~KEPERCAYAAN~
Tak pasti aku pernah citer ker tak pasal ini. Kepercayaan yang diberikan oleh orang perempuan tapi dikhianati oleh orang lelaki. Ini bukan pasal keluarga aku. Kalau pasal lelaki dalam keluarga aku tak payah ah diperkatakan, memang tak leh dipercayai langsung.
Ada satu keluarga tu, Suami dia bernama (Shah) bukan nama sebenar dan isteri dia bernama (Zue) bukan nama sebenar juga. Mereka ni berkahwin suka sama suka, walaupun keluarga perempuan ni tak suka sangat dengan Shah kerana Shah ini adalah suami orang. Tak pasti sama ada Shah dan ceraikan isteri pertama dan kedua dia. So Selepas 8 tahun berkahwin dapat lah 4 orang anak. Memang bahagia kalau dilihat oleh orang luar.
Shah ini katanya dia bisness Man, tapi tak nampak langsung apa yang dibisnesskan. Zue berkerja sebagai Manager di Kilang, gaji bulanan dapat lah dalam RM3000.00 sebulan, so segala perbelanjaan rumah, anak-anak, nafkah adalah duit gaji Zue, sampai kan kereta yang digunakan oleh Shah untuk urusan bisnes nya pun Zue yang belikan.
Begitu percaya Zue pada Shah, segala permintaan Shah ditunaikan, walaupun terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk memulakan perniagaan untuk Shah. Namun saban hari tak pernah berjaya perniagaannya.
Biasalah kalau parents berkerja rumah pasti ada orang gaji, orang gaji depa ni pun sentiasa bertukar. Satu hari ni Si Shah minta kebenaran Zue untuk ke Indonesia untuk mencari sendiri orang gaji mengantikan orang gaji yg dah balik. Zue dengan penuh kepercayaan support duit dan menghantar Shah sampai ke bas.
Dua hari baru si shah balik membawa Dewi dari Seberang. Em gaya Dewi ni boleh tahan juga. Namun Zue tak pernah rasa curiga.
Macam biasa bila dah ada orang gaji, Zue dan Shah akan aktif dengan kerja masing2. Pagi2 lagi mereka berdua dah keluar rumah. Malam baru balik. Namun perubahan si Shah ini membuatkan si Zue rasa lain macam.
Tiga bulan berlalu, Shah kena bawa Dewi keluar dari malaysia untuk aktifkan balik passport Dewi. Tiga hari mereka pergi, dan kemudian balik. Zue masih tak ada perasaan syak wasangka pada suami nya.
hari terus berlalu, entah kena satu hari Zue rasa tak sedap badan di pejabat, lalu balik awal ke rumah...
"abah, mama balik" jerit anak bujang mereka.
"kau jangan tipu Ijat" terdengar suara Shah dari bilik.
Zue terkejut mendengar suara Shah menengking anaknya dari dalam bilik. Di panggilnya Dewi tapi tak nampak, bila tanya pada anak2nya mereka berkata yang Dewi dan Shah ada dalam bilik Zue, Zue dengan rasa berdebar mengetuk pintu bilik tidurnya...
Hanya tuhan sahaja yang tahu apa ada dihatinya saat itu. Shah dengan selamba keluar dari bilik itu dengan tuala. Mana kala Dewi terus ke dapur.
Perjumpaan keluarga diadakan.
"Apa kamu berdua buat di dalam bilik tadi?" Zue bersuara.
"kita orang tak buat apa, budak ni pun tengah datang kotor" Shah bersuara.
"hey shah, Budak Dewi ni datang kotor pun awak boleh tahu?" Zue terkejut.
Dewi terus menangis. Dewi mengaku yang mereka memang dah terlanjur sejak di Indonesia lagi. Hanya Air mata yang mengalir. Keluarga Shah hanya berdiam, terserah pada Zue untuk membuat keputusan.Mereka berdua di halau dari rumah.
Sebulan, dua bulan berlalu. Shah masih merayu untuk kembali semula, alasannya anak2. Zue yang baik hati terima Shah kembali. namun tak lama, hampir setahun Zue dapat tahu si Shah telah mengawini Dewi, Zue tak sanggup untuk ditipunya lagi. Lalu penceraian diminta.
Dan kini walaupun telah bercerai, Zue bahagia dengan anak2 nya namun masih hidup terseksa bila Shah selalu menganggu ketenangan keluarga Zue. Alasan yang digunakan anak2. Dan si dewi pula bila berjumpa anak2 Zue diasutnya supaya membenci Si Zue dan tinggal bersama Shah. Em....
Itu kah lelaki? Bayangkan Zue sanggup berkawhin dengan Shah walapun ditentang dengan keluarganya, sanggup memberi nafkah kepada shah, memberi kemewahan pada shah tapi itu kah balasanya kepada kebaikan seorang perempuan?...
Lelaki...lelaki...lelaki...
1 Comments:
Bukan semua lelaki seperti tu cik tika...
memang lah ada diantara kalangan orang lelaki yang begitu, tetapi jangan lupa pula, oran pompuan pun ada yang berbuat begitu.
pertimbangkanlah dari semua segi...
Post a Comment
<< Home