Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Tuesday, December 12, 2006 Image hosted by Photobucket.com

Email Dari bahar?....

Aku sebenarnya confuse dengan si Bahar ni, Dia yang hina dan aibkan aku pada seluruh ahli keluarga aku, pada polis, pada pekerja2 aku dan pada suami aku, dan hari ni aku dapat email dari dia mengatakan aku lah yg menghina dia dan mengaibkan dia... baca lah email dia yg membuatkan aku rasa macam lawak giler giler di pagi hari...

1. Sepanjang kita menjadi kekasih puas abg di herdik dengan kata kata nista dari tika ..binatang , barua , jantan sial , babi , jantan penipu tapi tidak pernah sepatah perkataan yang sama abg lontarkan kepada Tika malahan masih merendahkan diri untuk tidak bertindak balas dengan kata kata nista yang sama.

2. Sepanjang menjadi kekasih tidak pernah abg berkongsi handphone tika kepada orang lain kerana abang tidak akan bertindak kejam sebegitu. Itu bekas kekasih tika.

3. Sepanjang menjadi kekasih tidak pernah abg mengadu masalah peribadi kepada pihak berkuasa Polis walaupun ianya boleh di selesai secara baik di luar. Sekeras keras hati abg tidak akan menjadikan kekasihnya sebagai mangsa walaupun boleh bertindak balas. Abg sudah berjumpa timbalan Ketua balai polis senawang yang merupakan kenalan abang sejak 2 tahun lepas dan tidak akan bertindak balas dengan apa yang tika lakukan ke atas abg.

4. Mengenai scrap metal abg dapat cerita dari pekerja tika sendiri dan jangan kata abg buat fitnah pula serta dari bekas pembeli scrap tika sendiri. Mereka ada jumpa abg dan bercerita segalanya akitiviti luaran serta kastam yang terlibat. Mr Yu sebenarnya sudah tahu lama cerita scrap ini sebenarnya dan dia ada beritahu abg sendiri. Abg pun dah contact kenalan rapat sangat kastam bahagian IT dan jenayah di purta jaya mengenai cara penjualan scrap. Walaupun tmpt abg ada jual RM 150,000 sebulan tapi nak ambil seringgit pun boleh kesan. Bekas kekasih tika ini bukan nak memburukkan tika atau fitnah tapi itulah cerita yang abg dapat. Mulut manusia memang tak boleh tutup terutama pembekal atau pembeli. Hati Hati dengan semua perkara sebegini. Sekejap saja kita boleh tahu.

5. Mengenai surat Polis 2005 yang tika lapurkan kepada pihak berkuasa yang tika kaitkan nama abg dan Nadiah ......abg akan dapatkan salinan tidak lama lagi. Jangan tanya macamana abg dapatkan salinan itu. Sebagai bekas kekasih tidak sepatutnya aibkan perkara begini dan timbulkan di balai polis senawang. Memang hak seseorang untuk berbuat demikian tapi abg bole pulangkan paku keras sekiranya mahu. Seperti abg katakan abg tidak akan aibkan kepada kekasih abg sendiri. Walaupun abg sendiri di aibkan. Kalau kita kata kita bijak ...ada org lain lagi bijak dari kita.

6. Curang dan tidak setia sering tika lemparkan kepada abg setiap kali kita bertengkar tapi siapa yang berlaku curang dan tidak setia sebenarnya. Bermain kayu tiga ketika semuanya sudah teratur. Bila di fikirkan semuanya menyakitkan hati. Semoga apa yang terjadi kepada abg suatu hari nanti tuhan saja yang dapat membalasnya.

Abg harap semoga kita tidak bertemu lagi walaupun hati ini sangat rindukan tika. Abg dengan anak anak ...semoga mereka berjaya dalam hidup. Kadang kadang terasa dunia ini kecil sehingga kita boleh bertemu di highway. Harap itu pertemuan kita yang terakhir. Biar kita simpan rindu dendam kita dalam hati masing masing. Abg masih memuji tika depan adik beradik walaupun sedar dengan apa yang dilakukan ke atas abgnya. Itu lah KEKASIH.
Suatu hari kita rindukan kenangan kita bila kita sendirian atau punyai masalah.KEKASIH tidak akan mengaibkan KEKASIHNYA sendiri.....abg yang tika hina dan benci.


p/s : Ya, Allah bukakan lah hatinya untuk menerima takdir Allah, dan berilah dia hidayah dimana silap dan tersalahnya langkah dia satu masa dulu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.