Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Thursday, March 31, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Carl Escandar Isaac Abdullah~

Tiba -tiba aku asyik teringatkan Carl ajer, tak tahu kenapa, Aku cuba call no phone dia tapi tak dapat, katanya no itu tidak dapat dihubungi. Em.. hairan sungguh..

Dan rindu ini terus membuatkan aku serba salah. Masih teringat lagi saat2 pertemuan aku dengan Carl....

19/11/2004 - Jumaat

Tak tahu kenapa hari ni aku terpingin pakai baju kebaya biru aku, memang lah hari jumaat selalu pakai baju kurung tapi bukan baju kebaya. So tengahari aku dapat sms dari carl. Member kata kesian kan aku. So dia nak arrangekan malam ni untuk jumpa dia. So aku apa lagi. Memang melonjak suka, tapi dalam masa yg sama aku buat back up plan lain. Sebab takut tiba tiba tak jadi jumpa dia seperti sebelum ni. Tapi cara dia memang macam akan jumpa ajer. So member kata sebelum bertolak call dia. Katanya line dia dan aku dan secure so anytime leh call dia.

So masa balik kul 5.30, aku call dia.
"macam mana, jadi tak?"
'ok turun lah'

Aku rasa terkejut lah juga. Betul ker mamat ni. So plan aku yg utama boleh carrier on. Aku pun bertolak lah sorang sorang ke KLCC. Jalan tak lah sesak sangat. So sebelum kul 7 aku dah sampai ke KLCC. Aku parking kat tempat biasa lah. RM4.00 parking. Lepas parking aku pi KLCC SURIA. aku pi cari BODY SHOP. Jumpa. So lepas tu aku pi toilet lak. 4 toilet aku cari semua tak leh masuk. 3 tengah renovate 1 penuh sesak dgn orang ramai. So aku tanam ajer niat aku ke toilet.

Aku berdiri betul betul kat depan BODY SHOP dan call Carl. Member kata
"u keluar dari situ, and naik teksi pergi ker Time Square"
apa?
"naik teksi dan pergi ke Time Square"
Ok OK

terus aku keluar dan naik teksi. Mula teksi tu tak nak pergi, katanya jalan sesak giler waktu itu. Aku paksa juga. Boleh lah tolong. So bertolak lah aku naik teksi tu. Tiba tiba telefon aku berbunyi, keluar no ni 012-......... Aku tak tahu no sapa ni.

"u di mana sekarang?"

saya baru keluar dari klcc, on the way
"OK u sampai ke Time Square, pergi terus ke lobby dan telefon i bila sampai"
ok ok

Aku rasa pernah lalu ajer kat bukit bintang tu tapi masih tak ingat jalan lah. Jalan sesak giler. Macam semut teksi tu berjalan. Aku sabarkan ajer. Buat buat penyabar. Dari jauh nampak bangunan tinggi "TIME SQUARE". dekat rupanya dgn klcc. So dia berhenti betul betul depan TIME SQUARE. Aku tak tahu tambang berapa. Macam orang bodoh aku tanya berapa ek? Dia kata RM10.00 sahaja. Dalam hati aku cakap murah rupanya. So aku tengok dompet. Semua duit beso beso. Aku kasi Rm50.00 dia pulangkan RM40.00. Turun ajer teksi aku pusing area tu kejap. Mana aku nak pi? Mana lobby dia ek? Aku call Carl

saya dah sampai
"ok, sekarnag i nak u pusing pusing kat situ sambil bercakap dgn i, bila ada orang tegur u dari tepi itu lah i."
tapi
"kenapa u tak leh cakap dgn i ker"
bukan apa prepaid i teinggal RM17.00 sahaja
"ok, u jalan jalan dulu"

member terus letak phone. Aku pun macam orang bodoh jalan jalan kat luar TIME SQUARE tu. Em tak ada apa apa pun. Dalam hati terpikir betul ker apa aku buat ni. So terasa boring kat luar aku jalan kat dalam pulak. Aku pusing pusing boring lak, member tak muncul lagi. So aku pi toilet dulu. Selesai toliet aku pusing pusing lagi. Penat aku duduk ajer kat kerusi yg ada kat situ. Duduk sambil tengok HP aku. Dalam hati aku terpikir, adakah hari ni juga aku akan ditipu lagi? Aku berserah pada Tuhan segalanya. Tup tup tup HP aku berbunyi -012-........
"siapa suruh u duduk, kan i suruh u jalan jalan."
i tak tahu nak jalan ke mana, tak ada arah
"jalan jalan sahaja, ok u naik tingkat atas, pusing pusing kat atas, tengok sebelah kiri u ada lift kan, ok naik lift tu"

tup dia letak phone. Aku pun jalan lah naik lift. Mata aku berkeliaran juga mencari mana satu lah mamat ni. Kalau dia tipu aku tak kan dia leh tahu aku tengah duduk kan. So aku teruskan juga. Sampai atas aku tak tahu nak buat apa. So aku pusing pusing area tu. Jalan jalan dan terus jalan. Habis pusing sebelah kanan aku pi arah kiri lak. Tengah jalan jalan ada orang sapa aku dari sebelah kanan aku

"penat berjalan?"
aku toleh ke arahnya
"pandang depan, jangan pandang i, buat macam biasa"

pulak dah..aku senyum.. aku rasa nak menangis ajer masa tu..Aku tak tahu apa perasaan aku masa tu.

"kita naik lift"

kita orang berhenti, ingatkan nak naik lift..

"kita jalan, lift lambat sangat"

aku still tunggu

"kita jalan jom, lambat sangat tu"
okey

Jalan lagi,
"Penat jalan?"
boleh tahan lagi
"saya suka jalan"
aku senyum


So kami berjalan keluar dari TIME SQUARE. Lintas jalan.

kenapa u tak pakai baju yg u cakapkan tadi?

"ada miss direction tadi, paham tak apa maksud miss direction?"
em..ok.

Jalan jalan dan jalan, aku pun tak tahu mana arah yg dia nak bawa.

"u jangan risau, i tak kan bawa lari u, walaupun i tak tahu jalan kat sini, tapi u akan selamat"
kalau u tak tahu jalan kat sini macam mana u boleh bawa i kat sini
"sebelum kita buat sesuatu kita kena kaji dulu key”
okey
"kenapa u makin kecik, masa kat gambar u berisi sikit"
Makan hati ulam jantung

Jalan jalan dan jalan, akhirnya naik kereta dia.
kata jalan kaki?
"jauh tu takkan i nak suruh u jalan kaki"

Dalam kereta
"sekarang kita dah selamat. Kita boleh bercakap apa sahaja"

Aku diam dan senyum.

"Boleh tahu apa perasaan u sekarang? setelah jumpa i?"
happy sangat. seronok sangat.
"jangan happy sangat."
kenapa tak leh
"u tak tanya ker ni kereta siapa?"
i tak nak tahu, yg i tahu i dah jumpa siapa u
"boleh u kasi alasan kenapa u happy sangat jumpa i, i tak nak jawapan yg u nak sangat jumpa i"
pulak dah. Dah tentu itu jawapannya
"i tak nak jawapan itu"
ya lah sebab apa lagi, 2 tahun 6 bulan i tunggu u, i sayang u, i merindui suara u, so mestilah I teringin sangat nak jumpa u, tengok macam mana rupa orang yg i sayang
"ok, u nak tahu kereta sapa yg i bawa, ni bukan kereta i, sebenarnya i tak dibenarkan membawa kereta, kalau i di tangkap memang susah, dan utk pengetahuan u partnert i sekarang tengah dengar perbualan kita, dan kereta ni dia yg uruskan untuk i, masa kita kat TIME SQUARE tadi pun dia ada sama."
pulak dah
"nama dia puteri, dia fasir berbahasa melayu, kami bercinta. Tapi u pahamkan maksud i bercinta, tapi sekadar partner kerja. Kami buat apa yg orang bercinta buat, tapi kami tak ada komitment"
aku diam
"kenapa tengok i macam tu?"
aku senyum. Tak ada apa sangat yg menarik kat raut wajahnya, entah aku tak tertarikh sangat dengan rupa bentuk wajah dan tubuh dia, tapi aku masih nak tenung dia. aku seakan tak percaya orang disebelah aku sekarang adalah carl eskandar yg penah mengusha aku.
boleh i tahu, kenapa u jumpa i malam ni? adakah kerana kesian sahaja?
"i pun manusia, i tak lah sekejam itu"
boleh tahu lagi, kenapa u mulakan menyayangi diri i?
"sebenarnya ada dua sebab, satu..sebenarnya nanti i akan ada satu project yg memerlukan bahasa korea, so i nak minta bantuan dari u, bukan niat i nak mempergunakan u key"
okey, so sebab kedua?
"memang i sayangkan u key, i akan sayang orang yg sayangkan i, lagi pun tak ramai orang yg i kena sayang"
aku senyum
"i susah nak senyum, lebih lebih lagi gelak"
tapi tadi u senyum dan gelakkan?
"so u tahu kan kerjaya i, i tak kisah kalau u nak sayang i, nak bercinta dgn i, tapi tak boleh ada komitment, lebih lebih lagi kahwin, kalau nak kahwin pun i kena buat satu project yg betul betul besar and i terus bersara. Itu lama lagi kot mungkin masa tu umur i 35 tahun, sanggup tunggu?"
aku diam.
"i nak tahu jawapan u, kalau jawapan u memuaskan hati ok i terima, dan kalau jawapan u ok juga mungkin lepas ni kita boleh berjumpa lagi"
i tak mengharap untuk berjumpa lagi dgn u, cukup lah sekali ini, sebab i tahu kerjaya u macam mana, tak mungkin kita boleh jumpa kot.
"boleh, itu bergantung pada jawapan u key"
aku diam.

Apa lagi yg diborakkan pun aku tak pasti. Sedar sedar dah sampai KLCC. member tak penat berceloteh pun. Aku ajer yg diam memanjang. Sampai depan KLCC member turunkan aku depan ISETAN. sebelum turun sempat dia tanya
"nak call i tak malam ni? kalau nak i secure kan line kita u call i"
ok mlm ni kul 12 i call u
"ok bawa kereta berhati hati"
Terima kasih banyak banyak, tq tq

lalu aku turun kereta, nak lihat dia terus meninggalkan aku. Cukup 30 minit pertemuan kami kali pertama. Aku terus naik kereta dan balik ke seremban. Kul 9.30 mlm sampai. Sampai senawang terus beli Prepaid RM50.00. Ya lah nak bergayut malam nanti.

Balik umah makan Rameon ajer. Lepas tu baring baring sementara kul 12 mlm. Sebelum kul 12, member sms. Layan sms.
dalam kul 11.49pm dia suruh call. Kami bergayut, banyak cerita yg diceritakan. Macam cerita dalam tv ajer. aku dengar sahaja.
1 Jam 22 minit lamanya aku bergayut. Ni lah pertama kali aku call org dah bergayut mcm ni lama,,,

Macam mana aku dah puas hati dengan pertemuan ini.. Di penghujung RIndu.. dan rindu itu telah berlalu bila ianya telah bertaut pada pertemuan ini..


Namun itu hanya kenangan, yang kadang2 mengusik hati dan perasaan aku juga, Sekarang aku betul2 rindu kan dia., Tak tahu kenapa perasaan itu ada. Kenapa ek? Masih mengharapkah aku terhadap dirinya?..

Aku yang keliru..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.