Berusaha bukan serah takdir cari jodoh
SAYA sering mendengar bahawa ajal dan jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Jika sudah ditakdirkan, mengapakah nabi berpesan supaya umatnya mencari dan memilih jodoh?
Benarkah wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik kerana dalam keadaan sekarang saya lihat ramai wanita yang baik masih hidup bersendirian walaupun sudah mencecah 40 tahun?
JAWAPAN
Memang benar sebahagian hidup manusia adalah dalam ketentuan Tuhan, yang mana manusia tidak diberi hak membuat pilihan atau dinamakan takdir.Manusia tidak boleh memilih siapa ayah ibunya, bila dia mahu dilahirkan, bila dia mahu mati, mahu menjadi lelaki atau wanita misalnya dan termasuk jodoh dan ajal.Semua ini dalam ilmu Allah saja dan bukan dalam pengetahuan manusia.
Oleh itu manusia mesti berusaha kerana dia tidak tahu. Allah sudah menentukan rezeki, tetapi manusia mesti berusaha mencarinya.Allah menentukan ajal, tetapi manusia mesti berusaha menjaga kesihatan dan nyawanya sebaik mungkin, begitu juga jodoh sudah ada dalam ilmu Tuhan, tetapi manusia mesti berusaha mendapatkannya dan bukan bersikap menunggu takdir itu terjadi.Takdir tidak boleh disalahfahamkan dengan usaha.
Takdir adalah hak Tuhan dan usaha adalah tanggungjawab manusia. Usah pertikai hak dan kerja Allah, sebaliknya berusahalah dengan bersungguh-sungguh.Memang benar wanita baik untuk lelaki baik kerana itu firman Allah dalam al-Quran.Bagaimanapun, ‘baik’ itu adalah pada ukuran Allah yang Maha Mengetahui, bukan pada ukuran manusia.Malah, sifat baik ini sangat subjektif dan berbeza-beza bagi setiap individu. Tidak semestinya bersendirian itu tidak baik kerana mungkin lebih baik hidup bersendirian daripada menderita dianiayai orang lain.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home