Baju Utk Akad Nikah
Semalam ada kes yg aku tak jangka kan.
B datang kilang aku dengan keadaan marah. Alasanya aku AIBkan dia tak menerima pemberian kad raya dan rantai. Aku ckp aku tak mahu. Tapi dia paksa. Dan semalam semua budak2 kilang cover aku sampai kat rumah. Entah aku rasa B dah sampai tahap giler kot.
So petang tu aku sms H, cakap dengan dia kalau nak ukur baju naik motor dia ajer, dia no hal punya, dan buat pertama kali nya aku naik motor dengan dia. Hehe geli hati juga aku naik motor dgn dia.
Baju Nikah kita orang warna biru laut. Entah aku rasa berkenan sangat dgn warna tu. H pun berkenan. Catty cakap yang H ni tinggi sangat, memang elok dapat pasangan tinggi2 ni. Aku senyum dan balas semula, dia memang tinggi tapi saya ni yg pendek. Tak sesuai dengan dia. Senyum ajer Catty.
Dah habis ukur kita orang pun balik.
Dan malam Ina call aku, tanya apa yg aku dah buat dgn abang dia. Aku citerkan semua2nya dan aku minta ina tolong beritahu abg dia jangan ganggu aku. Ina kata dia paham, dan aku nak tengok sejauh mana Ina boleh menasihatkan abg dia.
Dan pagi ni, aku pi kerja naik motor dgn H. Kereta aku nyorokkan kat rumah dia. Rasa cam seronok ajer bila H ambil berat tentang aku. Bak kata Faizah, sesungguhnya Lelaki mcm tu lah yang kita cari, kerna dia akan melindungi kita bila kita dalam kesusahan.
dan aku Bersyukur sesungguhnya Allah membantu aku di saat aku dalam kesusahan. Amin.
3 Comments:
Alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan al-Mubarak ini, semua urusan pernikahan Tika dengan H berjalan lancar. Cepat juga proses ini berjalan... Itu namanya dah sampai seru... di waktu yang kita tidak sangka-sangka... Berdoalah banyak-banyak di bulan Ramadhan ini semoga pernikahan Tika kelak berjalan lancar dan seterusnya kehidupan bersama H hingga keahir hayat. Seronok mengikuti cerita Tika ini... Berbagai fasa kehidupan telah Tika tempuhi... Kini, tibalah masa untuk Tika berbahagia di samping H. Moga kalian bahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.
Terima kasih Abg Ibrahim..
Insyallah, semoga berjalan dengan lancar segala2nya.. Berkat doa keluarga, kawan2 dan juga Abg Ibrahim juga.. Nanti jemput lah datang..nanti tika hantar kad jemputan untuk abg ye...
Alhamdulillah... Terima kasih. Harap H boleh menjadi tempat Tika berkongsi perasaan. Ye lah, selama ini perasaan Tika dicurahkan ke dalam blog nie sahaja... Tak lama lagi, Tika akan ada insan yang sudi berkongsi rasa dengan Tika. Bagi saya, pasangan kita jadikan dia sebagai sahabat... Daripada situlah, akan wujud saling percaya mempercayai dan bertolak ansur... Insya-Allah, rukun damai lah rumahtangga kelak, walau dilanda badai sehebat mana sekalipun... kecuali mati sahaja yang memisahkan... Jangan pulak, blog nie tak update pulak ye... Maklumlah dah ada tempat berkongsi rasa... Mungkin boleh berkongsi cerita2 lain seperti Bahtiar dengan roti2nya... Nampak benar2 bersemangat dia tu... semangat Korea sejati... he he he!
Post a Comment
<< Home