Cite Pasal Raya
Terasa nak bercerita pulak pasal Raya Tahun ini.
AKu balik kampung pada 2hb Nov, tu pun singgah rumah kakak aku untuk ambil dia orang sekeluarga beraya bersama kat kampung. Aku hulur abg ipar aku duit raya. Sampai kat Kampung mak aku dah tidur. Katanya tak sihat. Seharian dok settlekan Anak Angkatnya yang meninggal kerana "santau". Kesian mak aku, dah lah dia tak sihat tapi dia kuatkan diri juga dok settlekan anak angkat indon dia.
So persiapan raya aku, kakak aku, wani dgn jijah lah buat. Masak2 semua aku yg dok buat. Hehe walaupun tak sedap hehe... So macam biasa pagi raya aku yg mulakan dulu bersalam salaman. Mulanya mak aku tak nak bangun pun dari baring dia, aku bangunkan dia dan terus bersalam dgn minta maaf dari dia. Aku hulur duit raya kat mak aku seperti biasa. Dan diikuti kakak, adik dan yg lain. Entah kenapa tahun ni aku tak menangis lak seperti dulu dulu..
Lepas bersalaman tu kita orang pun makan-makan. Marhaban abg aku dgn kakak aku ajer yg pergi, aku dgn adik aku dok siap siap kat rumah ajer. Petang lepak-lepak kat rumah dgn keluarga ajer.
Hari raya kedua baru lah aku bawa dia orang berjalan2 ke rumah sedara mara kat johor bahru. Letih giler...
Hari raya ke tiga, bapa tiri aku datang rumah. Salah pulak "bekas Bapa tiri" aku datang bawa anak perempuan dia. Aku kasi lah juga duit raya kat dia. Tapi tak lah sebanyak yg aku bagi pada yang lain..hehe... dah tu aku dgn adik aku hantar "Bekas Bapa tiri" aku balik rumah dia kat desa cermelang. Hehe jumpa lah juga Isteri Bekas bapa tiri aku tu. Mak aku lagi cantik dari bini dia sekarang.. ahah..tak paham aku..
Masa balik dalam kereta sempat aku kutuk "Bekas bapa tiri" aku dgn adik aku. Masa dengan mak aku, makan tanggung, tempat tinggal mewah, motor free, rokok bini kasi, segala2nya bini tanggung, dia pi buat hal..laa ni baru tahu macam mana hidup ni susah senang..tinggal dalam kontena ajer dgn bilik air pun berkongsi dgn orang lain. Mungkin ini lah balasan Tuhan pada dia bila dia mempermainkan dan mempergunakan orang lain untuk kesenangan diri dia sendiri. Tuhan tu Maha Adil..
So hari raya keempat aku pun bawa mak aku beraya kat rumah kakak aku yg kedua. kakak yg ini tak pernah balik raya sejak kawin dgn laki dia yg ini. Bayangkan dah 10 tahun kawin tapi tak pernah jejak rumah mak aku kat kampung. Tak tahu ah aku lelaki jenis apa, betul betul merampas anak orang. Kakak aku ni ada anak yg kurang upaya dari segi "mental".
Masa raya semuanya ok, lepas aku nak balik tu, adik aku bawa anak sedara aku yg perempuan dengan niat nak shopping kat supermarket. Masa dah sampai kat supermarket tu aku nampak dalam kereta semua orang menangis. Teresak2. Hairan. Tak sangka dalam keluarga kakak aku ada hal seperti itu. Kenapa lah lelaki ni jahat, ikut nafsu, walaupun sedara sendiri sesuka hati sendiri ajer. Asalkan puas nafsu dia. Jahat..
Aku cakap dgn mak aku, aku nak bela anak sedara aku yg kurang upaya tu. Biar mak dia kata aku rampas anak dia, tapi itu lebih baik dari pada jadi mangsa nafsu TUK TIRI jantan tak guna tu. Aku hairan. Kenapa kakak aku tak ambil apa apa tindakan walaupun dia tahu hal itu.. Sedangkan satu masa dulu bila hal itu terjadi pada aku, dia berya ya minta cerai dgn laki dia, alasan tak sanggup biarkan maruah adik dia dirosakkan oleh laki dia, tapi hari ni bila anak dia pulak yg kena, dia tak sanggup pulak nak menegakkan kebenaran?..Entah apa yg ada pada Laki dia yg sekarang pun aku tak tahu...
Dan hari raya tahun ini berakhir dgn tragidi... Semoga aku dapat membela anak sedara aku itu, dan semoga masa depan dia lebih baik dgn aku.
p/s : mungkin ada hikmah diatas apa yg terjadi...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home