Hari Minggu...
Hari sabtu habis kerja aku bawa Hubby aku ke Klinik. Buat pembedahan sikit kat belakang telinga dia. Entah terasa macam tanggungjawab aku lak untuk menjaga kesihatan dia, walaupun aku kadang terpikir yang aku ni terlalu manjakan dia. Entah mungkin aku terlalu sayangkan dia sehingga aku sanggup melakukan apa sahaja untuk dia.
Selesai di klinik kita orang balik dan bersiap2 untuk balik ke Johor. Mak dah masak so kita orang makan2 dulu. Dalam kul 3 kita orang bertolak ke Kluang dulu. Singgah rumah kak Nor, Wah meriah sungguh kat rumah kak nor dgn anak yg kecil2 seramai 5 orang. Mak lah yg banyak borak2 dgn kak nor dgn abg nizam. My Hubby cakap, Abg nizam tu nampak sangat kebaikkan dia, tenang ajer tengok muka abg nizam. Ahak..Dia tak tahu, yang orang lain pun tengok muka dia setenang Abg nizam, senyum ajer... TEringat ayat aku malam tadi.. "Abg ni tak letih ker senyum ajer..Masa marah senyum, masa letih senyum, masa suka senyum.." eh melancong lak citer aku ni...
So lepas sejam lepak rumah kak nor, kita orang bertolak ke rumah pak tam pulak. Banyak juga yang pak tam nasihatkan aku.. Dan kata2 yg betul betul memberikan aku pukulan yang hebat... "sebagai anak dan isteri, berat tanggungjawab kamu, menjaga hati ibu, menjaga hati suami dan satu masa nanti menjaga hati anak2 pulak.. Pandai2lah menguruskannya.. Dan untuk menjaga hati ibu kamu yg sensitif itu kamu harus berhati2.. Sentiasa lah tersenyum dgn nya.. walaupun dia suka mebebel yg bukan2..Dia umpama anak2 kecil yg sedang meningkat umurnya".. pulak dah... My Hubby senyum ajer pandang aku sambil berbisik... "lain kali pujuk mak dgn baik2 bukan dgn meninggikan suara"... Terkena aku saat itu.. Berdosanya aku... Terlalu banyak dosa aku dgn mak aku...
Lepas makan2 kita orang bertolak ke rumah wanie pulak.. Lepak kejap2 dan kita orang pun bertolak balik ke rumah di kampung. Sampai ajer rumah aku keluar semula ambil kakak aku kat rumah ipar dia. So malam tu sebab kan keletihan aku terus tidur dalam bilik dgn my Hubby.. Ingat lagi kata2 aku padanya..
"Rasa Happy sangat malam ni.. Pertama kali kita tidur sama kat rumah ayang ni, sebab sebelum ni ayang selalu cemburukan sukor dgn wanie yg selalu tidur dgn pasangan dia orang kat bilik ni, dan hari ni ayang lak rasa mcm mana perasaan tu." Dan kami pun tidur dengan nyenyaknya..
Pagi bangun awal, banyak aktiviti yang dilakukan. Tengahari bila siap2 kita orang duk ramai2 sambil berbual2 tentang perancangan masjli perkahwinan aku bulan dec ni nanti.. Wanie dok dengan husband dia, dan aku lak dok kat pintu dgn hubby aku sambil berpegangan tangan. Rasa happy sangat saat itu. Dan teringat kata2 aku pada My Hubby malam tadi.. "Ayg happy sangat, selama ini ayang just lihat aje kemesraan wanie dgn husband dia depan kita orang, dan hari ini ayg sendiri dapat tunjukkan kemesraan kita pada dia orang, cuma ayg masih cemburu dgn wanie, cemburu dgn perut dia.." Dan my Hubby jawab.."Insyallah, kalau rezeki nanti ayg pun ada merasai apa yg wanie rasa" sambil dia kucup dahi aku.. Em melencong lagi citer ni...
So petang tu kita orang keluar ramai2 dan pi makan tengahari kat Papan Timur. Puas makan masa tu, aku lak tamak makan nasi ayam dgn mee rojak.. Dan yg puas bila dengar my hubby said "sedap lah makan kat sini".. Rasa puas sangat2 bila aku dapat memuaskan hati my hubby.
Selesai makan kita orang bertolak ke rumah kakak aku lak kat ulu pengeli. Berbual2 kejap dengan Husband kakak aku dan kita orang pun bertolak balik ke Seremban. dan setiba di rumah terjadi kisah yang tak menarik..
Masa sampai rumah, Mak aku masuk dulu.. Tengok2 pintu tak berkunci dan Siti ada kat ruang tamu bermain sorang2.. Mak aku membebel. Panggil jijah tak keluar dari bilik. Terus2 an mak aku membebel dan mula menangis. Abg aku keluar, tanya kenapa.. Tapi mak aku terus menangis.. Dan Abg aku masuk bilik dihalaunya Jijah keluar dari bilik, dan jijah melawan, terjadi sesuatu diluar dugaan, abg aku tendang Jijah keluar dari bilik. Aku lak cepat2 bawa mak aku dalam bilik air, aku bukakan baju dia dan mandikan mak aku. Aku pujuk mak aku. Selesai mandikan mak aku, baru dia reda sikit. Aku keluar dari bilik air aku nampak jijah terduduk kat pintu bilik dia sambil meraung. Mak aku terus aku hantar masuk bilik suruh pakai baju. Aku masuk bilik aku jumpa my hubby. So aku cerita lah apa yg terjadi..
Masalahnya satu ajer salah paham.. Dan sesungguhnya Jijah kena banyak belajar..Adat dan budi bahasa dgn juga tatasusila.. Sepatutnya bila mak aku masuk dia keluar dan sambut mak aku balik, bukannya dia terus masuk bilik dan tinggalkan anak dia sorang2 kat ruang tamu... Dan dia patut ada rasa hormat dgn mak aku.. sebagai mak mertua dia.. tapi yg aku nampak dia anggap mak aku ni macam maid dia ajer.. sabarkan ajer..
So lepas kecoh2 tu abg aku bawa anak dia keluar. Jijah masuk dok kat tepi pintu bilik dia. Dan mak aku yg dah reda pi pujuk dia. Macam2 nasihat yg dikeluarkan. Aku lak siapkan makan malam my hubby, lama sikit my hubby lak keluar dok depan mak aku. Dia pujuk mak aku suruh bersabar, yg hairannya tengok mak aku dok nasihatkan jijah dia boleh bangun dan terus keluar dari rumah. Nampak sangat ketidak sopanan seorang anak. Entah lah...
Lepas selesai agenda tak menarik tu, aku dgn my hubby makan malam, dan masuk bilik. Dalam bilik kita orang dok borak2 ajer.. macam2 yg kita orang borakkan. Ayat yang aku tanya pada dia "Abg rasakan, ayang sayang abg ni main2 ker betul2" Dia senyum.. "Mana ada orang sayang main2" Dia kiss pipi aku. Aku bahagia sangat2.
Dan sebelum tidur aku kiss pipi dia lak sambil ucapkan "Sayang abg" dan seperti biasa dia akan balas "Sayang ayang juga"... Dan aku pun tidur dengan nyenyaknya....
p/s : Si DIA masih lagi ganggu mak aku, ayat sms yg aku ingat "Idin akan pastikan tika jadi milik Idin, dan sebelum Idin nikah dgn Tika, Idin akan pastikan rumah mak kat kampung diubahsuai dulu, Idin percaya antara Idin dgn tika ada jodohnya"... Bangang ker apa ayat mamat ini....Giler talak agaknya...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home