King Kong 2005
Semalam habis kerja terus balik rumah. Tengok mak tak bersiap lagi. So aku pun mandi dan bersiap dulu. Mak baru habis makan. Huk banyak sungguh mak aku makan. Hairan2. Time tak suruh makan pandai dia makan sendiri time suruh makan tak mahu makan dia. ahaks. betul lah kata Tok Sam, biar ajer dia lapar nanti pandai lah dia cari makan sendiri.
Mak, Abg aku dan aku dah siap aku dukung baby kejap. Cium cium dia. Dah tu baru nak gigit dia, dia bersin kat muka aku, Habis make up aku, air liur baby mercik kat muka aku. Jijah gelak besar. Mak aku dgn abg aku pun gelak kan aku. Sabarkan ajer. Geram juga kat baby ni. Geram sayang bukan marah. Ahaks. Cutenya... Kami pun bertolak. Sampai kat terminal One "B" dah sedia menanti. Ahaks. Masuk panggung. Aku duduk dgn "B" dan Mak aku duduk dgn abg aku. Layan King Kong.
Kisah dan tema dia sama macam citer kingkong yg dulu. CUma ada kelainan sikit lah. Kisah tentang pengembaraan filem dan akhirnya berakhir dgn tragidi. Cuma citer ni banyak debarannya, sapa yg sakit jantung lebih baik jangan pi tengok. Tertekan rasanya. Kalau kasi bintang aku kasi 4/5 ajer. Berbeza dengan citer Narnia. Walaupun citer tu untuk budak2 tapi ditonton oleh orang2 yang dewasa namun citer dia memuaskan hati dan seronok sangat masa aku tengok. Em..
Balik rumah aku naik keta dgn "B" dan mak aku balik dgn abg aku. Aku sampai rumah dulu. Mak aku sampai kemudian. Muka dia ok ajer. Cuba lah kalau aku yg sampai lewat dari dia, mesti muka dia monyok giler..ahaks..Kat rumah lak layan CSI MIAMI pulak. Huk rasanya ni episod lama, tapi aku baru tengok. Raymond adik pada Hartio tak mati lagi, dia disembunyikkan oleh agen risikkan company dia. Dan Hartio senyum bila tahu adik dia tak mati. Dan aku pun tersenyum sama.
Merapu ajer tengok tv pun boleh feeling. Kul 12 malam aku pun tidur selepas berSMS dgn "B".. "Selamat malam ayang, tidur nyenyak, dan esok pagi kejut abg key"...
p/s : biarkan lah masa itu berlalu...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home