Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Thursday, March 24, 2005 Image hosted by Photobucket.com

KENANGAN DI SATU HARI PADA 12/1/2005

IANYA HANYA KENANGAN....DAN TINGGAL KENANGAN YANG TAK DAPAT AKU LUPAKAN....DAN TAK AKAN AKU ULANGI LAGI KENANGAN INI WALAUPUN AKU MENDAPAT PENGANTI DIA, KERANA DIA TELAH MENGAJAR AKU, YG LELAKI INI MEMANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI LANGSUNG.....

12/1/2005

Jam 3 pagi aku dapat call dari sham, dia ngadu yang dia sakit kepala dan badan panas. So aku suruh lah dia rehat dan makan ubat. Dia kata dia nak aku yg suapkan ubat tuk dia. Aku cakap lah aku jauh mana aku leh buat macam tu. Dah tu dia cakap dia nak tidur dulu, so aku pun sambung lah tidur.

Kul 5 pagi dapat call dari sham lagi. DIa kata dia ada kat depan rumah aku. Aku yg tengah mamai pun cakap lah jangan lah tipu, jangan buat lawak pagi pagi ni. Dengan serius dia kata dia kat depan rumah aku. Huk... aku masih tak percaya. Aku suruh dia hon kan kereta dia dulu baru aku bangun. Dia tak hon pun, katanya dia dah turun dari kereta. Aku bangun, tengok dari tingkap. Huk betul dia ada kat depan rumah aku. Kerja giler ni.

Aku jemput dia masuk. Aku rasa badan dia memang panas. SO dia masuk bilik aku dan terus tidur. AKu yang tergamam dok tepi dia dan tenung dia. Macam tak percaya. aku cuba juga yakinkan diri aku, betul ker mimpi ni. Aku cubit cubit badan aku. Betul rupanya...

Aku kasi dia tidur, aku bangun mandi dan siap kan sarapan. Aku pi kerja. tinggalkan dia sorang sorang kat rumah.

Tengahari aku balik umah, ambil sham bawa pi makan tengahari dan ke klinik. Adaker staff klinik tu cakap kami ni suami isteri, yg doc pulak ingat yg kami ni adik beradik.. Pulak dah.. doc kasi cuti sehari..

Dah settle aku hantar dia balik umah aku dan suruh rehat semula. Aku pun masuk lah kerja semula. Tapi hati tak tenteram risau kan sham kat umah. kesian dia.

Balik kerja kul 5.30ptg. macam biasa hantar shila dan terus balik umah. Tak sabar nak jumpa sham. Sampai umah tengok sham tengah tidur. Aku cuba kejut juga dia tak sedar. Lama juga baru lah dia sedar.

Kami berbual bual dan sakat menyakat. Rasa seronok sangat dok berdua. Emmm...rindunya saat itu.. tak tahu lah apa perasaan sham lak...yg aku tahu perasaan aku.. aku suka sesangat..DIa kata dia nak balik, ada kelas, dah tu ada perjumpaan mat mat motor... tapi dah tak sempat..dok dengan aku heheh..aku tahu dia pun berat nak pisah dengan aku... semalam dia menangis.. kenapa ek?...

Dah tu dalam kul 9 kami keluar pi cari makan..jalan jalan cari makan. aku terpingin nak makan sop ekor..dapat juga makan kat restoran kayu..

lepas makan pi layan wayang, tengok ada citer apa..tak sangka lak dapat tengok citer GANGSTER arahan BADE AZMI.. citer nya? ganas..tak sesuai ditonton oleh budak budak berumur 18 tahun kebawah...

lepas tengok wayang aku pun balik ke rumah..sham dok borak dgn abg aku kejap..aku tak tahu apa dia orang borakkan..aku masuk bilik aku dapat call dari B. DIa marah aku...kenapa aku keluar rumah tak cakap dengan dia.. dia tanya aku ke mana..aku buat apa..kenapa tak angkat phone...ahhh...aku bosannnn...aku tak mahu dia ganggu privacy aku..tapi dia still ganggu juga.. kenapa ekkk...

dah tu kami tidur...dalam kul 4 aku tersedar..aku dengar bunyi guruh yang kuat sangat dan berpanjangan...aku rasa macam hairan sangat dengan bunyi tu... dah tu aku kejut sham..cakap dia kena balik kl...walaupun aku keberatan nak lepaskan dia...

So berlalu lah 24 jam kami bersama...aku rindukan dia lah..cam mana ni ek...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.