*Masa Terus berlalu*
Sejak Sejak ni aku memang bizi, atau pun aku membizikan diri pun aku tak pasti. Tapi memang aku tak sempat langsung nak update Blog aku ni. Citer2 nya tergantung macam tu ajer. Hari raya cina cuti panjang pun aku tak sempat nak bercerita sikit pun. Tak apa lah..
Buat masa ni company aku dah stabil sikit. Yang menjadi tekanan hanya lah dari MD aku ni ajer lah. Budak2 so far dah banyak berubah. Mana tak hari hari kena marah. Hari hari kasi nasihat. Tak tahu lah sampai bila dia orang leh tahan dengan perangai aku.
Astro aku dah tukar dgn mama aku. So sekarnag aku guna astro aku sendiri. Dan semalam dah fax permohonan 2nd decorder untuk bilik aku nya astro. Sekarang bilik sorang satu tv dan ruang tamu ada tv besar milik mak aku. Hehe mewah sungguh. Tapi masa tengok tv nya lak tak ada ahak..
Esok nak balik johor, Mak tu rindu sangat2 kat rumah dia. Risau semacam ajer. Dan aku..menurutkan sahaja. Tak nak mak aku susah hati...
p/s : Biar masa menentukan. Sesungguhnya aku percaya dengan Ketentuan Tuhan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home